SYIRIK BESAR DOSA NAMUN MASIH DIAMALKAN MANUSIA.....
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa
syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa saja yang dikehendaki-
Nya”. (Surah An Nisa’: 48).
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:
"Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, iaitu “Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan. Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun dia adalah kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.”
( surah Al An’am: 151-153)
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt ...Hidungku masih berair akibat selsema..namun ia bukan penghalang untuk aku terus tidur...aku tidur jam 5 pagi dan bangun solat Subuh,sarapan dan mula membuat pelbagai kerja...
Tidur kurang 2 jam memenatkan..namun itulah hidupku.Kdgkala 2 jam..kdgkala 3 jam...kalau aku tidur 12 jam,banyak lagi urusan tertangguh dan tidak dapat disiapkan..
Alangkah nikmatnya manusia dapat tidur cukup...aku sering tidur x cukup.....Jika tidak out-station,aku berada di pejabat dari jam 9 pagi hingga 9 malam..pulang ke rumah,mandi,solat dan makan malam...kemudian membuka laptop dan bekerja hingga 3 pagi....tidur dan bangun 6 pagi...Kdgkala sepanjang malam x tidur..namun awal pagi aku tidur dari jam 8 hingga 11 pagi,barulah ke pejabat....
Dalam kehidupan ini,kita perlu merancang kehidupan.Bukan hanya merancang kejayaan di dunia namun juga merancang kejayaan di akhirat...
Aku bersyukur kepada Allah swt kerna mendapat kesihatan baik....Kesihatan baik adalah nikmat kepada manusia..Pujangga bernama Anonim berkata "Wang boleh membeli ubatan mahal namun tidak dapat membeli kesihatan baik"
Aku hanya mengalami demam biasa seperti demam panas,batuk dan selsema...kdgkala juga pening dan sukar tidur..namun hanya penyakit biasa..bukan serius seperti sakit jantung atau sedara maranya....bila ke hospital melihat manusia sakit serius,aku syukur...Kita perlu rajin melawat hospital melihat orang sakit kerna itulah cara mencari kesyukuran...Namun ramai manusia hanya pergi hospital bila bini nak beranak.....itulah kesilapan manusia...
Sejak kecik aku ni pobia dengan ubat..masa budak-budak aku sentiasa kena marah sebab x boleh telan ubat.,..sampai tekak je aku muntak balik....aku hanya tahu makan ubat air,bukan pil...Itu masa budak2..dah besau panjang,aku dah boleh telan pil...
Ayat Quran di atas amat berat pengertiannya..Jika mahu ditafsirkan,nescaya 9999 hari dan malam pun tidak habis....itulah kehebatan Quran namun amat sedikit memahaminya...hanya tahu membaca..jika burung kaka tua diajar surah Fatihah,maka ia pun tahu membaca Fatihah..Jadi manusia yang hanya tahu baca dan tidak faham setaraf burung kakak tua tidak berakal.....
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
surah Al-A'raaf ayat 179
Aku pun hairan dengan manusia...Dalam dunia ini kita perlu berilmu agar tidak sesat..namun ramai manusia tidak mahu menambahkan ilmu....Mereka mempunyai ilmu agama sekadar sekolah rendah dan Menengah sahaja dan tidak pernah menambah ilmu sdgkan ilmu agama itu perlu dipelajari sepanjang hayat...
Pepatah arab menyatakan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad....."
Syirik adalah bahasa arab yang dipinjam oleh Melayu...Melayu memang suka pinjam bahasa asing.Kemeja adalah bahasa Portugis...namun dipinjam Melayu..komputer bahasa Inggeris juga Melayu pinjam...
Menurut pakar bahasa arab,syirik bermaksud berkongsi.Contohnya Syaraktu bilumm ,maksudnya aku berkongsi dengan ibu.....Namun syirik dalam ayat di atas bermaksud menduakan Allah iaitu mempercayai kuasa Allah bersama kuasa lain...
Dalam rukun iman kita wajib percaya Allah itu Tuhan yang Esa...namun apabila kita percaya ada sesuatu yang berkuasa selain Allah swt ,maka kita jatuh dalam syirik...
Syirik amat berbahaya dalam kehidupan...Allah swt telah menerangkan bahawa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan,manakala dosa besar lain seperti berzina,makan riba,membunuh,meninggalkan solat dan sebagainya akan diampunkan...
Walaupun dosa besar tidak diampunkan Allah namun ramai manusia masih mengamalkan syirik sama ada mereka jahil atau sengaja...Sama ada jahil,sengaja ia tetap berdosa besar dan tidak diampunkan Allah...
Zaman internet ini amat mudah mendapat ilmu.Dalam Youtube sahaja berjuta video ceramah agama dalam pelbagai bahasa.Jika menonton sejam sehari pun,sebulan 30 jam...banyak ilmu kita dapat.....Namun manusia lebih suka melayan Facebook yang melalaikan....ditambah dengan mempamerkan gambar x senonoh dalam FB...aku baru buang seorang teman FB wanita yang menayangkan gambau dia pakai baju tidur.....hilang akal betul!
Aku memang berhati-hati pilih kawan FB....aku x nak Allah humbankan aku dalam neraka Jahannam sebab berkawan manusia jahil x sedar diri jahil....kawan FB aku x sampai 100 orang...yang nak kawan sampai 5000 orang,depa punya pasal!
Contoh syirik yang diamalkan manusia hari ini............
1.Percaya ramalan bintang.
2.Percaya ramalan tarikh lahir.
3.Percaya ramalan tapak tangan.
TO BE CONTINUED.............INSYA-ALLAH..
NOTA DITULIS 9 OKTOBER 2011
Saat Sulaiman @2012
No comments:
Post a Comment