Tuesday, January 24, 2012

NOTA 4 : ANTARA YANG BAIK DAN BURUK

NOTA 4 : ANTARA YANG BAIK DAN BURUK

"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang
baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.Oleh itu
bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya
kamu berjaya."
surah al-Maaidah ayat 100.

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih
Jam menunjukkan 6.30 pagi,hari Ahad,2 Oktober 2011.Aku masih belum tidur sepanjang malam kerna pelbagai tugas ...bertemankan TV dan radio,kepala ini mencari pelbagai idea menyiapkan pelbagai modul perniagaan..

Aku bukanlah robot yang boleh bekerja 24 jam tanpa henti..namun kdgkala sepanjang malam berjaga melakukan pelbagai urusan...kalau malam x tidur,nanti jam 8 pagi aku tidur sampai 12 tengahari....

Sudah lama x menulis nota Kisah Teladan.Sejak dua tiga menjak memang sibuk dengan pelbagai urusan....

Alhamdulillah genaplah usiaku 37 tahun pada 28 September lalu.Semakin bertambah umur,semakin pendek jangka hayat.Itu adalah pasti.Tiada apa pun tarikh lahir,,,hanya bertambah insaf dengan kematian yang semakin dekat..

Selepas solat subuh,aku minum nescafe...buat sendiri,isteri masih dibuai mimpi..almaklum cuti solat,tidurlah sepuasnya dari malam..

Setelah 7 bulan Kisah Teladan lahir,jumlah fans tidak sampai 400 orang.Walaupun pengguna FB seluruh dunia ada 500 juta manusia,namun hany sedikit menjadi fans...itulah miskinnya page Kisah Teladan ini...

Rakyat Malaysia lebih gemarkan page korek hidung dapat RM100 berbanding page ini.Page bodoh itu mendapat puluhan ribu fans!Memang pelik rakyat Malaysia...

Tidak perlu diulas apa itu baik,apa itu buruk kerna semua manusia faham makna baik dan buruk.Apa yang mahu diulas di sini adalah sikap manusia dalam memilih baik dan buruk..

Cuba perhatikan sikap manusia hari ini..

1.Mereka suka mencari salah orang lain dan tidak pernah melihat kesalahan diri sendiri.
2.Mereka suka mmebuang sampah di mana sahaja walaupun ada tong sampah merata-rata.
3.Mereka suka mengumpat siang dan malam.
4.Mereka suka mengeluarkan perkataan kesat dan keji.
5.Mereka makan wang riba dan mengatakan ia bonus dan faedah.
6.Mereka melagakan ayam yang tidak berdosa..
7.Mereka berlumba haram..
8.Mereka minum arak dan berzina.
9.Mereka menggunakan ayat Allah demi kepentingan politik.
10.Mereka tidak hadir kuliah agama di masjid dan surau walaupun percuma.
11.Mereka dilalaikan dengan Facebook siang dan malam.
12.Mereka menganggap manusia taraf rendah sebagai hina dan memalukan.
13.Mereka bergelar guru namun tidak menunjukkan contoh dengan baik.
14.Mereka makan rasuah sen dan ringgit.
15.Mereka membunh dan bakar.
16.Mereka meragut dan mencuri.
17.Mereka tidak solat..
18.Mereka hanya solat Jumaat dan abaikan solat 5 waktu.
19.Mereka melagakan manusia hingga saling membenci dan bergaduh.
20.Mereka menjadi ibu bapa yang tiada keimanan serta tidak mampu menanam iman dalam jiwa anak-anak.
21.Mereka sentiasa mahukan Syurga dan malas beribadat.
22.Mereka takut Neraka namun melakukan pelbagai perbuatan yang memasukkan ke Neraka.
23.Mereka menggunakan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan diri sendiri.
24.Mereka mempunyai kuasa namun mengabaikan rakyat.
25.Mereka membuat fitnah jijik siang dan malam.
26.Mereka kuat bekerja tekun siang malam namun abaikan ibadat.
27.Mereka menjalankan perniagaan haram.
28.Mereka menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan makanan yang mengandungi bahan berbahaya kepada manusia.
29.Mereka menjawab salam waalaikumsalam bila bukan Islam memberi salam.
30.Mereka menagih dadah dan ganja.
31.Mereka menghancurkan rumah tangga orang lain yang bahagia.
32.Mereka menjual daging lembu yang dicuri.
33.Mereka mencurah minyak dan meletakkan paku di jalanan..
34.Mereka menaikkan harga sewenangnya.
35.Mereka membiarkan diri jahil dan terus jahil..
36.Mereka mampu memandu BMW namun x bayar zakat.
37.Mereka mendengar kisah Neraka namun tiada langsung perasaan takut dan insaf..
38.Mereka membuang tuala wanita dalam lobang tandas awam..
39.Mereka menganggap gosip adalah kisah benar,bukan fitnah.
40.Mereka berjalan dengan sombong dan angkuh...

Setiap hari pelbagai kisah manusia dipaparkan.Memang menyedihkan membaca pelbagai kisah salah laku manusia.Ada polis rasuah,ada pelajar sekolah dibunuh,ada orang tua berzina,ada pemandu mabuk kemalangan,ada isteri curang,ada suami curang,ada anak lari rumah,ada jadi bomoh cabul,ada manusia yang melakukan pelnbagai kisah-kisah benar yang rosak ..


Walaupun baik itu jelas,buruk itu terang,mengapa manusia memilih buruk?
Plato ada mengatakan "Perkara pertama dan kejayaan terbesar adalah menguasai diri".
Dalam diri manusia,Allah swt berikan akal yang waras dalam membuat penilaian sama ada memilih
baik atau buruk.Allah swt tidak pernah memaksa akal untuk memilih kejahatan sepanjang masa dan
memberi pilihan kepada manusia.

Apakah penguasaan diri?Manusia berjaya dan cemerlang adalah manusia yang menguasai dirinya.Apakah penguasaan diri yang membawa kepada kejayaan dan kecemerlangan?Iaitu manusia yang tahu menilai baik dan buruk serta mmeilih yang baik.Itulah manusia berjaya.

Mengapa ada pekerjaan halal seperti operator kilang tapi memilih pekerjaan GRO?Mengapa tahu mengumpat dosa besar namun masih mengamalkan?Mengapa diberikan jawatan tinggi seperti menteri dan pengarah tapi menyalahgunakan kuasa dan pangkat?Mengapa seseorang sanggup meminum racun membunuh diri sedangkan kehidupan itu indah?Mengapa manusia memilih lelaki atau wanita yang tidak beriman sebagai pasangan hidup sedangkan ramai manusia baik dan beriman?Mengapa dan mengapa?

Itulah gunanya penguasaan diri di mana manusia menggunakan akal dengan bijak.Ramai manusia melihat pakaian dan jenis kereta sdgkan pakaian dan jenis kereta hanyalah satu perhiasan.Kita lihat betapa ramai memandu BMW dan Mercedes berharta ratusan ribu namun membuang kulit rambutan dari dalam kereta di jalan raya?Berapa ramai manusia memakai kot dan tali leher namun terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa?Tidakkah itu bukti pakaian dan kereta hanya perhiasan?

Apabila lidah mahu mengumpat,manusia yang gagal menguasai diri akan melepaskan lidah mengumpat..namun manusia yang berjaya menguasai diri akan menahan lidahnya sekuat mungkin agar tiada satu pun perkataan umpatan keluar...

Apabila melihat gaji GRO 5 ribu sebulan,namun manusia yang berjaya menguasai diri akan menjauhkan pekerjaan tersebut walaupun ia mudah dan pendapatan banyak.Begitu juga apabila mahu membuang sampah merata-rata,manusia yang berjaya menguasai diri akan menahan tangannya dan memastikan sampah masuk dalam tong sampah.

Amat berbeza manusia yang berjaya menguasai dirinya..

Apabila tangan kita mahu mencuri atau membunuh,adakah sebab Allah swt ?Tidak...segala perbuatan dilakukan oleh tangan kita adalah kehendak diri kita sendiri...Allah swt hanya mencipta tangan dan memberi kebebasan manusia melakukan apa sahaja yang dikehendaki..

Penguasaan diri bergantung kepada akal .Apabila akal ditanam iman,akal sentiasa menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan...akal sentiasa memberi idea perkara baik ..itulah akal manusia beriman.

Cuba tepuk tangan....tangan kiri dan kanan.Adakah kita menepuk tangan dengan sukarela atau ada kuasa yang menyebabkan kita menepuk tangan?Tiada kuasa yang memaksa kita menepuk tangan,hanya kita memilih untuk melakukannya..begitulah dengan apa juga kita lakukan ....

Kita mempunyai akal dan akal memandu kita memilih baik dan buruk.Bukan SESIAPA yang memaksa atau menyebabkan semua pancaindera melakukan sesuatu yang bukan keinginan kita.....Adalah gila apabila seseorang minum arak atau bekerja sebagai GRO dan menuduh Allah swt menjadikan mereka sedemikian.Tuduhan terhadap Allah swt amat besar dosanya..

FIKIRKAN apa sahaja kita lakukan dan katakan setiap hari..adakah baik atau buruk?

Segala kesempurnaan dan kelebihan milih Allah Maha Mengetahui lagi Amat Perkasa ,manakala kelemahan dan kenaifan milikku seorang manusia bernama Saat......

Terima kasih kerna membaca........


NOTA DITULIS PADA :
2 Oktober 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment