Tuesday, January 24, 2012

NOTA 24 : USAHAWAN ADALAH PEMBINA KEMAJUAN NEGARA

USAHAWAN ADALAH PEMBINA KEMAJUAN NEGARA.
Usahawan amat penting kepada negara.Mereka menyumbang hasil negara melalui cukai ,zakat yang dibayar kepada negara.Mereka juga membantu kerajaan dalam menyediakan infrastruktur dan prasarana kepada rakyat melalui sumbangan kepada pelbagai agensi kerajaan.

Kebanyakan negara di dunia maju kerana mereka berjaya menghasilkan pelbagai produk yang dilahirkan usahawan.Jepun contohnya berjaya melahirkan kereta,peralatan elektronik.Belanda pula berjaya mengasilkan pelbagai jenis bunga.Amerika pula berjaya menjadikan KFC dan McDonald menjelajah seluruh dunia.

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara pengeksport pelbagai produk.Idea sebuah kampung sebuah produk adalah untuk mendidik keusahawanan dalam jiwa rakyat.

Penduduk dunia berjumlah hampir 6 bilion.Jika rakyat berjaya menghasilkan produk yang boleh menjelajah kepasa 1 bilion manusia,maka jika satu produk sahaja mendapat keuntungan RM10.00,maka wang berjumlah RM10 bilion berjaya dihasilkan.

Bangsa Melayu perlu berusaha menjadi usahawan dan melahirkan pelbagai produk agar ia berjaya dalam pasaran dalam negara dan antara bangsa.Jika seorang usahawan mempunyai modal RM10,000 dan bekerja sama dengan 10 orang,maka RM100,000 berjaya dikumpulkan.Dengan nilai RM100,000,kita boleh membuka bengkel kecil mengeluarkan pelbagai produk.

Dengan modal RM100,000 ,ia boleh menghasilkan keuntungan RM100,000 sebulan dan setiap orang akan mendapat habuan RM10,000.Itulah kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Dalam dunia ini pelbagai bidang boleh diterokai dan setiap masa akan lahir pelbagai produk baru di pasaran.Ini menunjukkan bahawa usahawan sentiasa mencari idea menghasilkan produk.

Bangsa Melayu perlu berusaha menjadi usahawan.Jika tidak mampu menjadi usahawan sepenuh masa,jadilah usahawan separa-masa.

Keusahawanan mempunyai peluang yang luas untuk berjaya kerana kerajaan menyediakan pelbagai bantuan ,sumber kewangan,nasihat kepada bangsa Melayu.MARA ditubuhkan untuk membantu bangsa Melayu.

Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai Melayu.Menjadi Melayu mempunyai banyak keistimewaan berbanding bangsa lain.Namun sikap Melayu yang tidak mahu menceburi perniagaan menyebabkan bangsa lain lebih berjaya dan maju dalam bisnes.

Bangsa Melayu tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai saluran untuk bangsa Melayu berjaya dalam bisnes namun sikap Melayu itu sendiri yang menyebabkan mereka gagal dan tidak berdaya maju.

Setiap negara yang mahu maju dan berjaya perlu melahirkan lebih ramai usahawan dalam pelbagai bidang kerana kerajaan bergantung dengan hasil cukai yang dibayar usahawan .Kemudahan teknologi dan prasarana canggih yang telah disediakan kerajaan memudahkan produk kita terbang ke luar negara.

Syarikat Munchy’s adalah sebuah syarikat bukan bumiputra yang menghasilkan pelbagai jenis biskut dan wafer.Produk syarikat ini berjaya menembusi 40 negara dunia termasuk negara-negara Islam kerana pihak JAKIM memberi status Halal dan kerajaan membantu dalam pemasaran produk.

Kita mahu melihat lebih banyak syarikat Melayu berjaya hingga arena global.Walaupun telah wujud produk usahawan Melayu ke luar negara namun jumlahnya amat sedikit dan ia dikuasai bangsa lain.

Perdana Menteri adalah bangsa Melayu dan beliau berusaha membantu Melayu melalui dasar Model Ekonomi Baru yang diperkenalkan.Jika semua menteri Melayu telah berusaha merangka dasar dan program agar Melayu berjaya dalam keusahawanan namun Melayu sendiri masih bermentaliti “aku gagal” maka sampai bilakah Melayu terus mundur dalam keusahawanan?



Negara mahu lebih ramai Melayu berjaya dalam keusahawanan.Pemimpin Melayu mahu melihat lebih ramai anak Melayu menceburi bisnes.Pemimpin negara mahu melihat syarikat Melayu terkenal dalam dan luar negara.

Jika lahir 1 juta usahawan Melayu dan mereka mampu membayar RM1000 cukai kepada negara,maka negara berjaya memungut 1bilion.Wang tersebut akan dimanfaatkan untuk membangunkan negara .Jika jumlah cukai dibayar kepada kerajaan RM10,000 setahun,maka 10 bilion berjaya dikutip.

Wang akan dimanfaatkan kepada pelbagai saluran seperti membina sekolah,jambatan,jalan,taman permainan,pusat rekreasi dan sebagainya.jadi Melayu akan menjadi Melayu yang berjasa kepada negara dan membantu membangunkan negara.

Ketika kegemilangan Melaka,bangsa Melayu yang menjadi pedagang dalam dan luar negara.Tiada seorang pun bangsa Cina ketika itu.Ini membuktikan Melayu mempunyai keturunan yang bijak dalam dunia keusahawanan.Begitu juga kerajaan Kedah Lama,Kelantan dan sebagainya.Namun apabila bangsa Cina mula berhijrah ke Malaya,Melayu sudah hilang kekuatan dalam bidang keusahawanan dan sifat takutkan perniagaan bersarang dalam jiwa Melayu hinggalah hari ini.

Melayu perlu bangun dan menceburi keusahawanan supaya lebih ramai Melayu kaya dan berharta.harta yang banyak dapat dimanfaatkan untuk sedekah,jariah,wakaf,membantu orang miskin dalam dan luar negara dan sebagainya.Ini akan membantu kita sendiri di akhirat nanti.

Ketika bangsa lain sudah mampu terbang ke Hong Kong seminggu sekali untuk menghabiskan wang di meja judi,bangsa Melayu masih menunggang motosikal buruk ke sana sini bekerja siang dan malam.Dapat gaji awal bulan,hujung bulan sudah habis.Begitulah kehidupannya.

Berniagalah wahai Melayu!

NOTA INI DITULIS PADA 3 APRIL 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment