BERLUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN
“Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.”
Ayat 148 surah al-Baqarah
Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....
Aku bersyukur padaMu Allah kerana masih mmeberikan nafas pada Isnin yang berkat ini.Aku bersyukur padaMu Rahman kerana memberikan kesihatan yang baik.Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat terbaik dalam kehidupan.Ramai manusia mneyangka nikmat itu wang dan harta sedangkan wang dan harta hanya boleh membeli vitamin dan ubatan,bukan kesihatan.Wang berjuta tidak akan mampu membeli kesihatan yang baik...
Islam adalah agama yang menyuruh manusia bersikap tamak.Bukan tamakkan harta dan wang,namun tamakkan pahala.Ayat di atas menyuruh manusia mnegejar pahala agar menmabahkan bekalan sepanjang masa bagi simpanan hari akhirat nanti.
Manusia bijak mencari pahala dan pahala itu adalah mudah.Perbuatan haram adalah berdosa jika dilakukan,manakala jika dijauhi akan mendatangkan pahala.Itulah mudahnya mendapat pahala.
Jika sekali mengumpat mendapat 100 juta dosa,maka jika ditinggalkan kita mendapat 100 juta pahala.Setiap hari lidah tidak mengumpat,maka berjuta-juta pahala diperolehi.Tidakkah itu mudah?
Membuka aurat mendatangkan dosa,jika menutup aurat mnedatangkan pahala.Tidakkah itu mudah?
Mengejek dan menghina manusia mendatangkan dosa,jika ditinggalkan mendapat pahala.Tidakkah itu mudah?
Minum arak adalah berdosa.Jika kita tidak meminum arak,maka pahala dikumpulkan setiap hari,tidakkah itu mudah?
Membasuh pinggan dan mengemas adalah berpahala namun ramai suami tidak melakukannya dan menganggap ianya tugas isteri.Itulah suami yang tidak mahu mengejar pahala.
Pahala itu amat mudah sebenarnya namun ramai manusia tidak loba dengan pahala.Antara sebab manusia suka mencari dosa adalah kerana mereka menyangka mereka telah memiliki banyak pahala dan tidak mengapa lakukan dosa...sdgkan dosa yang sedikit banyak mneyebabkan manusia ke Neraka..
"Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya,
dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin
melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya."
(HR. Imam Al-Bukhari )
Ramai menyangka dosa kecil dilakukan adalah kecil namun sebenarnya besar.Mengumpat dan memfitnah contohnya dianggap dosa kecil dan kebiasaan sdgkan ianya amat besar.Mengumpat dan memfitnah adalah dosa kepada manusia dan sudah tentu ianya berat kepada manusia.Jika tidak dimaafkan manusia,apakah harapan di akhirat nanti?
Sebenarnya mencari pahala itu amat mudah.Jika menahan diri dari segala perkataan dan perbuatan haram,maka berjuta2 pahala diperoleh setiap hari.Tidakkah itu mudah?
Fikirkan :
1.Ramai manusia membuang lauk dan makanan yang masih baik sdgkan ia boleh diberikan kepada kucing.
2.Ramai membuang pakaian lama sdgkan ia boleh disedekah kepada org miksin dan fakir.
3.Ramai manusia suka mengelamun apabila menunggu bas,beratur membayar bil,menunggu teksi,menunggu giliran dalam bank,menunggu anak keluar sekolah dan sebagainya sdgkan ia boleh dimanfaatkan dgn mmebaca dan berzikir.
4.Ramai isteri sanggup berlakikan suami berpendapatan haram sdgkan perempuan trsebut boleh mencari lelaki lain yg lebih baik.
5.Ramai manusia tidak ambil tahu hal jiran sdgkan islam menyuruh menjaga hak berjiran dan membantu mereka jika mereka perlukan bantuan.
6.Ramai berkata dalam hati “Hodohnya wanita itu” apabila melihat wanita tidak cantik sdgkan ianya dikira mengumpat dan perlu meminta maaf.
7.Ramai manusia bergaji 2000 sebulan dan ianya cukup menyara keluarga namun kedekut mengeluarkan hanya RM50 sebulan untuk sedekah jariah yang akan mmebantu mereka sendiri akhirat nanti.
8.Ramai manusia mempunyai ilmu namun kedekut mneyebarkan ilmu.Mengajarkan anak membaca bismillah pun dikira menyebarkan ilmu.
9.Ramai manusia berkereta sana sini namun tidak pernah kasihan dengan manusia bermotosikal dan trpaksa meredah hujan dan panas.Bantulah mereka dengan memberikan ilmu dan kemahiran agar mereka juga maju dan kaya dan mampu membeli .Bantulah mereka dengan memberikan ilmu dan kemahiran agar mereka juga maju dan kaya dan mmpu mmbeli kereta.
10.Ramai manusia tahu membaca namun tidak mahu membaca sdgkan islam itu agama yang menggalakkan pembacaan.
Sebenarnya kita perlu loba dan tamak mencari pahala.Pahala itu berada di mana-mana namun ramai manusia mensia-siakan peluang mendapat pahala.Kita lihat dalam bas ada warga emas berdiri dan remaja duduk namun tidak bangun mmberikan tempat duduk untuk warga emas. Itulah manusia yang tidak mahu berlomba mencari pahala...
KitA perlu sentiasa mencari pahala sebanyaknya dan berusaha menjauhkan dosa semampu mungkin.Kita tidak tahu manakah amalan yang diterima atau tidak,justeru melakukan pelbagai amalan akan memberikan pahala.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga”
Surah Al Israa ayat 7.
Kehidupan ini amatlah pantas dan singkat.Kita tidak tahu bilakah akan mati dan sebelum Izrail datang tanpa tanda,longgokkan pahala sebanyak mungkin sama ada pahala yang dilakukan kepada manusia,pahala berjariah,malah sunat dan segalanya.Tamakkan diri dengan pahala.Buatlah apa sahaja asalkan berpahala.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana,manakala diri ini serba naïf,lemah dan serba kekurangan......
NOTA DITULIS PADA 7 FEBUARI 2011
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment