SIFAT SYAITAN YANG DICONTOHI MANUSIA
"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka."
surah Faathir ayat 6
Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Syukur kepada Allah Maha Pengasih kerna masih memberikan nafas sebagai pinjaman.Syukur kepada Allah swt kerna masih memberikan kesihatan baik dan idea bernas.Oleh demikian,nota ini dapat ditulis.Kesihatan baik dan otak yang cergas adalah nikmat..
Jumlah umat Islam adalah 1.8 bilion orang.Jumlah yang amat ramai di dunia ini.Namun jumlah ramai bukanlah satu kebanggaan jika kualitinya amat sedikit.
Lihatlah aplikasi Facebook,ia dicipta oleh remaja Yahudi.Walaupun Yahudi amat sedikit jumlahnya di dunia ini namun mereka berjaya mencipta pelbagai teknologi dan aplikasi moden .Ini membuktikan jumlah sedikit namun berkualiti,ia memberi banyak faedah kepada bangsa mereka.Yahudi yang sedikit mampu menguasai ekonomi dunia.Yahudi yang sedikit juga berjaya menawan banyak tanah milik Palestin.
Manusia dijadikan dari tanah,manakala dari api diciptakan syaitan.Manusia dan syaitan adalah amat berbeza di mana syaitan confirm menjengah Neraka,namun manusia mempunyai peluang menghuni syurga jika beriman dan beramal soleh.
Kita lihat apa yang berlaku kepada umat Islam di dunia :
1.Berzina dan melahirkan anak haram.
2.Minum arak.
3.Menagih dadah.
4.Miskin dan papa dan tidak berusaha mengubah.
5.Saling bermusuhan.
6.Menjatuhkan bangsa sendiri.
7.Tidak peduli dengan nasib orang Palestin.
8.Suka berbohong.
9.Sombong dan angkuh.
10.Menghina orang serba kekurangan.
11.Mencari rezeki haram.
12.Mengajak kepada kesesatan dan maksiat.
13.Suka menyaikiti jiran.
14.Buang bayi.
15.Merempit.
16.Suka membuang masa.
17.Menceburi bisnes haram seperti menjual produk tiruan.
18.Hanya ke masjid solat Jumaat.
19.Membenci sains dan teknologi.
20.Menganggap ilmu dunia dan kebangsaan sebagai tidak penting dan sekular.
Mengapa pelbagai salah laku dan kejahatan dilakukan umat Islam sedangkan Islam adalah agama yang mulia dan syumul?
Mengapa ramai orang Islam tidak berjaya dalam kehidupan sedangkan Islam agama kemajuan dan pemodenan?
Manusia itu dilahirkan bersih,suci dan tiada setitik dosa dalam jiwa,namun syaitan yang menyesatkan manusia.Syaitan yang menghasut manusia melakukan pelbagai kejahatan,maksiat dan dosa.Walaupun Quran telah mengingatkan kejahatan syaitan dan sikap mereka namun ramai mansuia mencontohi sikap syaitan.
Antara sifat syaitan adalah :
1.MENYURUH KEJAHATAN.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui"
surah Annur ayat 21
Cuba kita lihat turutan kisah ini.Ali menghisap ganja.Ali mengajak Abu,Ali,Samat mencuba ganja dan jadilah mereka penghisap ganja.Tidakkah itu menyuruh kejahatan?Begitu juga pelbagai salah laku dan kejahatan seperti merempit,berzina,buang bayi,berbohong dan sebagainya.
Asalnya hanya seorang yang melakukan kejahatan,kini menjadi jutaan manusia.Ia berpunca dari sikap mengajak kejahatan dan manusia bersikap demikian adalah mencontohi peribadi syaitan.Jumlah penagih dadah di kalangan bangsa Melayu dan Islam semakin bertambah tahun demi tahun kerana sikap tersebut.
Mengajak kejahatan adalah sifat syaitan dan orang Islam yang mengamalkannya adalah mencontohi syaitan.
2.SUKA SIHIR.
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan:
"Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu
kafir".Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan
sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan
istrinya.Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan
sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.Dan mereka
mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi
manfaat.Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa
yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya
keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual
dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."
surah al-Baqarah 102.
Syaitan sukakan sihir dan mahu manusia mengamalkan sihir.Lihatlah bangsa Melayu sukakan bomoh dan sihir.Apabila mahu membunuh bisnes pesaing,mereka menggunakan sihir seperti santau menyebabkan pesaing dan sakit serta tidak boleh lagi menguruskan perniagaan dengan baik.
Apabila dengki melihat kebahgaiaan rumah tangga orang lain,mereka menggunakan sihir hingga bercerai berai.Isteri yang mahu menundukkan suami,menggunakan sihir.Ternyata bangsa Melayu yang suka sihir adalah mengikut sikap syaitan.
Memang pelik bangsa Melayu yang mengaku Islam.Mereka masih suka mencari bomoh untuk melakukan sihir dan mendapat pelbagai pelaris,ubat,penawar .Walaupun Islam keturunan dan berbangga dengan nama Fatimah dan Ahmad,namun sikap mereka jelas mengikut peribadi syaitan.
3.
to be continued..........................
NOTA DITULIS PADA
4 JUN 2011
Saat Sulaiman @2012
No comments:
Post a Comment