Tuesday, January 24, 2012

NOTA 10 : KENIKMATAN BERGELAR MANUSIA BIASA

KENIKMATAN BERGELAR MANUSIA BIASA...

Imam Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w
“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka kedengaranlah seruan
daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan sentiasa sihat dan kamu
tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa hidup maka kamu
tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan sentiasa muda maka kamu
tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu akan sentiasa mendapat
nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa kemiskinan (kesusahan)
selama-lamanya.”

Bismillah
dengan nama Allah Maha pemurah lagi Amat Pengasih...
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:



Alhamdulillah sekarang jam 11.23 malam 8 Julai 2011...3 tahun lepas hari ini jam 12 tengah malam,isteri aku mengadu sakit bersalin.Lantas dengan selamba rock aku menjadi doktor.Melihat apa yang patut dilihat.Kemudian bergegas ke hospital Sungai Buloh...Pada masa tu aku tinggal di Subang ada projek di sana....

Di hospital aku menunggu di luar bilik wad bersalin.almaklum spital kerajaan,suami xboleh temankan isteri...kalau boleh pun,aku mgkin x masuk.Almaklum aku ni pobia dengan darah...kalau tgk darah dalam tv pun aku hampir pingsan,apa lagi tgk darah bersalin...

Ketika azan Subuh mahu berkumandang,jururawat memanggil aku dan masuk dalam wad..adus comelnya anak bongsuku...anak perempuan lagi..dah 3 perempuan,1 hero...Syukur pada-Mu ya Allah..

Alhamdulillah syukur,isteri dan anak sihat....Gembiranya dapat menatap bayi..baunya kasturi...aku suka cium anak baru lahir..harum....

Mataku merembes kesyukuran dan kegembiraan...


Hadis di atas mengenai nikmat SYurga...semua manusia mahu Syurga,hatta perompak dan pembuang bayi.Jika x percaya,tanyalah mereka..

Hadis berkenaan tiada kena mengena dengan tajuk nota kali ini,namun ada hubungannya..

Kategori manusia :
1.Manusia biasa
2.Manusia ternama.

Aku?aku manusia biasa....

Saidina Omar al-Khattab r.a adalah khalifah Islam kedua.Beliau menggantikan Abu Bakar as-Siddik r.a yang meninggal dunia.Suatu hari dua panglima dari kerajaan Rom datang mencari Khalifah...

Bertanya sana sini,dan akhirnya bertemu."Khalifah sedang baring bawah pokok itu"jawab seorang lelaki menunjukkan Khalifah...

Antara percaya atau tidak.Dua Panglima tersebut menggeleng kepala.Seorang Khalifah yang setaraf Raja sedang baring di bawah pokok nan rendang?Tiada pengawal,tiada pagar mengelinginya..

"Raja kami dikelilingi istana bertembok batu.Diliputi 7 baris pengawal bersenjata ke mana sahaja beliau pergi.....Khalifah kamu sedang lena di bawah pokok nan rendang..."kata seorang Panglima.

Mereka berdua mengalunkan sebuah sajak yang panjang....dengan hidayah Allah,kedua-dua panglima kerajaan Rom itu masuk Islam...

Kisah tersebut adalah kisah benar,bukan kisah rekaan.Ia diceritakan sejarawan Islam dalam buku-buku mereka..

Lihatlah bilionair,Menteri,artis yang diserbu wartawan... Itulah dunia glamour.Aku?Aku mahu menjadi manusia biasa bebas ke sana sini...Amat nikmat menjadi manusia biasa.

Antara nikmat menjadi manusia biasa :
1.Tiada gangguan wartawan.
2.Tiada gangguan perompak tegar yang mengintai menculik anak orang kaya.
3.Ke mana-mana tawakkal kepada Allah.Bukan bergantung dengan pengawal peribadi.
4.Menikmati kebebasan sebagai manusia.
5.Tiada sifat sombong dan angkuh.
6.Sentiasa merendah diri melihat tanah..
7.Hidup tanpa gangguan
dan banyak lagi.........

Ramai manusia bergelar bilionair,Menteri,artis ,manusia ternama hidup dalam ketakutan.Puteri Diana mati akibat kemalangan.Keretanya dikejar paparazzi untuk mengambil gambar dan terbabas dalam terowong di Perancis.

Memang menyedihkan..bekas menantu Raja yang mati dalam keadaan ngeri.Itulah bahana manusia glamour.Ke mana-mana dikejar wartawan.Ke mana-mana diambil liputan...

Aku takut menjadi manusia ternama namun menjadi manusia ternama ada kebaikannya.Contoh mudah bila mahu berjaya dalam bisnes.Apabila Rosyam Nor mengeluarkan jus Rosyam Nor,maka ia boleh dijual berjuta-juta botol....Bila buku ditulis manusia ternama walaupun isinya macam sampah,buku laris mcm pisang goreng......




Namun menjadi manusia biasa lebih baik.Kepuasan dan kebebasan...

Kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt Maha Perkasa lagi Amat Bijaksana,manakala aku bernama Saat banyak kelemahan dan kekurangan....

NOTA INI DITULIS PADA :

12.37 pagi
9 Julai 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment