MENCARI HIDAYAH............
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
surah Ali Imran 8
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
Alhamdulillah... syukur kepada Allah swt kerna masih sihat walafiat..Kesihatan adalah nikmat kepada manusia.Wang berjuta tidak akan mampu membeli kesihatan baik..
HIDAYAH adalah petunjuk iaitu kebenaran dalam perjalanan hidup.Lihatlah manusia hari ini,adakah mereka menerima hidayah atau tidak?
Ramai manusia menyangka mereka mendapat hidayah yang benar dan hak ,namun hakikatnya ramai manusia tergelincir dalam kesesatan,kejahilan dan dosa berpanjangan..
Mencari hidayah bukan perkara mudah.Ia tidak semudah menggengam segulung ijazah atau mendaki Gunung KInabalu.Ia adalah perkara payah dan sukar.
Cuba kaji kisah-kisah ini :
1.Ali sentiasa rajin solat lima waktu,namun ia tidak tahu sama ada solatnya adalah betul atau tidak.Ia hanya rajin menunaikan solat 5 waktu sepanjang masa...
2.Fatimah adalah wanita yang rajin melakukan kebaikan seperti solat dan puasa,sedekah dan jariah,namun ia juga suka mengumpat dan menyangka ia hanyalah kesalahan kecil.
3.Yusuf adalah pemandu teksi ,namun ia tidak menggunakan meter untuk mendapat keuntungan banyak sepanjang hari.
4.Faridah rajin membaca Quran setiap hari namun ia tidak pernah belajar tajwid untuk memperbaiki bacaan Quran.
5.Alisa suka memuat turun gambar membuka aurat dan seksi dalam facebook dan blog.
6.Ghani suka menghabiskan masa dengan berlumba haram dan menagih dadah.
7.Khadijah melihat orang miskin dan ia sedar ia mmapu mmebantu dengan kekayaan dimiliki,namun ia sekadar berkata "kasihan.....".
8.Ali mentertawakan kereta buruk di jalanan kerna ia memandu kereta BMW yang mahal dan cantik.
9.Rohani melihat anak remaja jirannya sedang berpelukan dengan teman wanitanya di taman,namun hanya mendiamkan diri dan tidak memberitahu ibu bapa tersebut.
10.Ketika azan Subuh telah berkumandang,seseorang menarik selimut dan terus tidur...
Demikianlah antara kisah masyarakat yang sering berlaku pada zaman ini..
Adakah mereka manusia yang mendapat HIDAYAH?
Persoalan : Adakah manusia perlu mencari hidayah atau menunggu hidayah lahir ke dalam jiwa?
Kisah-kisah benar yang berlaku dalam masyarakat perlu menjadi pengajaran kepada kita agar berusaha menjadi manusia yang memiliki hidayah.Antara punca manusia rosak dan jahat adalah kerana mereka tidak sedar kepentingan hidayah dan mahu terus hidup dalam kejahilan.
Antara tanda manusia mendapat hidayah adalah :
1.Mencari kelemahan dan memperbaikinya.Contohnya seseorang yang sedar dirinya masih banyak kesalahan dalam membaca Quran,lantas ia belajar dengan guru di masjid atau menjemput guru mengajar di rumah agar bacaan Quran menjadi betul dan menepati hukum tajwid.
2.Sentiada dahagakan ilmu agama,maka ia berusaha hadir kuliah ilmu,bertanya ulama',mencari kesilapan diri agar ilmu sentiasa bertambah.Dengan ilmu seseorang akan mendapat hidayah.
3.Sentiasa mengambil berat setiap perkataan,perbuatan mahu pun niat .
4.Mampu membezakan baik dan buruk serta melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.
5.Melihat kesalahan orang lain dan menginsafi diri sendiri.
6.Membuang kebencian para ulama' dan pendakwah.Antara tanda kebencian adalah tidak mendampingi ulama' dan pendakwah untuk mendapatkan ilmu.
7.Sentiasa memikirkan akhirat berbanding dunia sementara.
8.Merancang kehidupan dengan baik mengikut acuan Quran dan hadis.
9.Mengingati azab dan siksaan Neraka sepanjang hari.
10.Menjalani kehidupan dengan ketenangan dan kebahagiaan...
11.Sentiasa berhijrah setiap masa dari baik kepada lebih baik.
Amat ramai manusia yang tidak mendapat hidayah.Sama ada mereka mahu terus jahil atau mereka tidak berusaha mencari hidayah.
Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan
dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia
dengan akhlaq yang baik”.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi, ia telah berkata : Hadis ini hasan, pada lafaz lain hasan shahih)
Bertanyalah diri sendiri,adakah aku manusia yang mendapat hidayah?
NOTA DITULIS PADA :
4.10 pagi
23 Oktober 2011
Petaling Jaya Selangor.......
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment