Tuesday, January 24, 2012

NOTA 18 : PERKAHWINAN DI USIA MUDA : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

PERKAHWINAN DI USIA MUDA : KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nikah itu sunahku, siapa tidak suka sunahku, maka bukan ia daripada golonganku." (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat pengasih…

Hari ini hari Jumaat dan syukur kepada Allah swt kerana menemui Jumaat penghulu hari.Jumaat adalah hari penting bagi umat Islam kerna Jumaat digalakkan berselawat sebanyaknya dan Jumaat juga menjadi hari makbul doa.

Kaum lelaki mendapat banyak faedah pada Jumaat seperti mendengar Khutbah,pahala ke masjid awal,doa makbul antara dua khutbah…..

Aku menulis tajuk ini kerana bosan dan malu menjadi anak Malaysia,sebuah negara gah dengan slogan negara Islam dan setiap tahun mengadakan musabaqah Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Aku malu kerana kes buang bayi bersepah-sepah dan majoriti adalah Melayu Islam.Aku amat malu…..Mengapa negara Barat seeprti Eropah dan Amerika yang mengamalkan seks bebas namun tidak berlaku jenayah buang bayi dalam longkang,sungai dan tong sampah?

Terdapat kes gadis Melayu telah berzina ketika usia 13 tahun dan mengandung.Betapa memalukan .Adakah bangsa Melayu adalah bangsa yang kuat seks hingga tidak boleh menahan nafsu?

Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun 2010 dari Jnauari hingga Ogos , 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian.

Oleh kerana terlampau banyak kes buang bayi Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.Walaupun ia telah dikuatkuasakan,kes buang bayi masih juga berlaku!

Md Ali Alhamidy dalam bukunya Godaan Setan menulis: "Menahan diri tidak kahwin, pada hal kesanggupan dan kemampuannya masih ada, ditambah memang Allah dan Rasul-Nya menganjurkan kahwin, maka ia akan menanggung hidup yang sangat berat, apa lagi jika nafsu syahwatnya datang merangsang, maka kemungkinan ia terjerumus ke dalam perbuatan nista."

Allah swt mengurniakan nafsu kepada lelaki dan perempuan kerana nafsu seks adalah anugerah kepada manusia.Tanpa seks,manusia tidak berkembang dan tiadalah kasih sayang suami isteri….

Jika dilihat kepada rakyat Malaysia,remaja akan belajar hingga SPM dan usia mereka 17 tahun.Kemudian menyambung pelajaran hingga tamat selama 4 tahun dan usia mereka 21 tahun.Setelah tamat pelajaran ,bekerja dan mengumpulkan wang beberapa tahun.Ada yang berkahwin pada usia 22,23,24,25 tahun.Ada pula 30 tahun.Ada pula usia 40 tahun masih tidak berkahwin….

Ramai cendekiawan mencadangkan perkahwinan selepas tamat SPM iaitu 17 tahun.Namun pengkritik mengatakan usia muda akan lebih banyak menyebabkan perceraian kerana tidak mempunyai kematangan dan asas ekonomi kukuh.Perkhawinan juga mungkin menyebabkan ramai tercicir dalam pelajaran.Bagaimana mahu belajar di Universiti jika setiap tahun mengandung dan beranak pinak?

Dr Yusof Qardawi adalah ulama’ kontroversi.Beliau mengatakan remaja dan dewasa yang tidak mampu berkahwin dan tidak dapat menahan nafsu boleh melakukan onani namun ia tetap berdosa.Bagi beliau melakukan onani adalah lebih baik daripada zina yang mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat…

Seorang ulama’ di Kelantan mempunyai 8 orang anak gadis dan kesemuanya berkahwin selepas tamat SPM.Namun semuanya berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan seperti guru,akauntan,ahli perniagaan dan sebagainya.

Beliau mengatakan mengahwinkan anak gadis usia muda adalah terbaik bagi mengelakkan zina.Walaupun anak gadis beliau berkahwin usia muda,namun mereka berjaya di Universiti,amat menarik.Jika kajian boleh dibuat,beliau perlu dijadikan mentor oleh ibu bapa bagaimana beliau mendidik anak dengan baik dan mengahwinkan dalam usia muda namun berjaya dalam pendidikan tinggi.

Majoriti perkhawinan dalam usia muda berakhir dengan perceraian.Salma juara Mentor juga berkahwin muda dan mempunyai seorang anak.Beliau berkahwin dalam usia 18 tahun ,iaitu selepas tamat SPM.

Aku bukanlah peminat Mentor,tapi perlu juga tahu perkembangan manusia di negara ini.Jika tidak dikata buta perkembangan semasa pula!

Zina adalah masalah remaja hari ini.Zina dianggap perkara biasa hingga ada yang bergurau bila ditanya dah kahwin? “Dah……….nikah belum!”

Punca zina adalah kerana tiada iman dalam jiwa seorang lelaki dan perempuan.Jika lelaki memujuk namun perempuan itu kuat imannya,maka zina tidak berlaku.Begitu juga sebaliknya.

Manusia mempunyai kekuatan iaitu akal.Apabila akal itu bersih dan kental,apa pun dugaan dan cabaran dalam kehidupan tidak akan menjadikan seseorang mudah berzina.Zina berlaku kerana lemah akal seseorang terutama wanita kerana wanita amat mudah dipujuk rayu oleh lelaki….

Pada zaman ini banyak berlaku seorang gadis berzina dengan lelaki lain dan berkahiwn dengan lelaki lain.Begitu juga lelaki.Ini telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan.

Pokok pangkal masalah zina adalah ibu bapa.Ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak,membiarkan anNK TANpa sekatan memudahkan anak terlibat dalam gegala zina.

Ramai ibu bapa tidak sedar,sikap dan perbuatan mereka membantu anak melakukan zina.Memberi kebebasan tanpa kawalan adalah jalan menjadikan ramai anak terbabit zina.Namun ramai ibu bapa tidak menyedarinya dan hanya menangis penyesalan apabila anak gadis terlanjur dan mengandung….

Pokok pangkal kejahatan adalah ibu bapa.Betapa sporting ibu bapa membiarkan anak-anak keluar siang dan malam dengan pasangan yang digelar awek dan balak pada zaman moden ini….

Sebagai seorang ayah,aku juga takut dengan wahana moden seperti internet,Astro,buku dan sebagainya kerna dunia global ini semuanya mudah.Filem lucah bersepah di internet dan kerajaan tidak pernah peduli.

Walaupun kajian menunjukkan antara pengaruh remaja berzina adalah suka menonton filem lucah,lantas mahu mencubanya.

Memang memalukan sebuah kerajaan bergelar negara Islam namun tidak menyekat laman web lucah yang berjumlah jutaan di internet.Begitu juga peniaga DVD lucah haram di pelusuk negara….

Begitu juga siaran televisyen yang sering memaparkan adegan tak senonoh,pakaian seksi di mana pelakonnya adalah Melayu Islam keturunan.Kadangkala berasa malu kerna filem dan drama dari Korea dan Jepun lebih sopan pakaian mereka.Mungkin ramai artis dan pelakon tidak mempunyai wang cukup untuk membeli pakaian labuh dan menutup badan,jadi mereka memilih pakaian tak cukup kain.




TV,internet adalah pengaruh besar kepada manusia moden.Apa yang ditonton akan mempengaruhi minda manusia.Bayangkan anak-anak menonton drama cinta sejak usia 5 tahun hinggalah remaja,sudah tentu adegan dan lakonan tidak beretika mempengaruhi mereka.Walaupun wujud TV hijrah,namun berapa ramai yang menontonnya?

Aku pun jarang menonton TV kecuali siaran Berita.Paling disukai adalah rancangan berinformasi seperti National Geographic,History Channel dari Astro.Walaupun kena bayar,namun siaran bermutu,tak kisah wang melayang…..

Mendidik anak pada zaman ini bukan perkara mudah.Ibu bapa perlu menambah kemahiran dalam didikan dan tidak boleh mendidik anak sebagaimana ibu bapa mereka dahulu kerna zaman telah berubah.

