Tuesday, January 24, 2012

NOTA 35 : DOA ditolak atau diterima?

DOA ditolak atau diterima?

"Berdo'alah kepada-Ku, niscaya
akan Kuperkenankan bagimu ….(Surah Al Mu'min: 60)
Bismillah....
dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Aku menulis kerana-Mu...........
Ramai manusia berdoa setiap hari.Bagi manusia yang menunaikan solat lima waktu setiap kali membaca Fatihah,sudah pasti berdoa “Tunjukilah kami jalan yang lurus......”bagi yg tidak solat,sudah tentu tidak mendapat doa...
Ramai mengeluh “Mengapa aku berdoa sepanjang hari dan malam namun Allah tidak menerima?”
Inilah fahaman yang salah dalam kehidupan.Allah telah berjanji dalam Quran bahawa Dia Maha Mengabulkan doa,bgmana doa ditolak?
mengikut ulama’ muktabar Apa yang kita perlu fahami adalah :
1.Doa : dikabulkan semuanya di dunia namun kosong di akhirat.
2.Doa : dikabulkan separuhnya di dunia dan separuhnya disimpan di akhirat.
3.Doa :Tidak dikabulkan dunia namun Dikabulkan di akhirat nanti.
4.Doa : Dikabulkan semuanya di dunia dan akhirat.
Jadi manakah yang terbaik?
sudah tentu yang empat iaitu semuanya dikabulkan di dunia dan di akhirat.
Taraf keempat adalah taraf para Nabi,Rasul dan para sahabat r.a.Bagi kita mungkin susah untuk mendapatkannya namun kita jangan berputus asa dan terus menerus doa.
Bagi saya yg naif ini,jika mendapat nombor dua pun sudah dikira baik dan amat bersyukur....
Ramai mendakwa Allah tidak mengkabulkan doanya sedangkan minda dan pemikiran tersebut adalah minda yang salah berfikiran buruk sangka dengan Allah swt.
Ramai mahukan doa yang dibuat pada hari Isnin dan Selasa mendapat hasilnya.Ini juga adalah hasil yang salah.
Islam mengajar usaha,doa dan tawakkal.Adalah mustahil berdoa mendapat kekayaan hanya sehari berdoa sedangkan para sahabat saw mememrlukan masa yang panjang untuk berjaya dalam perniagaan seperti Abdul rahman bin Auf dan Osman bin Affan...
Islam hanya berjaya mempengaruhi 70 orang di Mekah dan berjaya mendapat ratusan ribu penganut islam di Madinah setelah bertahun –tahun Baginda saw menyebarkan dakwah.Ini membuktikan usaha perlu selari dengan usaha.Bukan berdoa siang dan malam tanpa berusaha.
Ramai juga menafsirkan kekayaan sebagai banyaknya harta dan jutaan wang sedangkan kekayaan sebenar adalah kekayaan hati dan jiwa.Kekayaan sebenar juga adalah kekayaan iman dan takwa.
Ramai tidak sedar bahawa kesihatan yang baik adalah kekayaan yang Allah kurniakan.Jika kita menghidap penyakit jantung kita memerlukan RM300,000 untuk menjalani pembedahan.Jika menghidapi bengkak hati kita memerlukan RM500,000 untuk pembedahan.Tidakkah kesihatan yang baik adalah nikmat kekayaan yang Allah berikan?

Saya tidak suka berdoa untuk mendapat kekayaan.Saya hanya berdoa dimurahkan rezeki yang halal dan berkat.malah saya takut kekayaan melampau kerana ramai orang kaya melampau ingkar dan lupakan Allah Maha Pemberi Rezeki dan bersikap seperti Qarun.
Kita perlu berdoa dengan doa yang penting dan utama sebagaimana diajar dalam Quran dan hadis :
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Ali Imran 8

83. Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu
kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit,
sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang
lain) yang mengasihani.
84. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan
penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya,
dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai
satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar
dan mendapat balasan baik).

surah Ta Ha

127. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar
Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah
daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui".
surah al-Baqarah
201. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah
kami dari siksa neraka".surah al-Baqarah

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)
Amalkan doa yang diajar Quran dan hadis.Jika mahu mendapat doa yang warid dari Baginda saw bacalah buku al-Azkar karangan Imam Nawawi rahimullah.
Berdoalah tanpa jemu dan sentiasa bersangka baik dengan Allah swt....

NOTA DITULIS OKTOBER 2010

Saat Sulaiman @2012

No comments:

Post a Comment