Thursday, July 19, 2012
SELENDANG RAMADHAN…
SELENDANG RAMADHAN………………
“Saya mengistiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ………………”Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyampaikan tarikh permulaan puasa.Aisyah mendengarnya dari siaran tv,lantas matanya bergenang…..di tangannya Selendang Sifon Sakura yang amat nostalgia… Selendang yang dibeli suaminya masih tetap berada di almari kamar….Tidak mampu untuk dipakainya hingga hari ini…
“Ibu..mengapa ibu menangis?”Tanya anak bongsunya,Syahirah yang baru berusia 4 tahun….
“Adik……..”ujarnya sambil mengesat pipi yang semakin kebasahan….
Pada tahun 2005 adalah tahun yang amat bersejarah….Ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas keluar kerja sebagai jururawat,tiba-tiba terdengar dentuman di jalan raya…kelihatan seorang lelaki terperosok di bawah kereta berlumuran darah….Orang ramai saling bantu-membantu mengeluarkan lelaki tersebut dan lehernya kelihatan luka kecederaan yang agak besar..darah terpercik laju…
Aisyah yang melihat kejadian itu,terus membuka selendangnya dan melilit leher lelaki yang tidak dikenali itu agar darahnya tidak terus memancut keluar…...20 minit kemudian,ambulan datang dan membawanya ke hospital….
6 bulan berlalu……
“Nama apa?”Tanya lelaki yang masih dirawat di hospital ketika seorang jururawat menghantar ubat untuk dimakan.
“Aisyah…..”
“Sedap nama…….”balas lelaki tersebut….
“Awak suka warna apa?”tanya lelaki itu lagi.
“Biru………”jawabnya jujur…………..Aisyah lantas pergi setelah menjawab pertanyaan lelaki tersebut.
Aisyah hanya tersenyum manja………….
Lelaki itu bangun dari katilnya dan melihat keratan akhbar di dinding .
“Selendang menyelamatkan seorang lelaki kemalangan…..”Itulah bunyi tajuknya dalam akhbar Harian Metro.Ia membaca dengan penuh minat dan tertanya-tanya siapakah wanita yang melilitkan selendang ke lehernya .
Seminggu kemudian ,lelaki bernama Affan itu keluar dari hospital dan memulakan pekerjaannya sebagai seorang “Mat Rempit “ menghantar surat dari satu tempat ke tempat….Walaupun 6 bulan bercuti sakit,mujurlah majikannya masih menerimanya sebagai pekerja…
“Jauh termenung Fan….”ujar ibunya ketika Affan termangu-mangu di serambi rumahnya…
“Fan terfikir..siapakah gadis yang melilitkan selendangnya ke leher Fan masa kemalangan tempohari….”
“O…..o….itu yang Fan fikirkan…..siapa pun dia,itu yak penting..yang penting Fan mendoakan kebaikan
buatnya”balas ibunya.
Affan hanya mengangguk….sambil menggaruk lehernya yang masih berbekas jahitan akibat luka kemalangan…
Suatu hari Affan teringat dengan keratan akhbar kisah kemalangannya di hospital,lantas memecut laju motornya ke hospital dan bertanya dengan ketua jururawat…
“Kak…saya nak tanya…tentang keratan akhbar tu..saya la yang kemalangan tempohari…”ujar Affan membuka cerita.
“Jadi..mengapa?”tanya jururawat tersebut acuh tidak acuh…
“Saya nak tahu mengenai selendang yang dililitkan ke leher saya…”balas Affan dengan bersungguh-sungguh.
“Oooooo….pada hari kejadian kebetulan bekas staff sini baru balik kerja dan lihat kemalangan berlaku…dia pun lilitkan selendang ke leher awak…”Balas ketua jururawat.
“Bekas jururawat sini?apa namanya?dia sekarang kat mana?”tanya Affan bertalu-talu…
“Namanya Aisyah…dia sekarang sambung belajar di UKM,ambil kursus farmasi.”Ketua jururawat menjelaskan.
Baru Affan teringat….seorang jururawat yang menghantar ubat kepadanya,itulah gadis yang melilitkan selendang ke lehernya..
Setelah mengambil nama penuh Aisyah,Affan mengucapkan terima kasih kepada ketua jururawat dan keluar dari hospital dengan seribu persoalan…
“Siapa pula hantar ni?”tanya Aisyah kepada teman sebiliknya Norhayati pada satu petang.
“Tadi ada lelaki datang..Macam despatch je….katanya nak bagi bungkusan kat awak….”jawab temannya.
Lantas Aisyah membuka bungkusan itu.Selendang warna biru dan sekeping nota
“Terima kasih….semoga Allah merahmati saudari dunia dan akhirat”.
Aisyah termanggu-manggu memikirkan siapakah jejaka misteri yang menghantar selendang hingga ke biliknya.
Amat cantik selendang pemberian lelaki tersebut.Warna biru yang bercorak bunga-bunga kecil….Seminggu kemudian,ada lagi bungkusan sama…begitu juga minggu seterusnya.
Aisyah mula curiga dan sangsi…..Pada satu petang,ia ponteng kelas.Menunggu dari jauh untuk melihat siapakah lelaki yang menghantar bungkusan mengandungi selendang kepadanya…
Apabila melihat seorang lelaki naik ke biliknya,Aisyah mula mengekori dan memerhati dari belakang.Apabila lelaki tersebut menyerahkan bungkusan ke biliknya,Aisyah menyapa dari belakang.
“Assalamualaikum!”
Terperanjat Affan dengan suara dari belakang dan menoleh….
