Tuesday, January 24, 2012

NOTA 51 : RAHSIA KEJAYAAN ILMUWAN,INTELEKTUAL DAN TOKOH ISLAM.

RAHSIA KEJAYAAN ILMUWAN,INTELEKTUAL DAN TOKOH ISLAM.

Islam telah melahirkan ramai ilmuwan,sarjana dan cendekiawan yang amat berjasa
dan memberi sumbangan besar kepada manusia pada zaman kegemilangan islam suatu
masa dahulu sehingga hari ini.Kejayaan sarjana dan intelektual barat adalah banyak
bergantung kepada maklumat,penemuan,teknologi yang telah dipelopori ilmuwan
islam.Sarjana dan inteletual barat bukan pengasas kemajuan tetapi penyambung usaha
yang telah diasaskan ilmuwan islam.

Apa yang menyedihkan,banyak buku sejarah termasuk di negara kita terlalu mendedahkan kejayaan ilmuwan barat.Ramai pelajar sekolah menengah,graduan dan mahasiswa lebih mengenali Graham Bell,Christopher Columbus,Henry Ford berbanding Ibnu Sina,Ibnu Rushdi,Ibnu Manzur dan Al-Jazari.Pendedahan kejayaan sarjana dan inteletual barat telah menenggelamkan kejayaan ilmuwan islam.
Kita perlu mengkaji dan menelaah rahsia kejayaan ilmuwan islam pada zaman dahulu.Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai usahawan cemerlang,Ibnu Sina dengan teori dan penemuan pelbagai punca penyakit,Al-Jazari dengan teknologi kejuruteraan dan lain-lain.
Walaupun ilmuwan islam hidup ratusan dahulu,kita perlu mengimbas dan mencari rahsia kejayaan mereka untuk dicontohi dan diteladani agar kita berjaya sebagaimana mereka yang terdahulu.Terlalu banyak sikap dan tabiat positif ilmuwan dan tokoh terdahulu yang perlu diikuti dan diteladani ilmuwan dan tokoh pada masa kini.
Antara rahsia kejayaan ilmuwan dan intelektual islam suatu waktu dahulu ialah:
1.Mengkaji Quran dan hadis.
Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada nabi saw melalui perantaraan malaikat Jibrail.Quran adalah gedung ilmu kerana mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Quran menerangkan pelbagai perkara kepada manusia.
Ramai orang islam tidak menyedari bahawa sarjana dan ilmuwan bukan islam menjadikan Quran sumber rujukan dalam pelbagai perkara kerana mereka yakin dan percaya Quran adalah keajaiban dan mengandungi pelbagai rahsia dan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Salah satu contoh penemuan idea dan teknologi yang diperolehi sarjana barat ialah mengkaji surah Fil yang menceritakan tentera bergajah dikalahkan sekumpulan burung yang membawa batu-batu di kakinya.Ilmuwan barat mendapat idea dan mencipta pesawat yang diletakkan bom dan senjata di bawah badan pesawat.Idea ini datang daripada pengkajian Quran.
Kejayaan sarjana dan ilmuwan islam suatu masa dahulu adalah kerana mereka meneliti dan menelaah pelbagai isi kandungan Quran.Quran memberikan pelbagai asas dan manusia perlu mencari idea dan pengetahuan atau kemahiran berdasarkan asas yang diberikan Quran.
Sarjana islam memang suka membaca Quran,meneliti setiap ayat dan membuat kajian dan penyelidikan.Mengkaji Quran akan memberi idea dan pengetahuan baru kepada ilmuwan.
Pada suatu waktu dahulu,kebanyakan ahli astronomi mengatakan matahari tidak berganjak atau beredar.Apabila Quran menyatakan bahawa matahari beredar sebagaimana firmannya dalam surah Yasin bermaksud “ Dan matahari itu beredar mengikut orbitnya,demikianlah ketentuan Tauhan yang Maha Perkasa,lagi Maha Mengetahui”.Ilmuwan dan sarjana barat telah mencari kebenaran tersebut dan berjaya mencipta pelbagai alat sehingga membuktikan bahawa kandungan Quran adalah benar.
Kebanyakan cendekiawan islam suatu masa dahulu menjadikan Quran sebagai rujukan dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi,kajian haiwan,sosial,
sains,perubatan,geologi,kesusteraan,fizik,tamadun,politik dan lain-lain.Sarjana islam juga mengambil pelbagai hadis sebagai pengkajian dan asas penemuan pelbagai perkara.
Sebuah hadis mengajar umatnya agar memasukkan atau menenggelamkan lalat yang memasuki bekas minuman,kemudian membuangnya kerana nabi saw mengatakan pada sebelah badan lalat adalah racun,manakala sebelah lagi adalah penawar.
Pada masa kini telah terbukti bahawa lalat adalah pembawa penyakit taun dan amat berbahaya kepada manusia.Jutaan manusia mati disebabkan taun.Hadis tersebut jelas mendidik umatnya menjaga kesihatan dan mengamalkan penjagaan kesihatan dengan baik.Walaupun hadis dan Quran berusia ribuan tahun,namun isinya adalah relevan dan sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada ilmuwan islam masa kini.
Sarjana islam dan intelektual perlu terus menerus mengkaji Quran dan hadis dan mejadikan kedua-duanya sumber rujukan pelbagai perkara.Malah jika seseorang membaca dan meneliti Quran,pelbagai idea-idea dalam pelbagai cabang kehidupan
seperti politik,sains,kemasyarakatan,perniagaan dan lain-lain dapat diperolehi.
2.Mempraktikkan ajaran islam.
Kebijaksanaan ilmuwan islam pada masa dahulu banyak bergantung kepada idea.Bagaimana sarjana islam memiliki pelbagai idea dan mendapat penemuan-penemuan berharga?Jawapannya ialah mempraktikkan ajaran islam sebagaimana diajar Quran dan hadis.
Jika menurut intelektual barat,kebijaksanaan seseorang bergantung kepada I.Q.I.Q boleh berkembang jika seseorang berusaha mengasah otak dan fikiran.Namun islam lebih mementingkan kepada pengisian spiritual dan rohani.Islam mendidik umatnya melakukan pelbagai ibadat seperti solat tahajjud,membaca Quran,memikirkan dan meneliti kejadian makhluk lain.
Sarjana islam pada masa dahulu amat mementingkan ibadat dan pengisian rohani demi membersihkan hati dan jiwa.Jiwa yang bersih akan menghasilkan pelbagai ilham dan idea yang bernas.
Ribuan dan jutaan cendekiawan islam tidak pernah terkenal dengan sikap kaki arak,
berjudi,suka memperlekehkan orang lain,hasad dengki,sombong,mencari ilmu untuk membanggakan diri atau membuktikan diri lebih bijak.Sarjana islam menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan berusaha mendalami ilmu untuk kebahagiaan manusia sejagat.
Tiada satu pun ajaran islam mendidik umatnya menjadi malas,tidak berdikari,mementingkan diri sendiri,tamak,ego,hasad dengki dna lain-lain amalan jahat dan keji.Sarjana islam mempraktikkan amalan yang diajar nabi dan Tuhan.Dengan kesungguhan mempraktikkan ajaran islam,sarjana dianugerahkan I.Q cemerlang dan sentiasa mempunyai idea-idea bernas dan praktikal.
Pada masa kini kebanyakan ilmuwan dan intelektual islam tidak mempraktikkan ajaran islam yang sebenar.Mereka sering berdebat dan berbalah dalam isu remeh-temeh dan tidak relevan.Malah ada sesetengah ilmuwan bersikap menjatuhkan orang lain dan menganggap diri lebih baik.Sikap negatif tersebut telah memberi peluang saintis dan ilmuwan barat dan bukan islam lebih maju dan berjaya dalam pelbagai bidang dan umat islam masih ketinggalan.
Jika ilmuwan dan cendekiawan islam mahu berjaya dan maju sebagaimana ilmuwan silam,mereka perlu mempraktikkan ajaran islam.Hanya dengan mempraktikkan ajaran islam,seseorang mendapat ketenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang dan lapangan.
3.Menyebarkan ilmu.
“Sampaikanlah apa-apa dariku walaupun sepotong ayat”.Hadis tersebut jelas menunjukkan islam adalah agama yang mementingkan ilmu dan penyebaran ilmu.Ketika islam berkembang dan maju,ilmuwan mengamalkan sikap menyebarkan ilmu dan memberi peluang cendekiawan lain termasuk bukan islam mempelajari ilmu dan penemuan yang telah dikaji sarjana islam.
Sarjana islam tidak pernah mengamalkan sikap monopoli dalam apa jua bidang sama ada ekonomi,politik dan kemajuan teknologi.Sikap suka menyebarkan ilmu diamalkan sarjana islam demi memberi manfaat kepada semua umat manusia di mana pun berada.
4.Merendah diri.
Ilmuwan islam terkenal dengan sikap merendah diri dan tidak pernah berbangga
dengan ilmu yang ada.Ketika sijil belum diperkenalkan,sarjana islam terus menerus menimba ilmu dan mencari pelbagai pengetahuan yang relevan dan efektif untuk kemajuan manusia.
Pada masa kini,kebanyakan ilmuwan berlumba mendapatkan sijil tertinggi dan pangkat.Taraf pendidikan dan pangkat adalah paling utama kepada sarjana islam.Memang tidak dinafikan bahawa taraf pendidikan dan pangkat adalah penting tetapi bagi islam,pengetahuan yang tinggi adalah lebih penting.Apa guna memiliki PHD dan pelbagai ijazah tetapi tidak mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.


Ini berpunca sikap tidak merendahkan diri.Manusia terkaya berbangsa Yahudi,Bill Gates
adalah manusia yang tidak memiliki pendidikan tinggi sehingga PHD tetapi beliau mmapu membuktikan kejayaan.
Ilmuwan silam tidak pernah memikirkan tahap pendidikan dan pangkat kerana mementingkan sifat merendah diri.Ilmuwan islam menambah ilmu dan membuat pelbagai pengkajian bukan untuk membanggakan diri tetapi untuk kemajuan manusia pada zamannya dan manusia akan datang.
Hartawan islam yang terkenal dan termasuk sepuluh sahabat yang akan ke syurga ialah Saidina Abdul Rahman bin Auf.Beliau terkenal sebagai manusia yang amat merendah diri daripada segi pemakaian,tutur kata dan amalan.Apabila beliau berjalan bersama pekerja,orang ramai tidak kenal manakah majikan dan pekerja.Begitu merendah diri dan tawadduk.
5.Berani mencuba.
Seorang pakar perubatan islam mati ditimpa penyakit ketika mencari penemuan untuk membasmi virus penyakit tersebut.Ini adalah kisah benar,bukan kisah untuk mengangungkan tokoh islam.
Intelektual dan sarjana islam adalah manusia yang berani mencuba.Mereka berjalan ratusan dan ribuan kilometer demi mencari ilmu dan penemuan.Mereka berani berhadapan risiko menggunakan teori perubatan kepada diri sendiri.
Ilmuwan pada masa kini perlu berani mencuba dalam apa jua bidang.Pada masa kni pelbagai alat dan kemudahan yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai ujian dan kajian.Manusia yang takut mencuba sebenarnya telah gagal.
6.Mengejar pahala selepas mati.
Sebuah hadis bermaksud “ Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannyakecuali tiga perkara ; sedekah jariah,ilmu bermanfaat dan anak soleh mendoakannya”.
Ilmuan islam dan intelektual memanfaatkan didikan hadis dengan mencari pelbagai penemuan dan pengkajian demi manfaat masyarakat semasa hayatnya dan akan datang.Itulah pegangan ilmuwan islam pada masa dahulu.
Mereka mencari dan terus mengkaji pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk kebaikan manusia dan berharap manusia dapat memanfaatkannya.Ibnu Sina contohnya,mengarang buku dan memasukkan pelbagai teori dan teknologi yang dapat dimanfaatkan oleh manusia pada zamannya dan dimanfaatkan manusia sehingga 500 tahun selepas kematiannya.
Bagaimana beliau mampu mengarang buku dan dapat dimanfaatkan begitu lama?Jawapannya ialah beliau mahu mengejar pahala selepas mati.Hadis itu jelas menunjukkan bahawa seseorang islam akan terus menerus mendapat pahala walaupun telah mati jika meninggalkan ilmu manfaat dan sedekah jariah.Meninggalkan ilmu melalui buku adalah sedekah jariah yang amat bernilai dan berharga.
Pernah pada zaman kegemilangan islam,seorang khalifah islam memberi galakan agar lebih ramai ilmuwan dan cendekiawan menggembelengkan usaha menulis pelbagai ilmu di dalam buku dan buku akan dibayar dengan timbangan emas.Begitu tulus hati seorang khalifah sehingga bernai memberi tawaran sedemikian.
Kebanyakan sarjana islam masih bersifat kolot dan tidak terbuka.Pernah pada zaman penjajahan,bangsa Melayu hanya berada di pondok-pondok mengaji dan mempelajari ilmu agama sahaja dan terus terkebalakang dalam pelbagai ilmu dan kemahiran lain.Fikiran dan mentaliti orang islam hancur dan lembab lantaran fikiran ibu bapa yang mengatakan menuntut ilmu sains,teknologi,bahasa inggeris,politik,perubatan dan lain-lain adalah sekular dan boleh merosakkan akidah.Itulah pandangan kebanyakan ibu bapa pada zaman tersebut.
Jika ilmuwan dan sarjana islam mahu berjaya,mereka perlu berusaha gigih dalam mencari penemuan dan teknologi terkini demi manfaat dan maslahah manusia pada zaman kini dan akan datang.
Andainya seorang doktor muslim berjaya menemui ubat pembunuh virus penyakit kencing manis contohnya,dia akan terus menerus mendapat pahala selagi manusia masih menggunakannya shingga ke hari kiamat.Itulah sikap mengejar pahala selepas mati.
7.Rajin membaca.
Tiada manusia berjaya tanpa membaca.Malah perkataan pertama yang diwahyukan ialah “ Bacalah”.Kebanyakan ilmuwan islam pada zaman dahulu adalah rajin membaca.Mereka belajar pelbagai bahasa dan tulisan demi menambah pengetahuan dan pendidikan.
Kita masih memiliki beberapa sarjana yang kolot dan tidak terbuka.Apabila pelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris diajar di sekolah,ramai menuding jari dan menyalahkan kerajaan dan menganggap langkah tersebut mematikan bahasa Melayu.Langkah tersebut dibuat demi menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris
kerana kebanyakan maklumat,pengkajian,buku ilmiah yang wujud pada zaman ini berbahasa inggeris.
Pada zaman kegemilangan islam,sarjana barat dan timur mempelajari bahasa Arab kerana kebanyakan bahan ilmiah ditulis dalam bahasa Arab.Apabila zaman telah berubah,bahasa Inggeris telah mengambil tempat.Usteru umat islam perlu menuruti perubahan zaman.
Intelek islam adalah manusia yang rajin membaca.Bukan hanya membaca hadis dan Quran tetapi pelbagai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bahasa.Tiada sarjana islam yang menguasai hanya dua bahasa.Kebanyakan mereka menguasai sekurang-kurangnya empat dan lima bahasa iaitu bahasa yang amat penting pada zaman mereka.
Membaca tiada noktah.Ilmuwan islam yang mahu berjaya dan menambahkan pengetahuan serta menemui pelbagai penyelidikan baru perlu rajin membaca pelbagai bahan ilmiah.Setinggi mana pun pendidikan dan sijil yang diperolehi,membaca adalah amalan yang perlu diterusklan sepanjang hayat.
Ilmuwan dan inteletual islam perlu mencontohi tabiat dan peribadi bekas perdana menteri,Tun Dr.Mahathir yang rajin membaca di mana pun beliau berada.Sebelum mendapat idea penubuhan Proton,beliau membaca hampir 30 buah buku dunia pemotoran.Beliau mampu mengubah mentaliti dan pemikiran bangsa Melayu dengan membaca,malah berani menanggung risiko dipecat dari politik kerana menulis buku The Malay Dilemma.Beliau menjadikan setiap daerah di pelusuk negara memiliki anak Melayu menjadi doktor,jurutera,usahawan dan lain-lain.
8.Mengutamakan perkara yang lebih penting.
Ilmuwan islam terkenal sebagai manusia yang memanfaatkan masa.Menyedari masa adalah terbatas sedangkan pekerjaan dan tugas adalah banyak,maka mereka mengutamakan perkara yang lebih penting dan utama.
Mengapa ilmuwan pada masa kini sibuk bertelagah dan berbalah dengan ilmu atau kepakaran yang tidak penting?Mereka tidak menjaga masa dan tidak menyedari kepentingannya.Banyak perkara penting perlu dilakukan berbanding aktiviti asyik bertelagah.
Ilmuwan silam asyik dengan pembacaan dan pengkajian.Mereka mengorbankan masa dalam pelbagai pengkajian dan ujian demi mencari teori dan teknologi.Malah ada ilmuwan yang membujang sehingga akhir hayat.Begitu besar pengorbanan mereka.
Jika sarjana dan intelektual meletakkan perkara penting dan utama dalam kehidupan,pastinya sarjana islam lebih berjaya dan cemerlang pada zaman kini.
10.Ikhlas dalam semua perkara.
Niat utama seseorang muslim dalam apa jua perkara adalah ikhlas.Keikhlasan
ilmuwan silam adalah kunci kejayaan cemerlang.Mereka membuat kajian dan penemuan demi agama,negara dan manusia sejagat.
Mereka tidak pernah mempedulikan pujian,pangkat sijil dan gelaran.Apa yang penting ilmu yang diperolehi akan ditulis demi generasi akan datang.Ikhlas adalah kunci penting dalam apa jua pekerjaan.
Demikianlah sifat dan peribadi ilmuwan,sarjana dan tokoh islam yanga telah berjaya pada suatu masa dahulu.Jika mereka boleh berjaya pada zaman yang tiada komputer,internet,kapal terbang,pengimbas x-ray dan lain-lain alat teknologi moden tetapi boleh berjaya,ilmuwan dan sarjana islam yang hidup pada zaman ini boleh lebih cemerlang dan berjaya.
Islam kini dipandang hina dan rendah kerana islam tidak berjaya membuktikan kejayaan mereka.Justeru semua pihak terutama ilmuwan dan intelektual islam perlu bangkit dan berusaha dengan komited mengembalikan kegemilangan islam dan ilmu.Pelajari kejayaan ilmuwan silam dan jadikan mereka mentor dan role-model yang baik.Kembalikan maruah dan kegemilangan islam….

to be continued

NOTA DITULIS PADA DISEMBER 2010

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 50 : REMAJA POSITIF.

REMAJA POSITIF.


Setiap remaja perlu menjadi remaja positif.Remaja positif adalah remaja yang
berakhlak,berwawasan,berketrampilan,berilmu dan berusaha menjadi manusia berjaya
dunia dan akhirat.
Pelbagai salah laku remaja pada masa kini amat membimbangkan ibu
bapa,guru,pihak berkuasa,pemimpin politik dan masyarakat seluruhnya.Justeru remaja
perlu berusaha menjadi manusia positif agar mengelakkan pelbagai salah laku,akhlak
buruk dan gegala sosial.
Remaja perlu belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam usaha memajukan
diri dan menjadi remaja positif.Antara usaha menambah pengetahuan ialah
membaca.Anda sedang membaca buku ini dan anda sedang berusaha menambah
pengetahuan dan kemahiran.
Menjadi remaja positif akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
rintangan.Bukan mudah mendapat gelaran remaja positif.Syaitan dan makhluk yang
bersifat sepertinya sentiasa memburu dan menghasut manusia ke arah kesesatan dan
kejahatan terutama usia remaja.
Usia remaja adalah usia yang penuh cabaran dan dugaan.Usia remaja adalah usia
yang menjadikan seseorang loba pengetahuan dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat.
Justeru makhluk jahat akan sentiasa menghasut dan mengajak remaja ke arah keburukan.
Menjadi remaja positif akan menjadi kekuatan kepada remaja dalam menghadapi
pelbagai rintangan dan dugaan dalam kehidupan.
Usia remaja adalah usia emas yang perlu dimanfaatkan remaja.Jangan rosakkan
kehidupan remaja dengan pelbagai sikap dan aktiviti yang tidak berfaedah dan
merosakkan diri.
Menurut kebanyakan intelektual,usia remaja ialah usia antara 13 tahun sehingga 21
tahun.Para sarjanan dan cendekiawan menulis pelbagai bahan ilmiah dalam
membahaskan tentang remaja.
Pelbagai kajian dan penyelidikan ilmiah juga dilakukan dalam mengenalpasti
sikap,tabiat,tingkah laku,perangai dan lain-lain yang berkaitan dengan remaja.Perubahan
zaman telah membawa perubahan remaja.
Suatu masa dahulu,tidak wujud budaya lepak,muzik metal,penyakit AIDS,
dadah,internet,vandalisme,materialistik,individualistik,menghidu gam dan pelbagai jenis
bahan dan perkara wujud dan berkembang sebagaimana zaman ini.Justeru penulisan dan
pengkajian tentang remaja sentiasa bertambah dan berkembang mengikut kesesuaian
remaja.
Menjadi manusia positif adalah langkah ke arah kebahagiaan dan kejayaan dunia
akhirat.Remaja perlu memberi tumpuan kepada matlamat hidup dan wawasan.Remaja
positif adalah remaja berjaya dunia akhirat kerana :
1.Remaja positif adalah remaja yang mementingkan pengetahuan positif.
2.Remaja positif adalah remaja yang menghargai ibu bapa.
3.Remaja positif adalah remaja yang menilai kebaikan orang lain.
4.Remaja positif juga akan menggunakan rasional dan kecerdikan dalam mengharugi
kehidupan.
5.Remaja positif adalah remaja yang mengikut panduan dan bimbingan agama.
6.Remaja positif adalah pewaris bangsa dan tamadun.
7.Remaja positif adalah remaja yang memanfaatkan masa.
8.Remaja positif adalah pe,mangkin kemajuan bangsa dan negara.
9.Remaja positif adalah harta kepada ibu bapa.
10.Remaja positif adalah manusia yang menghargai kehidupan dan berusaha mencari
kebahagiaan dan kejayaan.
Remaja positif adalah manusia yang berjaya dunia akhirat kerana mereka
menseimbangkan kejayaan dunia dan akhirat.Memberi tumpuan kepada kedua-dua
matlamat iaitu dunia dan akhirat adalah sikap remaja positif.
Kejayaan material tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan remaja.Begitu juga
kejayaan cemerlang dalam pelajaran.Kejayaan remaja dalam apa jua bidang perlu
diseimbangkan dengan kejayaan memiliki akhlak mulia dan menghayati nilai agama.
Islam tidak mengiktiraf kejayaan remaja yang hanya mengejar kejayaan duniawi
sehingga membelakangkan kejayaan akhirat.Justeru definisi sebenar remaja positif ialah
remaja yang sentiasa positif dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.
Dunia adalah tapak dan kehidupan sementara.Manakala akhirat adalah destinasi
kekal.Justeru remaja perlu mencari kebahagiaan dan kecemerlangan dunia akhirat.Jangan
bersandarkan kejayaan cemerlang di dunia tetapi tiada nilai dan harga di sisi Allah di
akhirat nanti.Mereka itulah yang rugi.
Faedah menjadi remaja positif.
Remaja perlu menjadi remaja positif.Remaja positif mempunyai pelbagai nilai dan
sikap yang menjadikan mereka positif.Sebelum memulakan langkah menjadi remaja
positif,remaja perlu mengetahui kepentingan dan faedah menjadi remaja positif.
Antara faedah menjadi remaja positif ialah:
1.Mempunyai kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.Sentiasa dahagakan ilmu bermanfaat dan memberi faedah.
3.Memiliki kekuatan akal dalam membuat keputusan dan tindakan.
4.Mampu menghadapi cabaran dan hasutan syaitan dan manusia jahat yang sering
mengajak ke arah kejahatan.
5.Menghargai Pencipta dan ibu bapa dan membuktikannnya dalam tindakan dan
perbuatan.
6.Mempunyai keinginan kuat untuk mengecapi kejayaan hidup.
7.Memandu ke arah wawasan dan cita-cita demi masa depan yang cerah.
8.Memberi kemahiran yang cukup dalam menghadapi gelombang kehidupan.
9.Menjadikan remaja berfikiran rasional dan waras dalam perbuatan dan tindakan.
10.Mendidik remaja menghargai manusia lain.
11.Mampu membezakan positif dan negatif dan mempraktikkannya dalam kehidupan.
12.Menumpukan sepenuh perhatian mengejar kejayaan.
13.Sentiasa mencari idea agar memberi sumbangan kepada manusia lain.
14.Memberi kasih sayang dengan lebih baik kepada ibu bapa,adik-beradik,teman dan
manusia lain.
15.Sentiasa bertakwa dan melakukan sesuatu yang disuruh Tuhan dan nabi-Nya.
16.Mahu meningkatkan keupayaan diri agar setanding manusia lain.
17.Tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dan kerosakan moral.
18.Peka dan prihatin dengan manusia lain.
19.Sentiasa loba melakukan kebaikan berterusan.
20.Berhati-hati dalam perbuatan,perkataan dan tindakan agar ianya tidak menyusahkan
ibu bapa,menyakiti teman dan jiran serta tidak menyusahkan manusia lain.
21.Menjadikan diri seorang yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.
Terlalu banyak keistimewaan dan faedah menjadi manusia positif.Ianya bukan
sahaja memberi manfaat kepada diri remaja tetapi juga akan meninggalkan kesan positif
kepada ibu bapa,teman,guru,pemimpin dan manusia keseluruhannya.
Justeru remaja perlu menjadi remaja positif.Anda berhak menentukan siapa diri
anda.Tiada siapa yang boleh mengubah diri anda sendiri melainkan diri anda sendiri.
Pilihlah mana-mana yang anda sukai,remaja positif atau negatif.Pilihan di tangan
anda……..Gunakan kewarasan dalam menentukan pilihan.
Antara ciri-ciri remaja positif.
1.Bijak.
2.Berilmu.
3.Memiliki jati diri.
4.Berwawasan.
5.Amanah.
6.Prihatin.
8.Menjaga kebersihan.
9.Praktik agama.
10.Rajin.
11.Utamakan ibu bapa.
12.Mencintai Allah dan nabi-Nya.
13.Merendah diri.
14.Menepati janji.
15.Mengawal emosi.
16.Sabar.
17.Berani.
18.Berlemah lembut.
19.Berfikiran positif.
20.Dahagakan ilmu.
21.Mempunyai catatan.
22.Menerima nasihat.
23.Marah dan benci kerana Allah.
24.Utamakan perkara penting.
25.Utamakan pelajaran.
26.Benar.
27.Bijak berteman.
28.Menjaga maruah ibu bapa.
29.Menghargai guru.
30.Pemaaf.
31.Menjaga keselamatan.
32.Menjadi tauladan.
33.Menjauhi akhlak buruk.
34.Menjauhi gegala negatif.
35.Memiliki pelbagai kemahiran.
36.Komunikasi positif.
37.Suka membantu.
38.Menjauhi vandalisme.
39.Muhasabah diri.
40.Memanfaatkan wang.
41.Memperkembangkan kebolehan.
42.Menjadi manusia positif.
43.Berdikari.
44.Meringankan beban ibu bapa.
45.Toleransi.
46.Aktif aktiviti sihat.
47.Penasihat yang baik.
48.Rasional.
49.Beriman dengan takdir.
50.Tabah.
51.Menjaga maruah diri.
52.Taat ibu bapa.
53.Memperbaiki kelemahan.
54.Bersyukur.
55.Sentiasa bersedia.
56.Belajar mencegah.
57.Berdisiplin.
58.Berterima kasih.
59.Memiliki cita-cita.
60.Menjaga hubungan.
61.Bersukan.
62.Meluahkan perasaan.
63.Peramah.
64.Menjauhi dadah.
65.Komited.
66.Mementingkan adik-beradik.
67.Belajar mencari pendapatan.
68.Menjauhi teman jahat.
69.Menambah kebijaksanaan.
70.Memanfaatkan masa.
71.Memiliki sifat mahmudah.
72.Menjauhi sifat mazmumah.
73.Memahami ibu bapa.
74.Meninggalkan perkara yang tidak penting.
75.Mengambil peluang.
76.Bersimpati.
77.Tidak putus asa.
78.Sederhana.
79.Belajar menabung.
80.Memiliki akal yang sihat.
81.Malu bertempat.
82.Tidak mudah sentitif.
83.Membangunkan perasaan.
84.Menghormati hak orang lain.
85.Menjaga adab.
86.Manja bersederhana.
87.Mementingkan pengetahuan positif.
88.Menjaga aurat.
89.Berpakaian beretika.
90.Berjimat.
91.Menjaga harta awam.
92.Ikhlas.
93.Pemurah.
94.Tidak menzalimi orang lain.
95.Jujur.
96.Berfikir sebelum bertindak.
97.Berusaha membangunkan peribadi mulia.
98.Mencari kejayaan dan kebahagiaan.
99.Menambah kenalan positif.
100.Mahu berjaya dunia akhirat.
Jadilah remaja positif!


