KEPENTINGAN SEDEKAH JARIAH
“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad )
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (surah al-Munafiquun: 10)
Sedekah jariah adalah amat penting dalam Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dan besar pahala.Sedekah jariah membantu seseorang ketika hidupnya dan matinya dengan mendapat pahala hinggalah kiamat selagi manusia ,haiwan mendapat manfaat.
Antara contoh adalah :
# Berikan Al-Quran kepada seseorang. Setiap saat Al-Quran tersebut dibaca anda akan mendapat kebaikan.
# Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa tersebut, anda akan mendapatkan kebaikan.
# Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapat kebaikan.
# Tanam sebuah pokok. Setiap orang atau haiwan yang berlindung di bawahnya atau makan buahnya, akan mendapat kebaikan.
# Tempatkan pendingin air di tempat awam.
# Edarkan bacaan-bacaan yang bermanfaat kepada seseorang yang boleh mengajaknya ke arah kebaikan.
# Libatkan diri dalam pembangunan Masjid samaada dari segi kewangan atau tenaga.
# Edarkan CD Al-Quran atau doa.
# Membantu pendidikan seseorang anak.
# Menyampaikan atau mengajarkan seseorang ilmu yang bermanfaat yang diamalkannya dan mereka menyampaikan kepada orang lain.
#Membina jambatan.
#Membina tempat menunggu bas.
#Membina sekolah.
#Memberi sejadah,tasbih,Quran ke masjid atau surau.
#Menulis buku.
#Menulis pelan dan idea untuk dimanfaatkan manusia.
#Membeli tanah dan wakafkan untuk perkuburan.
Antara pahala yang besar adalah membina masjid. “Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.”hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Masjid adalah pusat ibadat yang sentiaa dikunjungi manusia sama ada sedikit atau pun banyak.Walaupun akhir zaman,golongan beriman terus memakmurkan masjid dan kita akan emndapat pahala.
Islam menggalakkan pembinaan masjid kerana ia sumber ilmu dan ibadat kepada orang Islam.JIka mmapu binalah sebuah masjid,namun jika tidak mampu sedekah wang dalam pembinaan sebuah masjid sama ada RM50.00,RM100 dan sebagainya mengikut kemampuan.
Teman baik saya,Datok Wan Abdullah adalah seorang yang dahagakan pahala.Beliau mengumpulakn derma dan sumbangan orang ramai untuk membina masjid di negara miskin dan setakat ini telah berjaya membina 50 buah masjid.Sebuah masjid dibina dengan nilai RM50,000 dan kira-kira RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dalam membina rumah Allah.
Masjid adalah amat penting dalam Islam.Pada zaman Baginda saw masjid adalah pusat dakwah,tempat bermesyuarat dan kegiatan orang Islam.Amatlah mudah untuk membina sebuah masjid jika orang Islam peka dan suka bersedekah.Jika sebuah masjid bernilai RM100,000 dan seorang menafkahkan RM1000,maka 100 orang bersedekah telah berjaya membina sebuah masjid.
"Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang dicapai oleh seseorang mu'min selepas matinya ialah ilmu pengetahuan yang disebarinya atau anak soleh yang ditinggalnya atau naskah Quran yang dipusakakannya atau masjid yang dibinakannya atau rumah tumpangan perantau yang dirikan atau sungai yang dialirkannya atau derma yang dikeluarkan dari hartanya dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya akan diperolihi pahalanya selepas matinya" (Hadis diriwayat oleh Imam Ibnu Majah)
Bagi anak yang mempunyai harta dan mahu bersedekah dalam pembinaan masjid dan niat pahala untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia juga dibolehkan.Ini berdasarkan kepada sebuah hadis saw
Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tarmizi ; Imam Tarmizi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)
Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dibina oleh bilionair Islam Tan Sri syed Bukhary. Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur.Muzium ini disempurnakan pada tahun 1998, lantas menjadikan Malaysia tuan rumah muzium kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara.Bangunan muzium ini merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi dan terletak di kawasan yang segar menghijau di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.
Muzium Kesenian Islam Antarabangsa ini mengandungi lebih dari tujuh ribu bahan artifak dan sebuah perpustakaan yang mengandungi sejumlah besar buku yang berkaitan kesenian Islam.Bahan-bahan artifak seni yang dipamerkan terdiri dari objek sekecil perhiasan yang indah hingga ke salah sebuah model Masjidil Haram yang terbesar di dunia.
Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. IAMM memberikan penekanan kepada hasil kesenian dari Asia dan tidak bertumpu semata-mata kepada hasil seni dari Parsi dan Timur Tengah.Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Komponen ketiga terutama di dalam masyarakat Malaysia ialah India yang juga telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Malahan dunia India, China dan Melayu membentuk kategori eksklusifnya yang tersendiri.
Bahan-bahan artifak yang lain pula dipamerkan di 12 buah galeri lain berdasarkan jenis artifak tersebut dan bukan tempat asalnya.Inilah antara contoh jariah yang memberi manfaat kepada umat Islam.
Umat Islam perlu rajin melakukan amalan jariah ketika kita masih hidup.Jika kita tinggalkan wang berjuta dan akhirnya mati tanpa amalan jariah,manakala anak-anak pula tidak memanfaatkan harta jariah,maka kita sendiri akan rugi.
Manfaatkan harta kita untuk jariah sama ada membina jalan,membina masjid,membina jambatan,sekolah dan sebagainya.
Kehidupan ini amatlah singkat dan sedekah jariah akan memberikan pahala kepada kita apabila masuk ke kubur hinggalah kiamat nanti.............
NOTA DITULIS PADA FEBUARI 2011
Saat Sulaiman @2012
No comments:
Post a Comment