QURAN PENAWAR JIWA MANUSIA..........
"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia
dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang
menyakini (kebenarannya)."
surah Jaasiyyah AYAT 20.
Bismillah
dengan nama Allah Arrahman dan ArRahim....
Syukur masih hidup ,kini jam sudah menunjukkan 12.13 minit pagi...23 Jun 2011,namun mata ini masih kuat berdepan laptop usang berjenama ASUS.ASUS ini datang jauh,naik kapal terbang dan sampailah rumah aku..Itulah perjalanan sebuah laptop..
Di mana-mana pelusuk dunia,Quran berada di rumah orang Islam.Miskin mana pun orang Islam,Quran pasti ada.Yang tidak pasti sama ada dibaca atau tidak.Yang amat amat tidak pasti,majotiti umat Islam seramai 1.8 bilion tidak memahami apa yang dibaca.
Quran adalah kalamullah.Quran adalah ayat-ayat Tuhan yang dibawa Malaikat Jibrail kepada Baginda saw.Setiap ayat Quran dihadam dalam jiwa Baginda saw.Ketika Baginda saw masih hidup,Quran ditulis namun bertebaran dan tidak lengkap sebagaimana Quran yang kita lihat hari ini...
Pada zaman sahabat,Quran dibukukan kerna ramai para sahabat saw yang menghafal Quran terbunuh dalam perang.Lantas Quran dibukukan dan dapatlah kita melihatnya.Pembukuan Quran telah memberi peluang ramai umat Islam membacanya...Jasa para sahabat saw amat besar kepada dunia Islam...
Namun apa yang menyedihkan,Quran kini menjadi sebuah perhiasan dan tidur dalam almari.Quran seakan tidak dipedulikan.Manusia rajin membaca akhbar di kedai kopi,tapi Quran disisihkan.Quran seakan tidak dipeduli.
Harta paling bernilai kepada umat Islam adalah Quran.Quran mengandungi pelbagai ilmu dunia dan akhirat.Quran mengajar manusia menjadi manusia beriman.Quran menceritakan pelbagai kisah benar yang telah berlaku dan akan berlaku.
Quran memberi banyak ilmu kepada manusia namun ramai manusia hanya gemar membaca,tapi tidak berusaha memahami dan menggali pengajaran dan teladan dalam Quran.Bagi mereka membaca pun sudah cukup baik.Sedangkan para sahabat,tabiiin dan wali Allah sering membaca dan mengkaji segala ilmu dalam Quran untuk menambahkan keimanan kepada kebesaran Allah swt.
Berapa ramai membaca Fatihah 17 kali sehari,namun mereka tidak pernah faham apa yang dibaca.Mereka tidak peduli dengan pengajaran dan teladan dalam surah Fatihah walaupun 17 kali dibaca siang dan malam...
surah Fatihah adalah ibu Quran.ia mengandungi banyak panduan kepada manusia.Banyak panduan dan nasihat dalam surah Fatihah,namun malangnya manusia tidak menghayati surah Fatihah dengan baik..Jadilah mereka membaca surah Fatihah siang malam...namun tidak mendapat kemanisan dan penghayatan surah itu....
Sepatutnya orang Islam perlu hadir kursus penghayatan surah Fatihah.Walaupun ia percuma,namun ramai x berminat dan lebih suka menghadiri Jom Heboh atau program MLM...itulah manusia moden...mereka menyangka tahu membaca surah Fatihah,sudah hebat dan warak...
" Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul
(agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang
yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar."
surah al-Israa' ayat 9
Walaupun Quran diketahui semua umat Islam adalah mukjizat agong dan khazanah berharga,namun masih juga majoriti umat Islam abaikan isi Quran.Mereka hanya bijak berlagu dan berdengung,namun jahil memahami isi kandungan Quran.
Mengapa manusia abaikan isi kandungan Quran?kerna mereka jahil dan tidak menghargai Quran.Mempunyai ijazah dan PHD boleh menjadikan manusia jahil apabila mereka tidak menghayati isi Quran.
Andainya manusia faham isi kandungan Quran,tentu tiada mat rempit dan pembuang bayi.Tiada juga mat ganja atau minah bohsia.Andainya manusia memahami kandungan Quran,mereka tahu apa itu halal,apa itu haram.Mereka sentiasa bersedia dengan iman dan takwa sepanjang masa dan bersedia menempuhi ajal dengan hati yang lapang....
Zaman moden ini,apa yang diajar Quran tidak penting kepada ramai manusia.Tunai solat 5 waktu,puasa Ramadhan,pergi haji sudah cukup.Mereka berasa mereka manusia beriman dan akan mendapat Syurga.Itulah mentaliti manusia moden.
