Tuesday, January 24, 2012

NOTA 34 : BOHONG...BILAKAH DIBOLEHKAN?

BOHONG...BILAKAH DIBOLEHKAN?

Dalam suatu riwayat, Ibnu Kalsum berkata, beliau tidak pernah mendengar Rasulullah SAW memberi kelonggaran untuk bercakap dalam hal yang tidak betul, kecuali dalam tiga perkara :
1) Ketika peperangan 2) Untuk mendamaikan anggota masyarakat atau organisasi yang bertelagah
3) Dalam perhubungan suami isteri
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.” (Hadis riwayat Bukhari)
Ramai manusia suka berbohong,antara punca manusia berbohong adalah :
1.Mahu dipuji sebagai manusia baik.Contohnya “aku baru derma bina masjid sebanyak RM1000 “
sedangkan hakikatnya dia hanya menderma RM5.00.
2.Melariskan perniagaan.Contohnya “Ikan ini baru sampai semalam”Hakikatnya ikan tersebut sudah 1 minggu berada dalam kotak ais.
3.Mendapatkan bantuan.Contohnya “ Gaji saya hanya RM500,berilah bantuan zakat”.Hakikatnya gajinya termasuk kerja lebih masa adalah RM1000 dan tidak layak menerima zakat.
4.Tidak mahu dihukum.Contohnya “Adik tidak mencuri,adik hanya terjumpa di aats meja”.hakikatnya setiap hari dia mengambil wang dalam dompet ibu bapanya.
5.Kejahilan .Contohnya “Saya rasa berbohong dalam bisnes tidak salah.Jika bercakap benar bila bisnes boleh maju?”.
6.Mahu disenangi manusia lain dengan kisah bohong.Contohnya “ Aku nampak kura-kura melintas jalan dan jem lebuh raya 3 jam menunggu kura-kura melintas”.Hakikatnya kisah tersebut adalah rekaan.
7.Memburukkan orang lain.Contohnya “Jangan kawan dengan Ali tue,aku nampak dia mencuri”Hakikatnya Ali bukanlah pencuri...
8.Mahu sesuatu .Contohnya “ Berilah saya pekerjaan ini,saya ada adik beradik 12 orang dan ibu bapa tidak bekerja”.Hakikatnya adik beradik hanya 2 orang dan ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah dan mempunyai pendapatan baik.
9.Mahu berkahwin lagi..”Abnag bujang lagi......kahwinlah dengan abang..”hakikatnya isterinya sudah ada dua orang...
10.Menipu pasangan.Contoh “Ini rezeki abang jual minyak wangi”.Hakikatnya wang tersebut didapati dengan rasuah dan menipu orang.

Manusia suka berbohong dan mereka tidak sedar bahawa dusta adalah dosa besar.
Hadis Abu Bakrah r.a bahawa Nabi SAW disebut di sisinya dosa-dosa besar. Baginda bersabda: ‘Mensyirikkan Allah, derhakakan kedua ibu bapa’ Semasa Rasulullah bersabda, Baginda sedang bersandar lalu duduk dan bersabda: ‘kata-kata palsu dan bersaksi palsu.’ Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Kalaulah Baginda berhenti dari menyebutnya.
Dari Sahal Bin Sa’ad Radhiallahu ‘Anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Barangsiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku terhadap apa yang terdapat di antara dua janggotnya (mulut atau lidah) dan apa yang terdapat di antara dua kakinya (faraj), niscaya aku jamin baginya syurga.
Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi.
Rasulullah saw ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan).
Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi.
“Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kahirat maka hendaklah ia berkata benar atau diam saja”.
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Apa yang ditakuti adalah sikap suka berbohong memasukkan seseorang dalam golongan Munafik dan kekal dalam neraka Jahannam...Kerna Allah hanya mengampunkan manusia yang melakukan dosa-dosa besar atau kecil,namun tidak mengampunkan manusia Munafik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Imam Ahmad




Manakala bohong yang diharuskan dalam Islam adalah :
1. Bohong dalam medan Perang atau jihad atau peperangan menghadapi musuh, iaitu yang kita kenal sekarang dengan istilah taktik atau strategi. Hal ini pernah dilakukan oleh Ali r.a. dalam perang tanding satu lawan satu dengan lawannya kafir Quraisy yang berpengalaman. Singkatnya, ketika dia berhadapan dengan Ali r.a., maka Ali r.a. menoleh ke sebelah musuhnya (seolah-oleh orang itu ada kawannya), ketika orang itu menoleh sebelahnya langsung Ali r.a. membelah kepala musuh itu. Dan dalam hadis sahih dikatakan “Al-Harbu Khud’ah” (perang itu tipu daya).
Begitu juga dalam satu peperangan tentera Islam bersugi seakan-akan memakan kayu.Tentera kafir yang melihat dari jauh merasa takut dan berfikir “Alangkah hebatnya tentera islam,kayu pun dimakan!”Akhirnya Islam menang dalam peperangan tersebut kerana musuh lari bertempiaran meninggalkan segala peralatan perang.

2. Bohong untuk Islah atau memperbaiki hubungan dua orang yang sedang marah atau bermusuhan.
Contoh yang mudah anda melihat dua orang yang sedang bergaduh dan anda membunyikan siren polis melalui telefon bimbit dan menjerit “Polis datang,polis datang....”Walaupun anda berbohong ,ia adalah cara untuk meleraikan pergaduhan dan ia diharuskan dalam Islam.
Contoh kedua seorang lelaki membawa kapak mahu membunuh ayah anda dan anda menjawab “
Ayah pergi Kuala Lumpur,minggu depan baru balik”Hakikatnya ayah anda berada dalam rumah.

3. Bohong yang dalam urusan suami istri.
Dalam Riyadhus Sholihin, Imam Nawawi membawakan dalil dari Ummu Kalthum, dari Nabi saw. bersabda, “Tidaklah dikatakan Al-Kadzibu (orang berbohong ) orang yang mengishlah antara manusia, dan dia berkata baik pada kedua belah pihak.” Hadis Bukhari no. 2692 atau Muslim no. 2605, dalam riwayat Muslim berkata, Ummu Kalthum diberi keringanan tentang apa yang diucapkan manusia dalam tiga hal, yaitu dalam perang, ishlah antara manusia, dan ucapan seorang suami pada isterinya, dan isteri pada suaminya.”
Islam mengharuskan berbohong antara suami isteri agar perhubungan menjadi baik dan mengelakkan perang suami isteri.Contohnya suami mengatakan “Masakan sedap nie..abang suka!”
Hakikatnya masakan isteri tidak sedap...

Begitu juga isteri berbohong “ Abang bangun bang,,subuh dah nak habis..lagi lima minit!.”Hakikatnya masih ada 40 minit lagi...”isteri berbohong agar suami sempat menunaikan solat sebelum terbit mentari...
Islam hanya mengharuskan berbohong pada tiga perkara tersebut.Selain itu adalah haram dan berdosa besar walau apa pun niat dan tujuan.
Ramai manusia berbohong kerana kepentingan dunia terutama usahawan,ahli politik dan ibu bapa dan ulama’.Malah ahdis palsu direka untuk kepentingan politik ,bisnes atau individu.
Apa yang menyedihkan ramai ibu bapa berbohong dengan anak-anak dan lahirlah anak pembohong dan menjadi Munafik.Begitu juga ahli poltik yang berjanji membina sekolah jika mennag pilhan raya,namun setelah menang,janji tidak ditunaikan.
Islam mengajar ibu bapa agar sentiasa bercakap benar dan menjadi contoh kepada anak-anak.Jika berjanji dengan anak-anak,pastikan janji yang mampu ditunaikan agar tidak dicop pendusta.Ajarlah anak-anak kebenaran dan anak-anak akan menajdi pewaris kebenaran.Jika ibu bapa suka berbohong maka tidak hairanlah anak-anak akan berdusta.
Saya menulis buku “PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG” untuk mendidik ibu bapa menjadi ibu bapa yang baik dan menjadi teladan kepada anak-anak.Alhmdulillah buku tersebut telah diulang cetak sebanyak dua kali.Cetakan pertama 2005,kali kedua 2007,kali ketiga 2008.Saya menulis buku tersebut bagi meambahkan kemahiran kepada ibu bapa agar berusaha menjadi ibu bapa beriman dan bertakwa.Jika mahu anak-anak beriman,ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik.Adalah mustahil anak-anak beriman jika ibu bapa tidak bersolat,mencari rezeki haram atau suka berbohong.Pepatah ada menyatakan “Jika guru kencing berdiri,anak murid kencing berlari...”
Lidah adalah anugerah dan nikmat,manfaatkan lidah ke arah kebenaran,bukan dusta kerna dusta membawa dosa besar dan Munafik dan pastinya ke Neraka Jahanam....
Banyakkan berdoa “ Allahummaj’al lisani lisanushodikin wa la taj’al linani lisanul kazibiin...”
(Ya Allah jadikan lidahku lidah orang yang benar dan jangan jadikan lidahku lidah manusia pendusta”

NOTA DITULIS PADA :

2 Disember 2010.

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment