Ukhuwwah dalam wahana FB
Allah berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 10,maksudnya “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”.Allah nyatakan bahawa orang beriman,bukan orang islam kerana orang beriman dan islam adalah berbeza.Orang islam dibaratkan umpama sebuah buah yang baik rupanya,namun pahit isinya,manakala orang beriman diumpamakan amat baik rupanya serta manis pula rasanya.
Ukhuwwah atau persaudaraan adalah penting dalam Islam.Ukhuwwah adalah modul dan etika yang diajar islam untuk mengeratkan perhubungan sesama islam walaupun tiada pertalian hubungan darah.Jika kita lihat sebuah kisah..
Dalam sebuah peperangan,askar-askar yang cedera parah merintih dan merintih.Maka seorang askar yang bertanggungjawab memberi air cuba menghulurkan air kepada seorang tentera,namun didengari suara rintihan temannya dan menyuruh askar berkenaan memebrikan temannya.Pabila dibawa air kepada temannya,terdengar lagi rintihan orang lain,askar tersebut pula menyuruh diberikan kepada orang lain.Begitulah seterusnya.Apabila askar pemberi air ingin kembali kepada askar pertama kali yang meminta air,didapati ia telah meninggal dunia.Begitulah dengan askar-askar yang lain.
Itulah ukhuwwah dalam islam iaitu menanam sifat saling mengutamakan orang lain walaupun diri sendiri amat memerlukan.
Facebook telah lahir sejak tahun 2004 dan kini pengguna telah melampaui 500 juta manusia seantero dunia menggunakannya.Sejak saya menggunakan Facebook,pelbagai telahan dan pengalaman manis,kelat,masam,malah payau dan pahit.
Ramai pengguna FB beragama islam tidak tahu erti sebuah ukhuwwah.Kita renungi maksud sebuah hadis :
Daripada Abu Hurairah r.a. telah berkata ia, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Janganlah saling berhasad dengki, dan janganlah kamu berjual-beli dengan penipuan, dan janganlah kamu saling benci-membenci, dan janganlah kamu saling belakang-membelakangi, dan janganlah setengah daripada kamu menjual di atas jualan setengah yang lain, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain, janganlah ia menzaliminya, dan janganlah ia menganiayainya (tidak memberikan pertolongan), dan janganlah ia menghinakannya. Takwa itu di sini,” dan Baginda mengisyaratkan ke dadanya sebanyak tiga kali (lalu menyambung sabdanya): “Daripada keburukan seseorang itu adalah ia menghina saudaranya Muslim. Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Ramai orang islam tidak memahami ukhuwwah dalam islam walaupun dalam FB.Walaupun Fb adalah wahana internet yang mungkin seseorang empunya akaun tidak pernah mengenali siapa teman-teman mereka,namun islam mempunyai dasar ukhuwwah.
Daripada Abu Musa r.a. ia telah berkata, mereka telah bertanya (kepada Rasulullah saw): “Wahai Rasulullah! Apakah (amalan dalam) Islam yang afdal?” Jawab Rasulullah saw: “Barang siapa yang sejahtera orang-orang Islam daripada lidahnya dan tangannya.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
Saya mendapati ramai pengguna islam menggunakan tangan menulis pelbagai tulisan dan catatan yang mencerminkan sikap negatif dan tidak memahami adab dan etika seorang islam.
Kadangkala menulis ayat-ayat negatif yang berbaur bongkak dan sombong,malah mempersendakan teman lain dengan kata-kata “Bodoh,bangang,bahalol,poyo,tidak cerdik,kurang akal dan ntahapanytah lagi bahasa moden yang amat menjengkelkan.
Sering membaca status dan komen teman-teman yang jelas menyalahi etika islam walaupun mempunya FB tersebut adalah bernama islam dan beragama islam.Sama ada mereka jahil atau kurang ilmu,atau sengaja menulisnya,hanya Allah Maha Mengetahui.
Tulisan yang menyinggung perasaan teman adalah diharamkan walaupun dengan nada gurauan.Islam mengharamkan menyakiti perasaan orang lain kerana ia membawa kepada perasaan marah dan berkecil hati.
Allah swt berfirman:
Orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa
kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kebohongan dan dosa yang nyata.? (Al-Ahzab: 58)
Facebook mempunyai pelbagai aplikasi dan kemudahan.Kita boleh mmebuang teman yang suka dan bangga membuka aurat,suka mengejek dan mempersenda,suka menghina dan memeprlekeh,suka memberi komen negatif dan sebagainya.
Aplikasi tersebut memberi banyak faedah kepada pengguna.Kita juga boleh menyekat teman yang memang dikenali suka menyusahkan kita.Jadi kita boleh memilih teman yang kita suka dan membuang teman yang kita tidak suka.Kita perlu mempunyai pandangan mengikut akal yang waras dalam memilih teman,bukan sekadar memilih teman yang hanya cantik dan kacak,tanpa memikirkan etika islam dan penghayatan agama.
FB boleh dijadikan wahana ukhuwwah yang baik.Terbaik bukan sahaja ia menjadi diari peribadi,tempat meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu,namun ia juga perlu dijadikan medan dakwah kepada perhubungan yang lebih baik dan menambahkan penghayatan agama.
Dakwah dan seruan kepada agama bukan terletak di bahu para ulama dan ustaz,dakwah perlu dilakukan semua manusia mengikut kecekapan dan kemampuan ilmu yang dimiliki.Dakwah bukan sekadar memberi nasihat agama,namun juga boleh diberikan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi.Contohnya “Jika anda mahu memilih antivirus terbaik,dapatkan review keberkesanan dan tahap kepuasan pengguna dalam kajian”.Itu juga didefinisikan sebagia dakwah.
Kita juga perlu memilih siapa yang perlu dijadikan teman.Baginda bersabda “Perumpamaan kawan yang baik dengan kawan yang jelek ialah seperti penjual minyak wangi dengan peniup api tukang besi.” Direkodkan Imam Bukhari dan Muslim
Kriteria teman:
1.Berakal
Seseorang yang mengetahui segala urusannya sesuai dengan posisinya
dan tidak berlebihan.Berakal juga boleh diistilahkan sebagai seorang yang mmapu membezakan yang baik dan jahat serta mampu melakukan kebaikan dan menjauhkan kejahatan.
2.Baik akhlak
Nabi saw bersabda:
"Seorang muslim adalah seorang yang dapat menyelamatkan saudara muslimnya dari gangguan tangan dan lisannya"
Beliau juga bersabda:
"sebaik-baik amalan adalah memberikan rasa bahagia pada saudara semuslim"
3.Bukan seorang yang fasik
Seseorang yang tidak memiliki rasa takut terhadap Allah Azzawajalla dan ini merupakan salah satu teman yang seharusnya di jauhi. Kerna cepat atau lambat teman ini akan menarik kita untuk menjadi sepeti dia, apabila kita tidak mampu untuk menarik dia.
4.Tidak rakus terhadap dunia
Teman yang rakus dunia adalah teman yang hanya mengaktifkan diri ke arah keseronokan dan kelalaian,juga hanya mahu menjadi manusia yang sentiasa lalai dan leka dengan keduniaan dan tidak pernah mencari takwa dan iman.
KIta boleh menyeru dan berdakwah dalam FB terutama teman-teman yang sengaja melakukan maksiat dan dosa.Contoh yang mudah mmebuka aurat.Apabila kita membuka wall teman kita,kita akan melihat auratnya dan menyebabkan kita sama terpalit dosa.Teman sedemikian perlu didakwah agar kembali kepada ajaran islam yang mewajibkan aurat ditutup dengan baik.
Begitu juga dengan teman yang suka mengumpat dan mengata.teman yang suka memfitnah dan menghina orang.Mereka perlu didakwah dan semoga berubah dari kejahatan kepada kebaikan.
Apabila kita memanfaatkan FB untuk menjalin ukhuwwah yang baik,maka kita akan dapat berkenalan dengan lebih ramai orang islam dengan niat kerana Allah.Kita akan mempunyai kenalan islam dengan lebih ramai lagi dan dakwah akan terus tersebar luas.
Jika kita menyebarkan kemahiran dan pengetahuan yang baik kepada teman dan mereka menyebarluaskan pengetahuan etrsebut,maka pahala kita akan beranak pinak sebanyaknya. Baginda saw bersabda “Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.” (Riwayat Imam Muslim)
Jadi,kita menyebarkan pengetahuan baik akan diberikan pahala,manakala menyebarkan keburukan,akan beroleh pula dosa.Pilihlah kebaikan dan jauhi keburukan.
Islam amat mementingkan ukhuwwah .Ukhuwwah dalam islam telah menyebarkan islam kepada berbilion manusia yang mulanya hanyalah islam puluhan orang sahaja ketika dakwah mula disebarkan Baginda saw di Mekah Al-Mukarramah.