Mereka ada internet,namun gunakan internet buang masa,bukan mencari ilmu.Mereka tahu ada terjemahan Quran dalam bahasa Melayu,namun tidak dibaca untuk menghayati kalimah Tuhan.Mereka tahu membaca itu ilmu,mereka malas membaca.Mereka tahu Neraka itu benar namun masih suka membuang masa dan tidak produktif.
Baginda saw adalah manusia confirm syurga,namun Baginda saw menjalani kehidupan dengan penuh takwa dan iman.Manusia seperti kita belum tentu Syurga,tapi masih suka berbuat dosa besar sepanjang hari dan malam.Mengumpat dikatakan perkara biasa,menghina orang dikatakan kemegahan dan kekuatan.Betapa dangkalnya kita hari ini..
Pabila Quran hanya dibaca namun tidak dihayati kandungannya maka :
1.Manusia tidak merasai kemanisan iman.
2.Manusia tidak mendapat kenikmatan khusyuk dalam solat.
3.Manusia mudah dilalaikan syaitan.
4.Manusia akan berasa diri beriman sedangkan hakikatnya tidak.
5.Manusia terus jahil dan tidak menyedari mereka jahil.
6.Manusia melakukan dosa besar dan menganggap ia dosa kecil.
7.Manusia menganggap akan masuk Syurga,hakikatnya akan ke Neraka.
8.Manusia buta sejarah dan kejayaan.
9.Manusia suka mencari salah orang lain berbanding muhasabah mencari kesalahan diri sendiri.
10.Manusia akan terjebak dalam murtad,fasik dan Munafik.
Mengapa zaman moden serba canggih semakin melalaikan manusia,sedangkan zaman moden ini memudahkan manusia memahami Quran?
" Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,
tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya
(dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing
sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai
Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi
orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman,
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga
mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa
(pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).Mereka itu (dengan
perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat
mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)"
surah al-Fussilat ayat 44
Kita ambil contoh mudah.Manusia sedang bercinta.Lelaki dan perempuan yang sedang asyik mahsyuk bercinta akan berusaha menjaga perasaan pasangannya.Mereka sentiasa kemas dan cantik untuk menambat hati pasangan.Mengapa ini terjadi?Kerna tidak mahu kehilangan pasangan tercinta.Mereka dilimpahi perasaan cinta membara dalam jiwa.
Apa kaitan dengan contoh di atas?Manusia beriman menjadikan Quran sebagai kekasih hati.Jadi untuk menggembirakan kekasih,kita perlu memahami isi kandungan Quran.Kita amat cintakan Quran dan mahu memahaminya.Perasaan cintakan Quran akan menjadikan manusia loba mencari ilmu agar berjaya memahami isi kandungan Quran.Cara memahami Quran adalah belajar bahasa arab.
Namun pabila tidak mampu menguasai bahasa arab akibat usia tua atau otak yang lembam,maka manusia mengambil usaha membaca tafsiran Quran setiap hari.Bila dibaca setiap hari,segala tasiran akan masuk ke kepala.Apabila membaca ayat Quran,maka akan lahir ingatan tafsirannya...Ia amat mudah.
Apabila manusia melakukan bersungguh-sungguh memikat seseorang demi cinta,begitulah dengan Quran.Manusia akan berusaha berterusan kerna tidak mahu menjadi manusia jahil dan tidak memahami Quran.Mereka loba ilmu dalam Quran dan sentiasa membaca tafsiran hingga apa yang dibaca masuk dalam jiwa.
Amat mudah memahami ajaran Quran jika rajin membaca tafsiran setiap hari.Namun manusia malas.Mereka lebih suka membaca akhbar setiap hari dan malam.....
Quran itu penawar jiwa manusia iaitu manusia yang memahami isi kandungan Quran.Manusia yang hanya tahu membaca namun tidak faham tidak mendapat kemanisan ,tanpa kemanisan manusia tidak mendapat penawar..
Quran tidak sebanyak buku encylopedia Brittanica.Ia hanya ada 114 surah.Jika sehari menghayati satu surah,114 hari sudah sempurna 114 surah.Ulangi sepanjang masa bertahun-tahun dan apa yang dibaca akan bersarang dalam jiwa.
Amat mudah memahami Quran jika berusaha....
Sudah 1.20 pagi......................................Masa amat pantas berlari!
terima kasih kerna membaca........
NOTA DITULIS PADA 23 jUN 2011
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment