Tuesday, January 24, 2012

NOTA 38 : Ikhlas sifat penting

Ikhlas sifat penting

Firman Allah swt dalam surah Al-Bayyinah ayat 5 bermaksud
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid
dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang
demikian itulah agama yang benar.”
Sabda Baginda saw bermaksud “Sesungguhnya setiap amalan itu beserta niat dan setiap urusan itu adalah dikira berdasarkan apa yang diniatkan “Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Islam amat mementingkan keikhlasan dalam setiap amalan dan Ikhlas adalah sifat yang mulia dan membawa kebaikan kepada orang islam.Pepatah Melayu sering mengatakan ada udang di sebalik batu,ia memberi maksud seseorang yang melakukan sesuatu kerana sebab tertentu.Pepatah ini dilahirkan bagi mendidik bangsa Melayu agar ikhlas dan menjauhkan dari perbuatan yang mempunyai maksud dan tujuan tertentu.Contoh yang mudah seseorang yang suka menderma agar namanya disanjung dan terkenal dengan dermawan,maka ia termasuk dalam manusia tidak ikhlas kerana jelas tujuan dan niat menderma adalah kerana tujuan tertentu,itulah maksud ada udang sebalik batu.
Imam Muslim merekodkan sebuah hadis “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu,dan juga tidak kepada rupa paras kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan amalan kamu”

Ia jelas menunjukkan bahawa amalan dan hati seseorang amat penting.Amalan kebaikan yang disertai ikhlas,itulah yang dipandang ALlah.Amalan baik disertai hati yang bersih,itulah dipandang Allah.
Dalam kehidupan,kita sering melihat pelbagai telatah dan karenah manusia.Ada yang suka menderma,membaca Quran,suka solat sunat,suka membantu orang tua melintas jalan,suka mengangkat barang guru,suka mmebantu kenderaan rosak,suka menunaikan terawih pada Ramadhan,suka menjemput org miskin ke rumah,suka berkawan org miskin,suka mendengar bacaan Quran,sering ke masjid,sering menunjukkan etika dan peribadi positif.Namun dalam islam,setiap amalan yang disertai niat terselindung dan mengharapkan sesuatu,bukan ikhlas kerana Allah,maka ianya sia-sia.

Allah swt memberi peringatan dan perumpamaan dalam Surah Al-Baqarah ayat 264-265:
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)
sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si
penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena ria kepada
manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.Maka
perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah,
kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih
(tidak bertanah).Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang
mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang
yang kafir.
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena
mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah
kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat,
maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat.Jika hujan lebat
tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai).Dan Allah Maha
Melihat apa yang kamu perbuat.”
Setiap amalan yang kita lakukan sama ada kecil atau besar,perlu diiringi dengan sifat ikhlas iatu benar-benar melakukan sesuatu kerana Allah swt.Ramai penderma tegar dan dermawan rajin bersedekah terutama pada Ramadhan keran mengejar nama dan projek.Ramai pula berebut ke Masjid untuk berterawih kerana mahu menunjukkkan ia seorang yang rajin beribadat pada Ramadhan.Ramai pula suka membantu dengan pelbagai bantuan dan mahukan pujian dan galakan.Ramai pula sering ke Mekah kerana mahu menunjukkan ia seorang yang emncintai Mekah dan mendapat gelaran umrah dan haji berganda-ganda.
Sebenarnya ikhlas adalah sifat yang payah untuk diikat dalam jiwa,namun kita mampu memilikinya.
Antara cara untuk mendapat keikhlasan adalah :
1.Sentiasa yakin dan beriman bahawa Allah Maha Mengetahui.Pabila kita sentiasa yakin ALlah Maha Mengetahui,maka kita tidak akan berani menyembunyikan sesuatu dalam hati dan mempunyai niat etrselindung kerana Allah Maha Mengetahui .Kita yakin sebenar yakin dan tahu bahawa kita boleh menipu manusia,namun tidak akan mampu menipu Allah.Hati yg beriman,akan berwaspada dari segala sifat riak,mahu dipuji,mahukan nama dan gelaran atau apa-apa niat terselindung.jadi menanam iman tentang kehebatan Allah Maha Mengetahui akan menghilangkan segala sifat-sifat buruk dan keji dalam hati.
2.Dambakan pahala.Setiap amalan diberikan pahala walaupun sedikit.Baginda saw bersabda “Setipa kebaikan itu sedekah”.Kita menderma,menunaikan siolat,membantu org lain,menolong isteri,mengajar ilmu,mmebuang sampah dan apa jua yg dilakukan akan diberikan pahala.Kita mahukan pahala dan sedar bahawa amalan tanpa ikhlas akan menghilangkan pahala dan menjadi sia-sia.Kita tidak mahu berpenat lelah menunaikan solat dan membaca Quran,namun sia-sia tanpa pahala sedangkan kita hidup mengejar pahala.Pahala yg akan membantu kita pada hitungan akhirat nanti.
Kita perlu dambakan pahala,justeru ikhlas akan bersarang dalam hati.
3.Konsisten.Kita perlu sentiasa melakukan kebaikan dan konsisten.Jika membaca Quran,rajinlah membaca berterusan,bukan menunggu Ramadhan sahaja.Begitu juga jika membantu manusia,bukan sekadar rajin membantu gadis-gadis cantik sahaja atau janda muda sahaja,namun liat untuk membantu gadis hodoh dan sebagainya.
Kita juga perlu konsisten agar segala amalan menjadi kebiasaan,bukan bermusim dan mengikut bulan.
Jangan mengikut etika kebanyakan wakil rakyat yang hanya menmpakkan muka dan mendengar masalah rakyat pabila gendang pilih raya akan dibuat.Janganlah mengikut resmi sesetengah orang yg rajin ke Masjid pabila Ramadhan dan menjauhi masjid pabila Aidilfitri menjelma.Janganlah mengikut sikap dermawan yang hanya mahu menderma banyak-banyak jika prodgram derma dimasukkkan dalam akhbar dan kaca tv.Itulah manusia yg tidak konsisten.
4.Awasi jerat syaitan.
Syaitan menjerat manusia dengan pelbagai jerat.Quran dan hadis telah memberikan pelbagai keterangan dan panduan tentang sikap dan peribadi syaitan yang kaya dengan pelbagai tipu daya dan helah untuk menyesatkan manusia.
Antara jerat syaitan adalah :
1.Riak :Melakukan sesuatu kerana manusia.
2.Sombong : Melakukan sesuatu untuk menunjukkan kehebatan.
3.Munafik : Mmepunyai dua wajah berbeza.Di Masjid rajin membaca Quran tetapi di rumah tidak pernah membacanya.
4.Mahu pujian dan pujaan serta habuan : Melakukan apa sahaja kerana mahukan pujian,pangkat,projek,tender dan sebagainya.
5.Ujub : Bangga diri dan merasa gah melakukan kebaikan .
Pabila kita mengawasi jerat syaitan,maka ikhjlas akan bersarang dalam hati.Walaupun 5 sen dimasukkan dalam tabung masjid kerana kita miskin,ia akan diberi pahala oleh Allah.Walaupun cek 5 juta dihulurkan membina masjid,namun sia-sia kerana terjebak dengan jerat syaitan.
5.Doa.
Manusia itu lemah dan memerlukan senjata.Oleh demikian Baginda saw bersabda “ Senjata orang beriman adalah doa”.
Kita perlu sentiasa berdoa “ Ya Allah,jadikanku dan keluarga golongan yang ikhlas.Ya Allah jauhkan dariku segala sifat keji seeprti riak,ujub,takabbur,angkuh,sombong”.Kita perlu berdoa siang dan malam,doa ketika hujan,doa ketika sujud terakhir,doa ketika solat hajat dan doa berterusan agar Allah memberi kekuatan dan ikhlas terpatri dalam jiwa apa sahaja dilakukan sama ada kecil atau besar.
Amalan kita amat penting.Setiap hari kita menunaikan solat 5 waktu,solat sunat,Mmebaca Quran,zikir,bersedekah,membayar zakat,menunaikan haji dan umrah,membantu isteri di dapur,membuat baik kepada ibu bapa,membesarkan anak-anak,bekerja,berniaga dan pelbagai usaha,idea,keringat dicurahkan sepanjang hari dari membuka mata hinggalah melelapkan mata.Kepenatan dan kesungguhan akan melahirkan jutaan dan bilion pahala,namun menjadi sia-sia kerana tiada ikhlas dalam hati.
Setiap manusia tidak mahu bergelar Muflis,iaitu manusia yang tiada segala-galanya dan terpaksa berselipar Jepun ke mana-mana,paspot ditahan,akaun bank dibeku,itulah bahana manusia Muflis di dunia,namun Muflis di akhirat adalah manusia yg rajin beribadat di dunia dan membawa kosong di Mizan.Terpinga-pinga seorang hamba Allah di akhirat mengenangkan hidupnya penuh dengan amalan kebaikan namun tidak dinilai oleh Allah di akhirat kerana melupakan aspek penting dalam islam iaitu IKHLAS.
Berusaha dan berdoalah agar kita menjadi manusia ikhlas agar mmbawa bilion dan trilion pahala untuk ditimbang di Mizan akhirat nanti.IKhlas adalah penting sebagaimana pentingnya melakukan amalan.
Wallahua’lam................

NOTA DITULIS PADA JULAI 2010

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment