USAHAWAN BERIMAN
37. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut
serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan
pandangan.
38. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka
dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan menambahi
mereka lagi dari limpah kurnia-Nya dan sememangnya Allah memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung.
surah An-Nur
Sabda nabi bermaksud “Usahawan yang jujur dan amanah akan bersama para
nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat Imam At-
Tarmizi dan Ibnu Majah).
Usahawan adalah profesion mulia di sisi Allah dan islam.Islam menggalakkan
penganutnya menjadi usahawan kerana bidang keusahawanan memberikan keuntungan
dan pendapatan lumayan.Pendapatan tersebut akan menjadi sumber utama bantuan
kepada orang islam lain melalui sedekah,zakat dan hadiah.
Menjadi usahawan beriman perlu ditanam dalam diri setiap usahawan.Usahawan
beriman adalah asas kepada kejayaan dunia dan akhirat.
Usahawan beriman adalah berbeza dengan usahawan tidak beriman.Perbezaan
mereka merangkumi cara menjalankan perniagaan,sifat dan sikap diri usahawan,
cara membelanjakan harta,sumber mendapat pendapatan dan sebagainya.
Buku ini ditulis untuk membantu usahawan islam agar menunaikan segala hak
dan kewajipan sebagai seorang usahawan ,disamping membina iman dalam diri
usahawan.
Setiap usahawan inginkan kejayaan dalam perniagaan tetapi akibat sikap
tamak dan lupakan akhirat,ramai usahawan terjerumus dalam pelbagai dosa
dan maksiat,malah ada yang kufur dan terkeluar dari islam.
Usahawan perlu mempraktikkan segala ajaran yang diajar Allah dan rasul
supaya menjadi usahawan beriman.Mempraktikkan segala amalan yang terkandung
dalam Quran dan hadis adalah jalan terbaik untuk mendapat keselamatan dan
kejayaan dunia dan akhirat.
Kehidupan dunia adalah tumpangan bersifat sementara.Allah meminjamkan
dunia sebagai tempat mencari bekalan iman dan takwa.Jika seseorang hidup
dengan menjadi seorang usahawan hanya mencari keuntungan dan kekayaan
semata-mata tanpa menunaikan kewajipan sebagai orang islam dan beriman,
maka kenikmatan dan kesenangan hanya dirasai di dunia sahaja,sedangkan
nasibnya di akhirat adalah sengsara dan menderita apabila dihumbankan ke
neraka.
Iman adalah penting dalam diri usahawan.Ini berdasarkan firman Allah dalam
surah Hajj ayat 14 “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman
dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya”.
Usahawan beriman adalah usahawan yang melakukan amalan soleh dan
meninggalkan segala perkara yang dilarang Allah dan rasul.Justeru hanya
usahawan beriman akan mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.
Harta adalah pinjaman.Usahawan perlu bijak meneliti dari mana harta
diperolehi dan ke mana harta dibelanjakan.Jika mengabaikan aspek tersebut,
seseorang akan terjerumus ke dalam kemurkaan Allah dan rasul-Nya.
Jadilah usahawan beriman.Bukan sahaja mendapat keredaan Allah ,
malah mendapat keredaan manusia serta seluruh makhluk di bumi.
Keusahawan adalah profesion yang mulia di sisi Islam.Ketika islam mula berkembang di bumi Madinah,para sahabat nabi seperti Saidina Osman dan Abdul Rahman adalah antara usahawan yang banyak menyumbang dalam pembangunan islam dan umatnya.
Usahawan di kalangan para sahabat nabi adalah usahawan yang beriman.Mereka menjalankan bisnes mengikut apa yang diajar Baginda saw dan memanfaatkan harta untuk kepentingan umat islam.
Usahawan perlu menjadi usahawan yang beriman.Usahawan beriman mengikut peraturan dan teori bisnes islam yang diajar Allah dan rasul.
Usahawan yang menjalankan bisnes mengikuti apa yang diajar Quran dan hadis adalah usahawan yang mementingkan iman.
Antara kepentingan iman dalam diri usahawan ialah:
1.Usahawan akan menjalankan bisnes mengikut peraturan yang diajar Quran
dan hadis.
2.Usahawan akan menjauhkan segala perbuatan dan peraturan yang haram dalam perniagaan.
3.Usahawan menunaikan kewajipan seperti zakat,sedekah dan jariah.
4.Usahawan mendapat keredaan Allah dan rasul-Nya.
5.Usahawan akan dihormati dan disayangai manusia lain .
6.Usahawan berniat mencari rezeki kerana Allah dan memanfaatkan pendapatakan ke arah kebaikan.
7.Usahawan sentiasa mengawasi dan meneliti setiap perjalanan bisnes dan harta benda
supaya ianya tidak tersasar ke arah kejahatan dan dosa.
8.Usahawan akan membersihkan rezeki dengan jalan kebaikan.
9.Iman akan memandu usahawan menjadi manusia berguna kepada keluarga dan masyarakat.
10.Iman akan menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai cabaran dan pengaruh negatif dalam dunia perniagaan.
11.Usahawan akan berusaha menambahkan iman dan amalan kebaikan.
12.Usahawan akan menjadi role-model dan teladan baik kepada usahawan lain.
13.Usahawan akan berakhlak baik dan berbudi pekerti mulia.
14.Usahawan memanfaatkan harta benda untuk membangunkan islam.
15.Usahawan akan berusaha membantu usahawan lain untuk berjaya dalam perniagaan.
16.Usahawan akan menjadi teman para nabi dan orang yang benar di akhirat nanti.
17.Usahawan menganggap harta adalah amanah dan menjalankan amanah dengan sebaiknya.
18.Usahawan akan berjaya dunia dan akhirat.
19.Usahawan akan menjadi manusia bersyukur dengan kelebihan rezeki dan qanaah
dengan apa yang dikurniakan.
20.Usahawan akan mendapat pahala berterusan selepas mati dengan perkongsian ilmu dan harta.
Demikianlah beberapa kepentingan iman dalam diri usahawan.Iman adalah penting dan perlu ditanam dalam jiwa semua usahawan islam. Perniagaan dalam islam bukan mengikut teori falsafah barat yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata tetapi mahu harta itu dibersihkan dan dimanfaatkan untuk kebaikan umat islam.
Apabila usahawan memiliki iman,maka pelbagai masalah dan kerosakan akan lenyap.Masalah penipuan,kenaikan harga melampau,sabotaj,monopoli,kebencian pengguna,mogok,pergaduhan dan sebagainya akan hilang dan lenyap dalam kehidupan.
Usahawan perlu mementingkan iman dengan mengamalkan ajaran-ajaran yang dibawa rasul supaya perniagaan bersih dari dosa dan kejahatan.
Iman perlu wujud dalam diri usahawan demi mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat.
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.Al Qasas -77.
Nabi pernah melewati sekelompok orang islam yang sedang berjual beli di pasar
Madinah, lantas Baginda bersabda: “Wahai para usahawan!” Maka mereka
mendongak menunggu apa yang akan nabi katakan, dan Baginda bersabda
“Sesungguhnya para usahawan akan dibangkitkan sebagai pelaku kejahatan
yang berdosa (fujaar) kecuali mereka yang takut kepada Allah, yang benar dan
jujur.”Riwayat Imam Tarmidzi dan berkata hadis ini hasan sahih.
Islam memuliakan bidang keusahawanan dan usahawan.Islam mengangkat darjat usahawan setaraf nabi ,orang mati syahid dan orang-orang yang benar.
Islam mempunyai panduan kepada usahawan dan mendidik usahawan menjadi usahawan beriman agar mendapat keberkatan dalam perniagaan.
Ramai usahawan islam menceburi bidang keusahawanan dengan mengikut teori
kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan dan kebendaan semata-mata.Lantas jadilah mereka usahawan yang kaya raya dan mempunyai aset jutaan ringgit,memiliki rumah seperti istana dan memandu kereta BMW atau Mercedes.Malah ada yang mampu memiliki pesawat peribadi dan terbang ke sana sini tanpa bersusah payah membeli tiket dan beratur menaiki pesawat.
Mereka menikmati kebahagiaan dan kesenangan di dunia,manakala apabila Malaikat maut menjelma,terputuslah segala amalannya.Apabila dimasukkan ke liang lahad,hanya siksaan dan azab kubur dinikmati sehingga hari kiamat.Apabila dibangkitkan di padang Mahsyar,beratlah amalan kejahatan dan dosa,lantas dicampak ke neraka.
Demikianlah kisah hidup seorang usahawan islam yang tidak beriman.Mereka
hanya kaya wang tetapi miskin dan papa iman.
Allah dan nabi mengasihi usahawan islam yang beriman.Allah mencela dan melaknat usahawan tidak beriman dan menjanjikan neraka kepada usahawan tidak beriman.
Usahawan perlu beriman dengan hari kiamat dan pembalasan.Usahawan juga perlu meyakini syurga dan neraka.Menjadi ahli syurga adalah impian,namun ianya hanya menjadi sebuah angan-angan Mat Jenin sekiranya usahawan memilih menjadi usahawan tidak beriman.
Harta adalah amanah dan milik Allah yang Maha Kekal dan Abadi.Harta adalah ujian dan dikurniakan kepada manusia sebagai cabaran menduga keimanan seseorang.Manusia yang menganggap harta sebagai amanah dan hak Allah akan mencari harta halal dan memanfaatkan harta ke jalan Allah.
Manakala manusia yang menganggap harta sebagai milik peribadi dan anugerah,maka harta akan menyesatkannya dan jadilah ia hamba kepada harta.
Buku kecil ini tidak mampu mengubah seorang usahawan menjadi usahawan beriman tetapi panduan dan bimbingan yang diberikan akan memandu usahawan menjadi usaahwan beriman jika ia dipraktikkan dengan baik.
Menjadi usahawan beriman perlu menjadi asas niat dan wawasan usahawan yang menceburi perniagaan.Jika tidak,perniagaan yang dijalankan hanya memperolehi keuntungan dan harta bertimbun,jauh dari keberkatan dan rahmat Allah.
Islam adalah agama yang sempurna dan memberi pelbagai bimbingan dalam
kehidupan agar berjaya dunia dan akhirat.
Sekiranya usahawan mengikut garis panduan islam,maka ia akan berjaya,manakala usahawan yang mengikut teori dan sistem ekonomi manusia dan syaitan,maka ia akan celaka dan menderita dunia dan akhirat.
Bersama-samalah kita berdoa agar jumlah usahawan beriman semakin bertambah dan bercambah dan sistem ekonomi islam akan menjadi peraturan manusia seluruh dunia
demi kesejahteraan manusia sejagat.
Firman Allah bermaksud “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya)
kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”.
Surah Assyura – 20.
Segala kesempurnaan dan kecemerlangan hanya milik Allah,Tuhan Maha Bijak lagi Maha Mengetahui,manakala kelemahan dan kenaifan adalah milik diri sendiri yang serba kekurangan.
Saat Sulaiman
www.saatcham.com
NOTA DITULIS PADA 12 OKTOBER 2010
Saat Sulaiman @2012
No comments:
Post a Comment