Tuesday, January 24, 2012

NOTA 37 : IBU BAPA DI MANA SILAPNYA?

IBU BAPA DI MANA SILAPNYA?


كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يُهوِّدانه ويُنَصرانه
“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah fitrah (suci ) maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani”riwayat Imam Abu Daud.

Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Alhmdulillah dapat hidup sehari lagi….kehidupan adalah indah…
Setiap suami isteri mahu bergelar ibu bapa..namun apabila telah bergelar ibu bapa,mereka gagal menunaikan amanah iaitu mendidik anak-anak dengan baik.

Antara kesalahan ibu bapa adalah :
1.Menjadi role model yang buruk.
Ramai ibu bapa suka menunjukkan role model yang buruk.Contohnya ramai ibu bapa suka berbohong dan mungkir janji .Apabila anak-anak membesar bersama ibu bapa yang suka berbohong dan mungkir janji,maka anak-anak akan tertanam sikap dan akhlak buruk.
Ramai juga ibu bapa suka meninggalkan solat.Bgmana mahu menjadikan anak-anak bersolat sdgkan ibu bapa sendiri tidak bersolat?
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak.Apabila anak melihat sikap yang buruk,mereka akan mencontohi ibu bapa.
2.Memberi makanan haram.
Ramai ibu bapa memberi makanan,minuman,pakaian dan pendidikan anak melalui sumber haram seperti riba,judi dan sebagainya.Anak-anak yang dibesarkan dengan hasilharam sudah tentu bakal menjadi manusia yang rosak.
3.Mengabaikan iman .
Ramai ibu bapa tidak beriman.Contoh mudah suka mengumpat dan memakan riba dan kedua-duanya dosa besar.Apabila ibu bapa melakukan dosa besar maka iman mereka lemah.Iman yang lemah bakal menjadikan ibu bapa tidak cemerlang.Jika ibu bapa tidak cemerlang,bagaimana mahu mendidik anak menjadi cemerlang?
4.Menyerahkan didikan sepenuhnya kepada guru.
Ramai ibu bapa tidak mampu mengajar anak membaca Quran.Mereka menyerahkan tanggungjawab kepada guru.Apabila ibu bapa tidak tahu memberi didikan asas ia akan melahirkan anak-anak yang kurang berkualiti berbanding ibu bapa yang memberi asas didikan.
5.Tidak meluangkan masa.
Ramai ibu bapa sibuk siang dan malam hingga tiada masa bersama anak-anak.Anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa.


6.Memberi didikan salah.
Ramai ibu bapa memberi didikan yang salah kepada anak-anak.Contoh yang mudah adalah ibu bapa mengajar anak dengan sistem dan fahaman yang salah.Contohnya “Jangan keluar malam,hantu banyak..”
7.Ajaran bidah dan khurafat.
Ramai ibu bapa mengamalkan bidah dan khurafat.Sama ada kerana jahil atau mempercayai ajaran nenek moyang.
Setiap bangsa dan agama mempunyai adat,pantang larang,kepercayaan,istiadat dan
pelbagai peraturan lagi dalam kehidupan.Sebagai ibu bapa yang cemerlang sepatutnya
mengetahui kepercayaan dan adat yang boleh merosakkan akidah sebagai orang islam.
Islam mengharamkan segala adat,kepercayaan,peraturan yang jelas bercanggah dengan
Al-Quran dan hadis.Setelah kedatangan islam,nabi saw mengharamkan pelbagai adat dan
peraturan kaum jahiliah yang menyalahi agama seperti membunuh anak
perempuan,menyembah berhala,mempercayai nujum dan lain-lain.Manakala adat dan
peraturan yang baik seperti menghormati tetamu dibenarkan untuk dilakukan.
Sebagai orang islam,wajib akur dan taat dengan suruhan Allah swt dan nabi-
Nya.Setiap adat dan peraturan yang jelas bercanggah dengan akidah dan hukum islam
wajib dijauhi dan ditinggalkan.
Antara adat dan kepercayaan yang perlu dijauhi oleh ibu bapa ialah:
1.Mempercayai hari malang dan baik.
Sesetengan ibu bapa masih mempunyai kepercayaan bahawa ada hari tertentu
dikatakan hari malang manakala bakinya hari baik.Ini adalah kepercayaan yang diwarisi
dari nenek moyang.Sebagai contoh,mempercayai sial dan malang di bulan Safar.Ada
sebilangan orang islam mengamalkan mandi di bulan Safar ,kononnya untuk membuang
sial dan malang di bulan tersebut.
Tidak terdapat di dalam Al-Quran dan hadis tentang terdapat hari sial dan
malang.Setiap hari dan bulan adalah sama yang berbeza adalah fadilat dan kelebihan
setiap bulan.Contohnya,bulan Ramadhan,digalakkan menambah amalan kerana akan
digandakan pahala.
Mempercayai bahawa ada hari tertentu malang dan sial adalah syirik kerana tidak
mempercayai ketentuan Allah swt.Kepercayaan ini mesti dijauhi oleh ibu bapa supaya
tidak terjerumus ke dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.
2.Mempercayai tangkal.
Sebilangan ibu bapa mempercayai tangkal sebagai azimat penyembuh penyakit dan
pengelak bala,menjauhi gangguan syaitan.Ada ibu bapa menggantung tangkal di badan
bayi mereka untuk mengelakkan bayi tersebut daripada menangis malam dan
mengelakkan gangguan syaitan dan jin.Perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan
islam dan tidak terdapat mana-mana ayat Al-Quran dan hadis tentang perbuatan tersebut.
Mempercayai tangkal mampu mengelakkan bayi menangis malam adalah syirik kerana
beriktikad tangkal mempunyai kuasa sebagimana kuasa Allah swt.Penyamaan kuasa
makhluk dan Tuhan adalah syirik.Allah melarang hambanya menyamakan Zat-Nya
dengan mana-mana makhluk.
Tersebut dalam sebuah hadis sahih Imam Muslim,seorang sahabat mengadu kepada
rasulullah saw tentang anaknya selalu menangis malam,baginda mengajar doa ini:
‘Uizuka bikalimatillahittammah,min kulli syaitan wa hammah,wa min kulli ainin
lammmah.Apabila sahabat Baginda mengamalkan doa tersebut,anaknya tidak lagi
menangis malam.
Ibu bapa yang mempercayai tangkal untuk penyembuh penyakit,penolak
bala,menakutkan syaitan dan jin perlu meninggalkan kepercayaan tersebut.Di dalam
islam wujud pelbagai doa dan usaha untuk menjauhkan syaitan dan jin,bukan hanya
bersandarkan tangkal yang dibuat oleh bomoh dan lain-lain.
Mempercayai tangkal adalah budaya turun temurun dan dipercayai berasal dari
agama hindu.Ketika orang melayu belum memeluk islam,dipercayai menganut agama
hindu berabad lamanya.Oleh demikian,pengaruh dan kepercayaan hindu masih meresap
di dalam jiwa orang melayu walaupun telah menganut islam.
Adat dan kepercayaan bahawa tangkal boleh menyembuhkan penyakit,menakutkan
syaitan dan jin perlu dikikis dan dijauhi.Islam tidak mengajar umatnya mempercayai
sesuatu yang tidak memberi manfaat.Yakin dan percayalah kuasa Allah swt yang Maha
Berkuasa.Ingatilah hadis bermaksud:Barangsiapa yang menggantung tangkal,maka telah
syiriklah dia.
3.Mempercayai kuasa paku.
Sesetengah ibu bapa mendidik anak-anak dengan ilmu yang salah.Apabila anak
perempuan atau menantu bersalin,mereka menyuruh memakai paku di atas
kepala,kononnya menjauhkan gangguan syaitan kerana mempercayai paku mempunyai
semangat dan kekuatan.Kepercayan ini juga adalah syirik sebagaimana mempercayai
tangkal.
Apabila perempuan bersalin,maka dia akan berada dalam hadas besar di mana
diharamkan membaca ayat Al-Quran.Sebenarnya,dalam keadaan berhadas
besar,diharuskan membaca ayat Al-Quran untuk niat zikir.Contohnya membaca
taauwwuz untuk menjauhkan syaitan dan jin.
Perempuan bersalin juga boleh membaca nama Tuhan:YA QAWI-YA
MATIN,untuk mendapatkan kekuatan dan semangat.Menyangkutkan paku di atas kepala
tidak membawa sebarang faedah malah boleh merosakkan akidah apabila mempercayai
paku mempunyai kuasa untuk menjauhkan gangguan syaitan dan jin.
Sebagai ibu bapa bijak bestari,patut mengelakkan adat yang menyalahi agama.
Setiap adat dan kepercayaan yang diwarisi perlu diteliti dan dikaji supaya tidak terus
menerus melakukan perbuatan dan kepercayaan yang merosakkan akidah.
4.Mempercayai keramat.
Mempercayai sesuatu benda seperti pokok,busut,kubur,makam,tangkal,keris,
tombak,batu,permata,cincin dan lain-lain mempunyai kuasa dan keramat adalah
kepercayaan karut dan menyalahi agama.Setiap benda dan makhluk tidak mempunyai
kuasa atau keramat tetapi masih ada sebilanagn manusia mempercayai keramat sesuatu
benda.Apabila mempercayai kekeramatan sesuatu benda,pemujaan akan berlaku untuk
mendapat rawatan,nombor judi,pengasih dan pelbagai lagi.Perbuatan tersebut akan
membawa kepada syirik kerana memuja makhluk.Ibu bapa patut menjauhi kepercayaan
dan perbuatan tersebut dan didiklah anak-anak mempercayai kuasa mutlak Allah swt.
5.Mempercayai upacara melenggang perut.
Upacara melenggang perut dilakukan kepada perempuan yang bersalin,kononnya
boleh memudahkan perempuan itu bersalin nanti.Adat dan perbuatan ini tiada nas di
dalam Al-Quran ,hadis mahu pun pendapat ulama yang muktabar.Perbuatan ini hanyalah
diwarisi dari nenek moyang.Setiap ibu bapa patut menyakini bahawa Allah menentukan
segala kesakitan,kesembuhan,kebaikan dan keburukan.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa ibu mengandung yang memakan buah
kurma rutab,iaitu sejenis kurma yang telah dimakan oleh Siti Maryam ketika sakit
mengandungkan nabi Isa.Lalu Allah mewahyukan kepada Jibrail agar menyampaikan
pesanan kepada Siti Maryam.Kemudian siti Maryam menggoyang pokok kurma,lalu
gugurlah buah kurma,lantas dimakan oleh Siti Maryam.Kemudian,lahirlah nabi Isa.
Ulama mengambil pengajaran dari kisah tersebut dan menggalakkan ibu mengandung
agar memakan buah kurma rutab untuk memudahkan perempuan bersalin.
Adat melenggang perut hanya satu kepercayan turun temurun dan tidak mempunyai
asas di dalam islam.Setiap ibu bapa patut meninggalkan adat tersebut jika melakukannya.
Perbuatan dan adat yang tidak mempunyai asas patut dijauhi.


6.Adat memastikan dara.
Kebiasaannya,apabila seseorang perempuan akan berkahwin,dilakukan suatu
upacara untuk mengesahkan dara seseorang perempuan.Upacara ini dilakukan oleh
bomoh atau mak andam.
Rambut seseorang perempuan diambil beberapa helai,kemudian dimasukkan ke
dalam bekas khas yang disediakan oleh bomoh atau mak andam.Perbuatan ini juga tiada
dalam Al-Quran mahu pun hadis.Perbuatan ini hanya diwarisi dan dilakukan oleh ibu
bapa.Adat memastikan dara seseorang patut ditinggalkan kerana terbukti tidak membawa
manfaat,malah membawa syirik kerana menggunakan kuasa jin dan syaitan.
7.Menanam uri.
Setelah perempuan bersalin,uri akan keluar bersama.Kemudian uri akan
ditanam.Sesetengah ibu bapa membasuh dan menyucikan dengan air bauan seperti air
limau,kemudian membungkus dengan kain batik atau sarung,disertakan dengan
pensel,pen,gunting dan lain-lain.Menanam uri bersama pensel,pen untuk menjadikan
anak itu pandai bila besar nanti.Menanam uri bersama gunting dan pisau untuk
menjadikan anak itu doktor pakar bedah apabila dewasa nanti.
Perbuatan menanam uri disertakan pen,gunting,buku dan benda-benda lain
disamping menginginkan sesuatu kebaikan kepada anak tidak mempunyai asas di dalam
islam.Perbuatan ini hanya adat dan kepercayaan turun temurun.Mengapa ibu bapa masih
mempercayai dan melakukan perbuatan tersebut?Jawapannya ialah ilmu.Apabila ibu
bapa tidak mempunyai ilmu,ibu bapa akan jahil dan menurut apa sahaja adat dan
kepercayaan yang diwarisi.
8.Mempercayai bala dan malapetaka.
Jika berlaku sesuatu perkara seperti terjatuh pinggan,tercucuk jarum,mata bergerakgerak
sebelah kanan atau kiri,terpijak paku,terlanggar pintu sesetengah ibu bapa
mempercayai sesuatu buruk berlaku terhadap anak-anak atau keluarga.Kepercayaan ini
sering dimainkan oleh filem-filem melayu lama atau drama-drama terkini.Orang ramai
mudah terpengaruh dan mempercayainya.Segala mala petaka dan bala yang menimpa
hanya di bawah pengetahuan Allah swt semata-mata.
Sebagai contoh,jika ibu terjatuh pinggan dan anaknya yang sedang bermain di
padang dipanah petir maka kejadian tersebut adalah kebetulan semata-mata.Bukanlah
kejadian pinggan di tangan yang jatuh pecah berderai menunjukkan sesuatu bala dan
kemalangan akan atau sedang berlaku.
Ibu bapa mudah percaya dengan kepercayaan yang dididik oleh ibu bapa mereka.
Kemudian disusuli pengaruh media massa dan elektronik.Ada juga ibu bapa yang
mempercayai jika bergambar dengan jumlah ganjil seperti bertiga atau berlima,seorang di
dalam gambar tersebut akan meninggal dunia.Ini adalah kepercayaan yang tiada nas dan
dalil.Tetapi kepercayaan ini masih dipegang oleh kebanyakan orang.
Kepercayaan-kepercayaan tersebut boleh merosakkan akidah kerana tidak
mempercayai kuasa dan takdir Allah swt.Setiap sesuatu kejadian adalah di bawah
ketentuan Tuhan,bukan ketentuan manusia.Setiap bala,kemalangan,mala petaka adalah
urusan Allah swt.Kita sebagai manusia lemah hanya diajar supaya berusaha,berdoa dan
bertawakal sebagaimana maksud hadis:Tidak akan mengubah qada’ melainkan doa.
Begitu juga dengan maksud firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud:Maka
apabila kamu berazam,bertawakallah kepada Allah.
Setiap ibu bapa perlu menjauhi segala kepercayaan yang menyesatkan dan tiada nas
dan dalil.Tanyalah orang alim dan ulama untuk mengesahkan kepercayaan yang hak atau
pun batil.Jangan biarkan kesesatan dan kejahilan terus bersarang di dalam jiwa dan
mewarisi generasi demi generasi.
Demikianlah beberapa adat dan kepercayaan yang patut dijauhi oleh ibu bapa.
Ibu bapa patut mendalami ilmu tauhid dan fekah,bertanya orang alim untuk mengetahui
setiap adat dan kepercayaan.Teruskan adat dan kepercayaan yang tidak menyalahi
agama,manakala adat dan kepercayaan yang menyalahi agama perlu
ditinggalkan.Bersihkan diri anda dan keluarga dari perkara syirik,bidah dan khurafat yang
boleh menjejaskan akidah.
Jadilah ibu bapa yang peka dan prihatin .Jangan biarkan adat dan kepercayaan yang
salah terus diamalkan dan diwarisi.Wariskan amalan mulia kepada anak-anak….

8.Mengeluarkan perkataan keji.
Ramai ibu bapa suka mengeluarkan perkataan yang tidak baik seperti buta,bodoh,bangang,malas,menyusahkan ibu bapa,penipu dan sebagainya.Perkataan ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa.Jika perkataan buruk,maka buruklah jadinya.
9. Bersifat diskriminasi.

Sikap pilih kasih atau diskriminasi oleh ibu bapa akan melahirkan anak yang
membenci ibu bapa,dendam,marah kerana ibu bapa membezakan layanan dan kasih
sayang.Ibu bapa yang baik tidak akan bersikap pilih kasih kepada anak-anak.Ibu bapa
perlu melayan kesemua anak tanpa memilih bagaimana dan apa kedudukan anak.
Jangan hanya kerana seorang anak kurang berjaya dalam pelajaran,maka ia disisih dan
diabaikan.Sikap sedemikian akan menambahkan lagi kebencian dan kemarahan anakanak.
Ibu bapa yang bijak ialah ibu bapa yang menyamaratakan layanan dan kasih sayang
terhadap kesemua anak-anak.Setiap anak mempunyai hak kasih sayang dan
layanan,justeru anak patut diberi kasih sayang dan layanan secukupnya.Jangan
membezakan antara satu sama lain.Setiap manusia mempunyai kekurangan dan
kelebihan.Jangan jadikan anak yang serba kekurangan sebagai mangsa pilih kasih.
10.Tidak menambahkan ilmu agama.
Ilmu agama itu luas dan banyak.Tiada manusia mampu menghabiskannya walau hidup 1000 tahun.Ramai ibu bapa kurang ilmu agama namun tidak mahu belajar sama ada ke surau dan masjid,membaca buku agama ,bertanya guru dan sebagainya.

Menjadi ibu bapa memerlukan ilmu.Tanpa ilmu dan kemahiran,ibu bapa tidak akan menjadi cemerlang,malah melahirkan anak-anak yang rosak dan tidak berakhlak.Pelbagai kes gegala sosial seperti merempit,menghisap dadah,berzina,buang bayi,ponteng sekolah,vandalisme dan sebagainya adalah berpunca dari ibu bapa yang tidak berjaya mendidik anak-anak dengan baik.
Yang baik hanyalah Allah Maha Sempurna dan Maha Bijaksana manakala kekurangan dan kelemahan adalah diri sendiri….

NOTA DITULIS PADA FEBUARI 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment