REMAJA POSITIF.
Setiap remaja perlu menjadi remaja positif.Remaja positif adalah remaja yang
berakhlak,berwawasan,berketrampilan,berilmu dan berusaha menjadi manusia berjaya
dunia dan akhirat.
Pelbagai salah laku remaja pada masa kini amat membimbangkan ibu
bapa,guru,pihak berkuasa,pemimpin politik dan masyarakat seluruhnya.Justeru remaja
perlu berusaha menjadi manusia positif agar mengelakkan pelbagai salah laku,akhlak
buruk dan gegala sosial.
Remaja perlu belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam usaha memajukan
diri dan menjadi remaja positif.Antara usaha menambah pengetahuan ialah
membaca.Anda sedang membaca buku ini dan anda sedang berusaha menambah
pengetahuan dan kemahiran.
Menjadi remaja positif akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
rintangan.Bukan mudah mendapat gelaran remaja positif.Syaitan dan makhluk yang
bersifat sepertinya sentiasa memburu dan menghasut manusia ke arah kesesatan dan
kejahatan terutama usia remaja.
Usia remaja adalah usia yang penuh cabaran dan dugaan.Usia remaja adalah usia
yang menjadikan seseorang loba pengetahuan dan mempunyai sifat ingin tahu yang kuat.
Justeru makhluk jahat akan sentiasa menghasut dan mengajak remaja ke arah keburukan.
Menjadi remaja positif akan menjadi kekuatan kepada remaja dalam menghadapi
pelbagai rintangan dan dugaan dalam kehidupan.
Usia remaja adalah usia emas yang perlu dimanfaatkan remaja.Jangan rosakkan
kehidupan remaja dengan pelbagai sikap dan aktiviti yang tidak berfaedah dan
merosakkan diri.
Menurut kebanyakan intelektual,usia remaja ialah usia antara 13 tahun sehingga 21
tahun.Para sarjanan dan cendekiawan menulis pelbagai bahan ilmiah dalam
membahaskan tentang remaja.
Pelbagai kajian dan penyelidikan ilmiah juga dilakukan dalam mengenalpasti
sikap,tabiat,tingkah laku,perangai dan lain-lain yang berkaitan dengan remaja.Perubahan
zaman telah membawa perubahan remaja.
Suatu masa dahulu,tidak wujud budaya lepak,muzik metal,penyakit AIDS,
dadah,internet,vandalisme,materialistik,individualistik,menghidu gam dan pelbagai jenis
bahan dan perkara wujud dan berkembang sebagaimana zaman ini.Justeru penulisan dan
pengkajian tentang remaja sentiasa bertambah dan berkembang mengikut kesesuaian
remaja.
Menjadi manusia positif adalah langkah ke arah kebahagiaan dan kejayaan dunia
akhirat.Remaja perlu memberi tumpuan kepada matlamat hidup dan wawasan.Remaja
positif adalah remaja berjaya dunia akhirat kerana :
1.Remaja positif adalah remaja yang mementingkan pengetahuan positif.
2.Remaja positif adalah remaja yang menghargai ibu bapa.
3.Remaja positif adalah remaja yang menilai kebaikan orang lain.
4.Remaja positif juga akan menggunakan rasional dan kecerdikan dalam mengharugi
kehidupan.
5.Remaja positif adalah remaja yang mengikut panduan dan bimbingan agama.
6.Remaja positif adalah pewaris bangsa dan tamadun.
7.Remaja positif adalah remaja yang memanfaatkan masa.
8.Remaja positif adalah pe,mangkin kemajuan bangsa dan negara.
9.Remaja positif adalah harta kepada ibu bapa.
10.Remaja positif adalah manusia yang menghargai kehidupan dan berusaha mencari
kebahagiaan dan kejayaan.
Remaja positif adalah manusia yang berjaya dunia akhirat kerana mereka
menseimbangkan kejayaan dunia dan akhirat.Memberi tumpuan kepada kedua-dua
matlamat iaitu dunia dan akhirat adalah sikap remaja positif.
Kejayaan material tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan remaja.Begitu juga
kejayaan cemerlang dalam pelajaran.Kejayaan remaja dalam apa jua bidang perlu
diseimbangkan dengan kejayaan memiliki akhlak mulia dan menghayati nilai agama.
Islam tidak mengiktiraf kejayaan remaja yang hanya mengejar kejayaan duniawi
sehingga membelakangkan kejayaan akhirat.Justeru definisi sebenar remaja positif ialah
remaja yang sentiasa positif dalam mengejar kecemerlangan dunia dan akhirat.
Dunia adalah tapak dan kehidupan sementara.Manakala akhirat adalah destinasi
kekal.Justeru remaja perlu mencari kebahagiaan dan kecemerlangan dunia akhirat.Jangan
bersandarkan kejayaan cemerlang di dunia tetapi tiada nilai dan harga di sisi Allah di
akhirat nanti.Mereka itulah yang rugi.
Faedah menjadi remaja positif.
Remaja perlu menjadi remaja positif.Remaja positif mempunyai pelbagai nilai dan
sikap yang menjadikan mereka positif.Sebelum memulakan langkah menjadi remaja
positif,remaja perlu mengetahui kepentingan dan faedah menjadi remaja positif.
Antara faedah menjadi remaja positif ialah:
1.Mempunyai kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.Sentiasa dahagakan ilmu bermanfaat dan memberi faedah.
3.Memiliki kekuatan akal dalam membuat keputusan dan tindakan.
4.Mampu menghadapi cabaran dan hasutan syaitan dan manusia jahat yang sering
mengajak ke arah kejahatan.
5.Menghargai Pencipta dan ibu bapa dan membuktikannnya dalam tindakan dan
perbuatan.
6.Mempunyai keinginan kuat untuk mengecapi kejayaan hidup.
7.Memandu ke arah wawasan dan cita-cita demi masa depan yang cerah.
8.Memberi kemahiran yang cukup dalam menghadapi gelombang kehidupan.
9.Menjadikan remaja berfikiran rasional dan waras dalam perbuatan dan tindakan.
10.Mendidik remaja menghargai manusia lain.
11.Mampu membezakan positif dan negatif dan mempraktikkannya dalam kehidupan.
12.Menumpukan sepenuh perhatian mengejar kejayaan.
13.Sentiasa mencari idea agar memberi sumbangan kepada manusia lain.
14.Memberi kasih sayang dengan lebih baik kepada ibu bapa,adik-beradik,teman dan
manusia lain.
15.Sentiasa bertakwa dan melakukan sesuatu yang disuruh Tuhan dan nabi-Nya.
16.Mahu meningkatkan keupayaan diri agar setanding manusia lain.
17.Tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat dan kerosakan moral.
18.Peka dan prihatin dengan manusia lain.
19.Sentiasa loba melakukan kebaikan berterusan.
20.Berhati-hati dalam perbuatan,perkataan dan tindakan agar ianya tidak menyusahkan
ibu bapa,menyakiti teman dan jiran serta tidak menyusahkan manusia lain.
21.Menjadikan diri seorang yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.
Terlalu banyak keistimewaan dan faedah menjadi manusia positif.Ianya bukan
sahaja memberi manfaat kepada diri remaja tetapi juga akan meninggalkan kesan positif
kepada ibu bapa,teman,guru,pemimpin dan manusia keseluruhannya.
Justeru remaja perlu menjadi remaja positif.Anda berhak menentukan siapa diri
anda.Tiada siapa yang boleh mengubah diri anda sendiri melainkan diri anda sendiri.
Pilihlah mana-mana yang anda sukai,remaja positif atau negatif.Pilihan di tangan
anda……..Gunakan kewarasan dalam menentukan pilihan.
Antara ciri-ciri remaja positif.
1.Bijak.
2.Berilmu.
3.Memiliki jati diri.
4.Berwawasan.
5.Amanah.
6.Prihatin.
8.Menjaga kebersihan.
9.Praktik agama.
10.Rajin.
11.Utamakan ibu bapa.
12.Mencintai Allah dan nabi-Nya.
13.Merendah diri.
14.Menepati janji.
15.Mengawal emosi.
16.Sabar.
17.Berani.
18.Berlemah lembut.
19.Berfikiran positif.
20.Dahagakan ilmu.
21.Mempunyai catatan.
22.Menerima nasihat.
23.Marah dan benci kerana Allah.
24.Utamakan perkara penting.
25.Utamakan pelajaran.
26.Benar.
27.Bijak berteman.
28.Menjaga maruah ibu bapa.
29.Menghargai guru.
30.Pemaaf.
31.Menjaga keselamatan.
32.Menjadi tauladan.
33.Menjauhi akhlak buruk.
34.Menjauhi gegala negatif.
35.Memiliki pelbagai kemahiran.
36.Komunikasi positif.
37.Suka membantu.
38.Menjauhi vandalisme.
39.Muhasabah diri.
40.Memanfaatkan wang.
41.Memperkembangkan kebolehan.
42.Menjadi manusia positif.
43.Berdikari.
44.Meringankan beban ibu bapa.
45.Toleransi.
46.Aktif aktiviti sihat.
47.Penasihat yang baik.
48.Rasional.
49.Beriman dengan takdir.
50.Tabah.
51.Menjaga maruah diri.
52.Taat ibu bapa.
53.Memperbaiki kelemahan.
54.Bersyukur.
55.Sentiasa bersedia.
56.Belajar mencegah.
57.Berdisiplin.
58.Berterima kasih.
59.Memiliki cita-cita.
60.Menjaga hubungan.
61.Bersukan.
62.Meluahkan perasaan.
63.Peramah.
64.Menjauhi dadah.
65.Komited.
66.Mementingkan adik-beradik.
67.Belajar mencari pendapatan.
68.Menjauhi teman jahat.
69.Menambah kebijaksanaan.
70.Memanfaatkan masa.
71.Memiliki sifat mahmudah.
72.Menjauhi sifat mazmumah.
73.Memahami ibu bapa.
74.Meninggalkan perkara yang tidak penting.
75.Mengambil peluang.
76.Bersimpati.
77.Tidak putus asa.
78.Sederhana.
79.Belajar menabung.
80.Memiliki akal yang sihat.
81.Malu bertempat.
82.Tidak mudah sentitif.
83.Membangunkan perasaan.
84.Menghormati hak orang lain.
85.Menjaga adab.
86.Manja bersederhana.
87.Mementingkan pengetahuan positif.
88.Menjaga aurat.
89.Berpakaian beretika.
90.Berjimat.
91.Menjaga harta awam.
92.Ikhlas.
93.Pemurah.
94.Tidak menzalimi orang lain.
95.Jujur.
96.Berfikir sebelum bertindak.
97.Berusaha membangunkan peribadi mulia.
98.Mencari kejayaan dan kebahagiaan.
99.Menambah kenalan positif.
100.Mahu berjaya dunia akhirat.
Jadilah remaja positif!
NOTA DITULIS PADA FEB 2011
Saat Sulaiman @ 2012
Wahh...esei yg sgt mantap....terima kasih kerana perkongsian ini
ReplyDelete