NOTA DITULIS PADA FEB 2011

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 49 : SIFAT MANUSIA BERIMAN :SABAR DAN SYUKUR

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
Bismillah....
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Aku bersyukur kepada Allah kerana menjadikanku muslim.Jika aku kafir dan mati dalam kekafiran,confirm masuk Neraka.Aku bersyukur kerna dilimpahi sedikit ilmu.Ilmu yang sedikit inilah dikongsi dengan teman-teman...Aku bersyukur fans semakin bertambah walaupun page kecil ini tidak bermakna bagi sebilangan manusia...
Antara sifat Mahmudah yang diajar Baginda saw melalui hadis dan firman Allah tersebut adalah sabar dan syukur.Sabar dan syukur juga adalah sifat manusia beriman.Untuk menjadi manusia memiliki kesabaran dan kesyukuran yang tinggi bukanlah mudah.Ia memerlukan iman dan takwa dalam jiwa.
Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghabun: 11).
Dalam kehidupan kita,pelbagai ujian diberikan Allah sama ada kecil atau besar.Allah menurunkan ujian untuk menguji kita .Manusia yang diuji dengan pelbagai ujian akan bersabar dan syukur dengan apa jua ujian yang melanda,sama ada ujian kecil atau besar.Ujian adalah cara dan kuasa Allah untuk menguji keimanan seseorang manusia.
Antara ujian yang diturunkan adalah :
1.Kekurangan.
Allah swt menjadikan manusia dengan memiliki kekurangan dan kelemahan .Antara kekurangan manusia adalah wajah yang kurang cantik,cacat pancaindera seperti buta atau kudung.Begitu juga Allah telah mentakdirkan kurang pendidikan dan pengetahuan,miskin dan kurang harta.Itu semua adalah ujian kepada manusia.
Allah swt mengurniakan kekurangan dan kelemahan sebagai ujian,bukan menjadikan manusia hina.Kekurangan bukan menjadikan manusia lemah dan tiada motivasi,namun agar manusia mleihat kepada kelemahan dan kekurangan dan perbaiki segala kelemahan tersebut.
Wajah yang hodoh,anggota yang cacat,ilmu yang sedikit bukan perlu dijadikan sebagai kelemahan namun perlu berusaha mencari kebaikan dan kelebihan.Braile contohnya adalah seorang manusia yang buta sejak lahir,namun kesungguhannya mencipta tulisan braile yang membantu manusia membaca akhirnya berjaya membantu berjuta-juta manusia yang buta.
Kejayaan dalam kehidupan bukan bergantung kepada wajah yang cantik,ilmu yang tinggi dan berketurunan raja.Kejayaan adalah peluang semua manusia walaupun memiliki kekurangan .
Allah swt tidak pernah menjadikan manusia sempurna kerana mahu manusia belajar mengakui bahawa diri memiliki kekurangan.Apabila manusia tahu diri mempunyai kekurangan,mereka akan lebih bersabar dan bersyukur.Memiliki kekurangan perlu dijadikan motivasi untuk berjaya,bukan pelemah semangat menjalani kehidupan.
2.Kesihatan.
Kesihatan yang baik adalah uian.Begitu juga kesihatan yang buruk seperti mengalami pelbagai penyakit seperti sakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan sebagainya.Allah berikan kesihatan baik sebagai ujian iaitu jika manusia memanfaatkan kesihatan baik untuk beribadat dan berjasa kepada manusia,maka mereka telah memanfaatkan ujian.Jika mereka memanfaatkan kesihatan baik untuk maksiat dan dosa,maka mereka telah menyalahgunakan nikmat.Itulah ujian.
Manakala manusia yang diberikan pelbagai penyakit adalah untuk menduga keimanan mereka.Jika mereka bersabar dan syukur,maka Allah akan kurniakan pahala kerana sabar dan syukur.Bayangkanlah manusia yang mempunyai kencing manis,mereka bersyukur kerana mereka tidak menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung sekaligus.Itulah cara menjadi manusia sabar dan syukur.
Setiap manusia pasti mengalami demam,batuk atau selsema kerna ia adalah ujian dalam kehidupan.Penyakit itu yang dialami sekurangnya setahun sekali perlu menjadikan manusia insaf dengan kelemahan dan kekurangan.
Bayangkan manusia yang tidak pernah mengalami demam,batuk atau selsema,sudah tentu mereka tidak akan insaf dan berasa kekurangan diri.Ujian diturunkan mempunyai hikmahnya,bukan diturunkan tanpa hikmah.
3.Harta.
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
surah Qasas ayat 77
Semua manusia inginkan harta yang banyak.Namun ramai manusia mempunyai harta yang banyak namun tidak membayar zakat,tidak bersedekah dan tidak melakukan jariah seperti membina masjid,membuat jalan,membina jambatan,membina sekolah dan sebagainya sdgkan mereka mampu.Apabila mereka diberikan harta yang banyak,namun tidak memanfaatkan harta maka merekalah manusia yang kalah dalam ujian Allah.
Begitu juga harta yang sedikit.Jika manusia diberikan harta yang sedikit dan menjadi miskin,maka mereka tidak bersyukur dan sabar,maka mereka kalah dalam ujian.Sepatutnya manusia yang diberi ujian Allah dengan sedikit harta akan berusaha sepenuh usaha mencari harta yang halal,bukan menyalahkah Allah swt.
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”
surah Hujuraat 15
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak -banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
surah Jumaat ayat 10.
4.Ilmu pengetahuan.
Ilmu yang banyak adalah ujian.Allah akan tanya tentang ilmu ,ke manakah dimanfaatkan.Ilmu yang sedikit juga adalah ujian.Allah akan tanya mengapakah tidak ditambahkan ilmu sdgkn kita mampu berusaha mencari ilmu.
Saya memiliki ilmu yang sedikit namun memanfaatkan ilmu dengan berdakwah kepada manusia.Menulis buku adalah dakwah.Menulis nota dalam Facebook adalah dakwah.Saya membaca pelbagai buku ,internet,bertanya orang alim dan sebagainya untuk menambahkan ilmu.
Ramai manusia kekurangan ilmu agama seperti ilmu tajwid,ilmu pusaka,ilmu perkahwinan,ilmu keibubapaan,ilmu hadis,ilmu fekah,ilmu tasauf dan sebagainya namun mereka tidak berusaha menambahkan ilmu.Itulah manusia yang kalah dengan ujian.

5.Pasangan.
Nikmat menjadi suami isteri adalah ujian.Jika kita menafatkan nikmat untuk menjadi suami isteri yang baik dan mendakwah pasangan ke arah kebaikan adalah manusia yang berjaya dengan ujian.manakala manusia yang tidak menggunakan nikmat sebagai dakwah kepada pasangan adalah manusia yang kalah dengan ujian.

6.Anak-anak.
Anak-anak adalah ujian.Allah mewajibkan ibu bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak.Ramai ibu bapa menjadi role-model yang buruk seperti suka berbohong,mengumpat,tidak solat,minum arak dan sebagainya.Tindakan buruk akan dicontohi anak-anak dan merekalah ibu bapa yang kalah dalam ujian.
Ibu bapa tidak mampu memberi hidayah kepada anak-anak kerana hidayah itu milik Allah sebagaimana anak Nabi Noh a.s yang kufur dan ke Neraka.Namun sebagai manusia kita perlu berusaha memberi nilai dan pendidikan yang baik.
Jangan menjadi ibu bapa yang pasrah kepada ketentuan Allah tanpa berusaha sdgkan Islam mengajar kita berusaha.Ramai ibu bapa tidak berusaha menanam iman dalam jiwa mereka serta juga tidak menanam iman dalam jiwa anak-anak,maka lahirlah anak yang suka merempit,menghisap dadah,berzina,buang bayi dan sebagainya.Itulah manusia yang tewas dalam ujian.
Demikianlah Allah menurunkan ujian kepada manusia.Ujian bukan untuk menyeksa manusia,namun ujian adalah cara dan kuasa Allah menguji keimanan seseorang.Manusia yang bersabar,bersyukur dan berusaha akan berjaya,manakala manusia yang tewas dengan ujian bukan sahaja merana di dunia,malah dicampakkan ke Neraka.
Di sini saya turunkan ujian yang pernah dihadapi sejak bergelar manusia :
1.Fitnah gila.
Saya pernah difitnah gila oleh saudara mara sendiri ,orang kampung hanya kerana saya mengalami kejatuhan dalam bisnes.Malah mereka malu bertegur sapa .Memang amat menyedihkan fitnah ini....mata ini merembes bila membaca catatan diari usang yang kini telah hitam legam tulisannya kerana dimamah usia...
2.Berbuka puasa dengan air paip.
Ketika miskin,saya pernah berbuka puasa dengan hanya air paip tanpa sepotong kuih.....itulah sahaja yang ada...
3.Ditipu saudara sendiri.
Saya pernah menjual kereta kepada saudara sendiri tanpa menukar nama kerana yakin saudara adalah amanah dan jujur.Namun akhirnya dia tidak membayar bayaran bulanan sdgkan ia mampu dan kereta ditarik.akhirnya saya yang terpaksa membayar hutang bank dan dia terlepas kerana nama kereta nama saya.
4.Hampir gagal dalam peperiksaan.


Ketika di Universiti,saya tinggal dengan dua pelajar dr Malaysia.pada hari ujian selepas solat Subuh saya tidur dan memesan teman agar membangunkan saya pada jam 9 pagi dan mereka pun ada kertas yang sama.Namun mereka pergi tanpa mengejutkan saya.Bila tersedar ada 15 minit lagi waktu habis.terus bergegas berlari ke dewan peperiksaan dan berbaki 10 minit lagi.Alhmdulillah saya lulus kertas tersebut walaupun markah 60 sahaja.markah lulus adalah amat penting kerana gagal satu kertas akan menyebabkan ulangan satu tahun!Alhmdulillah pada tahun tersebut juga mendapat tempat pertama dalam senarai pelajar Malaysia daripada 50 pelajar kerana mata pelajaran lain dapat markah cemerlang.
5.Manuskrip gagal dan gagal.
Sebelum berjaya menjadi penulis,manuskrip dihantar kepada pelbagai penerbit namun asyik gagal dan hampir2 putus asa.Bertahun-tahun menulis namun tiada satu pun berjaya.Doa ,usaha dan memperbaiki kelemahan akhirnya mmebuahkan kejayaan.Pada 2005 buku pertama terbit iaitu Panduan menjadi ibu bapa cemerlang.Selepas itu tekun menulis dan berjaya menghasilkan enam buah buku setakat ini...
Terlalu banyak ujian dihadapi dalam kehidupan ini.Jika mahu ditulis dalam nota ini,sudah tentu 1000 malam dan siang pun belum habis menulisnya.Ujian tidak pernah melemahkan semangat,namun ujian itulah melahirkan jiwa yang teguh dan iman yag kental menghadapi kehidupan.
Quran menceritakan beberapa ujian ,antaranya :
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Quran juga menceritakan ujian kepada para Nabi :


1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Sebagai manusia,air mata dalam menghadapi ujian adalah lumrah.Namun ujian tidak pernah membunuh semangat untuk melayari kehidupan.Malah nota ini ditulis,mata ini mahu merembes kerna mengingatkan pelbagai ujian yang melanda diri...
Neraka itu amat mudah.Jika menghadapi ujian namun tidak syukur dan sabar,malah menyalahkan Allah swt ,maka Nerakalah bagi mereka.
Kesabaran itu bukan mudah.Kesyukuran itu bukan mudah.saya membaca zikir Lailahaillallh ,Ya Shobur,Ya Syakur sepanjang hari dan malam agar diberikan kekuatan kesabaran dan kesyukuran dalam kehidupan.
Melawat kehidupan manusia miskin dan orang sakit di hospital adalah cara bersyukur dan bersabar.Begitu juga membaca Fatihah ketika melalui perkuburan walaupun sdg memandu agar memberi pahala kepada mereka walaupun tidak kenal mereka.Itulah antara cara mendapatkan kesyukuran dan kesabaran.
Walau apa pun ujian,hadapilah dengan kesabaran dan kesyukuran.Kehidupan dunia hanyalah sementara dan fikirkan ujian yang telah dihadapi para Nabi dan Rasul serta sahabat mereka yang lebih dahsyat dan mengerikan.
Ingatlah,manusia yang hidup dengan penuh kesenangan dan tidak merasai kenikmatan ujian adalah manusia yang rugi.Ujian adalah tanda Allah menyayangi kita sebagi hamba-Nya...
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat Imam Tirmizi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmizi.]
Baginda saw juga berkata dalam sahihnya “Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.”
Bersabarlah dengan apa sahaja ujian,kecil atau besar kerana ujian yang diikuti dengan kesabaran dan kesyukuran adalah manusia yang menang.
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Saya menulis pelbagai nota untuk mendidik diri sendiri dan keluarga,juga fans Kisah teladan.Saya amat berharap fans mempromosi Kisah Teladan agar lebih ramai mendapat manfaat dengan nota dan pelbagai manfaat dalam status,gambar dan sebagainya.Jika seorang fans menarik 100 pengguna FB,maka jadilah fans ratusan ribu...
Semakin ramai fans,semakin ramai mendapat manfaat.War2kan kepada pengguna FB.Kita berkongsi pahala dengan apa yang kita lakukan.Hidup ini sementara,manfaatkan kehidupan.

Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui....yang lemah,naif dan serba kekurangan adalah diri sendiri....


NOTA DITULIS PADA 1 Februari 2011 / 27 Safar 1432

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 48 : SIKAP MANUSIA BERTEMPAT DAN TIDAK BERTEMPAT.

SIKAP MANUSIA BERTEMPAT DAN TIDAK BERTEMPAT.


Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku dan baginda adalah seorang yang benar dan yang dipercayai:
“Sesungguhnya setiap kejadian kamu diletakkan di dalam perut ibunya di dalam bentuk air mani selama 40 hari, kemudian dalam bentuk darah beku seperti waktu tersebut(40 hari), kemudian dalam bentuk segumpal daging seperti waktu terebut, kemudian ia dihantar kepada malaikat untuk ditiupkan roh ke dalamnya, dan malaikat diperintahkan berkenaan empat kalimat: ialah menulis ketetapan rezekinya, ajalnya, amalannya dan kehidupannya sama ada bahagian atau tidak. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, jika seseorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga di antara dia dan ia(syurga) hanya jarak satu hasta dan itu telah ditulis ketetapan ke atasnya, maka ia melakukan amalan ahli neraka lalu dia masuk ke dalamnya. Jika seseorang di antara kamu melakukan perbuatan ahli neraka sehingga jarak dia dan ia(neraka) hanya satu hasta dan itu telah ditulis ketetapan ke atasnya, maka dia melakukan amalan ahli syurga lalu dia masuk ke dalamnya.”
TAKHRIJ HADITH
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari: Kitab Bad’ al-Khalq, Bab Dzikr al-Malaikah hadith no. 3036, 3154, 6221 dan 7016. Juga diriwayatkan oleh al-Imam Muslim: Kitab al-Qadr, Bab Kaifiah al-Khalq al-Adami Fi Batn Ummihi Wa Kitabati Rizqihi Wa Ajalihi Wa ‘Amalihi Wa Syaqawatihi Wa Sa’adatihi hadis no. 2643.
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Aku bersyukur pada Mu Allah Maha Mengetahui kerana mengizinkan aku bernafas lagi pada Jumaat mulia ini.Sesungguhnya jemari ini tidak akan mampu bergerak dan menulis nota tanpa izin-Mu.Ya Allah jadikanku manusia yang bersyukur sepanjang hayat ketika susah atau senang...
Manusia itu mempunyai pelbagai sikap dan watak,perangai dan peribadi sama ada baik atau buruk.Manusia itu mampu melakonkan pelbagai watak kerana mereka mempunyai lima pancaindera,tangan dan kaki serta akal yang waras.
Dalam hadis di atas,empat ketetapan telah tertulis iaitu ketetapan rezekinya, ajalnya, amalannya dan kehidupannya sama ada bahagian atau tidak.Rezeki,amal,ajak,syurga dan neraka telah ditetapkan namun mengikut ahli sunnah waljamaah kita tidak boleh bergantung kepada ketetapan dan takdir Allah.Kita disuruh berusaha sama ada mencari rezeki,melakukan ibadat,menjauhkan maksiat .Kita disuruh berusaha kerna kita tidak tahu apakah destinasi kita sama ada syurga atau Neraka.
Adalah tidak wajar seorang miskin yang hidup dalam kemiskinan berkata “Allah telah mentakdirkan aku miskin,jika aku berusaha pun aku tetap miskin”.

Begitu juga manusia yang suka berzina dan minum arak berkata “Allah swt telah mentakdirkan aku menjadi manusia jahat dan rosak,maka aku melakukan kejahatan dan maksiat kerana takdir Allah”.
Sesungguhnya perkataan dan ayat tersebut adalah ayat manusia yang berpegang dengan mazhab Qadariyyah,bukan mazhab ahli sunnah wal jemaah.Ulama’ memasukkan golongan Qadariyyah sebagai golongan dan mazhab yang sesat.
Kita melihat ramai manusia menjalani kehidupan tanpa ilmu.Mereka jahil dan tidak sedar kejahilan lantas tidak menambahkan ilmu sdgkan di mana bumi pu ada masjid dan surau yang diadakan kuliah agama dan pengajaran pelbagai ilmu seperti tajwid,fekah,tasauf dan sebagainya.Namun kejahilan dan buat mata hati di samping keras hatinya menyebabkan mereka tidak mahu menambahkan ilmu dengan hadir kuliah ilmu.Mereka berasa ilmu di dada telah cukup dan tidak perlu mencari ilmu.
Ramai manusia melakukan sesuatu sikap dan watak bertempat dan ramai juga melakukannya tidak bertempat.Contohnya adalah :
1.Marah.
Apabila seseorang suami memarahi isterinya kerna tidak menutup aurat,maka itulah marah bertempat.Namun jika suami memarahi dan memaki hamun isteri hanya kerana masakan isteri tidak sedap,itulah marah tidak bertempat.
Begitu juga ibu bapa yang memarahi anaknya yang sukakan hobi menonton tv,itulah marah tidak bertempat.Sepatutnya ibu bapa memberitahu anak-anak dan mendidik mereka tentang apakah program tv yang baik dan perlu ditonton.Sikap memarahi anak hanya kerana suka menonton tv bukanlah marah bertempat.
Kita lihat manusia suka marah dan mereka tidak sedar dan tahu apakah marah itu patut atau tidak.Ramai manusia marah tidak bertempat kerana kejahilan dan mengikut telunjuk syaitan.
Baginda saw pernah marah namun Baginda saw marah bertempat.Suatu hari Baginda memuji saidatina Khadijah Khuwailid r.a di hadapan isterinya Aisyah r.a.Aisyah r.a menjawab “Balik-balik perempuan tua itu yang diingati”.
Baginda saw marah dan Baginda saw keluar dari rumah beberapa hari hinggalah dipujuk mertuanya Abu Bakar as-siddik.Suatu hari pula berlaku kematian seorang perempuan dan Abu Hurairah berkata “sesungguhnya telah amanlah perempuan itu dengan kematiannya”Lantas Baginda saw amat marah dengan ayat sahabat tersebut dan bersabda “sesungguhnya hanya orang yang aman manusia yang beriman dan bertakwa”.
Pada suatu hari pula Baginda melewati sebuah kampung dan mereka membakar sarang semut,lantas marahlah Baginda saw.Baginda saw bersabda “Adalah tidak patut seseorang manusia mengazab makhluk Allah dengan azab yang hanya boleh dilakukan Allah swt”.


Baginda saw juga pernah marah namun Baginda saw marah bertempat dan patut diluahkan kemarahan,bukan sebagaimana ramai manusia yang hobinya suka marah dan marah tidak bertempat.
Ramai fans menulis komen negatif mengherdik admin apabila admin meluahkan kemarahan.Contohnya kelmarin admin menulis “Komen yang paling dibenci adalah komen “mana sumbernya?”Admin membenci komen sedemikian kerana mempertikaikan sumber sdgkan admin amat berhati-hati menulis status dan nota kerna tidak mahu menulis sesuatu yang salah.Admin membaca buku dan mencari rujukan agar apa yang ditulis adalah benar dan berdasarkan fakta.
Seorang fans pula menulis komen di bawah status mengatakan admin riak dan takabbur.Tidakkah itu tuduhan yang sengaja ditulis untuk menyebabkan admin marah?Tuduhan mengatakan admin riak dan takabbur adalah tuduhan yang sengaja melahirkan permusuhan dan mengaibkan admin.Tidakkah ikhlas dan riak itu di dalam hati seseorang dan hanya Allah swt Maha Mnegetahui?
Admin memarahi fans yang suka menulis komen negatif adalah bertempat,bukan sengaja mahu menghina dan mengaibkan admin.Pelbagai tulisan negatif ditulis fans sama ada mereka jahil atau sengaja melahirkan kebencian dan permusuhan sesama Islam.
Admin mengaku bahawa admin bukanlah seorang yang bijak dan terpandai dalam semua perkara namun admin telah berusaha memberikan ilmu sekadar apa yang diketahui.Admin tidak pernah mengeluh dan mengharapkan pujian terhadap apa yang dilakukan dalam Kisah teladan kerana niat admin membuka page ini untuk berkongsi ilmu dan menjadikan Kisah teladan sebagai medan dakwah,bukan medan bermusuh dan menghina orang lain.
Ramai fans mempunyai ilmu yang lebih banyak terutama sekali fans yg sedang belajar di universiti Madinah atau al-Azhar.begitu juga graduan universiti seluruh dunia sdgkan admin hanyalah manusia kecil yang mempunyai ilmu sedikit berbanding ramai fans.Dengan ilmu sedikit ini admin menulis tanpa jemu status dan nota demi menambahkan ilmu diri sendiri dan manusia yang menghargai ilmu.Manusia yang bijak dan terpelajar sudah tentu tidak berterima kasih dan menghargai ilmu kerana mereka sudah pandai dan tahu semuanya.Malah menulis komen negatif untuk mencemuh admin yang serba kekurangan berbanding mereka yang hebat dan bijak sana sini.
Marah itu bukanlah sifat yang dikeji jika marah bertempat.Marah tidak bertempat adalah sifat yang keji.Quran dan hadis telah menerangkan panduan kepada manusia agar marah bertempat dan menjauhi marah tidak bertempat.
Banyak perkara berlaku di dunia ini.Ada bapa yang memukul anaknya tanpa sebab.Itulah kemarahan tiak bertempat.Ada juga suami memaki hamun isteri yang lambat memasak,sdgkan marah itu tidak bertempat.


Ada isteri memarahi suami hanya kerana lambat balik rumah sdgkan jalan jem dan sesak.Itulah marah tidak bertempat.Ada pula isteri suka memuji suami orang lain di hadapan suaminya dan itu menyebabkan suami marah dan kemarahan suami adalah bertempat.isteri tidak patut memuji lelaki lain begitu juga sang suami tidak patut memuji isteri orang lain.
Ada seorang ayah datang ke sekolah dan menumbuk guru hanya kerana guru memarahi anaknya kerana ponteng sekolah atau tidak melakukan kerja sekolah.itulah ayah yang marah tidak bertempat.
Kita boleh marah namun marahlah bertempat bukan marah tidak bertempat.Manusia jahil suka marah tidak bertempat manakala manusia berilmu dan beriman tahu di manakah tempat yang perlu diluahkan kemarahan.
Saya pernah mendengar luahan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan orang miskin.Orang miskin diberikan mesin jahit dan kursus percuma jahitan,namun mereka malas dan tidak berusaha,malah menjual mesin jahit tersebut dan meminta bantuan lagi.Ada pula diberikan stall menjual burger dan berniaga 2,3 jam sehari ,malah menjual stall burger itu.Ada pula diberikan mesin pemotong rumput dan mencari rezeki dengan mengambil upah memotong rumput namun dijual pula mesin itu agar mendapat lagi bantuan lain.Memang wajarlah pegawai tersebut marah dan kecewa dengan sikap manusia miskin yang tidak berusaha,malah tidak menghargai bantuan yang diberikan kerajaan.
Islam tidak pernah menghalang seseorang marah,namun kemarahan perlu bertempat,bukan marah melulu tidak bertempat.
Saya pernah memarahi pelajar sekolah yang memakai uniform sekolah dalam bas dan menyuruh mereka membuang rokok yang dihisap.Mereka tidak peduli dan saya berpura-pura menghubungi pihak polis melalui telefon bimbit,lantas mereka semua ketakutan dan membuang rokok di tangan mereka.Itulah marah bertempat.Sudahlah memakai pakaian sekolah Menengah,malah menghisap rokok dalam bas yang dilarang merokok.
Ramai manusia merokok di kawasan hospital,membuang sampah merata-rata,membuang bayi,menjadi pemimpin tidak bertanggungjawab atas kebajikan rakyat,membuang bising hingga mengganggu jiran,membuang toksin dan sampah dalam sungai,meludah merata-rata,tidak menutup telefon bimbit dalam masjid atau panggung wayang,meletakkan kereta menghalang laluan kereta lain dan sebagainya.Sikap ini menyebabkan ramai manusia marah dan kemarahan ini adalah patut kerana sikap manusia yang melakukan pelbagai kejahatan dan masalah kepada manusia lain.
Kdgkala hairan dengan pelbagai sikap manusia.Mereka sengaja melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain marah seperti membuat bising dalam perpustakaan atau membunyikan radio dan tv hingga mengganggu jiran.Tidakkah sikap ini melahirkan kemarahan orang lain?sikap ini adalah berdosa kerana termasuk dalam menyakiti seseorang.


Ramai fans Kisah teladan sengaja menulis komen negatif yang menyebabkan admin marah.Ada yang emnulis “sebentar lagi admin akan menjadi Tuhan”.Ada pula menjawab buah dalam Quran adalah ‘Durian”.Ada pula membantah status admin yang mengatakan gelaran Raja Mesir adalah Firaun.ia menulis gelaran Raja Mesir bukan Firaun tetapi al-Aziz.Tulisan ini ditulis oleh seorang pelajar yang sedang belajar di Universiti islam Madinah.Amat menghairankan bgmana seorang pelajar yang bijak boleh menulis sedemikian sdgkan fakta sejarawan Islam dan Barat mengatakan bahawa gelaran Raja Mesir adalah Firaun.Admin amat berterima kasih jika fans membetulkan fakta yang salah,namun apa yang dilakukan fans adalah mempertikaikan fakta admin sdgkan fakta admin adalah benar dan sanggahan fans adalah fakta palsu dan sengaja menghina admin dan mempertikaikan kredibiliti admin.
Seorang fans menulis “Tidak pernah dengar seorang wanita bercerai 100kali?”.Tidakkah itu komen yang mempertikaikan fakta yang ditulis?sepatutnya fan menulis “Saya tidak pernah mendengar kisahnya,bolehkah menulis ceritanya lagi?”itulah komen pertanyaan bukan komen yang sengaja mempertikaikan kisah yang dibawa admin.
Manusia cepat melatah apabila dikatakan jahil dan tidak sedar diri jahil tetapi itulah kenyataannya.Tulisan dalam komen menggambarkan betapa mereka jahil dan tidak sedar diri meraka jahil.Antara tanda manusia jahil adalah tidak pasti adakah betul atau salah apa yang ditulis,itulah kejahilan.
Manusia boleh marah,namun kemarahan perlu bertempat dan kerana Allah,bukan kemarah mengikut nafsu dan pujukan syaitan durjana.Syaitan akan menghasut manusia marah tidak bertempat agar manusia bermusuh dan putus silatrurrahim sesama manusia.
Pelbagai nota dan ilmu telah diberikan namun sikap ramai fans bukan bertambah ilmu,sebaiknya bertambah jahil.Apabila mendapat ilmu namun sikap dan perangai tidak berubah,maka ia menunjukkan seseorang tidak mendapat manfaat dan ilmu tidak memberi manfaat dalam jiwanya.
Facebook mempunyai aplikasi LIKE dan KOMEN untuk memberikan sikap BERI dan TERIMA.Apabila fans like staus ia menunjukkan fans ada dalam Kisah teladan dan aktif.Apabila membaca dan tidak pernah like atau komen ia menunjukkan fans tidak peduli.Dalam mana-mana Page sama ada politik,artis,hobi,bisnes,status like dan komen adalah penting kerana ia menunjukkan fans aktif atau tidak dalam sesuatu page.
Walaupun mempunyai 4000 fans,seakan hanya 10 orang dalam Kisah Teladan.Mungkin mereka tidak suka page ini,namun jika mereka tidak suka mengapa mereka menjadi ahli dan fans Kisah teladan.
Saya suka dengan page yang aktif dan sering berkerja sama antara fans dan admin.melihat jumlah like mencecah 100 dan komen 100 komen dalam sesbuah page membuatkan saya teruja dengan sikap mereka.Namun page sedemikian kebanyakan adalah page artis pujaan dan politik yang memaki hamun antara satu sama lain.


Kita perlu senaraikan tempat yang kita marah dalam seharian dan apa yang pernah berlaku.Cuba kaji balik,adakah kita marah bertempat atau tidak.Jika marah tidak bertempat,maka ubahlah sikap.Marah tidak bertempat akan melahirkan permusuhan dan kekacauan.Sedangkan marah kerana Allah akan melahirkan pahala dan memperbaiki kesilapan manusia.
Saidina Omar al-Khattab r.a pernah marah apabila bertanya seorang pencuri yang ditangkap mencuri mengapa mencuri,lalu dijawab lelaki tersebut “aku mencuri kerana Allah telah mentakdirkan aku menjadi pencuri’.Lalu marahlah Omar al-Khatta r.a dan menyuruh pegawainya menambah hukuman 40 rotan kepada pencuri tersebut di samping hukuman potong tangan.Tambahan 40 rotan kerana menghina Qadar Qadar Allah swt.
Manusia itu boleh marah,namun marahlah bertempat.Ramai suami isteri saling marah memarahi tidak bertempat dan berlakulah perceraian yang menyebabkan anak-anak terputus kasih sayang.Ramai pula membuang sampah merata-rata hingga menyebabkan longkang dan sungai tercemar dan tersumbat.
Ada pula guru memarahi seorang murid dan pelajar di hadapan teman dalam kelas,itulah marah tidak bertempat.Guru perlu memarahi pelajar secara satu sama satu kerana guru perlu menjaga air muka dan maruah pelajar walaupun pelajar tersebut bodoh dan tidak cerdik.
Ramai manusia marah tidak bertempat kerana kejahilan dan kurang ilmu....
Yang sempurna hanyalah Allah swt Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana manakala diri sendiri adalah manusia naif dan lemah.
Wallahua’lam..........
2.Nasihat bertempat atau tidak...
Insya-Allah bersambung dengan izin Allah swt.....................

NOTA DITULIS PADA 28 JAN 2011

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 47 : SUAMI TONGGAK KEIMANAN SEBUAH KELUARGA

SUAMI TONGGAK KEIMANAN SEBUAH KELUARGA...


“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu
(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam
segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.”
surah at-Tahrim ayat 6
Suami adalah ketua keluarga dan perlu menunjukkan kepimpinan sebagai ketua.Pabila rosak ketua,maka rosaklah keluarga.Suami berkewajipan mendidik diri sendiri dan ahli keluarga agar berusaha menjadi manusia beriman dan bertakwa.
Pada zaman moden ramai manusia sorak kerna sikap ibu bapa yang mencarikan calon untuk anak gadis mereka di kalangan manusia rosak dan tidak berakhlak.”Ala..tak payah nak tengok solat ke tidak,yang penting gaji besar...senang anak kita nanti..”Itulah ayat kebanyakan ibu bapa moden.
Mereka tidak tahu bahawa memilih pasangan anak gadis mereka dari kalangan lelaki yang rosak bakal melahirkan sebuah keluarga yang rosak...
Jika dilihat dalam soal-jawab agama,kebanyakan masalah adalah ditimbulkan oleh suami.Ramai isteri menulis surat kepada ruangan soal jawab agama dalam internet,surat khabar dan sebagainya menceritakan sikap suami yang tidak solat,suka berjudi,mabuk,tidak membantu urusan rumah tangga dan sebagainya.Memang memalukan sikap suami zaman moden ini....
Kejayaan sebuah negara bergantung kepada masyarakat dan masyarakat terdiri daripada keluarga.Jika keluarga dihidupkan dalam keimanan,maka masyarakat maju dan berjaya seterusnya melahirkan sebuah negara “Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghofur.... “
Apabila suami jahil,ia tidak mampu mendidik dirinya sendiri.Bgmana mahu mendidik keluarga jika diri sendiri jahil?
Cuba kita lihat seorang suami yang berjubah dan berserban,adakah isterinya memakai skirt pendek dan tshirt tangan pendek ke mana-mana?Tentu tidak..kerna suami yg soleh akan mendidik isterinya menjadi solehah..



Boleh dikatakan bahawa suami adalah paksi kejahatan kepada sebuah keluarga.Jika suami tidak bersolat dan puasa,anak isteri mungkin akan mengikut telunjuk ketua keluarga ini.Memang diakui wujud juga isteri yang beriman walaupun suaminya tidak bersolat dan puasa,namun jumlahnya amat kecil.
Kerosakan sebuah keluarga lahir dari suami yang menjadi ketua.Ketua menunjukkan sikap teladan yang buruk,maka ahli keluarga akan terpengaruh dengan sikap buruk. Quran ada mengisahkan Nabi Noh adalah ayah yang baik dan seorang Nabi,namun anak dan isterinya kufur dan menjadi ahli Neraka.Ini menunjukkan bahawa Allah mahu mengingatkan kita agar sentiasa berusaha agar tidak berlaku sedemikian.Kisah tersebut diceritakan untuk menunjukkan hidayah adalah kuasa Allah .
Quran membawa kisah Asiah isteri Firaun ke syurga, isteri nabi Noh ke Neraka adalah sebagai peringatan kepada kita agar menjadikan kisah ini sebagai pengajaran,bukannya memperlekehkan Nabi.Ramai ibu bapa menjadikan kisah Quran sebagai ejekan “Anak nabi Noh pun ke Neraka,apalagi anak kita manusia biasa”.Ayat tersebut adalah salah dan silap.
Quran menceritakan sebagai peringatan bahawa hidayah adalah mahal harganya dan menjadi panduan kepada manusia.Walaupun Asiah menjadi isteri kepada manusia kufur bernama Firaun namun beliau berusaha beriman kepada Allah.Ini menunjukkan bahawa iman boleh dicari walaupun mendapat pasangan tidak beriman.
Seorang isteri yang taat kepada Allah dan beriman agak susah mendakwah suami jahil kerna suami adalah ketua keluarga.Ini kerna seorang suami mempunyai ego sebagai ketua keluarga dan merasakan diri mereka betul.Jadi,jalan terbaik adalah memilih suami beriman dan bertakwa supaya anak-anak yang dilahirkan bakal menjadi anak-anak beriman.Jika tidak mahu masalah,elakkan lelaki tidak beragama menjadi suami.Itu adalah jalan terbaik.
Jangan kelabukan mata dengan gaji yang tinggi dan kereta mewah hingga membelakangkan agama.
Agama dan iman adalah penting.Memilih suami tidak beriman bakal melahirkan anak-anak yang rosak dan maksiat.
Memang iman boleh dicari namun apa yang dikhuatiri suami tidak beriman tidak berubah dan terus jahil..maka jadilah sebuah rumah tangga hidup dalam kejahilan...
Ramai suami tidak solat,memberikan wang haram kepada keluarga,tidak membawa keluarga menghadiri kuliah agama,menggalakkan keluarga dalam hiburan melalaikan,membuang masa dengan hobi memancing hingga mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya.Apabila suami rosak,maka bibit kerosakan akan terpercik dalam ahli keluarga.




Seorang wanita solehah akan meninggalkan tudung dan berpakaian seksi pabila suami menghendakinya.Ia banyak berlaku dalam masyarakat apabila seorang anak gadis yang rajin solat dan menutup aurat akhirnya berubah akibat mendapat suami yang jahil.
Begitu juga ramai gadis yang rajin beribadat meninggalkan ibadat dan hanyut dalam dunia kemewahan pabila mendapat suami kaya dan tidak beriman.
Suami adalah ketua dan berkewajipan mendidik ahli keluarga.Jika suami kurang ilmu agama,belajarlah ilmu agama dan bawa keluarga ke masjid atau surau menimba ilmu.Itulah kemahuan mahu mencari keimanan.
Negara ini tidak kurang pusat mendapatkan ilmu.Kehidupan moden memudahkan manusia mendapatkan ilmu,malah dengan penggunaan wahana Yahoo Messenger,seseorang boleh belajar tajwid dari orang alim yang tinggal beribu batu jauhnya.Itulah kemudahan zaman moden,namun ramai tidak memanfaatkannya.
Suami perlu berubah dan berusaha mencari keimanan jika kurang ilmu agama.mantapkan diri dengan ilmu agama dan ajarkan anak isteri.Alangkah bahagianya jika anak-anak membesar dengan pandai membaca Quran dari seorang ayah.Alangkah indahnya anak-anak kenal tokoh Islam dari seorang ayah.
Alangkah bahagianya anak-anak mendapat sikap baik dari seorang ayah.Pabila ditanya guru
“Mengapa kamu sentiasa bercakap benar?’ jawab si anak “Ayah kami sentiasa benar dan kami mencontohinya...”Itulah teladan yang baik...
Suami adalah ketua yang mempimpin sebuah keluarga.jadilah ketua yang menanam iman dalam jiwa diri sendiri dan keluarga.Adalah malang menjadi ketua yang jahil dan melahirkan sebuah keluarga jahil.
Apa yang menyedihkan,anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa kejahilan seorang ayah dan mereka merasai bahang Neraka di akhirat nanti................


NOTA DITULIS PADA DISEMBER 2010

Saat Sulaiman @ 2012

NOTA 46 : TEMANKU AH HONG

TEMAN BAIK BERNAMA AH HONG
Saya mempunyai teman baik bernama Ah Hong.Beliau adalah bangsa Cina penganut Buddha.
Kami kenal belasan tahun lampau kerna menjalankan bisnes sama iaitu pakaian.Ah Hong belajar di Kolej,namun ayahnya menyuruhnya berhenti kerna mahu anaknya terlibat dalam bisnes.Setelah ayahnya tua,dia mengambil alih bisnes ayahnya.Beliau adalam pemborong pakaian di Melaka.
Ah Hong adalah seorang yang teman baik.Sikapnya sentiasa menepati masa,menunaikan janji dan suka membantu.Malah tika susah,beliau pernah memberi bantuan dalam bisnes .
Beliau tidak pernah berbohong dan sering bertolak ansur,malah kaya dengan kata-kata nasihat.Katanya “Dalam bisnes ada naik dan bangun,bila naik ,buatlah simpanan banyak-banyak,itulah prinsip orang Cina..”
Dalam ramai-ramai kawan berbangsa Cina,dialah satunya yang berkongsi rahsia kejayaan bangsa Cina.
Segala petua dan nasihat diberikan tanpa mengira bangsa dan agama berlainan .Sikap merendah diri juga diamalkan olehnya.
Bapa saudaranya seorang chef sebuah hotel masuk Islam dan amat berpegang dengan ajaran Islam.Solat 5 waktu dan puasa Ramadhan walaupun muallaf.Sedangkan ramai Islam keturunan tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa...
Saya selalu mengajaknya menganut Islam namun beliau enggan.Katanya bergurau “Tak naklah aku..nanti kena potong!(bersunat)..
Dalam doa,saya selalu mendoakannya agar Allah memberi hidayah kepadanya.Beliau adalah teman bukan Islam yang mempunyai sikap dan peribadi baik sebagaimana diajar islam sama ada dalam urusan bisnes,persahabatan dan sebagainya...
Semoga buku ‘Usahawan Kaya wang Kaya Iman ‘ yang dihadiahkan padanya akan terbit keinginan mempelajari Islam....amin...


DITULIS PADA DISEMBER 2010

Saat Sulaiman @2012

NOTA 44 : UKHUWWAH DALAM ISLAM

UKHUWWAH DALAM ISLAM
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
(Ali Imran: 102-103)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujurat:12).
Daripada Abu Hurairah r.a. telah berkata ia, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Janganlah saling berhasad dengki, dan janganlah kamu berjual-beli dengan penipuan, dan janganlah kamu saling benci-membenci, dan janganlah kamu saling belakang-membelakangi, dan janganlah setengah daripada kamu menjual di atas jualan setengah yang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain, janganlah ia menzaliminya, dan janganlah ia menganiayainya (tidak memberikan pertolongan), dan janganlah ia menghinakannya. Takwa itu di sini,” dan Baginda mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali (lalu menyambung sabdanya): “Daripada keburukan seseorang itu adalah ia menghina saudaranya Muslim. Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Daripada Abdullah Ibnu Umar r.a, daripada Nabi saw, baginda telah bersabda: “Seorang Muslim itu adalah barang siapa yang sejahtera orang-orang Islam yang lain daripada lidahnya dan (perbuatan) tangannya. Dan seorang yang berhijrah itu adalah barang siapa yang berhijrah (meninggalkan) apa yang ditegah oleh Allah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
"Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (H.RiwAYAT Imam Muslim)


Bismilah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Ukhuwwah adalah penting dalam Islam.Saya mewujudkan Page Kisah Teladan bukan sahaja mahu berkongsi ilmu dan dakwah namun mahu menjalinkan ukhuwwah sesama islam.
Hampir setahun diwujudkan,masih ramai fans tidak mengerti apa itu ukhuwwah.Cuba lihat :
1.Status tidak like atau komen.
2.Nota tidak like atau komen.
3.Discussion board tiada balasan.
4.Apabila status bertanya khabar kurang 10 fans memberi jawapan.
5.fans suka komen negatif dan merosakkan Kisah Teladan.
6.Fans suka menghina dan memaki hamun admin.
7.Tiada ucapan terima kasih fans setelah membaca nota sdgkan Islam menggalakkan terima kasih.
8.Fans tidak berusaha memperkenalkan Kisah Teladan kepada lebih ramai manusia.
Kisah Teladan adalah wahana ilmu dan dakwah,sebagai dakwah diri sendiri dan semua fans.Setiap hari status mengandungi mutiara kata,hadis,celoteh ,nota,gambar dan sebagainya demi menyebarkan ilmu kerana ilmu itu amanah dan dakwah adalah kewajipan.
Kadang-kadang berasa malu dengan page artis dan sampah.ratusan ribu fans malah jutaan fans.Like atau komen mencecah ratusan setiap hari setiap status.Namun Kisah Teladan tidak mendapat sebaiknya.
Islam mengajar kita memberi salam dan menjawab salam.Namun admin suka memberi salam dan bertanya khabar,malangnya kurang 10 fans menjawab walaupun fans mencecah 4000 orang.Di manakah ukhuwwah dalam Islam?
Kdgkala saya update status dalam kereta,selepas mesyuarat,dalam bilik tidur,ketika makan dan sebagainya supaya fans bertambah ilmu dan pedoman.Saya berkorban masa dan tenaga demi menyebarkan dakwah,bukan mahukan pujian atau pangkat tetapi mahu fans lebih aktif dan bersemangat dalam like dan komen status.



Apakah perasaan kalian jika memberi seseorang hadiah dan penerima tidak mengucapkan terima kasih?Adakah sikap tidak berterima kasih diajar dalam Islam?
Islam adalah agama ukhuwwah.kaum Muhajirin dan ANsar dirapatkan dengan ukhuwwah.Ukhuwwah menjadikan orang Islam kuat di Madinah ,lantas menjadi sebuah kota besar yang maju dan dipenuhi manusia beriman.Itulah keajaiban ukhuwwah.
TERUS TERANG SAYA KATAKAN,FANS YANG TIDAK PERNAH LIKE,KOMEN,MENULIS TERIMA KASIH adalah manusia yang tidak tahu erti ukhuwwah.Mereka mementingkan diri sendiri dan hanya bernama Islam tanpa iman.Islam tiadalah nilai di sisi Allah tanpa ukhuwwah.
Kita lihat manusia moden mementingkan diri sendiri.Jiran yang miskin tidak dibantu sdgkan mampu membantu.naka yatim terbiar dan meminta sedekah di tepi jalan.Mengapa ia berlaku?Orang islam tidak memiliki ukhuwwah.
"Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (hadis riwayat Imam Muslim)
Ukhuwwah itu kasih sayang dan ambil peduli.500 juta arab yang tidak membantu Palestin kerana jiwa mereka dipenuhi hasutan syaitan yang menjauhkan ukhuwwah.Justeru sejak tahun 1948 orang Palestin dizalimi Israel laknatullah hingga hari ini...
Islam mengajar berkasih sayang.fans yang hanya membaca dan tidak suka like,komen dan mengucapkan terima kasih kerana jiwa mereka keras,iman nipis dan tidak menghargai jasa orang lain.Baginda saw sentiasa berterima kasih kepada para sahabat yang melkaukan kebaikan sebgaimana Saidina Osman bin Affan membeli sebuah telaga dengan harga 30 ribu dirham untuk kebaikan dan maslahat umat islam.Baginda saw juga berterima kasih kepada Salman al-farsi yang memberi cadangan membina parit untuk menewaskan musuh dalam perang Khandak.Jika Baginda saw mengajar umatnya sentiasa berterima kasih,di manakah pegangan dan perbuatan fans?adakah mereka benar2 mengikuti ajaran Baginda saw?
KISAH TELADAN adalah wahana ilmu dan dakwah.Jika seseorang belajar ilmu dari guru,apakah ucapan yang diberikan?sudah tentu Terima kasih.Manusia lokek terima kasih adalah manusia yang ego dan sombong.
Saya mengajar anak-anak agar sentiasa mengucapkan terima kasih walaupun seseorang memberi mereka gula-gula yang bernilai 5 sen.Itulah didikan kepada anak-anak.




Memang menyedihkan melihat sikap dan perangai manusia.Mereka datang setiap hari mencari ilmu namun tidak tahu menghargai ilmu.
Tahukah kalian mengapa berjuta-juta manusia menziarahi makam Imam Nawawi dan menyedekahkan al-Fatihah?kerana mereka menghargai Imam Nawawi yang menulis pelbagai buku dan dapat dimanfaatkan ramai manusia.Bukunya dibaca berbilion manusia.Itulah tanda manusia menghargai orang alim dan ulama’ terbilang.
Buanglah sifat sombong dan ego dalam diri.Manusia yang tidak tahu berterima kasih adalah manusia sombong dan mereka pasti ke Neraka.
Sebaik-baik ucapan untuk menghargai pemberian orang lain adalah “Jazaakallahu khairan (semoga ALLAH membalas kebaikanmu.”.Namun jika tidak mampu ,tuliskan sahaja TQ bagi manusia yang malas.

NOTA DITULIS PADA FEB 2011

Saat Sulaiman @ 2012