Tuesday, January 24, 2012

NOTA 2 : ADIL ADALAH SIFAT MANUSIA BERIMAN

NOTA 2 : ADIL ADALAH SIFAT MANUSIA BERIMAN

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang
yang sentiasa menegakkan keadilan"
surah Annisaaa' 135
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap
adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan."
surah Al- Maaidah 8
" Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Dia
mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu
mengambil peringatan mematuhi-Nya."
surah An Nahl – 90
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih...

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt walaupun masih demam,otakku masih waras dan mampu menulis nota pagi ini.Sekarang jam menunjukkan 7.48 minit pagi,hari Sabtu,9 Oktober 2011.Aku juga bersyukur kerna hanya demam biasa,bukan sakit jantung atau barah otak di mana terpaksa berada di hospital.....hidup di luar hospital amat indah...

Selesai sudah pembentangan bajet 2012 oleg Perdana Menteri kelmarin.Ada berita gembira,ada juga yang berduka.Sebagai pemimpin memang amat payah memuaskan hati semua orang.Apa yang menghairankan ada juga ahli Parlimen yang mengkritik mengenai kenaikan elaun buat mereka.Itulah rezeki namanya..bak kata orang rezeki jangan tolak..bala jangan cari!

Keadaan ekonomi dunia tidak menentu.Di Britain rusuhan berlaku akibat pengangguran dan kos naik mendadak.Begitu juga AMerika yang gah negara maju dan kaya juga mengalami kemelesetan ekonomi.Apabila Amerika mengalami kemerosotan,dunia pun akan terpalit sama kerna AMerika umpama seorang ayah kepada anak-anak .Amerika adalah paksi ekonomi dunia pada hari ini..

Amat sukar dalam ekonomi yang lembab ini dalam perniagaan.Aku juga terasa bahangnya.Jualan semakin merosot dan rakyat lebih mengutamakan keperluan penting seperti makanan berbanding pakaian,perhiasan dan sebagainya.Itulah asam garam dunia perniagaan..

Namun Allah swt mengajar kita bersyukur...dengan cara melihat rakyat negara lain yang lebih menderita seperti Somalia ..Mereka berada di khemah dari kain nipis dan tiada makanan.Akhbar melaporkan seorang ibu mengandung berjalan kaki sejauh 8 batu untuk mendapatkan makanan.Begitulah azabnya rakyat Somalia..

Kedaifan hidup rakyat di benua Afrika memang meruntun jiwa.Seorang wartawan Amerika yang merantau ke Afrika untuk melihat kedaifan dan kesengsaraan manusia akhirnya membunuh diri apabila melihat gambar seorang kanak-kanak yang kurus kering mengutip cebisan makanan di jalanan.Gambar tersebut diambil olehnya dan melihat gambar tersebut melahirkan tekanan perasaan dahsyat.Tekanan amat dahsyat dan dia tidak mampu menahan kesedihan melihat kesengsaraan manusia.. akhirnya membunuh diri...

Somalia adalah sebuah negara Islam dan masih banyak negara Islam yang kaya seperti negara arab namun orang kaya arab lebih berminat membeli kelab Inggeris seperti bilionair dari UAE membelanjakan berbilion dolar untuk pasukan Manchester City...orang arab juga lebih berminat membina bangunan tertinggi di dunia berbanding menghulurkan wang untuk membangunkan negara Islam yang miskin dan susah.


Sejak 1948 Israel menjajah Palestin dan negara Palestin semakin mengecil.Hingga hari ini tanah penduduk dirampas Yahudi tanpa simpati.Namun pemimpin arab yang kaya tidak membantu.Walaupun bangsa Palestin adalah arab namun pemimpin arab yang kaya tidak sayangkan bangsa sendiri.Mereka hidup senang lenang dan kaya raya namun saudara sebangsa dan seagama hidup dalam penderitaan...Benarlah kata Baginda saw "kamu ramai tapi umpama buih di lautan............."

OIC dianggotai banyak negara Islam dan majoriti kaya raya namun yang kaya terus kaya,yang miskin terus miskin.OIC hanya sebuah pertubuhan yang bnayak bercakap,begitu juga liga-liga arab yang lebih suka membincangkan harga petrol berbanding nasib manusia miskin di Somalia.

Sejak aku melihat kedaifan rakyat Somalia dalam akhbar,TV dan internet selera makan aku semakin kurang.Betapa mereka memungut cebisan sisa makana di tepi jalanan,berjalan berbatu mencari air...aku juga masih hairan ada rakyat Malaysia yang tiak bersyukur..mungkin mereka biasa melancong ke negara mewah dan kaya dan tidak pernah merantau ke bumi di mana ada manusia miskin dan papa..

Dalam ayat di atas Allah memberi tips menjadi manusia beriman.Allah swt memberi tips menjadi manusia beriman agar manusia menjadi ahli Syurga bukan Neraka.Jika sekadar bernama Fatimah atau Ahmad sahaja bukan jaminan ke Syurga.

Allah swt mengajar manusia mengenai keadilan iaitu manusia perlu bersifat adil dalam kehidupan.Keadilan adalah sifat mahmudah yang perlu diamalkan manusia dalam semua cabang kehidupan.

Antara cabang keadilan adalah :

1.Adil kepada diri sendiri.

Adakah kita memakai pakaian size M dan membeli saiz L?Jika ya,kita adalah bodoh dan tidak adil kepada diri sendiri.Kita perlu adil kepada diri sendiri...

Begitu juga manusia yang solat dengan panjang dan khusyuk di depan orang ramai di masjid tapi solat pendek dan ringkas ketika bersendirian,ia juga dikatakan tidak adil.

Manusia yang adil kepada diri sendiri adalah melakukan sesuatu yang sesuai buat diri sendiri.


2.Adil kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu melakukan keadilan kepada anak-anak.
اعدلوا بين أبنائكم، اعدلوا بين أبنائكم، اعدلوا بين أبنائكم
Imam Bukhari dan Muslim merekodkan hadis tersebut yang bermaksud "Adillah kamu terhadap anak-anak, Adillah kamu terhadap anak-anak,Adillah kamu terhadap anak-anak"

Pada zaman moden ini masih ada ibu bapa bersifat Jahiliyyah .Mereka amat sayangkan anak lelaki dan tidak menghargai anak perempuan,maka itu adalah sifat yang tidak adil.Sama ada anak lelaki atau perempuan,mereka perlu dilayan sama rata.

Begitu juga ibu bapa yang sering memuji anak yang berjaya dalam pelajaran berbanding anak yang lemah dalam pelajaran.Ia juga dikira tidak adil.Manakala ibu bapa yang sering membelikan sesuatu kesukaan anak-anak mengikut keputusan pelajaran anak-anak juga tidak adil.Sepatutnya ibu bapa menyamakan layanan kepada anak-anak sama ada yang cemerlang atau kurang dalam pelajaran.

Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa setiap manusia berbeza walaupun mereka adik beradik.Ada yang bijak,ada yang kurang.Ada yang nakal,ada yang menurut kata.Kadangkala anak yang nakal ketika kecil bila dewasa berubah menjadi manusia baik dan menjaga ibu bapa,manakala anak yang menurut kata akan bertukar menjadi biadap dan kasar serta mengabaikan ibu bapa.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan.Begitulah dengan anak-anak.Ada yang pandai dalam pelajaran dan berjaya mendapat ijazah namun tidak pandai berniaga.Manakala ada yang berkelulusan setakat darjah 6 sahaja pandai berniaga dan berjaya dalam kehidupan.Setiap manusia ada bakat dan kelebihan masing-masing.

Banyak berlaku anak-anak menjadi rosak akibat sikap tidak adil ibu bapa.Mereka mengalami tekanan perasaan dan pengabaian sejak kecil dan memberontak bila remaja dan dewasa.Itulah psikologi manusia.

Mereka melepaskan tekanan dengan merempit,menghisap ganja,melepak buang masa,berkawan dengan manusia jahat,berzina,mengabaikan pelajaran dan sebagainya.Ibu bapa bukan sahaja wajib memberi makan minum kepada anak-anak namun juga wajib menjaga psikologi dan mnetal anak-anak.


Anak-anak berbeza dari rupa,tubuh badan,IQ,sikap,watak,hbi,kemahuan,perasaan dan sebagainya.Ibu bapa perlu memahami setiap anak-anak dan melayan kesemua dengan adil dan saksama.

Walaupun anak-anak masih kecil,mereka juga perlu diberi peluang meluahkan perasaan supaya kita faham perasaan mereka.Luahan perasaan anak-anak juga akan memberitahu kita kelemahan dan kesilapan kita.

Menjadi ibu bapa bukan semudah membaca ABC.Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak-anak dengan nilai positif dan nilai positif adalah adil terhadap anak-anak.

3.Adil sebagai pemimpin.

Pemimpin adalah ibu bapa kepada rakyat dan orang bawahan.Ramai ketua dan pemimpin zaman moden tidak melakukan keadilan sebaiknya.Contoh mudah adalah apabila seorang pemimpin menggunakan pangkat dan kuasa memasukkan anak saudara sebagai pegawai di bawahnya tanpa mengikut prosedur yang betul.Itulah tidak adil.

Begitu juga ketua yang melayan pekerja wanita yang cantik dan rupawan dengan bahasa baik,sopan manakala pekerja hodoh tidak dipedulikan,malah kasar dan buruk sangka.Itu juga tidak adil.

Manusia yang bergelar ketua perlu adil kerna ketua adalah contoh teladan.Apabila ketua tidak menunjukkan contoh baik,maka orang bawahan akan memandang hina dan sinis.Ia menyebabkan ketua tidak dihormati dan dikagumi.Bergelar ketua perlu mempunyai peribadi mulia.Jika berasa tidak mampu berperibadi baik,maka jangan menjadi ketua,berikan pangkat dan gelaran kepada orang lain.

Pada zaman ini manusia berebut menjadi ketua dan pemimpin walaupun mereka tidak layak.Memang pelik manusia bergelar bekas banduan mahu menjadi Menteri.

Tanggungjawab ketua dan pemimpin amat berat.Jangan mengejar kuasa dan pangkat jika tidak layak.

4.Adil sebagai guru.

Guru adalah profesion mulia.Guru umpama lilin membakar diri sendiri demi menerangi orang lain.Namun bukan semua guru menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai guru.Ada yang menjadi guru sebagai pilihan terakhir setelah tidak mendapat pekerjaan.

Guru yang tidak adil adalah guru yang hanya prihatin dengan murid dan pelajar bijak.Manakala pelajar kurang cerdik disisihkan dan dianggap menyusahkan.Ramai guru hanya berminat mengajar dengan baik bila diminta mengajar pelajar bijak dan mencebik pabila diminta mnegajar pelajar kurang cerdik.

Ada pula guru yang mengeji pelajar dalam kelas sedangkan ia perbuatan menjatuhkan maruah seseorang.

Bukan semua guru menjadi lilin.Ada pula guru yang merosakkan mental pelajar dan menjadikan pelajar tertekan dan bingung dengan pelajaran.Malah ada pula guru yang sibuk mengejar wang berniaga MLM setelah tamat perekolahan.Pelajaran pelajar terabai dek kerna sikap guru.

Guru perlu adil kepada diri sendiri dan juga orang lain.Jangan rosakkan nama guru kerna guru adalah penyambung ilmu.

5.Adil dalam perbuatan.

Kita lihat ramai manusia tidak adil dalam perbuatan.Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah sikap tidak adil kerna istilah adil adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.Sampah tempatnya adalah tong sampah,bukan di jalanan,longkang dan sungai.

Begitu ada manusia yang mengumpat tanpa hak.Mengumpat diharuskan dalam beberapa perkara bukan mengumpat sesuka hati siang dan malam.Mengumpat sesuka hati tanpa panduan dan kebenaran syarak adalah berdosa besar dan bakal masuk Neraka.Manusia adil akan hanya mengumpat dalam perkara yang dibolehkan seperti nasihat kepada manusia agar tidak mencontohi perbuatan buruk seseorang.

Begitu juga manusia yang melayan jiran yang kaya dengan baik,manakala jiran yang miskin dan kurang mampu sebaliknya.Ia juga adalah perbuatan tidak adil.

6.Adil dalam poligami.

Poligami itu harus namun ramai suami mengamalkan poligami tidak adil terhadap isteri-isteri.Isteri muda seriung dimanjakan,isteri tua dilayan dengan kasar.Isteri muda dibawa ke Eropah melancong,isteri muda hanya dibawa ke Langkawi.Itulah sikap tidak adil.
Adil dalam poligami adalah wajib.Manusia yang bergelar suami akan ke Neraka jika tidak adil.

Demikianlah beberapa contoh cabang keadilan.Kajilah Quran dan hadis dan bertanyalah ramai ulama' agar kita tidak tergolong dalam manusia yang tidak adil.Adil adalah sifat mahmudah dan kita wajar mengamalkan sifat mahmudah .

SALAH FAHAM MANUSIA MENGENAI KEADILAN.

Ada pula manusia yang tidak memahami keadilan dengan betul.Contohnya anak bernama Ali memakai baju siza S,dan bernama Abu memakai size M namun ibu bapa membeli size S kerna mahu adil.itulah kebodohan ibu bapa.

Begitu juga ibu bapa yang menghitung jumlah sudu nasi dan menyamakan setiap pinggan kepada anak-anak kerna mahu adil.Itu juga adalah salah.Biarlah anak-anak makan mengikut selera mereka,sebanyak mana mereka mahukan.

Apabila seseorang mendapat pekerjaan mengikut prosedur dan kelayakan sedangkan ketua jabatan tersebut adalah bapa saudaranya dan terbukti jelas bapa saudaranya tidak pernah mempengaruhi keputusan mendapat pekerjaan namun jabatan menolaknya,ia adalah tidak adil.Seseorang berhak mendapat pekerjaan mengikut kelayakan.Walaupun bapa saudaranya ketua jabatan,ia bukanlah alasan untuk menolak permohonan.

Manusia sering menyalah tasir keadilan lantaran jahil dan tiada ilmu.Paling malang manusia tidak belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan.Hidup dihabiskan dengan mencari wang siang malam dan tidak pernah menimba ilmu,maka kejahilan terus bersarang dalam kehidupan.

Tanya diri sendiri,adakah aku adil dalam kehidupan?

Segala kebaikan dan kesempurnaan milik Allah swt Maha Gaha lagi Maha Mengetahui manakala diriku bernama Saat penuh kenaifan dan kelemahan…

Nota ditulis pada
9.40 pagi
8 Oktober 2011

Saat Sulaiman

No comments:

Post a Comment