“Wa….wa…waalaikumsalam……”jawab Affan terketar-ketar…
“Awak?awak ni kan yang kemalangan hampir patah leher dan masuk hospital 6 bulan …?”tanya Aisyah seakan-akan pernah melihat lelaki tersebut.
“Ya…saya….saya….”jawab Affan mengiyakan.
“Saya mohon maaf…..kerana menghantar bungkusan hadiah untuk awak..kerana saya mahu mengucapkan terima kasih kepada awak yang melilitkan selendang ke leher saya pada hari kemalangan…….”berkaca mata Affan menerangkan tujuannya.
“Ooo…tidak mengapa….saya ikhlas membantu….”jawab Aisyah.
“Saya minta maaf banyak-banyak…kerana mungkin cara saya tidak disukai awak….”Luah Affan.
“Tidak mengapa….saya hargai pemberian awak..Cuma saya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang suka hadiahkan saya selendang warna biru setiap minggu….”jawab Aisyah.
Perbualan ringkas membuahkan perkenalan pertama seorang lelaki bernama Affan dan seorang gadis manis bernama Aisyah.
Mereka mula berbalas sms dan bertemu sekali sekala apabila terluang…
“Awak……….saya ni Mat Despatch je……umpama seekor semut kecil yang mahu mengangkat seketul gula Melaka…..saya amat terharu awak sudi berkawan dengan saya…”
Aisyah tersenyum membaca sms dari Affan…amat dalam maknanya…
“Mak…..saya nak minta…..”ujar Affan di satu malam.
“Minta apa?”balas ibunya.
“Boleh tak meminang Aisyah buat saya?”jawab Affan.
“Aisyah?siapa?”tanya ibunya kehairanan.
“Mak ingat tak…..gadis yang lilitkan selendang di leher Affan masa kemalangan tempohari….itulah Aisyah…”balas Affan.
“Fan…..Mak bukan nak hina kamu..dia belajar tinggi….kerja pun gaji besar..kamu Mat Despatch je…kamu rasa ibu bapa dia terima ke kamu?”nasihat ibunya.
“Kita cuba je Mak..mana le tahu rezeki…..”balas Affan sambil mendongak ke langit….
Ketika Aisyah memberitahu ibu bapanya mengenai Affan mahu meminangnya,Ayahnya membentak.
“Mat Despatch?Aisyah..Aisyah…..berapa ramai lelaki dalam dunia ni….mengapa pilih Mat Despatch?”
“Ayah………..ramai kawan-kawan Aisyah berkahwin dengan pemandu lori,pekerja kilang..tapi mereka bahagia….Apa salahnya Mat Despatch?ia pekerjaaan halal….”Aisyah cuba memujuk.
Berkat kesabaran dan doa berterusan,akhirnya ibu bapa Aisyah bersetuju dengan pilihan anak bongsunya.3 bulan kemudian Affan dan Aisyah disatukan.Mereka kini telah sah menjadi suami isteri.
Aisyah bekerja sebagai ketua Farmasi di Hospital Besar Melaka,manakala Affan masih meneruskan kerjanya sebagai Mat Despatch.Enam bulan kemudian,Affan berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam dengan menjual pelbagai tudung dan selendang.Bermula dari motosikal buruk,kini Affan membeli sebuah van dan mempunyai seorang pembantu.
Isterinya membantu Affan membesarkan perniagaan dengan suntikan modal dari hasil gajinya .Setelah anak sulong yang dinamakan Saffiah berusia dua tahun ,Affan telah berjaya mempunyai premis pakaian di Arked Mara.Perniagaan yang semakin maju mengeratkan lagi hubungan rumah tangga.
Pada tahun 2008,lahirlah anak kedua yang dinamakan Syahirah.Kehadiran dua cahaya mata telah mengukuhkan lagi hubungan suami isteri.Pandangan negatif ayah Aisyah telah berubah apabila melihat Affan kini telah berjaya menjadi usahawan.
“Abang…..Aisyah berkenan dengan selendang yang keluar tv tu….”ujar Aisyah pada satu malam selepas berterawih dengan suami tersayang.
“Selendang apa?”tanya suaminya.
“Selendang Sifon Sakura …ada jual kat Jakel….Ayang ingat nak pakai selendang tu raya ni…”balas Aisyah.
Keesokannya Affan dan anak sulongnya Saffiah memandu jauh mengunjungi kedai Jakel untuk membeli tiga helai selendang yang dikehendaki isteri tersayang…
Cuaca tengahari pada 30 Ramadhan amat panas terik.Affan memandu dengan berhati-hati kerana jalan raya sesak dengan ribuan kenderaan orang ramai pulang bercuti raya…Affan menelan air liurnya melihat deretan peniaga menjual pelbagai jenis minuman sepanjang jalan…
“Ayah…Along haus…..”ujar anaknya Saffiah yang baru berusia 6 tahun..
Affan dengan sebelah tangan memegang stereng mengambil air kotak di tempat duduk belakang yang dibeli di kedai runcit tadi.Tiba-tiba tangannya terlepas stereng kereta dan kenderaan telah melintang jalan.Sebuah lori treler penuh muatan menghentam kereta Affan.
“Abang………………………..Abang…………………….Along…along….”jerit Aisyah melihat tubuh suami dan anak sulongnya kaku di dalam bilik mayat Hospital Besar Melaka……
Pagi Aidilfitri yang mendung ,Aisyah ditemani anak bongsunya yang masih kecil menyiram air mawar ke pusara suami dan anak sulong tersayang yang telah pergi selamanya………………….
~ TAMAT ~~
HAKCIPTA TERPELIHARA @SAAT SULAIMAN 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)