Ukhuwwah juga mengeratkan hubungan sesama islam dan menguatkan kekukuhan ikatan dalam sosial,ekonomi,kemasyarakatan,budaya dan kemajuan umat islam.
Ramai orang islam tidak memiliki sifat ukhuwwah.Jika dilihat dalam FB,wanita menarik dan cantik sering mendapat komen dan status like berbanding wanita tidak cantik.Ia jelas menunjukkan statistik bahawa ramai tergoda berteman dalam FB mengikut hawa nafsu dan kelebihan seseorang semata-mata.
Ukhuwwah perlu dijalinkan dalam FB,bukan sekadar mahu menwar-warkan bisnes atau teori individu semata-mata,namun juga perlu membina hubungan baik sesama teman.
Kita masih lemah dalam bidang pendidikan,ekonomi dan kehidupan sosial.Kita masih kekurangan manusia mahir dalam pelbagai bidang hingga terpaksa mengimpot ilmuwan dari luar negara dalam pelbagai bidang.Jumlah doktor pakar masih kurang dan kita masih lemah dalam pelbagai bidang.
Jika seorang doktor dapat memanfaatkan FB untuk menambah kemahiran teman-temannya dan berjaya melahirkan doktor,ia adalah teman yang berjasa.Namun ramai doktor hanya menggunakan FB untuk bertanya khabar dan menwarkan bisnes atau pengaruh politk semata-mata.FB sepatutnya menjadi wahana menyebarluaskan pengalaman dan kejayaannya menjadi doktor berjaya.Itulah ukhuwwah dalam islam.
Begitu juga seorang jurutera,pakar sejarah,guru,ahli matematik,usahawan berjaya,penulis hebat,saintis berpengalaman,ahli sukan,pakar mata,pakar psikologi dan sebagainya.Apabila mereka menggunakan FB untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan,jalinan ukhuwwah menjadi lebih baik dan kejayaan orang islam akan bertambah.
FB boleh menjadi medan ukhuwwah berteraskan islam. Jika ia dimanfaatkan,maka penambahbaikan orang islam akan berlaku.Kejayaan orang islam dalam pelbagai bidang akan terlaksana,kemajuan tercapai dan kita akan berbangga dengan jutaan ilmuwan islam lahir dan berkembang.
Saya memanfaatkan FB dengan menulis nota-nota untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang agar ia dapat dimanfaatkan teman-teman.Pabila teman-teman menyebarluaskan nota-nota kepada tema-teman mereka,maka ilmu dan kemahiran tersebut akan terus beredar kepada lebih ramai manusia.Teorinya jika saya mempunyai 300 teman dan setiap teman mempunyai 1000 teman,maka nota-nota saya akan tersebar kepada 300,000 teman.Begitulah cepatnya wahana FB.
Saya juga membuka pelbagai page untuk mendidik manusia.Page dalam kemahiran bisnes pakaian,Kisah-kisah teladan untuk menginsafkan manusia dengan kisah-kisah benar,kemahiran dan tips motor kereta,pengajaran bahasa arab mellaui Arabchat dan sebagainya.page ini diwujudkan untuk membina manusia berilmu dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang.Setiap teman FB sepatutnya membuka page dan menulis mengikut pengetahuan dan kemahiran yang mereka tahu.Jika pelajar kejuruteraan,tulislah dalam bidang etrsebut.Jika mahir dalam bidang komputer,tulislah tentang komputer.
Setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing dalam pelbagai bidang dan jurusan dan berkongsilah pengetahun dan pengalaman yang kita miliki.Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang kita miliki adalah pinjaman Allah kepada kita dan adalah lebih baik kita berkongsi.Adakah kita mahu membawa pengetahuan dan kemahiran ke lobang kubur tanpa mahu berkongsi?
FB juga merapatkan hubungan sesama islam dan memberi peluang kita berkenalan antara satu sama lain.Kita boleh berkenalan dengan pelbagai jenis manusia dalam pelbagai bidang dan jurusan.Manfaatkan perkenalan dengan menjalin ukhuwwah dengan baik demi membangunkan islam yang lebih berkualiti dan cemerlang.
Saya tidak memiliki pendidikan tinggi dalam internet dan komputer,namun saya sukakan komputer dan internet.Saya membaca ribuan buku tentang komputer dan internet.Belajar dan belajar tanpa jemu dan berjaya melahirkan sebuah blog untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran.
Bernama manusia adalah satu anugerah.Manfaatkan kemanusiaan dengan memanfaatkan ukhuwwah dalam FB......
NOTA DITULIS PADA FEBUARI 2011
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment