Tuesday, January 24, 2012

NOTA 57 : JASA GURU AMAT BESAR KEPADA MANUSIA

JASA GURU AMAT BESAR KEPADA MANUSIA


“Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
Hadis riwayat Imam Tarmizi rahimullah


الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..

Jam menunjukan 11.36 pagi,4 Januari 2012.Alhamdulillah dapat menikmati udara tahun 2012….Ramai manusia mati dan tidak merasainya.Syukur juga kepada Allah swt kerna memberikan kesihatan baik,akal yang waras,rezeki yang luas dan pelbagai nikmat yang tidak mmapu ditulis…
Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab r.a pula berkata: Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta‘ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya.

Aku bersyukur mendapat pendidikan yang baik.Aku mendapat pendidikan di Tabika Londang pada tahun 1980,kemudian Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin Masjid Tanah Melaka pada tahun 1980-1986.Kemudian aku bersekolah menengah dan bertukar-tukar sekolah..Akhir sekali aku berjaya di Universiti islam Madinah Arab Saudi.

Aku amat berterima kasih kepada semua guru-guru sejak aku kanak-kanak hinggalah remaja.Hingga kini aku masih menuntut ilmu kerna pepatah arab mengatakan “Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah liang lahad”.

Pada hari ini juga aku menghantar surat rasmi kepada sekolah anakku ketiga,Nur As Safa.Aku hadiahkan buku-buku bernilai RM200 kepada perpustakaan sekolah.Bagiku,itulah sumbangan kepada sekolah.

Jangan berfikir bahawa sekolah kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan.Semua rakyat Malaysia yang dilimpahkan nikmat rezeki perlu bersama-sama membantu kerajaan memajukan sekolah,perpustakaan,taman permainan dan sebagainya.

Jika rakyat Malaysia mampu membeli kereta berharga RM50,000,mengapa bakhil untuk menyumbang buku ke sekolah dan perpustakaan?Tidakkah Allah swt sayangkan manusia pemurah dan amat bencikan manusia bakhil?

Jasa guru amat besar kepada manusia.Manusia yang dilahirkan tidak tahu,dengan kesabaran dan kegigihan guru,maka lahirlah doktor,peguam,pegawai dan pelbagai jenis manusia berjaya.Mereka berjaya kerna dididik oleh guru-guru demi memandaikan bangsa.

Namun pada akhir zaman ramai manusia tidak menghargai guru.Pabila mereka berjaya menjadi manusia berguna seperti doktor dan peguam,mereka tidak pernah menziarahi guru-guru yang memberikan ilmu kepada mereka. Begitu juga ibu bapa,ramai ibu bapa tidak berterima kasih,malah berani menyaman guru di atas kesalahan yang kecil dan remeh.Ibu bapa kini amat ego dengan kemewahan wang dan harta yang banyak…

Aku seorang manusia yang amat sayangkan guru-guru.Bila kelapangan,aku menziarahi mereka dan membawa buah tangan.Aku ambil tahu perkembangan mereka kerna mereka adalah ibu bapa kedua aku.

Musim persekolahan telah bermula setelah cuti hampir dua bulan.Pelbagai ragam dan karenah murid-murid tahun satu masuk sekolah.Ada yang menangis,ada yang takut,ada yg pobia dan macam-macam karenah anak-anak kecil…

Apabila kita menghargai guru,ilmu kita akan berkat dan bermanfaat.Lihatlah ramai pegawai kerajaan dan swasta berpendidikan di Amerika dan Mesir,namun mereka menjadi sombong dan kaki rasuah.Itulah manusia yang tiada keberkatan….Mereka hanya mempunyai ilmu bergulung,namun tiada keberkatan…Ilmu mereka hanya di sijil…tiada keimanan dalam jiwa.

Sejak Universiti al-Azhar wujud di Mesir,ia menjadi tempat menimba ilmu manusia dari pelusuk dunia termasuk Eropah.Ia berlaku kerna Universiti tersebut mempunyai guru-guru yang hebat dalam pelbagai bidang sama ada agama,sains dan teknologi dan sebagainya.

Islam amat menghargai profesion guru.Guru penyambung ilmu manusia.Tanpa mereka,manusia jahil dan bodoh.

Sayangi dan hormati guru…………

NOTA DITULIS PADA
12 tengahari
4 Januari 2012

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 56 : PASANGAN KITA

PASANGAN KITA....

“ Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak
ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang
mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya),
iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua
berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami
(yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku
khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang
berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada
mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka
berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka
bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).”
“ Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan
tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan
orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal
isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku
sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun
dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari
kaum yang zalim;”
surah at-Tahrim ayat 10-11
Bismillah..
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha pengasih..
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهداه
Alhamdulillah...syukur kepada Allah memberikan akal yang waras,jemari yang cergas,mata yang cerah,telinga yang peka,hati yang istiqamah dalam melayari kehidupan ini.Segala nikmat yang diberikan Allah untuk dimanfaatkan,bukan untuk disia-siakan.

Alhamdulillah demam semakin beransur baik...syukur kepada Allah Maha Penyembuh.Allah telah berjanji memberikan pahala kepada manusia yang menghadapi ujian jika bersabar.Jika mengeluh dan membenci ujian,nescaya tiadalah pahala buat mereka..

Ayat Quran di atas memberi banyak pengajaran.Quran sering menceritakan kisah lampau yang telah berlaku ribuan tahun supaya manusia membaca kisah mereka dan ambil pengajaran.Quran adalah khazanah ilmu yang amat berharga buat umat Islam.Namun berapa ramai umat Islam yang menghargai Quran sebagai khazanah....

Allah membawa kisah suami isteri iaitu tentang kisah dua suami soleh,namun dijodohkan dengan isteri ingkar dan kafir.Allah swt juga membawa kisah wanita baik namun bertemu dengan suami jahat dan ingkar.Allah swt memberikan contoh tersebut agar manusia memikirkan hikmah dan pengajaran kisah tersebut.

Allah adalah Maha Berkuasa menentukan segalanya.Allah berhak kerana Dia adalah Tuhan seluruh alam dan mempunyai sifat Qudrat iaitu mempunyai kemampuan melakukan sesuatu.Kita tidak boleh mempertikaikan apa sahaja ketentuan Allah kerana sifat manusia yang suka mempertikaikan apa sahaja ketentuan Allah adalah sifat manusia kafir dan Munafik.

Mengapakah Allah berikan jodoh kepada Nabi Noh dan Lut isteri yang ingkar dan kafir,begitu juga Allah kurniakan Asiah suami yang jahat dan kafir bernama Firaun?Allah swt Maha Mengetahui akan segala ketentuan yang dilakukan-Nya.

Hakikatnya sebelum Allah berikan Syurga kepada hamba-Nya sama ada para nabi dan Rasul,manusia biasa,Allah pasti menurunkan ujian buat mereka.Ujian buat Nabi Noh dan Lut adalah isteri ingkar dan kafir,manakala ujian buat Asiah adalah suami yang jahat dan kafir.Itulah ujian buat mereka.
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
surah al-Baqarah ayat 214

Jodoh ketentuan Allah adalah amat misteri.Allah mentakdirkan lelaki Melayu bertemu jodoh wanita Bosnia yang jaraknya ribuan batu.Begitulah yang terjadi dengan seorang teman saya Ustaz Wan Sohor Bani Leman.Beliau mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah dan kini menjadi pensyarah UIA.Itulah jodoh yang ramai manusia tidak memahaminya.

Dalam kehidupan kita,bukan semua yang kita impikan menjadi kenyataan.Begitu jua dengan jodoh.Ribuan lelaki bermimpi mahu menjadi pasangan Siti Nurhaliza,namun jodohnya dengan Datok K jutawan terkenal.Itulah jodohnya.



Dalam konteks zaman moden,lelaki kaya dan kacak amat mudah mencari jodoh kerana ramai wanita mengejar lelaki kaya dan kacak.Manakala lelaki miskin dan kurang tampan amatlah sukar jodohnya walaupun mereka giat mencari dalam Facebook dan majalah.Itulah kehidupan zaman moden.

JIka nabi Noh dan Lut serta wanita baik seperti Asiah dijodohkan dengan pasangan jahat dan kafir,bagaimana dengan kita?KIta jangan fikirkannya kerana itu adalah ketentuan Allah.Siapa pun jodoh kita terimalah dengan hati terbuka dan reda dengan takdir Allah..

Kita lihat banyak pasangan berlainan dan amat jauh perbezaan.Suaminya amat tekun beribadat manakala isterinya pula suka mengumpat dan mencaci.Begitu juga ramai isteri rajin beribadat namun suaminya pula kaki nombor ekor dan judi.

Ia jelas menunjukkan betapa Allah mentakdirkan jodoh pasangan itu berlainan.Jika Quran telah menceritakan kisah Nabi Noh dan Lut serta kisah Asiah isteri Firaun maka kita dapat lihat kebenaran kisah tersebut.Jadi tidak perlu dihairankan dengan pasangan manusia hari ini..

Kita muhasabah diri kita...
1.Adakah aku baik dan pasanganku baik?
2.Adakah aku jahat manakala pasanganku baik?
3.Adakah aku jahat dan pasanganku juga jahat?
Kita yang boleh tentukannya kerana hanya diri kita mengenali diri sendiri dan pasangan kita...

Dalam kehidupan ini saya menemui pelbagai pasangan suami isteri.Pelbagai kisah dan coretan mengenai kehidupan rumah tangga.Ada suami baik,manakala isterinya jahat.Ada pula isteri baik dan suaminya amat jahat.Ada pula kedua-dua suami isteri jahat....Amat jarang bertemu kedua-dua suami isteri baik...

Walaupun jodoh adalah ketentuan Allah Maha Mengetahui,kita perlu bijak memilih.Ramai manusia moden berkahwin atas dasar cinta Laila Majnun,bukan dasar agama dan keimanan.Cinta itu segalanya dan iman dan agama itu nantilah......................!

Imam Ibnu Majah rahimullah merekodkan Baginda saw bersabda “Pilihlah tempat mani kamu dan nikahlah dengan sekufu”
Pengajaran hadis tersebut adalah panduan buat manusia memilih jodoh.JIka wanita memilih lelaki yang terkenal dengan tidak solat dan puasa,maka wanita tersebut menyediakan rahimnya untuk benih lelaki yang tidak beriman.

Begitu juga lelaki yang memilih wanita yang terkenal dengan mulut tiada insurans seperti suka mencaci,mengumpat dan menghina orang lain,maka lelaki tersebut telah memilih tempat air mani yang bakal melahirkan generasi tidak beriman..

Baginda saw juga memberi panduan agar manusia memilih kufu iaitu serasi dan sepadan.Berapa ramai lelaki miskin berkahwin dengan wanita kaya namun hidup dalam penuh penghinaan dan cacian.Begitu juga wanita miskin memilih lelaki kaya yang akhirnya ayat “aku pungut kamu dari tempat sampah” terlontar saban hari dan malam...
Kufu adalah penting dalam perkahwinan bagi melahirkan rumah tangga yang bahagia dan aman tenteram.

Ramai lelaki hodoh mengidamkan wanita cantik kerana bagi mereka kecantikan itu adalah pemanis rumah tangga namun berapa ramai lelaki hodoh berpasangan wanita cantik hidup dengan penghinaan dan cacian?Ayat biasa kita dengar “muka cantik macam aku nie,aku buang kau,sepuluh datang....”Begitulah ayat-ayat wanita cantik yang hanya cantik wajahnya namun buruk sikapnya...

Kita mahu menjadi manusia beriman dan pasangan juga beriman.Manusia beriman seperti Baginda saw dan pasangan beriman Khadijah dan Aisyah isteri Baginda saw telah dijanjikan Syurga.

Adakah kita tidak mahukan Syurga?

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”surah An Nahl ayat 97.

Menjadi lelaki atau wanita Syurga itu adalah peluang.Namun sebagai suami atau isteri sudah tentu mahu hidup sebagai suami isteri ke akhir hayat dan seterusnya masuk Syurga bersama-sama.Itulah impian kebanyakan manusia.Namun sekadar impian dan angan-angan tanpa usaha,adalah mustahil mencium bau Syurga...



Panduan dan Tips :
1.Sentiasa muhasabah diri kita sepanjang masa.
2.Saling nasihat dan menasihati sesame pasangan.
3.Jauhkan memilih jodoh yang terkenal dengan kejahatan dan kefasikan.
4.Jauhkan menerima menantu manusia yang terkenal dengan kejahatan dan kefasikan.
5.Apabila mendapat pasangan yang suka melakukan dosa besar dan memang degil serta tidak mahu bertaubat,sebaiknya pilihlah pasangan lain.
6.Sentiasa meningkatkan ilmu dan amalan bersama-sama seperti berjemaah di masjid,menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.
7.Berusaha memahami ajaran Quran dan hadis sebaiknya.
8.Bacalah kisah suami atau isteri jahat dan berusaha menjauhi sikap dan peribadi mereka.
9.Banyakkan berdoa dengan doa yang diajar Quran.
"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
( Surah Al-Furqan : 74 )
10.Sentiasa memperbaiki diri.

Kehidupan ini amat indah.....nikmatilah.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Sempurna dan Maha Bijaksana manakala diri ini amat naïf dan lemah.

NOTA INI DITULIS DI
KLIA,Sepang Selangor...................
PADA Khamis 10 Mac 2011

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 55 : ISLAM MENGGALAKKAN KEUSAHAWANAN

ISLAM MENGGALAKKAN KEUSAHAWANAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Firman Allah bermaksud “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat
imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut
serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan
pandangan.(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka
dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan menambahi
mereka lagi dari limpah kurniaNya dan sememangnya Allah memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung”.
Surah Annur 37-38.
Sabda nabi bermaksud “Usahawan yang jujur dan amanah akan bersama para
nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat Imam At-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Setiap bisnes memerlukan modal.Bisnes kecil,modalnya kecil manakala bisnes
besar memerlukan modal yang besar.
Langkah pertama memulakan bisnes ialah kemahiran.Kita perlu menyediakan kemahiran jika ingin berniaga sebagaimana seseorang yang ingin memandu kereta perlu belajar memandu kereta.Jika seseorang memandu kereta tanpa kemahiran,maka akan berlaku kemalangan dan memandu lorong salah.Itulah implikasinya.
Begitulah dengan kebanyakan sikap usahawan yang memulakan perniagaan tanpa kemahiran.Mereka gagal dan rugi.Modal yang dilaburkan menjadi sia-sia.
Antara kemahiran yang perlu dimiliki adalah :
1.Kemahiran memulakan bisnes dengan modal rendah.
Ramai orang mahu berniaga tetapi menunggu wang yang banyak,barulah berniaga.Sikap sedemikian adalah silap.Setiap orang mampu menjalankan bisnes walaupun dengan modal rendah.
Walau siapa pun anda,anda boleh memulakan bisnes kecil walaupun dengan modal rendah.Antara contoh bisnes modal rendah adalah sistem SOHO (Small Office Home Office).
Mengikut tinjauan Census Bureau,kira-kira 19.5 juta warga Amerika menjalankan perniagaan system SOHO pada tahun 2004.Setiap tahun jumlah meningkat sebanyak 1 juta orang.
Walaupun bisnes kecil,jumlah pendapatan mereka mencapai 880 bilion

USD dalam masa 5 tahun.Jumlah tersebut adalah besar walaupun hanya menjalankan bisnes di rumah.
Kelahiran internet banyak membantu usahawan menjalankan bisnes kecil dan dilakukan di rumah.Bisnes sistem SOHO telah diamalkan warga Amerika sejak tahun 80an ketika belum lahir internet.Setelah kemunculan internet,jumlah usahawan semakin bertambah.
Dengan modal permulaan sebanyak RM500.00 anda mampu melakukan pelbagai jenis bisnes kecil mengikut kemahiran dan kebolehan yang anda miliki.Oleh demikian,
bisnes boleh dilakukan semua orang tanpa mengira pendidikan dan status.
Antara bisnes kecil yang boleh dilakukan adalah :
Bisnes 1 : Pakaian.
Bisnes 2 : Mengajar Quran.
Bisnes 3 : Tuisyen Bahasa Inggeris.
Bisnes 4 : Servis Pembersihan.
Bisnes 5 : Servis dan baiki komputer.
Bisnes 6 : Program komputer.
Bisnes 7 : Tukaran mata wang.
Bisnes 8 : Kuih-muih.
Bisnes 9 : Kek dan roti.
Bisnes 10 : Pisang goreng,keledek,sukun,cempedak.
Bisnes 11 : Nasi lemak.
Bisnes 12 :. Jualan Langsung ( MLM)
Bisnes 13 : Pokok dan benih.
Bisnes 14 : Menulis.
Bisnes 15 : Ikan,sayur dan lain-lain.
Bisnes 16 : Pembayar bil.
Bisnes 17 : Ceramah motivasi.
Bisnes 18 : Bengkel ringkas.
Bisnes 19 : Kraf dan cenderamata.
Bisnes 20 : Rumah dan tanah.
Bisnes 21 : Peralatan elektrik.
Bisnes 22 : Ubatan dan vitamin.
Bisnes 23 : Ais krim.
Bisnes 24 : Juru gambar.
Bisnes 25 : Sewa kereta /van.
Bisnes 26 : Aksesori wanita.
Bisnes 27 : Minuman dan makanan .
Bisnes 28 : E-book
Bisnes 29 : Kad pra-bayar.
Bisnes 30 : Kelas Bahasa.
Bisnes 31 : Jahitan.
Bisnes 32 : Roti canai
Bisnes 33 : Membaiki peralatan rumah.
Bisnes 34 : Pencari kerja.
Bisnes 35 : Urutan.
Bisnes 36 : Pemotong rumput.
Bisnes 37 : Tukang gunting.
Bisnes 38 : Pengasuh kanak-kanak.
Bisnes 39 : Mekanik .
Bisnes 40 : Sewa buku / majalah
Bisnes 41 : Homestay
Bisnes 42 : Kelapa bakar.
Bisnes 43 : Perkakas elektronik.
Bisnes 44 : Burger dan kebab.
Bisnes 45 : Agen Pelancongan.
Bisnes 46 : Konsultan Landskap.
Bisnes 47 : Seni mempertahankan diri.
Bisnes 48 : Sewa peralatan dan tapak sukan.
Bisnes 49 : Internet.
Bisnes 50 : Idea.
Bisnes 51 : Kertas kerja / proposal.
Bisnes 52 : Pemandu pelancong.
Bisnes 53 : Memunggah .
Bisnes 54 : Buah-buahan campur.
Bisnes 55 : Aksesori dan perhiasan.
Bisnes 56 : Bahan-bahan kaitan.
Bisnes 57 : Bahan buangan.
Bisnes 58 : Kereta buruk.
Bisnes 59 : Melukis.
Bisnes 60 : Membaiki telefon
Bisnes 61 : Membaiki jam.
Bisnes 62 : Jual beli kereta.
Bisnes 63 : Bingkai gambar.
Bisnes 64 : Sayuran.
Bisnes 65 : Agen insurans.
Bisnes 66 : Mini katering.
Bisnes 67 : Bisnes bermusim.
Bisnes 68 : Air proses.
Bisnes 69 : Juruteknik elektrik.
Bisnes 70 : Pop Corn.
Bisnes 71 : Membuat cd/vcd/dvd.
Bisnes 72 : Parking lot.
Bisnes 73 : Aksesori kenderaan.
Bisnes 74 : Cuci kereta / motor.
Bisnes 75 : Pertukangan.
Bisnes 76 : Makanan ringan.
Bisnes 77 : Kerepek.
Bisnes 78 : Madu.
Bisnes 79 : Air nira
Bisnes 80 : Perkakasan hantaran.
Bisnes 81 : Ikan bakar.
Bisnes 82 : Muzik
Bisnes 83 : Motor man
Bisnes 84 : Kursus komputer.
Bisnes 85 : Penyiasat persendirian.
Bisnes 86 : Sewa bilik.
Bisnes 87 : Peraih.
Bisnes 88 : Kuih raya
Bisnes 89 : Peralatan besi
Bisnes 90 : Pereka laman web.
Bisnes 91 : Membaiki basikal.
Bisnes 92 : Membasuh kolam
Bisnes 93 : Pembunuh serangga
Bisnes 94 : Ikan air tawar
Bisnes 95 : Khidmat andaman.
Bisnes 96 : Khidmat menghantar barang.
Bisnes 97 : Tukang rumah.
Bisnes 98 : Forex
Bisnes 99 : Silap mata

Sabda nabi saw bermaksud “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”

(Hadis riwayat Imam Tarmizi).Hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa berniaga adalah sumber utama mendapatkan rezeki.
Warga Amerika yang maju telah mengamalkan sistem bisnes SOHO dan mampu meraih pendapatan tinggi walaupun hanya menjalankan bisnes di rumah.Rakyat Malaysia perlu menceburi pelbagai lapangan bisnes dengan meniru sistem yang terbukti berjaya.
Bisnes kecil dengan bermodalkan kecil juga mampu mendatangkan keuntungan dan pendapatan yang baik.Suri rumah adalah golongan sesuai menjalankan bisnes mengikut sistem SOHO.Begitu juga golongan penganggur dan pekerja yang berpendapatan kecil.
Mengikut kajian Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,kira-kira 2.86 juta wanita adalah suri rumah tangga pada tahun 2004.
Kini jumlah mereka semakin bertambah.Adalah sebaiknya jika mereka menceburi bisnes kecil dan berjaya menambah pendapatan keluarga.
Pada zaman ini,setiap keluarga memerlukan wang yang banyak untuk mengharungi kehidupan.Pelbagai keperluan perlu dibeli seperti makanan,pakaian,ubatan ,pendidikan dan sebagainya.
Janganlah memandang remeh bisnes kecil kerana ia akan menyumbang kepada sumber pendapatan dan bisnes kecil adalah asas kepada bisnes yang besar.Boon Siew bilionair ternama memulakan bisnes motor dengan menjaja lima buah motosikal Honda.Beliau berjaya menjadi bilionair dan bermula dengan kecil.
Benih pokok yang dicampakkan ke tanah tidak akan mengeluarkan buah dalam masa satu hari.Ia memerlukan masa untuk tumbuh dan membesar,seterusnya menghasilkan buah.Begitulah kehidupan.
Apabila jumlah usahawan kecil bertambah,negara juga akan berjaya dan maju.Kejayaan usahawan bermula dari kecil akan menjadi usahawan besar satu hari nanti .Mereka akan membayar cukai dan menghasilkan pendapatan negara.Oleh demikian negara akan menjadi negara maju dengan lebih cepat.
Kemajuan negara adalah bergantung kepada rakyat.Justeru mulakan bisnes kecil dan berjaya menjadi usahawan walaupun bergelar “Usahawan Kecil”.

Kehidupan dunia adalah tumpangan bersifat sementara.Allah meminjamkan

dunia sebagai tempat mencari bekalan iman dan takwa.Jika seseorang hidup

dengan menjadi seorang usahawan hanya mencari keuntungan dan kekayaan

semata-mata tanpa menunaikan kewajipan sebagai orang islam dan beriman,

maka kenikmatan dan kesenangan hanya dirasai di dunia sahaja,sedangkan

nasibnya di akhirat adalah sengsara dan menderita apabila dihumbankan ke

neraka.

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 54 : Tekunlah bersolat..

Tekunlah bersolat...............

" Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat
dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta
rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan
(ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
surah Ta Ha ayat 132.



Bismillah..
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih....

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Alhamdulillah.....syukur aku masih bernafas di bumi ciptaan Allah Maha Perkasa...usiaku sudah 37 tahun..bulan depan sudah 38.....
Ramai temanku meninggal usia muda...arwah Syukri teman sekolah Mennegah meninggal dunia ketika usianya baru 20an.....semoga Allah merahmatinya...

Tahun lepas teman seuniversiti Ustaz Ahmad Yaakob meninggal dunia akibat kanser otak...Tinggallah isterinya dan anak2 kecil meneruskan kehidupan....

al-Fatihah buat mereka...


Jam hampir 8 pagi......aku bangun jam pagi,mandi bersolat,membaca Quran dan berzikir..kemudian mencari bahan untuk buku terbaru.Pabila azan ,aku kejutkan isteri dan solat berjemaah,doa panjang dan tazkirah pagi buat isteriku....Malam kelmarin sepanjang malam aku tak tidur kerna sibuk membaca dan menulis....

Syukur pada Allah swt kerna dengan izin-Nya aku telah berjaya tulis 7 buah buku.Aku berdoa usia panjang kerna aku mahu menulis 100 buku.Moga buku2 menjadi ilmu bermanfaat buat manusia.....

Menulis buku bukanlah perkara mudah.Sebuah buku dinukil hasil menelaah 100 buah buku,1000 majalah,akhbara,laman web dan sebagainya....Buku yang akan terbit tahun depan "PERIBADI DR MAHATHIR " aku tulis setelah mewancara puluhan orang,bertemu Dr Mahathir di Yayasan Bukhary hampir sejam,mengikuti program beliau di Melaka,KL dan sebagainya...

aku sayangkan Dr Mahathir dan aku tulis buku ini sebagai penghargaan kepada beliau.Aku bertemu kali pertama Dr Mahathir di Jeddah Arab Saudi pada tahun 1993 ketika aku pelajar Universiti Islam Madinah....wajahnya amat berseri dan bersinar..sungguh ajaib manusia bernama Mahathir...ketika kecil berkaki ayam ke sekolah kerna miskin...kini negarawan terbilang...

Ketika aku mewancara beliau di Yayasan Bukhary beliau menjawab "Saya masuk bilik tidur 10 malam,membaca buku hingga 12 tengah malam dan tidur.6 pagi sy bangun solat Subuh,bersarapan dan membaca serta mmebuat kerja pejabat....sebelum jam 8 pagi sy pergi pejabat..."

aku tanya sejak bila?katanya "sejak usia muda dah bangun 6 pagi............"camna seorang pemimpin parti haprak boleh fitnah Tun x solat subuh????apa nak jadi dengan parti sampah yang suka buat fitnah...jawablah di akhirat nanti....

aku tanya Tun lagi sebulan berapa buku baca?jawab beliau 5-10 buku......nak tahu seterusnya bacalah buku akan terbit tahun depan....ia akan diterbitkan Utusan Publications....

dah habis mukaddimah...........

Pakar bahasa Melayu mengatakan perkataan sembahyang adalah dua perkataan iaitu sembah dan yang.Sembah adalah sujud menyembah ,manakala yang adalah nama berhala.Pada zaman dahulu Melayu beragama HIndu dan Buddha,maka mereka bila ditanya jika ke kuil,mereka jawab "pergi sembahyang..."


Namun bila Melayu memeluk Islam,perkataan sembahyang masih digunakan.Namun adalah baik kita menggunakan perkataan bersolat atau solat..

Memang tidak salah menggunakan sembahyang,namun guna bersolat adalah lebih baik.Kita guna masjid dan ia perkataan arab.Kita guna tawakkal dan ia arab...gunakan arab dan lama2 kita pandai arab!

Melayu banyak pinjam bahasa orang.Kemeja bahasa portugis.....banyak perkataan Melayu dipinjam dari asing..komputer pun dipinjam bahasa Inggeris...

Telah bersabda Nabi saw....

أحب الصلاة إلى الله صلاة داود كان ينام نصف الليل و يقوم ثلثه و ينام سدسه

"Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud as....adalah beliau tidur separuh malam dan bangun sepertiga malam untuk solat dan tidur seperenam malam..."

Kita perlu rajin bersolat..kerna solat adalah amalan yang dicintai Allah....

Satu hari Ibnu Omar (Abdullah bin Omar al-Khattab ) masih kanak2 mengikut Baginda saw solat malam...Nabi saw membaca surah Fatihah kemudian a-Baqarah,kemudian Ali Imran,kemudian Annisaa' dan surah al-Maidah.Kemudian Baginda saw rukuk dan ia sepanjang berdiri.....kemduian sujud juga sepanjang ia saw berdiri....

Subhanallah.....betapa panjangnya Baginda solat...kita?
Tanyalah diri sendiri.....

Ketika Saidina Ali karamullah wajhah dalam perang,beliau r.a dipanah dan panah melekat di betisnya.Lalu ketika Ali r.a solat,para sahabat mencabut panah tersebut...Selepas solat,Ali r.a bertanya mana panah di kakiku?jawab mereka "kami telah mencabutnya dan membalutnya.."Subhanallah....


Dalam buku Zadul Ma'ad tulisan Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah banyak kisah menarik mengenai para sahabat dan Nabi saw..namun manusia lebih suka melayan FB,membaca paper dan melepak di kopitiam berbanding mmebaca buku ulama' hebat seperti Zadul Ma'ad.....

Jasa ulama' silam amat besar..dengan bulu ayam dan dakwat mereka menulis...Ulama' moden sibuk layan FB dan malas menulis walaupun ada komputer dan internet....amat berbeza ulama'

Imam Qurtubi rahimullah adalah ulama' kelahiran negara Sepanyol ..beliau banyak menulis buku yang baik.Antara buku aku suka baca berulang2 nama TAZKIRAH...rasanya dah hampir 10 kali aku baca....

Setiap kali membaca buku Imam Qurtubi rahimullah aku mennagis kerna kisah kubur dan akhirat dalam buku tersebut...Jika kita membaca buku tentang kisah kubur dan akhirat namun mata kita tidak merembes,iman kita masih nipis dan tebalkan iman dengan banyakkan solat sunat seperti solat taubat,tahajjud dan sunat hajat...
Baginda saw berkata "Dua mata tidak akan disentuh neraka-salah satu- mata yang menangis takutkan Allah...."

Dalam banyak solat sunat ,aku paling suka buat sepertiga malam adalah sunat taubat..kalu rajin aku buat 2 rakaat...kalau malas,aku buat 12 rakaat...kdg2 aku sujud 1 jam meminta ampun...dosaku amat banyak....hari2 menonton berita dan pembaca berita wanita x tutup aurat....berdosalah aku!

Jika buat sunat taubat,bacalah nama Allah Ya Ghaffar ratusan dan ribuan kali lepas solat...doalah sampai menangis......buatlah solat sunat taubat sepertiga malam seminggu sekali iaitu pada malam Jumaat .Jika mampu buatlah setiap hari..aku buat seminggu sekali je.....kalau rajin buat 2 kali seminggu....

Solat sunat amat banyak..bangun seeprtiga malam buatlah solat tahajjud,solat taubat dan hajat.....azan subuh ,buatlah sunat sebelum subuh 2 rakaat,kemduian solatlah subuh jemaah...
Lepas solat subuh,suami berilah tazkirah kepada isteri dan anak2...kalu tiada ilmu,print nota Kisah Teladan dan bacalah kepada keluarga kerna nota Kisah Teladan adalah ilmu bermanfaat,bukan ilmu bodoh dan buang masa....elakkan tidur lepas subuh..kalau nak tidur,tunggu mnetari naik dan buat solat Dhuha,kemudian tidurlah...

Seorang wali Allah amat rajin solat sepertiga malam.Kisahnya ditulis dalam sebuah buku.Beliau bangun dan solat sunat tahajud,sunat taubat,sunat hajat dan membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sahaja hinggalah masuk waktu Subuh....

Bayangkan dalam masa 3,4 jam solat,ratusan rakaat beliau solat......kita?tanya diri sendiri...

Kadangkala manusia ini susah..bila aku cerita aku buat solat sunat seeprtiga malam,mereka kata aku riak.Bila aku tak cerita,mereka cakap aku ni hanya tahu dakwah org tapi aku x buat...betullah kata Lokman al-Hakim.."Manusia itu begitulah...suka cari salah orang dan lupa selidik salah sendiri...."

Dalam 114 surah Quran aku suka baca surah Rahman kerna surah ini menyebabkan mata aku selalu merembes...Pabila aku baca ayat "Man manakah nikmat-nikmat Allah yang kamu dustakan?"
mata aku merembes....kdgkala aku mennagis hingga terkejut isteriku dari tidur dan bertanya mengapa bang?
aku jawab..."Allah beri banyak nikmat namun amat sedikit amalan abang dibandingkan Nabi saw,sahabat dan tabiin...."

Aku membelikan telekong anak bongsu 3 tahun dan suruh dia ikut walaupun dia x faham apa itu solat..walaupun Baginda saw suruh kita ajar anak solat usia 7 tahun,aku mulaknn usia 3 tahun agar dia kenal apa itu solat....

Kadangkala masa dia ikut,dia ketawa kecil.....itulah ujian dalam mengajar anak solat...

Terlalu banyak solat sunat dilakukan Bgainda saw..kita lakukan apa yg kita mampu..Jangan beri ALASAN tidak mampu bangun malam..jika bekerja,buatlah malam hari cuti..dapat gak seminggu sekali ...JANGAN buat solat malam setahun sekali..malulah dengan Allah swt....malulah dengan Baginda saw yg bangun solat malam setiap malam sejak ajdi Nabi dan Rasul hinggalah hayat terakhir...

KITA SEMUA akan menemui SIRATULMUSTAQIM di akhirat...Baginda saw mengatakan bahawa amalan pertama dihitung adalah solat..jika solat dah lulus,puasa pula....begitulah kisah benar mengenai akhirat...Bacalah buku hadis..jangan SIBUK baca novel cinta sahaja!

aku pun baca novel juga..novel arab aku suka baca berjudul LAN YA'UDA (Tidak akan kembali) ditulis oleh novelis dari Mesir.Aku beli di kedai buku Madinah al-Munawwarah...

banyak novel arab aku beli sebab ia mmebantu aku menambahkan vocabulary arab....

Novel Melayu aku suka baca karya HAMKA.Novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck hampir 10 kali aku baca......aku suka gaya bahasa tulisan HAMKA rahimullah..amat puitis...
Imam Ibnu Majah rahimullah merekodkan sebuah hadis
طلب العلم فريضة على كل مسلم

"MENUNTUT ILMU ITU WAJIB KEPADA ORG ISLAM…"

hadis ini amat penting..HAFAL DAN INGAT SAMPAI MATI!

Hari ini hari Sabtu....aku lewat sikit ke pejabat sebab banyak kerja kat opis kedua,rumah........

Banyak perkara aku kena buat hari ini....esok banyak kerja..jumpa Datok Shahnor bincang pasal kertas kerja....anak buah aku kahwin ,bawa ibu bapa berjalan kampung Londang,kawan mereka ramai kat sana....dan mcm 2 keje..

aku suka baca buku sejak sekolah rendah..masa aku darjah 6 tahun 1986 aku dapat hadiah pembaca paling banyak buku...aku kena berdiri depan ceritakan semua buku yang aku dah baca....bila ingat kenangan sekolah rendah di Sekolah Kebnagsaan Bukit Beringin Masjid Tanah Melaka aku merembes merindui cikgu 2 semua.....

aku masih ingat Cikgu Yasin....amat garang...bila budak minta keluar kencing,dia suruh lain kali bawa botol dan kencing dalam kelas.......kalau nak kencing tunggu masa rehat!Garang betul...nasib baik dia ajar darjah 3 je..darjah 4,5,6 dia dah x ajau lagi....

aku ikuti perkembangan cikgu Yasin...sebab abangnya adalah mertua kepada abang aku....jadi aku tahu banyak perkembangannya...

aku tanya doktor peribadi aku Dr Zin...."sy ni kurus..tidur kdgkala 2 jam sehari.....mcm mana nak gemuk?berat sy sekarang 48kg..dulu 65.."dai jawab...."Tidurlah cukup 6 jam sehari..."

adusssssssss...Mcm mana nak tidur 6 jam?keje aku bnayak..mcm2 nak buat..kdgkala ke KL,Putra Jaya,Temerloh,Shah Alam,JB,Klang dan banyak tempat aku terjah sebab bisnes..bulan depan nak ke Kelantan seminggu.....mkn banyak keje sekarang!

Masa aku tidur dalam PJ Hilton dengan Razali dari Penang dan Abdul Bari dr USA,aku buat keje sebab aku ada byk keje... hotel tiada Wifi...nsb baik Bari kawan aku ada WIFI dr USA....laju betul WIFI dia....kat 5Mpbs....
katanya kat USA boleh sampai 50........

Aku mmg rapat dengan Bary dan Razali ketika di Universiti Islam Madinah..kami sellau makan sama di akntin,merayau di bandar Madinah..banyak kenangan ....kawan aku Bari adalah penceramah bebas..dalam sebulan,seminggu je dai dok umah sebab pi Kanada,Australia,India,Eropah dll bagi ceramah....satu dunia dia pusing sebarkan dakwah...kalau dia free,dia akan singgah Malaysia seminggu jumpa kawan2..dia ramai kawan..kawan baik dia budak KL yang ada hotel kat Langkawi...aku jumpa kawan dia tu kat PJ Hilton,aku hadiahkan buku....

sejak aku kanak-kanak aku suka dengar lagu Inggeris..masa kat Madinah pun aku bawa semua kaset lagu Inggeris sampai budak Rusia dan Bnagladesh selalu pinjam sampai jahaham kaset aku!almaklum masa tu CD mahal..jadi kaset je...aku beli kaset Michael Jackson kat Madinah sebab aku suka dengar lagu Beat it dan Billie Jean.....Jacko pun dah meninggal.....semoga Allah mengampuninya....Kita jangan pertikaikan dia Islam bgmana..yg penting dai sah masuk Islam dan biarlah Allah swt menilainya..siapa kita mahu menilai???Baik kita nilai diri kita sendiri...
lagu kau paling suka layan 'THEY DONT CARE ABOUT US.."aku suka lagu Jacko kerna banyak unsur kemanusiaan dan nasihat.....aku mmg x berapa gemar lagu cinta cintun...aku kalau layan lagu HUKUM KARMA nyanyian Wings dalam kereta memang bergegar kereta aku....aku minat kumpulan Wings sejak aku sekolah menengah....Album semua dah rosak.....dulu CD mahal..mana ada duit nak beli.....budak sekolah katakan.....

Bila ku keluar rumah lepas solat Subuh out –station,aku singgah masjid atau surau solat Dhuha..solat Dhuha amat penting kerna ia murahkan rezeki...Malaysia banyak surau dan masjid..nak tak nak je...kalau kat Switzerland mungkin susah!aku bersyukur kerajaan banyak bina masjid dan surau..kat Highway pun ada surau....TEPUK DADA,tanya IMAN..............

Aku pernah travel 3 bulan ke Kemboja,Thailand dan Vietnam tahun 2004 seorang diri..habis juga wang kau tp banyak pengalaman indah...aku tawakkal dan alhamdulillah selamat...nanti aku buat buku TRAVELOG.....korang boleh baca bila terbit..

Aku hampir dirompak di Kemboja,tauke hotel offer pelacur di Vietnam,kaki judi nak jual jam di Thailand dan macam2 pengalaman aku lalui....aku tidur kat hotel,tumpang umah orang,masjid...naik bas,ketapi,motor roda 3 tut3 dan byk kisah menarik....Aku amalkan baca Ya Allah Ya Rahman ,Habiyallah wanikmal maula wanikmal wakil.....sepanjang masa ,alhmdulillah 3 bulan selamat....syukur..kalau la aku mati kat perjalanan,mampus mayat pun susah nak jumpa!

Insya-Allah tahun 2014 kalu umur panjang dan banyak wang aku nak travel Europe 3 bulan pula...aku nak pi tengok kem Nazi kat Jerman,kilang duit kat Switzerland dan lain2..Banyak tempat aku nak pi....aku memang suka melancong..kalau kira dah banyak duit aku habis...masa bujang aku pernah belanja sehari RM2000....dah kahwin kena bajet!

Aku suka Sabah....dah dua kali aku pi sana dan nak pi lagi..aku suka Ranau dan Kundasang..tempat sejuk dan awek lawa2,putih2.....aku rindu kat George anak Kadazan agama Kristian yang bawa aku naik Kinabalu sampai puncak.....aku naik nak mati,dai boleh baca majalah dan paper je!mana tak..seminggu dia naik dua kali!

Segala kebaikan dan kesempurnaan milik Allah swt Maha Gagah lagi Amat Perkasa...yang lemah dan naif adalah diriku bernama Saat...........tengok jam,ingat Saat!

NOTA DITULIS PADA
9.30 pagi hari Sabtu
10 Disember 2011

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 53 : PERBEZAAN ORANG BERIMAN DAN ORANG KAFIR..

PERBEZAAN ORANG BERIMAN DAN ORANG KAFIR...
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”
Orang Islam yang beriman pasti mempunyai akhlak dan peribadi yang dijara Quran dan hadis.Sebagai manusia yang bangga dengan islam,kita perlu meneliti ajaran Quran dan berusaha mempraktikkan apa yang diajar Quran sekadar kemampuan kita.
1.Bangun tidur.
Orang beriman bangun tidur dengan mengucapkan “segala puji bagi Allah Tuhan yang menghidupkan kami setelah mematikan kami”.manakala orang kafir bangun dengan menguap dan menggosok matanya...
2.Solat Subuh.
Orang beriman akan bangun,mandi membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.Manakala orang kafir sudah semestinya bangun walaupun waktu subuh tetapi mereka tidak solat...
3.Melihat dan berzikir.
Orang beriman akan melihat pelbagai ciptaan Allah seperti langit,mentari,bulan,rumput,pokok dan sebagainya lantas lahirlah keajaiban dalam dirinya untuk membesarkan Allah dengan berzikir.Manakala orang kafir hanya sekadar melihat sahaja.
4.Mencari rezeki halal.
Orang beriman akan bangun dan keluar bekerja mencari nafkah halal untuk diri sendiri dan keluarga.Manakala orang kafir tidak pernah memikirkan soal haram atau halal,yang penting mendapat wang dan harta.
5.Membaca doa jimak.
Orang beriman akan membaca doa berjimak sebagaimana diajar Baginda saw.
Maksud doa: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami."
(H.R Bukhari)
Al-Bukhârî menjelaskan, Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dgn isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."
Manakala orang kafir tidak pernah berdoa...

6.Mempunyai akidah.
Orang islam yang beriman mempunyai akidah yang kukuh dan kuat.Manakala kafir tidak mempunyai akidah.Mereka percaya ahli nujum,ramalan bintang,ramalan tapak tangan,feng-shui dan sebagainya.
7.Menutup aurat.
Orang beriman akan memakai pakaian dengan menutup aurat manakala orang kafir tidak pernah memikirkan aurat dan mereka memakai apa sahaja mengikut kehendak hati mereka.
8.Memberi iman kepada anak-anak.
Orang beriman akan menanam iman dalam jiwa anak-anak.Ibu bapa akan menasihati anak agar sentiasa benar,menjauhi benar,mengelakkan arak dan zina.Manakala orang kafir tidak pernah peduli sama ada anak mereka suka berbohong,makan rasuah,seks bebas,meminum arak dan sebagainya.
9.Solat lima waktu.
Orang beriman solat lima waktu kerna yakin bahawa solat tiang agama.Orang kafir walaupun ada beragama solat seminggu sekali kebanyakan mereka tidak pernah melakukannya kerna solat tidak penting kepada mereka.
10.Sabar dengan kematian.
Orang beriman akan sabar dengan kematian dan sekadar menitiskan air mata pabila berlaku kematian ahli keluarga.Manakala orang kafir akan berteriak dan menjerit-jerit...
11.Bersyukur dengan rezeki Allah .
Orang beriman akan bersyukur dengan rezeki Allah sama ada sedikit atau banyak.Orang kafir akan menyalahkan Tuhan bila mereka mendapat rezeki yang sedikit....


akan bersambung...



NOTA DITULIS PADA DISEMBER 2010

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 52 : PERKARA YANG MANUSIA PERLU TAHU...

PERKARA YANG MANUSIA PERLU TAHU....
" .. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tetap memimpin ke jalan yang lurus." (ayat 52, surah Al-Syura).
Bismillah............
Apa yang ditulis berdasarkan pengalaman diri sendiri atau apa yang dibaca dalam akhbar...
1.Pemadam pensel..
Mungkin kita ke mana-mana dan lupa pemadam pensel.....apa fungsinya?
MYkad,kad ATM,kad kredit mempunyai cip berwarna keemasan dan sekiranya cip ini kotor,maka mesin tidak dapat membacanya..jadi apa yang boleh dilakukan?
Pemadam pensel apabila digosok kepada cip akan membersihkan kotoran dan kad boleh digunakan.Jika tidak percaya,lakukanlah bila menghadapi masalah ATM tidak menerima kad.Saya pernah mengalaminya....Jadi jangan lupa!ke mana-mana bawalah secebis pemadam pensel.....
2.Kompas kiblat.
Jika kita ke mana-mana terutama luar negara,bawalah kompas kiblat terutama jika berada di hotel untuk mengetahui arah kiblat yang betul..Banyak juga hotel dalam negara tidak mempunyai arah kiblat.
Kompas kiblat hanyalah RM10.00 dan ia banyak membantu kita terutama sekali di luar negara atau kita berada di tempat yang tiaa petunjuk karah kiblat,maka kompas kiblat akan membantu kita.
Walaupun dalam bilik hotel dalam negara mempunyai arah kiblat,saya masih menggunakan kompas kiblat untuk mempastikan arah kiblat.Ada sebuah hotel diletakkan arah kiblat dalam laci meja dan laci meja pastinya ke sana sini...jadi membawa kompas kiblat adalah terbaik ketika melancong dalam dan luar negara.
3.Seluar poket rahsia.
Jika ke mana-mana dalam dunia ini,perompak wujud.Apabila ke luar negara,terutama kawasan pelancongan memang ramai perompak,peragut yang suka mencuri harta benda pelancong.Ketika luar negara pasport dan kad kredit adalah penting.
Saya mempunyai sehelai seluar jika ke luar negara.ia mempunyai poket rahsia menyimpan pasport dan kad bank.Paspot dan kad bank adalah penting,jika hilang memang masalah.Poket rahsia seluar saya dijahit khas dan peragut jika merompak,saya akan serahkan dompet di belakang seluar yang hanya mempunyai wang beberapa ringgit sahaja,manakala pasport dan kad bank akan selamat.
Mempunyai seluar poket rahsia akan menyelamatkan dua perkara penting iaitu pasport dan kad bank.Jadi pastikan mempunyai seluar poket rahsia terutama sekali melancong dalam dan luar negara.
4.Kunci pendua.
Kunci pendua kereta seperti pengunci stereng adalah penting.Ia boleh menjauhkan kecurian kereta terutama sekali kereta mahal.Kereta saya murah.Nilainya RM4000 sahaja harga pasaran.Kunci pendua bukan sahaja menyelamatkan kereta.namun boleh dijadikan senjata jika berlaku masalah.Kunci stereng cukup untuk memecahkan kepala perompak dan peragut.
5.Cermin pintu.
Apabila anda berada dalam kereta dan seseorang datang seakan mahu bertanya,jangan bukan habis cermin pintu.Buka sedikit sahaja sekadar boleh mendengar apa yang ditanya.banyak berlaku terutama wanita membuka cermin pintu hingga manusia jahat boleh mengacukan pisau dan senjata tajam,lalu melarikan kereta atau mengugut memberikan dompet dan tas tangan.
Turunkan sedikit sahaja cermin pintu dan pastikan lock pintu sebaiknya.
6.Kad debit.

Kad debit ATM memang memudahkan,namun jika dicuri,pencuri boleh habis berbelanja dan tidak boleh mengeluarkan wang tunai.Sebaiknya simpan wang dalam kad debit secukup sahaja dan simpan wang yang banyak dalam akaun buku tanpa kad seperti tabung haji dan sebagainya.

Kad debit memang memudahkan,namun jika hilang ,memang masalah!

to be continued...................insya-Allah!


DITULIS PADA JAN 2011

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 51 : RAHSIA KEJAYAAN ILMUWAN,INTELEKTUAL DAN TOKOH ISLAM.

RAHSIA KEJAYAAN ILMUWAN,INTELEKTUAL DAN TOKOH ISLAM.

Islam telah melahirkan ramai ilmuwan,sarjana dan cendekiawan yang amat berjasa
dan memberi sumbangan besar kepada manusia pada zaman kegemilangan islam suatu
masa dahulu sehingga hari ini.Kejayaan sarjana dan intelektual barat adalah banyak
bergantung kepada maklumat,penemuan,teknologi yang telah dipelopori ilmuwan
islam.Sarjana dan inteletual barat bukan pengasas kemajuan tetapi penyambung usaha
yang telah diasaskan ilmuwan islam.

Apa yang menyedihkan,banyak buku sejarah termasuk di negara kita terlalu mendedahkan kejayaan ilmuwan barat.Ramai pelajar sekolah menengah,graduan dan mahasiswa lebih mengenali Graham Bell,Christopher Columbus,Henry Ford berbanding Ibnu Sina,Ibnu Rushdi,Ibnu Manzur dan Al-Jazari.Pendedahan kejayaan sarjana dan inteletual barat telah menenggelamkan kejayaan ilmuwan islam.
Kita perlu mengkaji dan menelaah rahsia kejayaan ilmuwan islam pada zaman dahulu.Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai usahawan cemerlang,Ibnu Sina dengan teori dan penemuan pelbagai punca penyakit,Al-Jazari dengan teknologi kejuruteraan dan lain-lain.
Walaupun ilmuwan islam hidup ratusan dahulu,kita perlu mengimbas dan mencari rahsia kejayaan mereka untuk dicontohi dan diteladani agar kita berjaya sebagaimana mereka yang terdahulu.Terlalu banyak sikap dan tabiat positif ilmuwan dan tokoh terdahulu yang perlu diikuti dan diteladani ilmuwan dan tokoh pada masa kini.
Antara rahsia kejayaan ilmuwan dan intelektual islam suatu waktu dahulu ialah:
1.Mengkaji Quran dan hadis.
Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada nabi saw melalui perantaraan malaikat Jibrail.Quran adalah gedung ilmu kerana mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Quran menerangkan pelbagai perkara kepada manusia.
Ramai orang islam tidak menyedari bahawa sarjana dan ilmuwan bukan islam menjadikan Quran sumber rujukan dalam pelbagai perkara kerana mereka yakin dan percaya Quran adalah keajaiban dan mengandungi pelbagai rahsia dan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Salah satu contoh penemuan idea dan teknologi yang diperolehi sarjana barat ialah mengkaji surah Fil yang menceritakan tentera bergajah dikalahkan sekumpulan burung yang membawa batu-batu di kakinya.Ilmuwan barat mendapat idea dan mencipta pesawat yang diletakkan bom dan senjata di bawah badan pesawat.Idea ini datang daripada pengkajian Quran.
Kejayaan sarjana dan ilmuwan islam suatu masa dahulu adalah kerana mereka meneliti dan menelaah pelbagai isi kandungan Quran.Quran memberikan pelbagai asas dan manusia perlu mencari idea dan pengetahuan atau kemahiran berdasarkan asas yang diberikan Quran.
Sarjana islam memang suka membaca Quran,meneliti setiap ayat dan membuat kajian dan penyelidikan.Mengkaji Quran akan memberi idea dan pengetahuan baru kepada ilmuwan.
Pada suatu waktu dahulu,kebanyakan ahli astronomi mengatakan matahari tidak berganjak atau beredar.Apabila Quran menyatakan bahawa matahari beredar sebagaimana firmannya dalam surah Yasin bermaksud “ Dan matahari itu beredar mengikut orbitnya,demikianlah ketentuan Tauhan yang Maha Perkasa,lagi Maha Mengetahui”.Ilmuwan dan sarjana barat telah mencari kebenaran tersebut dan berjaya mencipta pelbagai alat sehingga membuktikan bahawa kandungan Quran adalah benar.
Kebanyakan cendekiawan islam suatu masa dahulu menjadikan Quran sebagai rujukan dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi,kajian haiwan,sosial,
sains,perubatan,geologi,kesusteraan,fizik,tamadun,politik dan lain-lain.Sarjana islam juga mengambil pelbagai hadis sebagai pengkajian dan asas penemuan pelbagai perkara.
Sebuah hadis mengajar umatnya agar memasukkan atau menenggelamkan lalat yang memasuki bekas minuman,kemudian membuangnya kerana nabi saw mengatakan pada sebelah badan lalat adalah racun,manakala sebelah lagi adalah penawar.
Pada masa kini telah terbukti bahawa lalat adalah pembawa penyakit taun dan amat berbahaya kepada manusia.Jutaan manusia mati disebabkan taun.Hadis tersebut jelas mendidik umatnya menjaga kesihatan dan mengamalkan penjagaan kesihatan dengan baik.Walaupun hadis dan Quran berusia ribuan tahun,namun isinya adalah relevan dan sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada ilmuwan islam masa kini.
Sarjana islam dan intelektual perlu terus menerus mengkaji Quran dan hadis dan mejadikan kedua-duanya sumber rujukan pelbagai perkara.Malah jika seseorang membaca dan meneliti Quran,pelbagai idea-idea dalam pelbagai cabang kehidupan
seperti politik,sains,kemasyarakatan,perniagaan dan lain-lain dapat diperolehi.
2.Mempraktikkan ajaran islam.
Kebijaksanaan ilmuwan islam pada masa dahulu banyak bergantung kepada idea.Bagaimana sarjana islam memiliki pelbagai idea dan mendapat penemuan-penemuan berharga?Jawapannya ialah mempraktikkan ajaran islam sebagaimana diajar Quran dan hadis.
Jika menurut intelektual barat,kebijaksanaan seseorang bergantung kepada I.Q.I.Q boleh berkembang jika seseorang berusaha mengasah otak dan fikiran.Namun islam lebih mementingkan kepada pengisian spiritual dan rohani.Islam mendidik umatnya melakukan pelbagai ibadat seperti solat tahajjud,membaca Quran,memikirkan dan meneliti kejadian makhluk lain.
Sarjana islam pada masa dahulu amat mementingkan ibadat dan pengisian rohani demi membersihkan hati dan jiwa.Jiwa yang bersih akan menghasilkan pelbagai ilham dan idea yang bernas.
Ribuan dan jutaan cendekiawan islam tidak pernah terkenal dengan sikap kaki arak,
berjudi,suka memperlekehkan orang lain,hasad dengki,sombong,mencari ilmu untuk membanggakan diri atau membuktikan diri lebih bijak.Sarjana islam menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan berusaha mendalami ilmu untuk kebahagiaan manusia sejagat.
Tiada satu pun ajaran islam mendidik umatnya menjadi malas,tidak berdikari,mementingkan diri sendiri,tamak,ego,hasad dengki dna lain-lain amalan jahat dan keji.Sarjana islam mempraktikkan amalan yang diajar nabi dan Tuhan.Dengan kesungguhan mempraktikkan ajaran islam,sarjana dianugerahkan I.Q cemerlang dan sentiasa mempunyai idea-idea bernas dan praktikal.
Pada masa kini kebanyakan ilmuwan dan intelektual islam tidak mempraktikkan ajaran islam yang sebenar.Mereka sering berdebat dan berbalah dalam isu remeh-temeh dan tidak relevan.Malah ada sesetengah ilmuwan bersikap menjatuhkan orang lain dan menganggap diri lebih baik.Sikap negatif tersebut telah memberi peluang saintis dan ilmuwan barat dan bukan islam lebih maju dan berjaya dalam pelbagai bidang dan umat islam masih ketinggalan.
Jika ilmuwan dan cendekiawan islam mahu berjaya dan maju sebagaimana ilmuwan silam,mereka perlu mempraktikkan ajaran islam.Hanya dengan mempraktikkan ajaran islam,seseorang mendapat ketenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang dan lapangan.
3.Menyebarkan ilmu.
“Sampaikanlah apa-apa dariku walaupun sepotong ayat”.Hadis tersebut jelas menunjukkan islam adalah agama yang mementingkan ilmu dan penyebaran ilmu.Ketika islam berkembang dan maju,ilmuwan mengamalkan sikap menyebarkan ilmu dan memberi peluang cendekiawan lain termasuk bukan islam mempelajari ilmu dan penemuan yang telah dikaji sarjana islam.
Sarjana islam tidak pernah mengamalkan sikap monopoli dalam apa jua bidang sama ada ekonomi,politik dan kemajuan teknologi.Sikap suka menyebarkan ilmu diamalkan sarjana islam demi memberi manfaat kepada semua umat manusia di mana pun berada.
4.Merendah diri.
Ilmuwan islam terkenal dengan sikap merendah diri dan tidak pernah berbangga
dengan ilmu yang ada.Ketika sijil belum diperkenalkan,sarjana islam terus menerus menimba ilmu dan mencari pelbagai pengetahuan yang relevan dan efektif untuk kemajuan manusia.
Pada masa kini,kebanyakan ilmuwan berlumba mendapatkan sijil tertinggi dan pangkat.Taraf pendidikan dan pangkat adalah paling utama kepada sarjana islam.Memang tidak dinafikan bahawa taraf pendidikan dan pangkat adalah penting tetapi bagi islam,pengetahuan yang tinggi adalah lebih penting.Apa guna memiliki PHD dan pelbagai ijazah tetapi tidak mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.


Ini berpunca sikap tidak merendahkan diri.Manusia terkaya berbangsa Yahudi,Bill Gates
adalah manusia yang tidak memiliki pendidikan tinggi sehingga PHD tetapi beliau mmapu membuktikan kejayaan.
Ilmuwan silam tidak pernah memikirkan tahap pendidikan dan pangkat kerana mementingkan sifat merendah diri.Ilmuwan islam menambah ilmu dan membuat pelbagai pengkajian bukan untuk membanggakan diri tetapi untuk kemajuan manusia pada zamannya dan manusia akan datang.
Hartawan islam yang terkenal dan termasuk sepuluh sahabat yang akan ke syurga ialah Saidina Abdul Rahman bin Auf.Beliau terkenal sebagai manusia yang amat merendah diri daripada segi pemakaian,tutur kata dan amalan.Apabila beliau berjalan bersama pekerja,orang ramai tidak kenal manakah majikan dan pekerja.Begitu merendah diri dan tawadduk.
5.Berani mencuba.
Seorang pakar perubatan islam mati ditimpa penyakit ketika mencari penemuan untuk membasmi virus penyakit tersebut.Ini adalah kisah benar,bukan kisah untuk mengangungkan tokoh islam.
Intelektual dan sarjana islam adalah manusia yang berani mencuba.Mereka berjalan ratusan dan ribuan kilometer demi mencari ilmu dan penemuan.Mereka berani berhadapan risiko menggunakan teori perubatan kepada diri sendiri.
Ilmuwan pada masa kini perlu berani mencuba dalam apa jua bidang.Pada masa kni pelbagai alat dan kemudahan yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai ujian dan kajian.Manusia yang takut mencuba sebenarnya telah gagal.
6.Mengejar pahala selepas mati.
Sebuah hadis bermaksud “ Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannyakecuali tiga perkara ; sedekah jariah,ilmu bermanfaat dan anak soleh mendoakannya”.
Ilmuan islam dan intelektual memanfaatkan didikan hadis dengan mencari pelbagai penemuan dan pengkajian demi manfaat masyarakat semasa hayatnya dan akan datang.Itulah pegangan ilmuwan islam pada masa dahulu.
Mereka mencari dan terus mengkaji pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk kebaikan manusia dan berharap manusia dapat memanfaatkannya.Ibnu Sina contohnya,mengarang buku dan memasukkan pelbagai teori dan teknologi yang dapat dimanfaatkan oleh manusia pada zamannya dan dimanfaatkan manusia sehingga 500 tahun selepas kematiannya.
Bagaimana beliau mampu mengarang buku dan dapat dimanfaatkan begitu lama?Jawapannya ialah beliau mahu mengejar pahala selepas mati.Hadis itu jelas menunjukkan bahawa seseorang islam akan terus menerus mendapat pahala walaupun telah mati jika meninggalkan ilmu manfaat dan sedekah jariah.Meninggalkan ilmu melalui buku adalah sedekah jariah yang amat bernilai dan berharga.
Pernah pada zaman kegemilangan islam,seorang khalifah islam memberi galakan agar lebih ramai ilmuwan dan cendekiawan menggembelengkan usaha menulis pelbagai ilmu di dalam buku dan buku akan dibayar dengan timbangan emas.Begitu tulus hati seorang khalifah sehingga bernai memberi tawaran sedemikian.
Kebanyakan sarjana islam masih bersifat kolot dan tidak terbuka.Pernah pada zaman penjajahan,bangsa Melayu hanya berada di pondok-pondok mengaji dan mempelajari ilmu agama sahaja dan terus terkebalakang dalam pelbagai ilmu dan kemahiran lain.Fikiran dan mentaliti orang islam hancur dan lembab lantaran fikiran ibu bapa yang mengatakan menuntut ilmu sains,teknologi,bahasa inggeris,politik,perubatan dan lain-lain adalah sekular dan boleh merosakkan akidah.Itulah pandangan kebanyakan ibu bapa pada zaman tersebut.
Jika ilmuwan dan sarjana islam mahu berjaya,mereka perlu berusaha gigih dalam mencari penemuan dan teknologi terkini demi manfaat dan maslahah manusia pada zaman kini dan akan datang.
Andainya seorang doktor muslim berjaya menemui ubat pembunuh virus penyakit kencing manis contohnya,dia akan terus menerus mendapat pahala selagi manusia masih menggunakannya shingga ke hari kiamat.Itulah sikap mengejar pahala selepas mati.
7.Rajin membaca.
Tiada manusia berjaya tanpa membaca.Malah perkataan pertama yang diwahyukan ialah “ Bacalah”.Kebanyakan ilmuwan islam pada zaman dahulu adalah rajin membaca.Mereka belajar pelbagai bahasa dan tulisan demi menambah pengetahuan dan pendidikan.
Kita masih memiliki beberapa sarjana yang kolot dan tidak terbuka.Apabila pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris diajar di sekolah,ramai menuding jari dan menyalahkan kerajaan dan menganggap langkah tersebut mematikan bahasa Melayu.Langkah tersebut dibuat demi menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris
kerana kebanyakan maklumat,pengkajian,buku ilmiah yang wujud pada zaman ini berbahasa inggeris.
Pada zaman kegemilangan islam,sarjana barat dan timur mempelajari bahasa Arab kerana kebanyakan bahan ilmiah ditulis dalam bahasa Arab.Apabila zaman telah berubah,bahasa Inggeris telah mengambil tempat.Usteru umat islam perlu menuruti perubahan zaman.
Intelek islam adalah manusia yang rajin membaca.Bukan hanya membaca hadis dan Quran tetapi pelbagai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bahasa.Tiada sarjana islam yang menguasai hanya dua bahasa.Kebanyakan mereka menguasai sekurang-kurangnya empat dan lima bahasa iaitu bahasa yang amat penting pada zaman mereka.
Membaca tiada noktah.Ilmuwan islam yang mahu berjaya dan menambahkan pengetahuan serta menemui pelbagai penyelidikan baru perlu rajin membaca pelbagai bahan ilmiah.Setinggi mana pun pendidikan dan sijil yang diperolehi,membaca adalah amalan yang perlu diterusklan sepanjang hayat.
Ilmuwan dan inteletual islam perlu mencontohi tabiat dan peribadi bekas perdana menteri,Tun Dr.Mahathir yang rajin membaca di mana pun beliau berada.Sebelum mendapat idea penubuhan Proton,beliau membaca hampir 30 buah buku dunia pemotoran.Beliau mampu mengubah mentaliti dan pemikiran bangsa Melayu dengan membaca,malah berani menanggung risiko dipecat dari politik kerana menulis buku The Malay Dilemma.Beliau menjadikan setiap daerah di pelusuk negara memiliki anak Melayu menjadi doktor,jurutera,usahawan dan lain-lain.
8.Mengutamakan perkara yang lebih penting.
Ilmuwan islam terkenal sebagai manusia yang memanfaatkan masa.Menyedari masa adalah terbatas sedangkan pekerjaan dan tugas adalah banyak,maka mereka mengutamakan perkara yang lebih penting dan utama.
Mengapa ilmuwan pada masa kini sibuk bertelagah dan berbalah dengan ilmu atau kepakaran yang tidak penting?Mereka tidak menjaga masa dan tidak menyedari kepentingannya.Banyak perkara penting perlu dilakukan berbanding aktiviti asyik bertelagah.
Ilmuwan silam asyik dengan pembacaan dan pengkajian.Mereka mengorbankan masa dalam pelbagai pengkajian dan ujian demi mencari teori dan teknologi.Malah ada ilmuwan yang membujang sehingga akhir hayat.Begitu besar pengorbanan mereka.
Jika sarjana dan intelektual meletakkan perkara penting dan utama dalam kehidupan,pastinya sarjana islam lebih berjaya dan cemerlang pada zaman kini.
10.Ikhlas dalam semua perkara.
Niat utama seseorang muslim dalam apa jua perkara adalah ikhlas.Keikhlasan
ilmuwan silam adalah kunci kejayaan cemerlang.Mereka membuat kajian dan penemuan demi agama,negara dan manusia sejagat.
Mereka tidak pernah mempedulikan pujian,pangkat sijil dan gelaran.Apa yang penting ilmu yang diperolehi akan ditulis demi generasi akan datang.Ikhlas adalah kunci penting dalam apa jua pekerjaan.
Demikianlah sifat dan peribadi ilmuwan,sarjana dan tokoh islam yanga telah berjaya pada suatu masa dahulu.Jika mereka boleh berjaya pada zaman yang tiada komputer,internet,kapal terbang,pengimbas x-ray dan lain-lain alat teknologi moden tetapi boleh berjaya,ilmuwan dan sarjana islam yang hidup pada zaman ini boleh lebih cemerlang dan berjaya.
Islam kini dipandang hina dan rendah kerana islam tidak berjaya membuktikan kejayaan mereka.Justeru semua pihak terutama ilmuwan dan intelektual islam perlu bangkit dan berusaha dengan komited mengembalikan kegemilangan islam dan ilmu.Pelajari kejayaan ilmuwan silam dan jadikan mereka mentor dan role-model yang baik.Kembalikan maruah dan kegemilangan islam….

to be continued

NOTA DITULIS PADA DISEMBER 2010

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 50 : REMAJA POSITIF.

REMAJA POSITIF.


Setiap remaja perlu menjadi remaja positif.Remaja positif adalah remaja yang
berakhlak,berwawasan,berketrampilan,berilmu dan berusaha menjadi manusia berjaya
dunia dan akhirat.
Pelbagai salah laku remaja pada masa kini amat membimbangkan ibu
bapa,guru,pihak berkuasa,pemimpin politik dan masyarakat seluruhnya.Justeru remaja
perlu berusaha menjadi manusia positif agar mengelakkan pelbagai salah laku,akhlak
buruk dan gegala sosial.
Remaja perlu belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam usaha memajukan
diri dan menjadi remaja positif.Antara usaha menambah pengetahuan ialah
membaca.Anda sedang membaca buku ini dan anda sedang berusaha menambah
pengetahuan dan kemahiran.
Menjadi remaja positif akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
rintangan.Bukan mudah mendapat gelaran remaja positif.Syaitan dan makhluk yang
bersifat sepertinya sentiasa memburu dan menghasut manusia ke arah kesesatan dan
kejahatan terutama usia remaja.
Usia remaja adalah usia yang penuh cabaran dan dugaan.Usia remaja adalah usia
yang menjadikan seseorang loba pengetahuan dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat.
Justeru makhluk jahat akan sentiasa menghasut dan mengajak remaja ke arah keburukan.
Menjadi remaja positif akan menjadi kekuatan kepada remaja dalam menghadapi
pelbagai rintangan dan dugaan dalam kehidupan.
Usia remaja adalah usia emas yang perlu dimanfaatkan remaja.Jangan rosakkan
kehidupan remaja dengan pelbagai sikap dan aktiviti yang tidak berfaedah dan
merosakkan diri.
Menurut kebanyakan intelektual,usia remaja ialah usia antara 13 tahun sehingga 21
tahun.Para sarjanan dan cendekiawan menulis pelbagai bahan ilmiah dalam
membahaskan tentang remaja.
Pelbagai kajian dan penyelidikan ilmiah juga dilakukan dalam mengenalpasti
sikap,tabiat,tingkah laku,perangai dan lain-lain yang berkaitan dengan remaja.Perubahan
zaman telah membawa perubahan remaja.
Suatu masa dahulu,tidak wujud budaya lepak,muzik metal,penyakit AIDS,
dadah,internet,vandalisme,materialistik,individualistik,menghidu gam dan pelbagai jenis
bahan dan perkara wujud dan berkembang sebagaimana zaman ini.Justeru penulisan dan
pengkajian tentang remaja sentiasa bertambah dan berkembang mengikut kesesuaian
remaja.
Menjadi manusia positif adalah langkah ke arah kebahagiaan dan kejayaan dunia
akhirat.Remaja perlu memberi tumpuan kepada matlamat hidup dan wawasan.Remaja
positif adalah remaja berjaya dunia akhirat kerana :
1.Remaja positif adalah remaja yang mementingkan pengetahuan positif.
2.Remaja positif adalah remaja yang menghargai ibu bapa.
3.Remaja positif adalah remaja yang menilai kebaikan orang lain.
4.Remaja positif juga akan menggunakan rasional dan kecerdikan dalam mengharugi
kehidupan.
5.Remaja positif adalah remaja yang mengikut panduan dan bimbingan agama.
6.Remaja positif adalah pewaris bangsa dan tamadun.
7.Remaja positif adalah remaja yang memanfaatkan masa.
8.Remaja positif adalah pe,mangkin kemajuan bangsa dan negara.
9.Remaja positif adalah harta kepada ibu bapa.
10.Remaja positif adalah manusia yang menghargai kehidupan dan berusaha mencari
kebahagiaan dan kejayaan.
Remaja positif adalah manusia yang berjaya dunia akhirat kerana mereka
menseimbangkan kejayaan dunia dan akhirat.Memberi tumpuan kepada kedua-dua
matlamat iaitu dunia dan akhirat adalah sikap remaja positif.
Kejayaan material tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan remaja.Begitu juga
kejayaan cemerlang dalam pelajaran.Kejayaan remaja dalam apa jua bidang perlu
diseimbangkan dengan kejayaan memiliki akhlak mulia dan menghayati nilai agama.
Islam tidak mengiktiraf kejayaan remaja yang hanya mengejar kejayaan duniawi
sehingga membelakangkan kejayaan akhirat.Justeru definisi sebenar remaja positif ialah
remaja yang sentiasa positif dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.
Dunia adalah tapak dan kehidupan sementara.Manakala akhirat adalah destinasi
kekal.Justeru remaja perlu mencari kebahagiaan dan kecemerlangan dunia akhirat.Jangan
bersandarkan kejayaan cemerlang di dunia tetapi tiada nilai dan harga di sisi Allah di
akhirat nanti.Mereka itulah yang rugi.
Faedah menjadi remaja positif.
Remaja perlu menjadi remaja positif.Remaja positif mempunyai pelbagai nilai dan
sikap yang menjadikan mereka positif.Sebelum memulakan langkah menjadi remaja
positif,remaja perlu mengetahui kepentingan dan faedah menjadi remaja positif.
Antara faedah menjadi remaja positif ialah:
1.Mempunyai kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.Sentiasa dahagakan ilmu bermanfaat dan memberi faedah.
3.Memiliki kekuatan akal dalam membuat keputusan dan tindakan.
4.Mampu menghadapi cabaran dan hasutan syaitan dan manusia jahat yang sering
mengajak ke arah kejahatan.
5.Menghargai Pencipta dan ibu bapa dan membuktikannnya dalam tindakan dan
perbuatan.
6.Mempunyai keinginan kuat untuk mengecapi kejayaan hidup.
7.Memandu ke arah wawasan dan cita-cita demi masa depan yang cerah.
8.Memberi kemahiran yang cukup dalam menghadapi gelombang kehidupan.
9.Menjadikan remaja berfikiran rasional dan waras dalam perbuatan dan tindakan.
10.Mendidik remaja menghargai manusia lain.
11.Mampu membezakan positif dan negatif dan mempraktikkannya dalam kehidupan.
12.Menumpukan sepenuh perhatian mengejar kejayaan.
13.Sentiasa mencari idea agar memberi sumbangan kepada manusia lain.
14.Memberi kasih sayang dengan lebih baik kepada ibu bapa,adik-beradik,teman dan
manusia lain.
15.Sentiasa bertakwa dan melakukan sesuatu yang disuruh Tuhan dan nabi-Nya.
16.Mahu meningkatkan keupayaan diri agar setanding manusia lain.
17.Tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dan kerosakan moral.
18.Peka dan prihatin dengan manusia lain.
19.Sentiasa loba melakukan kebaikan berterusan.
20.Berhati-hati dalam perbuatan,perkataan dan tindakan agar ianya tidak menyusahkan
ibu bapa,menyakiti teman dan jiran serta tidak menyusahkan manusia lain.
21.Menjadikan diri seorang yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.
Terlalu banyak keistimewaan dan faedah menjadi manusia positif.Ianya bukan
sahaja memberi manfaat kepada diri remaja tetapi juga akan meninggalkan kesan positif
kepada ibu bapa,teman,guru,pemimpin dan manusia keseluruhannya.
Justeru remaja perlu menjadi remaja positif.Anda berhak menentukan siapa diri
anda.Tiada siapa yang boleh mengubah diri anda sendiri melainkan diri anda sendiri.
Pilihlah mana-mana yang anda sukai,remaja positif atau negatif.Pilihan di tangan
anda……..Gunakan kewarasan dalam menentukan pilihan.
Antara ciri-ciri remaja positif.
1.Bijak.
2.Berilmu.
3.Memiliki jati diri.
4.Berwawasan.
5.Amanah.
6.Prihatin.
8.Menjaga kebersihan.
9.Praktik agama.
10.Rajin.
11.Utamakan ibu bapa.
12.Mencintai Allah dan nabi-Nya.
13.Merendah diri.
14.Menepati janji.
15.Mengawal emosi.
16.Sabar.
17.Berani.
18.Berlemah lembut.
19.Berfikiran positif.
20.Dahagakan ilmu.
21.Mempunyai catatan.
22.Menerima nasihat.
23.Marah dan benci kerana Allah.
24.Utamakan perkara penting.
25.Utamakan pelajaran.
26.Benar.
27.Bijak berteman.
28.Menjaga maruah ibu bapa.
29.Menghargai guru.
30.Pemaaf.
31.Menjaga keselamatan.
32.Menjadi tauladan.
33.Menjauhi akhlak buruk.
34.Menjauhi gegala negatif.
35.Memiliki pelbagai kemahiran.
36.Komunikasi positif.
37.Suka membantu.
38.Menjauhi vandalisme.
39.Muhasabah diri.
40.Memanfaatkan wang.
41.Memperkembangkan kebolehan.
42.Menjadi manusia positif.
43.Berdikari.
44.Meringankan beban ibu bapa.
45.Toleransi.
46.Aktif aktiviti sihat.
47.Penasihat yang baik.
48.Rasional.
49.Beriman dengan takdir.
50.Tabah.
51.Menjaga maruah diri.
52.Taat ibu bapa.
53.Memperbaiki kelemahan.
54.Bersyukur.
55.Sentiasa bersedia.
56.Belajar mencegah.
57.Berdisiplin.
58.Berterima kasih.
59.Memiliki cita-cita.
60.Menjaga hubungan.
61.Bersukan.
62.Meluahkan perasaan.
63.Peramah.
64.Menjauhi dadah.
65.Komited.
66.Mementingkan adik-beradik.
67.Belajar mencari pendapatan.
68.Menjauhi teman jahat.
69.Menambah kebijaksanaan.
70.Memanfaatkan masa.
71.Memiliki sifat mahmudah.
72.Menjauhi sifat mazmumah.
73.Memahami ibu bapa.
74.Meninggalkan perkara yang tidak penting.
75.Mengambil peluang.
76.Bersimpati.
77.Tidak putus asa.
78.Sederhana.
79.Belajar menabung.
80.Memiliki akal yang sihat.
81.Malu bertempat.
82.Tidak mudah sentitif.
83.Membangunkan perasaan.
84.Menghormati hak orang lain.
85.Menjaga adab.
86.Manja bersederhana.
87.Mementingkan pengetahuan positif.
88.Menjaga aurat.
89.Berpakaian beretika.
90.Berjimat.
91.Menjaga harta awam.
92.Ikhlas.
93.Pemurah.
94.Tidak menzalimi orang lain.
95.Jujur.
96.Berfikir sebelum bertindak.
97.Berusaha membangunkan peribadi mulia.
98.Mencari kejayaan dan kebahagiaan.
99.Menambah kenalan positif.
100.Mahu berjaya dunia akhirat.
Jadilah remaja positif!


NOTA DITULIS PADA FEB 2011

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 49 : SIFAT MANUSIA BERIMAN :SABAR DAN SYUKUR

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
Bismillah....
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Aku bersyukur kepada Allah kerana menjadikanku muslim.Jika aku kafir dan mati dalam kekafiran,confirm masuk Neraka.Aku bersyukur kerna dilimpahi sedikit ilmu.Ilmu yang sedikit inilah dikongsi dengan teman-teman...Aku bersyukur fans semakin bertambah walaupun page kecil ini tidak bermakna bagi sebilangan manusia...
Antara sifat Mahmudah yang diajar Baginda saw melalui hadis dan firman Allah tersebut adalah sabar dan syukur.Sabar dan syukur juga adalah sifat manusia beriman.Untuk menjadi manusia memiliki kesabaran dan kesyukuran yang tinggi bukanlah mudah.Ia memerlukan iman dan takwa dalam jiwa.
Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghabun: 11).
Dalam kehidupan kita,pelbagai ujian diberikan Allah sama ada kecil atau besar.Allah menurunkan ujian untuk menguji kita .Manusia yang diuji dengan pelbagai ujian akan bersabar dan syukur dengan apa jua ujian yang melanda,sama ada ujian kecil atau besar.Ujian adalah cara dan kuasa Allah untuk menguji keimanan seseorang manusia.
Antara ujian yang diturunkan adalah :
1.Kekurangan.
Allah swt menjadikan manusia dengan memiliki kekurangan dan kelemahan .Antara kekurangan manusia adalah wajah yang kurang cantik,cacat pancaindera seperti buta atau kudung.Begitu juga Allah telah mentakdirkan kurang pendidikan dan pengetahuan,miskin dan kurang harta.Itu semua adalah ujian kepada manusia.
Allah swt mengurniakan kekurangan dan kelemahan sebagai ujian,bukan menjadikan manusia hina.Kekurangan bukan menjadikan manusia lemah dan tiada motivasi,namun agar manusia mleihat kepada kelemahan dan kekurangan dan perbaiki segala kelemahan tersebut.
Wajah yang hodoh,anggota yang cacat,ilmu yang sedikit bukan perlu dijadikan sebagai kelemahan namun perlu berusaha mencari kebaikan dan kelebihan.Braile contohnya adalah seorang manusia yang buta sejak lahir,namun kesungguhannya mencipta tulisan braile yang membantu manusia membaca akhirnya berjaya membantu berjuta-juta manusia yang buta.
Kejayaan dalam kehidupan bukan bergantung kepada wajah yang cantik,ilmu yang tinggi dan berketurunan raja.Kejayaan adalah peluang semua manusia walaupun memiliki kekurangan .
Allah swt tidak pernah menjadikan manusia sempurna kerana mahu manusia belajar mengakui bahawa diri memiliki kekurangan.Apabila manusia tahu diri mempunyai kekurangan,mereka akan lebih bersabar dan bersyukur.Memiliki kekurangan perlu dijadikan motivasi untuk berjaya,bukan pelemah semangat menjalani kehidupan.
2.Kesihatan.
Kesihatan yang baik adalah uian.Begitu juga kesihatan yang buruk seperti mengalami pelbagai penyakit seperti sakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan sebagainya.Allah berikan kesihatan baik sebagai ujian iaitu jika manusia memanfaatkan kesihatan baik untuk beribadat dan berjasa kepada manusia,maka mereka telah memanfaatkan ujian.Jika mereka memanfaatkan kesihatan baik untuk maksiat dan dosa,maka mereka telah menyalahgunakan nikmat.Itulah ujian.
Manakala manusia yang diberikan pelbagai penyakit adalah untuk menduga keimanan mereka.Jika mereka bersabar dan syukur,maka Allah akan kurniakan pahala kerana sabar dan syukur.Bayangkanlah manusia yang mempunyai kencing manis,mereka bersyukur kerana mereka tidak menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung sekaligus.Itulah cara menjadi manusia sabar dan syukur.
Setiap manusia pasti mengalami demam,batuk atau selsema kerna ia adalah ujian dalam kehidupan.Penyakit itu yang dialami sekurangnya setahun sekali perlu menjadikan manusia insaf dengan kelemahan dan kekurangan.
Bayangkan manusia yang tidak pernah mengalami demam,batuk atau selsema,sudah tentu mereka tidak akan insaf dan berasa kekurangan diri.Ujian diturunkan mempunyai hikmahnya,bukan diturunkan tanpa hikmah.
3.Harta.
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
surah Qasas ayat 77
Semua manusia inginkan harta yang banyak.Namun ramai manusia mempunyai harta yang banyak namun tidak membayar zakat,tidak bersedekah dan tidak melakukan jariah seperti membina masjid,membuat jalan,membina jambatan,membina sekolah dan sebagainya sdgkan mereka mampu.Apabila mereka diberikan harta yang banyak,namun tidak memanfaatkan harta maka merekalah manusia yang kalah dalam ujian Allah.
Begitu juga harta yang sedikit.Jika manusia diberikan harta yang sedikit dan menjadi miskin,maka mereka tidak bersyukur dan sabar,maka mereka kalah dalam ujian.Sepatutnya manusia yang diberi ujian Allah dengan sedikit harta akan berusaha sepenuh usaha mencari harta yang halal,bukan menyalahkah Allah swt.
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”
surah Hujuraat 15
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak -banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
surah Jumaat ayat 10.
4.Ilmu pengetahuan.
Ilmu yang banyak adalah ujian.Allah akan tanya tentang ilmu ,ke manakah dimanfaatkan.Ilmu yang sedikit juga adalah ujian.Allah akan tanya mengapakah tidak ditambahkan ilmu sdgkn kita mampu berusaha mencari ilmu.
Saya memiliki ilmu yang sedikit namun memanfaatkan ilmu dengan berdakwah kepada manusia.Menulis buku adalah dakwah.Menulis nota dalam Facebook adalah dakwah.Saya membaca pelbagai buku ,internet,bertanya orang alim dan sebagainya untuk menambahkan ilmu.
Ramai manusia kekurangan ilmu agama seperti ilmu tajwid,ilmu pusaka,ilmu perkahwinan,ilmu keibubapaan,ilmu hadis,ilmu fekah,ilmu tasauf dan sebagainya namun mereka tidak berusaha menambahkan ilmu.Itulah manusia yang kalah dengan ujian.

5.Pasangan.
Nikmat menjadi suami isteri adalah ujian.Jika kita menafatkan nikmat untuk menjadi suami isteri yang baik dan mendakwah pasangan ke arah kebaikan adalah manusia yang berjaya dengan ujian.manakala manusia yang tidak menggunakan nikmat sebagai dakwah kepada pasangan adalah manusia yang kalah dengan ujian.

6.Anak-anak.
Anak-anak adalah ujian.Allah mewajibkan ibu bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak.Ramai ibu bapa menjadi role-model yang buruk seperti suka berbohong,mengumpat,tidak solat,minum arak dan sebagainya.Tindakan buruk akan dicontohi anak-anak dan merekalah ibu bapa yang kalah dalam ujian.
Ibu bapa tidak mampu memberi hidayah kepada anak-anak kerana hidayah itu milik Allah sebagaimana anak Nabi Noh a.s yang kufur dan ke Neraka.Namun sebagai manusia kita perlu berusaha memberi nilai dan pendidikan yang baik.
Jangan menjadi ibu bapa yang pasrah kepada ketentuan Allah tanpa berusaha sdgkan Islam mengajar kita berusaha.Ramai ibu bapa tidak berusaha menanam iman dalam jiwa mereka serta juga tidak menanam iman dalam jiwa anak-anak,maka lahirlah anak yang suka merempit,menghisap dadah,berzina,buang bayi dan sebagainya.Itulah manusia yang tewas dalam ujian.
Demikianlah Allah menurunkan ujian kepada manusia.Ujian bukan untuk menyeksa manusia,namun ujian adalah cara dan kuasa Allah menguji keimanan seseorang.Manusia yang bersabar,bersyukur dan berusaha akan berjaya,manakala manusia yang tewas dengan ujian bukan sahaja merana di dunia,malah dicampakkan ke Neraka.
Di sini saya turunkan ujian yang pernah dihadapi sejak bergelar manusia :
1.Fitnah gila.
Saya pernah difitnah gila oleh saudara mara sendiri ,orang kampung hanya kerana saya mengalami kejatuhan dalam bisnes.Malah mereka malu bertegur sapa .Memang amat menyedihkan fitnah ini....mata ini merembes bila membaca catatan diari usang yang kini telah hitam legam tulisannya kerana dimamah usia...
2.Berbuka puasa dengan air paip.
Ketika miskin,saya pernah berbuka puasa dengan hanya air paip tanpa sepotong kuih.....itulah sahaja yang ada...
3.Ditipu saudara sendiri.
Saya pernah menjual kereta kepada saudara sendiri tanpa menukar nama kerana yakin saudara adalah amanah dan jujur.Namun akhirnya dia tidak membayar bayaran bulanan sdgkan ia mampu dan kereta ditarik.akhirnya saya yang terpaksa membayar hutang bank dan dia terlepas kerana nama kereta nama saya.
4.Hampir gagal dalam peperiksaan.


Ketika di Universiti,saya tinggal dengan dua pelajar dr Malaysia.pada hari ujian selepas solat Subuh saya tidur dan memesan teman agar membangunkan saya pada jam 9 pagi dan mereka pun ada kertas yang sama.Namun mereka pergi tanpa mengejutkan saya.Bila tersedar ada 15 minit lagi waktu habis.terus bergegas berlari ke dewan peperiksaan dan berbaki 10 minit lagi.Alhmdulillah saya lulus kertas tersebut walaupun markah 60 sahaja.markah lulus adalah amat penting kerana gagal satu kertas akan menyebabkan ulangan satu tahun!Alhmdulillah pada tahun tersebut juga mendapat tempat pertama dalam senarai pelajar Malaysia daripada 50 pelajar kerana mata pelajaran lain dapat markah cemerlang.
5.Manuskrip gagal dan gagal.
Sebelum berjaya menjadi penulis,manuskrip dihantar kepada pelbagai penerbit namun asyik gagal dan hampir2 putus asa.Bertahun-tahun menulis namun tiada satu pun berjaya.Doa ,usaha dan memperbaiki kelemahan akhirnya mmebuahkan kejayaan.Pada 2005 buku pertama terbit iaitu Panduan menjadi ibu bapa cemerlang.Selepas itu tekun menulis dan berjaya menghasilkan enam buah buku setakat ini...
Terlalu banyak ujian dihadapi dalam kehidupan ini.Jika mahu ditulis dalam nota ini,sudah tentu 1000 malam dan siang pun belum habis menulisnya.Ujian tidak pernah melemahkan semangat,namun ujian itulah melahirkan jiwa yang teguh dan iman yag kental menghadapi kehidupan.
Quran menceritakan beberapa ujian ,antaranya :
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Quran juga menceritakan ujian kepada para Nabi :


1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Sebagai manusia,air mata dalam menghadapi ujian adalah lumrah.Namun ujian tidak pernah membunuh semangat untuk melayari kehidupan.Malah nota ini ditulis,mata ini mahu merembes kerna mengingatkan pelbagai ujian yang melanda diri...
Neraka itu amat mudah.Jika menghadapi ujian namun tidak syukur dan sabar,malah menyalahkan Allah swt ,maka Nerakalah bagi mereka.
Kesabaran itu bukan mudah.Kesyukuran itu bukan mudah.saya membaca zikir Lailahaillallh ,Ya Shobur,Ya Syakur sepanjang hari dan malam agar diberikan kekuatan kesabaran dan kesyukuran dalam kehidupan.
Melawat kehidupan manusia miskin dan orang sakit di hospital adalah cara bersyukur dan bersabar.Begitu juga membaca Fatihah ketika melalui perkuburan walaupun sdg memandu agar memberi pahala kepada mereka walaupun tidak kenal mereka.Itulah antara cara mendapatkan kesyukuran dan kesabaran.
Walau apa pun ujian,hadapilah dengan kesabaran dan kesyukuran.Kehidupan dunia hanyalah sementara dan fikirkan ujian yang telah dihadapi para Nabi dan Rasul serta sahabat mereka yang lebih dahsyat dan mengerikan.
Ingatlah,manusia yang hidup dengan penuh kesenangan dan tidak merasai kenikmatan ujian adalah manusia yang rugi.Ujian adalah tanda Allah menyayangi kita sebagi hamba-Nya...
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat Imam Tirmizi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmizi.]
Baginda saw juga berkata dalam sahihnya “Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.”
Bersabarlah dengan apa sahaja ujian,kecil atau besar kerana ujian yang diikuti dengan kesabaran dan kesyukuran adalah manusia yang menang.
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Saya menulis pelbagai nota untuk mendidik diri sendiri dan keluarga,juga fans Kisah teladan.Saya amat berharap fans mempromosi Kisah Teladan agar lebih ramai mendapat manfaat dengan nota dan pelbagai manfaat dalam status,gambar dan sebagainya.Jika seorang fans menarik 100 pengguna FB,maka jadilah fans ratusan ribu...
Semakin ramai fans,semakin ramai mendapat manfaat.War2kan kepada pengguna FB.Kita berkongsi pahala dengan apa yang kita lakukan.Hidup ini sementara,manfaatkan kehidupan.

Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui....yang lemah,naif dan serba kekurangan adalah diri sendiri....


NOTA DITULIS PADA 1 Februari 2011 / 27 Safar 1432

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 48 : SIKAP MANUSIA BERTEMPAT DAN TIDAK BERTEMPAT.

SIKAP MANUSIA BERTEMPAT DAN TIDAK BERTEMPAT.


Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku dan baginda adalah seorang yang benar dan yang dipercayai:
“Sesungguhnya setiap kejadian kamu diletakkan di dalam perut ibunya di dalam bentuk air mani selama 40 hari, kemudian dalam bentuk darah beku seperti waktu tersebut(40 hari), kemudian dalam bentuk segumpal daging seperti waktu terebut, kemudian ia dihantar kepada malaikat untuk ditiupkan roh ke dalamnya, dan malaikat diperintahkan berkenaan empat kalimat: ialah menulis ketetapan rezekinya, ajalnya, amalannya dan kehidupannya sama ada bahagian atau tidak. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, jika seseorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga di antara dia dan ia(syurga) hanya jarak satu hasta dan itu telah ditulis ketetapan ke atasnya, maka ia melakukan amalan ahli neraka lalu dia masuk ke dalamnya. Jika seseorang di antara kamu melakukan perbuatan ahli neraka sehingga jarak dia dan ia(neraka) hanya satu hasta dan itu telah ditulis ketetapan ke atasnya, maka dia melakukan amalan ahli syurga lalu dia masuk ke dalamnya.”
TAKHRIJ HADITH
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari: Kitab Bad’ al-Khalq, Bab Dzikr al-Malaikah hadith no. 3036, 3154, 6221 dan 7016. Juga diriwayatkan oleh al-Imam Muslim: Kitab al-Qadr, Bab Kaifiah al-Khalq al-Adami Fi Batn Ummihi Wa Kitabati Rizqihi Wa Ajalihi Wa ‘Amalihi Wa Syaqawatihi Wa Sa’adatihi hadis no. 2643.
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Aku bersyukur pada Mu Allah Maha Mengetahui kerana mengizinkan aku bernafas lagi pada Jumaat mulia ini.Sesungguhnya jemari ini tidak akan mampu bergerak dan menulis nota tanpa izin-Mu.Ya Allah jadikanku manusia yang bersyukur sepanjang hayat ketika susah atau senang...
Manusia itu mempunyai pelbagai sikap dan watak,perangai dan peribadi sama ada baik atau buruk.Manusia itu mampu melakonkan pelbagai watak kerana mereka mempunyai lima pancaindera,tangan dan kaki serta akal yang waras.
Dalam hadis di atas,empat ketetapan telah tertulis iaitu ketetapan rezekinya, ajalnya, amalannya dan kehidupannya sama ada bahagian atau tidak.Rezeki,amal,ajak,syurga dan neraka telah ditetapkan namun mengikut ahli sunnah waljamaah kita tidak boleh bergantung kepada ketetapan dan takdir Allah.Kita disuruh berusaha sama ada mencari rezeki,melakukan ibadat,menjauhkan maksiat .Kita disuruh berusaha kerna kita tidak tahu apakah destinasi kita sama ada syurga atau Neraka.
Adalah tidak wajar seorang miskin yang hidup dalam kemiskinan berkata “Allah telah mentakdirkan aku miskin,jika aku berusaha pun aku tetap miskin”.

Begitu juga manusia yang suka berzina dan minum arak berkata “Allah swt telah mentakdirkan aku menjadi manusia jahat dan rosak,maka aku melakukan kejahatan dan maksiat kerana takdir Allah”.
Sesungguhnya perkataan dan ayat tersebut adalah ayat manusia yang berpegang dengan mazhab Qadariyyah,bukan mazhab ahli sunnah wal jemaah.Ulama’ memasukkan golongan Qadariyyah sebagai golongan dan mazhab yang sesat.
Kita melihat ramai manusia menjalani kehidupan tanpa ilmu.Mereka jahil dan tidak sedar kejahilan lantas tidak menambahkan ilmu sdgkan di mana bumi pu ada masjid dan surau yang diadakan kuliah agama dan pengajaran pelbagai ilmu seperti tajwid,fekah,tasauf dan sebagainya.Namun kejahilan dan buat mata hati di samping keras hatinya menyebabkan mereka tidak mahu menambahkan ilmu dengan hadir kuliah ilmu.Mereka berasa ilmu di dada telah cukup dan tidak perlu mencari ilmu.
Ramai manusia melakukan sesuatu sikap dan watak bertempat dan ramai juga melakukannya tidak bertempat.Contohnya adalah :
1.Marah.
Apabila seseorang suami memarahi isterinya kerna tidak menutup aurat,maka itulah marah bertempat.Namun jika suami memarahi dan memaki hamun isteri hanya kerana masakan isteri tidak sedap,itulah marah tidak bertempat.
Begitu juga ibu bapa yang memarahi anaknya yang sukakan hobi menonton tv,itulah marah tidak bertempat.Sepatutnya ibu bapa memberitahu anak-anak dan mendidik mereka tentang apakah program tv yang baik dan perlu ditonton.Sikap memarahi anak hanya kerana suka menonton tv bukanlah marah bertempat.
Kita lihat manusia suka marah dan mereka tidak sedar dan tahu apakah marah itu patut atau tidak.Ramai manusia marah tidak bertempat kerana kejahilan dan mengikut telunjuk syaitan.
Baginda saw pernah marah namun Baginda saw marah bertempat.Suatu hari Baginda memuji saidatina Khadijah Khuwailid r.a di hadapan isterinya Aisyah r.a.Aisyah r.a menjawab “Balik-balik perempuan tua itu yang diingati”.
Baginda saw marah dan Baginda saw keluar dari rumah beberapa hari hinggalah dipujuk mertuanya Abu Bakar as-siddik.Suatu hari pula berlaku kematian seorang perempuan dan Abu Hurairah berkata “sesungguhnya telah amanlah perempuan itu dengan kematiannya”Lantas Baginda saw amat marah dengan ayat sahabat tersebut dan bersabda “sesungguhnya hanya orang yang aman manusia yang beriman dan bertakwa”.
Pada suatu hari pula Baginda melewati sebuah kampung dan mereka membakar sarang semut,lantas marahlah Baginda saw.Baginda saw bersabda “Adalah tidak patut seseorang manusia mengazab makhluk Allah dengan azab yang hanya boleh dilakukan Allah swt”.


Baginda saw juga pernah marah namun Baginda saw marah bertempat dan patut diluahkan kemarahan,bukan sebagaimana ramai manusia yang hobinya suka marah dan marah tidak bertempat.
Ramai fans menulis komen negatif mengherdik admin apabila admin meluahkan kemarahan.Contohnya kelmarin admin menulis “Komen yang paling dibenci adalah komen “mana sumbernya?”Admin membenci komen sedemikian kerana mempertikaikan sumber sdgkan admin amat berhati-hati menulis status dan nota kerna tidak mahu menulis sesuatu yang salah.Admin membaca buku dan mencari rujukan agar apa yang ditulis adalah benar dan berdasarkan fakta.
Seorang fans pula menulis komen di bawah status mengatakan admin riak dan takabbur.Tidakkah itu tuduhan yang sengaja ditulis untuk menyebabkan admin marah?Tuduhan mengatakan admin riak dan takabbur adalah tuduhan yang sengaja melahirkan permusuhan dan mengaibkan admin.Tidakkah ikhlas dan riak itu di dalam hati seseorang dan hanya Allah swt Maha Mnegetahui?
Admin memarahi fans yang suka menulis komen negatif adalah bertempat,bukan sengaja mahu menghina dan mengaibkan admin.Pelbagai tulisan negatif ditulis fans sama ada mereka jahil atau sengaja melahirkan kebencian dan permusuhan sesama Islam.
Admin mengaku bahawa admin bukanlah seorang yang bijak dan terpandai dalam semua perkara namun admin telah berusaha memberikan ilmu sekadar apa yang diketahui.Admin tidak pernah mengeluh dan mengharapkan pujian terhadap apa yang dilakukan dalam Kisah teladan kerana niat admin membuka page ini untuk berkongsi ilmu dan menjadikan Kisah teladan sebagai medan dakwah,bukan medan bermusuh dan menghina orang lain.
Ramai fans mempunyai ilmu yang lebih banyak terutama sekali fans yg sedang belajar di universiti Madinah atau al-Azhar.begitu juga graduan universiti seluruh dunia sdgkan admin hanyalah manusia kecil yang mempunyai ilmu sedikit berbanding ramai fans.Dengan ilmu sedikit ini admin menulis tanpa jemu status dan nota demi menambahkan ilmu diri sendiri dan manusia yang menghargai ilmu.Manusia yang bijak dan terpelajar sudah tentu tidak berterima kasih dan menghargai ilmu kerana mereka sudah pandai dan tahu semuanya.Malah menulis komen negatif untuk mencemuh admin yang serba kekurangan berbanding mereka yang hebat dan bijak sana sini.
Marah itu bukanlah sifat yang dikeji jika marah bertempat.Marah tidak bertempat adalah sifat yang keji.Quran dan hadis telah menerangkan panduan kepada manusia agar marah bertempat dan menjauhi marah tidak bertempat.
Banyak perkara berlaku di dunia ini.Ada bapa yang memukul anaknya tanpa sebab.Itulah kemarahan tiak bertempat.Ada juga suami memaki hamun isteri yang lambat memasak,sdgkan marah itu tidak bertempat.


Ada isteri memarahi suami hanya kerana lambat balik rumah sdgkan jalan jem dan sesak.Itulah marah tidak bertempat.Ada pula isteri suka memuji suami orang lain di hadapan suaminya dan itu menyebabkan suami marah dan kemarahan suami adalah bertempat.isteri tidak patut memuji lelaki lain begitu juga sang suami tidak patut memuji isteri orang lain.
Ada seorang ayah datang ke sekolah dan menumbuk guru hanya kerana guru memarahi anaknya kerana ponteng sekolah atau tidak melakukan kerja sekolah.itulah ayah yang marah tidak bertempat.
Kita boleh marah namun marahlah bertempat bukan marah tidak bertempat.Manusia jahil suka marah tidak bertempat manakala manusia berilmu dan beriman tahu di manakah tempat yang perlu diluahkan kemarahan.
Saya pernah mendengar luahan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan orang miskin.Orang miskin diberikan mesin jahit dan kursus percuma jahitan,namun mereka malas dan tidak berusaha,malah menjual mesin jahit tersebut dan meminta bantuan lagi.Ada pula diberikan stall menjual burger dan berniaga 2,3 jam sehari ,malah menjual stall burger itu.Ada pula diberikan mesin pemotong rumput dan mencari rezeki dengan mengambil upah memotong rumput namun dijual pula mesin itu agar mendapat lagi bantuan lain.Memang wajarlah pegawai tersebut marah dan kecewa dengan sikap manusia miskin yang tidak berusaha,malah tidak menghargai bantuan yang diberikan kerajaan.
Islam tidak pernah menghalang seseorang marah,namun kemarahan perlu bertempat,bukan marah melulu tidak bertempat.
Saya pernah memarahi pelajar sekolah yang memakai uniform sekolah dalam bas dan menyuruh mereka membuang rokok yang dihisap.Mereka tidak peduli dan saya berpura-pura menghubungi pihak polis melalui telefon bimbit,lantas mereka semua ketakutan dan membuang rokok di tangan mereka.Itulah marah bertempat.Sudahlah memakai pakaian sekolah Menengah,malah menghisap rokok dalam bas yang dilarang merokok.
Ramai manusia merokok di kawasan hospital,membuang sampah merata-rata,membuang bayi,menjadi pemimpin tidak bertanggungjawab atas kebajikan rakyat,membuang bising hingga mengganggu jiran,membuang toksin dan sampah dalam sungai,meludah merata-rata,tidak menutup telefon bimbit dalam masjid atau panggung wayang,meletakkan kereta menghalang laluan kereta lain dan sebagainya.Sikap ini menyebabkan ramai manusia marah dan kemarahan ini adalah patut kerana sikap manusia yang melakukan pelbagai kejahatan dan masalah kepada manusia lain.
Kdgkala hairan dengan pelbagai sikap manusia.Mereka sengaja melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain marah seperti membuat bising dalam perpustakaan atau membunyikan radio dan tv hingga mengganggu jiran.Tidakkah sikap ini melahirkan kemarahan orang lain?sikap ini adalah berdosa kerana termasuk dalam menyakiti seseorang.


Ramai fans Kisah teladan sengaja menulis komen negatif yang menyebabkan admin marah.Ada yang emnulis “sebentar lagi admin akan menjadi Tuhan”.Ada pula menjawab buah dalam Quran adalah ‘Durian”.Ada pula membantah status admin yang mengatakan gelaran Raja Mesir adalah Firaun.ia menulis gelaran Raja Mesir bukan Firaun tetapi al-Aziz.Tulisan ini ditulis oleh seorang pelajar yang sedang belajar di Universiti islam Madinah.Amat menghairankan bgmana seorang pelajar yang bijak boleh menulis sedemikian sdgkan fakta sejarawan Islam dan Barat mengatakan bahawa gelaran Raja Mesir adalah Firaun.Admin amat berterima kasih jika fans membetulkan fakta yang salah,namun apa yang dilakukan fans adalah mempertikaikan fakta admin sdgkan fakta admin adalah benar dan sanggahan fans adalah fakta palsu dan sengaja menghina admin dan mempertikaikan kredibiliti admin.
Seorang fans menulis “Tidak pernah dengar seorang wanita bercerai 100kali?”.Tidakkah itu komen yang mempertikaikan fakta yang ditulis?sepatutnya fan menulis “Saya tidak pernah mendengar kisahnya,bolehkah menulis ceritanya lagi?”itulah komen pertanyaan bukan komen yang sengaja mempertikaikan kisah yang dibawa admin.
Manusia cepat melatah apabila dikatakan jahil dan tidak sedar diri jahil tetapi itulah kenyataannya.Tulisan dalam komen menggambarkan betapa mereka jahil dan tidak sedar diri meraka jahil.Antara tanda manusia jahil adalah tidak pasti adakah betul atau salah apa yang ditulis,itulah kejahilan.
Manusia boleh marah,namun kemarahan perlu bertempat dan kerana Allah,bukan kemarah mengikut nafsu dan pujukan syaitan durjana.Syaitan akan menghasut manusia marah tidak bertempat agar manusia bermusuh dan putus silatrurrahim sesama manusia.
Pelbagai nota dan ilmu telah diberikan namun sikap ramai fans bukan bertambah ilmu,sebaiknya bertambah jahil.Apabila mendapat ilmu namun sikap dan perangai tidak berubah,maka ia menunjukkan seseorang tidak mendapat manfaat dan ilmu tidak memberi manfaat dalam jiwanya.
Facebook mempunyai aplikasi LIKE dan KOMEN untuk memberikan sikap BERI dan TERIMA.Apabila fans like staus ia menunjukkan fans ada dalam Kisah teladan dan aktif.Apabila membaca dan tidak pernah like atau komen ia menunjukkan fans tidak peduli.Dalam mana-mana Page sama ada politik,artis,hobi,bisnes,status like dan komen adalah penting kerana ia menunjukkan fans aktif atau tidak dalam sesuatu page.
Walaupun mempunyai 4000 fans,seakan hanya 10 orang dalam Kisah Teladan.Mungkin mereka tidak suka page ini,namun jika mereka tidak suka mengapa mereka menjadi ahli dan fans Kisah teladan.
Saya suka dengan page yang aktif dan sering berkerja sama antara fans dan admin.melihat jumlah like mencecah 100 dan komen 100 komen dalam sesbuah page membuatkan saya teruja dengan sikap mereka.Namun page sedemikian kebanyakan adalah page artis pujaan dan politik yang memaki hamun antara satu sama lain.


Kita perlu senaraikan tempat yang kita marah dalam seharian dan apa yang pernah berlaku.Cuba kaji balik,adakah kita marah bertempat atau tidak.Jika marah tidak bertempat,maka ubahlah sikap.Marah tidak bertempat akan melahirkan permusuhan dan kekacauan.Sedangkan marah kerana Allah akan melahirkan pahala dan memperbaiki kesilapan manusia.
Saidina Omar al-Khattab r.a pernah marah apabila bertanya seorang pencuri yang ditangkap mencuri mengapa mencuri,lalu dijawab lelaki tersebut “aku mencuri kerana Allah telah mentakdirkan aku menjadi pencuri’.Lalu marahlah Omar al-Khatta r.a dan menyuruh pegawainya menambah hukuman 40 rotan kepada pencuri tersebut di samping hukuman potong tangan.Tambahan 40 rotan kerana menghina Qadar Qadar Allah swt.
Manusia itu boleh marah,namun marahlah bertempat.Ramai suami isteri saling marah memarahi tidak bertempat dan berlakulah perceraian yang menyebabkan anak-anak terputus kasih sayang.Ramai pula membuang sampah merata-rata hingga menyebabkan longkang dan sungai tercemar dan tersumbat.
Ada pula guru memarahi seorang murid dan pelajar di hadapan teman dalam kelas,itulah marah tidak bertempat.Guru perlu memarahi pelajar secara satu sama satu kerana guru perlu menjaga air muka dan maruah pelajar walaupun pelajar tersebut bodoh dan tidak cerdik.
Ramai manusia marah tidak bertempat kerana kejahilan dan kurang ilmu....
Yang sempurna hanyalah Allah swt Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana manakala diri sendiri adalah manusia naif dan lemah.
Wallahua’lam..........
2.Nasihat bertempat atau tidak...
Insya-Allah bersambung dengan izin Allah swt.....................

NOTA DITULIS PADA 28 JAN 2011

Saat Sulaiman @ 2012