Malaysia akan menajdi negara sifar zina dan buang bayi jika semua ibu bapa menunaikan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang.Ibu bapa bukan sahaja perlu memberi makan minum,pakai dan pelajaran,namun juga perlu mengambil berat aspek iman dan takwa.

Dalam ilmu tauhid,kita diajar agar beriman dengan nama-nama Allah.Apabila seseorang beriman dan mempraktikkan nama-nama Allah dalam kehidupan,maka seseorang tidak akan terjebak dengan zina.

Yakin dan percaya Allah Maha Melihat akan menakutkan seseorang melakukan kejahatan seperti zina kerana di mana pun berada,Allah swt boleh meilaht walaupun dalam hutan atu dalam tandas.

Jika anak-anak diajar menyebut nama Allah Ya Bashir (Maha Melihat ) dan ia sentiasakan dilafazkan dalam hati sepanjang masa,apabila ada pujukan syaitan ,maka seseorang akan sentiasa ingat Allah itu melihat apa sahaja dilakukan di mana sahaja.




Aku hairan ulama’ berjawatan,pemimpin seperti Menteri boleh tidur lena sedangkan zina dan buang bayi telah menjadi masalah besar dalam negara.Adakah mereka tidak peka atau buat-buat tidak peka?Tidak takutkan mereka dengan soalan di akhirat nanti?Adakah mereka hanya bekerja mendapat gaji setiap bulan dan tidak merangka pelan dan teori dalam membendung masalah zina?

Ilmu keibubapaan perlu diperluaskan kepada semua ibu bapa.Ilmu tauhid perlu ditanam dalam jiwa manusia terutama remaja.Apabila manusia mmepunyai ilmu,ilmu akan menghasilkan amalan dan amalan menghasilkan iman dan takwa dalam jiwa.

Seorang pengetua sebuah sekolah mahu menduga tiga anak muridnya.Diberikan tiga ekor ayam dan pisau dan diminta menyembelih ayam tersebut di tempat tersembunyi.

Dua pelajar pergi bersembunyi dan menyembelih ayam tersebut namun seorang pelajar membawa ayam dan pisau di mana ayam masih hidup.Pengetua bertanya “Mengapa tidak sembelih ayam itu?Tidak dapat mencari tempat sunyi?”

Pelajar itu menjawab “Tuan Pengetua,telah puas saya mencari tempat dan kawasan namun saya yakin di mana pun Allah swt pasti dapat melihat.Lalu saya bawa pulang ayam tanpa sembelih…”

Itulah pelajar yang menghayati ilmu tauhid dan meyakini Allah swt Maha Melihat………

Bagi pendapat aku,perkahiwnan dalam usia muda memnag banyak masalah.Usia muda adalah tidak matang dan ekonomi pun tidak stabil.Patutkah ibu bapa pula disusahkan menangung anak menantu dan cucu pula?

Sepatutnya anak-anak perlu dibekalkan dengan iman dan takwa dalam kehidupan,bukan hanya hiburan melalaikan dan kebebasan tidak terkawal.Ibu bapa adalah punca segala masalah zina yang berlaku.

Imam dan jawatankuasa masjid perlu memikul tanggungjawab mengapa remaja tidak suka ke masjid.Penerbit rancangan Tv perlu bertangungjawab mengapa penonton tidak suka TV Hijrah.Menteri perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang menimpa rakyat negara ini kerana mereka memikul amanah.

Peningkatan harga barangan keperluan hingga menyebabkan ibu bapa bekerja tekun siang malam mencari nafkah juga perlu dipikul pemimpin.Ibu bapa menghabiskan masa dengan bekerja dan tiada masa untuk bermesra dengan anak-anak.Malah pelbagai kos dalam kehidupan menyebabkan ibu bapa tidak mampu membawa anak-anak melancong dan bersuka ria demi mengeratkan hubungan sebuah keluarga.Pemimpin negara perlu peka masalah ini,bukan peka.

Hubungan kekeluargaan adalah penting dalam mewujudkan sebuah rumah tangga bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Kebanyakan remaja yang berzina lahir dari sebuah keluarga porak peranda,ibu bapa tiada masa bersama anak-anak,mereka bosan di rumah dan pelbagai masalah kekelurgaan.Anak bosan di rumah dengan TV kecil,tiada Astro.Anak bosan ibu bapa bekerja siang malam dan tidak mmepunyai masa untuk meluahkan segala masalah bersarangd alam jiwa.Ibu bapa juga perlu melunaskan pelbagai kos seeprti sewa rumah,bayaran kereta dan setiap bulan akaun bank kosong.Di mana mahu mendapatkan wang membawa anak melancong dalam dan luar negara?

Melancong dalam dan luar negara adalah aktiviti sihat dan menanam sifat sayangkan ibu bapa.Anak yang sayangkan ibu bapa akan sentiasa taat kepada ibu bapa dan menjaga maruah di mana pun berada.

Negara ini akan menjadi lubuk negara anak haram dan zina berleluasa jika semua ibu bapa tidak mengambil berat aspek kekeluargaan. Negara ini akan rosak di mana penzina dan pembuang bayi akan menjadi pemimpin dan mereka merosakkan negara dengan pelbagai dasar yang membawa kerosakan kepada rakyat.




Memang menyedihkan apa yang berlaku dalam negara.Malah negeri yang dipimpin oleh manusia bergelar ulama’ dan sentiasa berjubah dan serban namun masih juga berlaku zina dan seks bebas.Ini membuktikan walaupun seorang pemimpin itu warak dan alim namun tidak berjaya mencegah zina dan seks bebas,adalah manusia gagal sebagai pemimpin.

Sepatutnya negeri yang digelar Serambi Mekah bebas zina,bebas lumba haram,bebas arak dan bebas maksiat.Namun pelbagai gegala negatif juga berlaku dalam negeri yang terkenal dengan slogan “Membangun bersama Islam”.


Apa yang memalukan sarang pelacuran di ibu negeri hanya 3 kilometer dari pejabat Menteri besar.Itulah yang didedahkan dalam akhbar.

Tugas menanam iman dan takwa dalam jiwa rakyat adalah pemimpin.Jika pemimpin gagal menunaikan amanah,pemimpin perlu berhenti dan beri peluang orang lain.Tugas pemimpin bukan sekadar mendapat gaji puluhan ribu sebulan ,namun perlu menunaikan segala amanah dan tanggungjawab.

Aku sendiri berasa amat rugi lambat berkahwin.Dalam usia 37 tahun,anak sulong baru 9 tahun.Teman baikku sebaya aku anaknya sudah sekolah menengah…Itulah jodoh.Aku kahiwn lewat sebab masalah ekonomi …betul,aku cakap benar.

Kalau aku anak orang kaya,umur 20 aku dah kahwin….sekarang anak dah SPM….

Perkahwinan muda adalah baik jika seseorang benar-benar yakin boleh menjalankan tugas sebagai seorang suami dan isteri,serta mempunyai asas ekonomi yang kukuh.

Manakala perkahwinan muda yang didasarkan kepada keseronokan seks sahaja akan membawa kehancuran dan perceraian.Berkahiwnlah kerana tanggungjawab dan amanah,bukan hanya kerana seks sahaja.



Kita perlu berusaha menghapuskan zina dan buang bayi.Biar Malaysia terkenal dengan negara sifar zina dan buang bayi.Usaha perlu dilakukan semua pihak sama ada pemimpin dan ibu bapa.


Doa amalan ibu bapa yang diajar Quran :
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)

Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)

Segala kesempurnaan dan kebaikan hanya milik Allah swt Maha Perkasa,manakala kelemahan ,kenaifan dan kesalahan adalah milk diriku sendiri………..

Terima kasih kerana membaca.

NOTA DITULIS PADA :
11.09 pagi Jumaat
17 Jun 2011
15 Rejab 1432 Hijrah…………

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment