Tuesday, January 24, 2012

NOTA 33 : BUTA MATA HATI?

BUTA MATA HATI?

Bismillah...
"Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada"Surah Al-Hajj (22:46)
Allah memberikan nikmat lima pancaindera kepada manusia,salah satu adalah nikmat mata.Manusia mampu melihat pelbagai perkara di dunia ini....
Kita patut mensyukuri nikmat mata yang diberikan Allah...
Pernah seorang wali Allah berkata"Anda melihat aku dengan mata kasar,namun aku melihat kamu dengan mata hati"...
Orang Islam yang beriman mempunyai kekuatan mata zahir dan mata hati.Apabila melihat sesuatu perkara,ia akan difikir dan direnung dalam mata hati...
Mempunyai kekuatan melihat sesuatu dengan mata hati adalah anugerah kepada manusia beriman.Antara ayat Quran menerangkan manusia yang memiliki mata hati adalah :
"Keras hati dan selain itu ia sangat terkenal dengan sifat kejahatannya.." Surah Al-Qalam (68:13)
"..Telah berkarat hati mereka, Kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan.." Surah Al-Muthaffifiin(83:14)
"Dia lah yang menurunkan kepadamu wahai Muhammad akan kitab suci Al Quran. sebahagian besar dari Al Quran itu ialah ayat-ayat Muhkamaat iaitu ayat yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya, ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu atau pokok isi Al Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyaabihaat iaitu ayat-ayat yang samar-samar, tidak terang maksudnya. oleh sebab itu timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya memutarkan maksudnya menurut yang disukainya. padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya serta tafsir maksudnya yang sebenar melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata : "Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi tuhan kami, dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."
surah Ali Imran ayat 7
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dan yang sempurna imannya ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
surah Anfaal ayat 2


Manusia yg buta mata hati adalah apabila mendengar ayat-ayat Quran atau membaca kalimah Allah tidak merasai apa-apa dalam jiwanya.Itulah manusia yg buta mata hati.Manusia yang buta hati juga tidak akan melihat sesuatu dan mengambil pengajarannya.
Pelbagai tingkah dan tabiat manusia yang buta mata hati.Mereka bukan sahaja tidak memahami Quran dengan baik,malah tidak mampu memikirkan apa yang dilihat.
Kaum Nabi Nuh. Allah memusnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar yang menenggelamkan mereka. “Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).” (Surat Al-A’raaf ayat 64).
Allah menceritakan dalam kisah Noh tentang kaum yg buta mata hati...............
Di sini saya memberi contoh yang mudah :
1.Melihat lampu isyarat merah.
Jika anda memandu dan berada di jalan raya,pasti akan melihat tiang lampu isyarat di persimpangan jalan.Warna merah,kuning atau hijau.Tanda warna hijau adalah boleh berjalan manakala merah perlu BERHENTI.Namun ramai pengguna jalan raya tidak BERHENTI walaupun lampu isyarat MERAH.Mengapa?Kerana mereka mempunyai mata kasar dan tidak mempunyai mata hati...
Manusia yg mempunyai mata hati akan berhenti kerana mereka memikirkan implikasi jika tidak berhenti.Contohnya kemalangan akan berlaku akibat sikap melanggar lampu merah...
2.Melihat pokok.
Pokok yang besar dari mana asalnya?Manusia yg mempunyai mata hati akan memikirkan bahawa Allah Maha Perkasa mencipta pokok.Pokok yang besar adalah berasal dari sebiji benih atau ranting yang kecil.Dengan kekuasaan Allah Maha Perkasa maka benih yang kecil membesar dan membesar sehingga menjadi sebuah pook yang tinggi dan tegap memacak bumi.Manusia yg melihat pokok akan kagum dengan kehebatan Allah dan sentiasa berzikir "Subhanallah ' dan sebagainya apabila melihat pokok...Manusia yg hanya memiliki mata kasar hanya melihat pokok dan mencebik "Besarnya pokok ini......"





3.Membaca Quran.
Manusia yang mempunyai mata hati pasti memahami setiap ayat Quran dan merenung dan memikir sedalamnya pabila membaca Quran...Allah mengklasifikasikan manusia yg mmapu memahami Quran adalah sebaik-baik manusia beriman sebgmana firmann-Nya :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dan yang sempurna imannya ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
Bgmana mahu bertambah iman jika tidak memahami ayat-ayat Quran?Quran perlu dibaca dan difamai serta difikirkan setiap patah dan ayatnya,barulah seseorang akan lahir keinsafan dan takutkan kehebatan Allah Maha Perkasa.
Hanya manusia yg buta mata hati membaca Quran namun tidak merasakan apa-apa dalam jiwanya...
Manusia yg buta mata hati terlalu ramai dalam dunia ini.Mereka mempunyai mata namun hanya melihat dan tidak menterjemahkan apa yang dilihat...
Quran adalah sebaik-baik kalamullahuntuk manusia.Jika kita mmapu membaca,memahami,mengambil pengajaran setiap ayat,insya-Allah kita akan diberi kekuatan melihat sesuatu dengan mata hati...
Apabila kita mempunyai kekuatan mata hati,kita akan menjadi manusia yang beriman dan bertakwa dan ini akan mempimpin kita ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat...
Pihak musuh seperti Barat dan Yahudi berusaha untuk menjadikan orang Islam hanya mampu membaca Quran dan tidak memahaminya.Maka lahirlah Islam padanama sahaja dan 1.8 bilion umat Islam umpama buih-buih di lautan,tidak memberi manfaat dan kosong jiwa mereka...
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­ orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Umat Islam yang buta mata hati akan dihinggapi penyakit Wahan iaitu cinta dunia dan takutkan mati......
Kita perlu berusaha supaya dijauhkan penyakit buta mata hati.Manusia yg buta mata hati akan sesat dalam perjalanan hidup,tamakkan dunia dan mudah mengikut telunjuk syaitan dan sengsara di akhirat apabila dihumban ke Neraka...

Islam adalah agama yang mementingkan IMAN.IMAN hanya lahir kepada manusia yang jiwanya cerah mata hati serta tidak buta mata hati.Jika buta mata hati,maka iman bukan sahaja tidak bertambah,malah akan terus menyusut....
Langkah menjauhkan buta mata hati :
1.Berusahalah membaca Quran dan memahami setiap ayat-ayatnya.
2.Bacalah asmaulhusna dan fahami maksudnya.
3.Lihatlah segala ciptaan Allah dan bacalah
Rabbana ma khalaqta haza bathila..subhanaka faqina azabannar..~
Tuhanku,tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia2, Maha suci Engkau..maka peliharalah aku dari azab api neraka
4.Sentiasa hadir majlis ilmu agama untuk menambahkan ilmu agama5.Sentiasa beragul dengan orang soleh dan beriman
6.Jauhilah segala sifat-sifat MAZMUMAH seperti dengki,dendam,marah dan sebagainya
7.Sentiasa solat taubat dan hajat,tahajjud dan solat-solat sunat.
8.Berusaha untuk khusyuk dalam solat
9.Banyakkan berdoa agar dijauhkan dari buta mata hati
10.Perbanyakkan istighfar
11.Banyakkan bacaan buku-buku hadis dan kitab karangan ulama' muktabar.
12.Jauhi hiburan yang melalaikan
13.Tanamkan ukhuwwah islam dengan baik sama ada dengan para sahabat,jiran,guru dan sebagainya
14.Sentiasa merasai kehebatan Allah apabila melihat sesuatu ciptaan-Nya
15.Tanamkan sifat-sifat Mahmudah dalam jiwa dan amalkan seharian.
Manusia yang buta mata hati akan ke Jahannam bersama golongan kafir dan kita amat takutkan neraka

“Dan Kami mengumpulkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata, ‘Ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan kami dalam keadaan buta, padahal aku dulu (di dunia) dapat melihat.” (Thaha: 124-125)

Mari kita berdoa :
"YA ALLAH,CERAHKAN HATI KAMI,JAUHKAN KAMI DARI BUTA MATA HATI...JADIKAN KAMI MANUSIA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH AGAR BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN"


NOTA DITULIS PADA 19 OKTOBER 2010.

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment