Bagaimana menjadi manusia berguna.
Bismillah……..
“Barangsiapa yang mengerjakan amal shaleh, baik laki-laki maupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik lagi dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah An Nahl: 97 )
Manusia ingin hidup dalam kebahagiaan.Manusia ingin menjadi manusia berguna
kepada diri sendiri dan orang lain.Manusia yang ingin menjadi manusia berguna adalah
manusia yang mempunyai wawasan dalam kehidupan.
Jika anda mahu menjadi manusia berguna,anda perlu memiliki beberapa ciri,
antaranya:
1.Bercita-cita .
Manusia berguna adalah manusia yang memiliki cita-cita.Manusia memiliki
cita-cita akan berusaha dengan jujur mencapai cita-cita.Manusia tidak perlu menjatuhkan
orang lain untuk mencapai cita-cita.Jika anda berusaha mencapai cita-cita anda tanpa
perlu memburukkan orang lain,sabotaj,memusnahkan impian orang lain,maka anda
adalah manusia berguna.
Manusia yang mencapai cita-cita dengan jalan kotor dan jahat adalah manusia yang
tidak berguna walaupun cita-citanya tercapai.Manusia perlu jujur dan berdikari tanpa
menyusahkan orang lain.Jika ingin menjadi manusia berguna,berusahalah mencapai
cita-cita anda dengan usaha yang komited,jauhi tindakan yang menutup peluang orang
lain.
2.Mempunyai azam tidak menyusahkan orang lain.
Manusia berguna tidak akan menyusahkan orang lain dengan perkataan atau
perbuatan.Manusia perlu menanam azam agar tidak menyusahkan orang dan pihak lain.
Jika mahu menjadi warganegara bertanggungjawab,jangan lakukan jenayah dan tidak
merosakkan harta benda awam.Manusia sedemikian adalah berguna kepada bangsa,
agama dan negara.
Jika anda ingin melakukan sesuatu,berfikirlah dengan rasional.Pastikan tindakan
anda tidak menyusahkan orang lain.Antara perbuatan menyusahkan orang lain adalah
menghisap dadah.Jika menghisap dadah,ianya menyusahkan keluarga dan
pihak kerajaan.Sikap tersebut menyebabkan kerajaan kerugian ratusan juta.Inilah sikap
menyusahkan orang lain.
Manusia berguna tidak akan menyusahkan ibu bapa,guru,polis,kawan,teman
sekerja,pemimpin dan orang ramai.Manusia berguna akan berusaha mengelakkan segala
perbuatan yang menimbulkan masalah kepada pihak lain.Lakukanlah apa sahaja asalkan
tidak menyusahkan orang lain.Banyak perkara boleh dilakukan tanpa menyusahkan orang
lain.Jadilah manusia berguna.
3.Menghargai nilai manusia.
Manusia berguna adalah manusia yang menghargai manusia lain dan tahu menilai
seseorang manusia.Manusia yang sentiasa menilai manusia akan melakukan tindakan
yang adil dan menggembirakan manusia lain.Manusia yang sedar nilai manusia tidak
akan menjatuhkan maruah orang lain,memfitnah dan mengaibkan seseorang.
Setiap manusia adalah mulia,justeru manusia patut menghargai manusia lain.Jika
seseorang menghargai orang lain,dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai
orang lain.
Manusia mempunyai nilai dan harga diri.Manusia yang sentiasa menilai dan
menganggap orang lain mulia dan mempunyai perasaan seperti dirinya wajar membuat
perkara terbaik kepada orang lain.
4.Tidak merosakkan diri.
Manusia yang berguna mengelakkan perbuatan yang merosakkan diri.Membunuh
dan mencederakan diri sendiri adalah perbuatan merosakkan diri.Tidak menjaga
kesihatan adalah perbuatan merosakkan diri.Menghisap dadah adalah merosakkan diri.
Mengabaikan keselamatan di rumah,tempat kerja dan di jalan raya adalah perbuatan
merosakkan diri.
Manusia berguna tidak akan melakukan apa jua perbuatan yang boleh merosakkan
diri.Manusia wajar memilih dan berfikir sebelum melakukan tindakan.Tindakan yang
merosakkan diri tidak menunjukkan seseorang itu mahu menjadi manusia berguna.
5.Berjasa kepada orang lain.
Manusia berguna akan berjasa kepada orang lain.Jika anda menjadi ibu bapa,
didiklah anak-anak dengan didikan yang baik,maka anda telah berjasa kepada orang lain.
Jika anda seorang anak,bantulah ibu bapa dan jangan melakukan perbuatan yang akan
menyinggung perasaan ibu bapa.Jangan membuat sesuatu yang menyusahkan dan
memalukan ibu bapa.Itulah manusia berjasa kepada orang lain.
Guru yang mendidik pelajar dengan ikhlas dan tidak melakukan perbuatan memalu-
kan pelajar adalah manusia berjasa.Wakil rakyat yang membantu orang miskin
meningkatkan pendapatan adalah manusia berjasa.Pelajar bijak yang membantu pelajar
lemah adalah berjasa.Manusia yang membuang sampah ke dalam tong sampah adalah
manusia berjasa kerana tidak menyusahkan orang lain.
Hartawan dan jutawan yang membantu manusia miskin,cacat dan ditimpa bencana
adalah manusia dermawan yang berjasa kepada orang lain.Manusia yang tidak
melakukan jenayah adalah manusia berjasa kepada orang lain.Manusia yang
meninggalkan perbuatan kurang bijak seperti menghisap dadah,berlumba haram,
merosakkan harta awam adalah berjasa kepada orang lain.
Manusia yang mendidik manusia dengan kata-kata,tulisan,ceramah,pidato,
idea dan pandangan adalah manusia berjasa kepada orang lain.Manusia yang membantu
murid-murid melintas jalan adalah manusia berjasa.Manusia yang mengelakkan membuat
bising di dalam perpustakaan adalah berjasa.Manusia yang tidak mengganggu jiran
dengan pelbagai gangguan adalah manusia berjasa.Manusia yang mereka cipta pelbagai
alat dan benda untuk kemudahan manusia adalah manusia berjasa.
Peniaga yang tidak menaikkan harga barang-barang keperluan sewenangnya
adalah manusia berjasa.Manusia yang menderma organ adalah manusia berjasa.Manusia
yang memanfaatkan perpustakaan dan internet adalah manusia berjasa.
Lakukan pelbagai kebaikan dan kebajikan kepada manusia lain agar anda mampu
berjasa kepada orang lain.Jadilah manusia yang sentiasa berjasa dan berbakti kepada
orang lain.Anda hidup dengan penghormatan kerana sentiasa berjasa kepada manusia
lain.Setelah kematian anda,nama anda disebut dan dikenang sebagai manusia yang
berjasa kepada bangsa,agama dan negara.
Manusia perlu melakukan apa sahaja yang bersifat positif kepada manusia lain.
Tinggalkan kehidupan dengan jasa-jasa anda.Biarkan manusia menghormati anda ketika
anda masih hidup atau telah mati nanti.Tinggalkan kenangan manis dengan jasa-jasa
anda.
Demikianlah beberapa ciri manusia berguna.Manusia perlu menjadi manusia yang
berguna kepada dirinya sendiri dan orang lain.Manusia berguna adalah manusia yang
sayangkan diri sendiri dan orang lain.Manusia berguna adalah warganegara yang
bertanggungjawab dan sayangkan negara.
Manusia berguna memang diperlukan oleh negara.Manusia berguna akan
memimpin negara ke arah kemajuan,keselesaan,keamanan,kemajuan dan kemodenan.
Setiap manusia perlu berusaha menjadi manusia yang berguna dan bermanfaat.
Manusia berguna penting kepada manusia lain.Manusia berguna akan dikenang
dan dihargai ketika masih hidup atau telah mati.
Tambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar anda mampu menjadi
manusia berguna.Fahami perasaan manusia lain.Kajilah sikap manusia bijak.
Pelajari sejarah manusia bijak dan teladani.Manusia perlu berusaha untuk menjadi
manusia berguna.
Tanyalah diri sendiri.Adakah aku manusia berguna?
NOTA DITULIS PADA
Mac 2011
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment