Tuesday, January 24, 2012

NOTA 41 : WANITA MENCARI NERAKA

WANITA MENCARI NERAKA


يا معشر النساء! تصدقن، وكثرن الاستغفار فإني رأيتكن أكثر أهل النار
“Wahai wanita!bersedekahlah!dan perbanyakkan istighfar maka sesungguhnya aku telah melihat ramai golongan kamu dalam Neraka”
Hadis saw.


Bismillah
الحَمدَ لِلّاهِ نَحمَدُهُ وَنَستَعِينُهُ وَنَستَغفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللّاهِ مِن شُرُورِ أَنفُسِنَا وَمِن سَيِّئَاتِ أَعمَالِنَا، مَن يَهدِهِ اللّاهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَن يُضلِل فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشهَدُ أَن لَا اله إِلَّا اللّاهُ، وَحدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبدُهُ وَرَسُولُهُ.

Tiada yang indah dalam hidup ini..melainkan bertemankan wanita di sisi.Aku sayangkan wanita kerana ibuku wanita,isteriku wanita dan tiga anakku wanita….
Jika dilahirkan wanita,bersyukurlah kerana wanita juga mempunyai peluang mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Menjadi wanita amat mudah ke syurga.Baginda saw bersabda “Apabila wanita itu solat 5 waktu,menjaga kehormatannya,taatkan suami maka dikatakan kepadanya :Masuklah Syurga mana-mana pintu yang kamu kehendaki.”
Begitu mudahnya ke syurga…….namun ramai wanita mencari Neraka.
1.Mengumpat.
Ramai mengatakan bahawa apabila tiga wanita berkumpul,maka akan lahirlah isu.Isu mengenai umpatan.
Ramai wanita tahu mengumpat itu dosa besar dan balasannya Neraka namun masih juga suka mengumpat.
JIka tidak mengumpat mungkin tidur tak lena,mandi tak basah.
Jika wanita rajin bersolat 5 waktu,puasa Ramadhan,bersedekah,taat suami namun rajin pula mengumpat,maka sudah tentu menempah nama ke Neraka.Mengumpat adalah dosa kepada manusia dan jika manusia diumpat tidak memaafkan,maka sudah tentu merana di akhirat.
Tips :
1.Jauhi teman,saudara suka mengumpat.Carilah teman beriman.
2.Apabila bersama teman-teman dan mereka mengumpat,bacalah Istighfar sekuat hati dan bacakan
ayat ini :
“dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah
seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya.(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi
Maha mengasihani.”

3.Ingatkan lidah bila mahu mengumpat “Aku tidak mahu lidah dibakar Neraka kerana dosa mengumpat.
2.Menutup aurat tidak sempurna.
“Wanita yang berpakaian tapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian laki-laki, yang
melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punduk unta, mereka itu tidak akan
masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis riwayat Imam Muslim)
Ramai wanita menutup aurat,namun tidak sempurna.Dalam Islam melakukan ibadat tidak sempurna,ianya sia-sia.Contohnya solat .JIka tidak thomakninah ketika rukuk dan sujud,maka ianya menjadikan solat sia-sia.
Menutup aurat adalah wajib.Apabila menutup aurat tidak sempurna,ianya sudah tentu tidak menepati syarat menutup aurat,maka berdosalah wanita itu sepanjang hayat…
3.Taat suami perkara maksiat.
Ramai wanita cintakan suami cinta sedalamnya.bagus.Namun mereka menyintai suami hingga sanggup menurut kata suami dalam perkara maksiat.
Contoh yang mudah suami sukakan isteri berpakaian ketat dan seksi,maka isteri pun menurut.Tidakkah itu taat perkara maksiat?
Islam melarang isteri mentaati suami dalam perkara maksiat.Baginda saw bersabda “Tiadalah ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat”
Ada juga isteri yang suka melakukan perkara sama.Jika suami suka mengumpat,isteri pun suka mengumpat.Suami suka membeli nombor ekor,isteri juga mengirim wang untuk membeli nombor ekor.
Alahai isteri……………
4.Mandi wajib tidak sempurna.
Mandi wajib itu wajib.Namun ramai wanita mandi wajib tidak sempurna,maka tidak sah mandinya.Tanpa disedari mereka solat,membaca Quran tanpa mengetahui bahawa diri berhadas.Solat sia-sia.

5.Sombong dengan nikmat.
Apabila dikurniakan nikmat seperti kecantikan dan kekayaan,maka sombonglah .
“Apa?kau minat dengan aku?pi tengok cermin la….”antara jawapan gadis cantik apabila ada lelaki tidak hensem menyukainya.
“Apa kau nie Minah…dapat laki keje gaji kecik je..tengok tangan aku nie..berkelip2 rantai emas.laki aku gaji besar.”
Sombong dan angkuh dengan nikmat adalah sifat mazmumah dan berdosa besar.Allah sediakan Neraka buat wanita sombong.
"Tidak akan masuk Syurga orang yang terdapat sebesar biji zarrah kesombongan dalam
hatinya).”Itulah janji Baginda saw.

Sesungguhnya menjadi wanita itu nikmat.Apabila melahirkan anak,Allah hapuskan dosanya seumpama bayi baru lahir.Setiap urat yang sakit menahan kesakitan bersalin akan diberikan pahala.Memasak makanan buat keluarga diberikan pahala sedekah.Melayan suami berpahala.Alangkah banyaknya pahala seorang wanita.
Namun kealpaan dan memandang remeh sesuatu perkara menyebabkan ramai wanita ke Neraka….
“Ya Allah,ampuni dosa-dosa kami,ampunkan dosa keluarga kami.Sinari hati kami dengan nur Quran.Jadikan kami manusia berilmu,kurnikana kami teman yang soleh dan solehah.Jauhkan Neraka dan berikan kami Syurga..amin amin amin………”


NOTA DITULIS PADA : MAC 2011

Saat Sulaiman @ 2011

No comments:

Post a Comment