“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
Bismillah....
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Aku bersyukur kepada Allah kerana menjadikanku muslim.Jika aku kafir dan mati dalam kekafiran,confirm masuk Neraka.Aku bersyukur kerna dilimpahi sedikit ilmu.Ilmu yang sedikit inilah dikongsi dengan teman-teman...Aku bersyukur fans semakin bertambah walaupun page kecil ini tidak bermakna bagi sebilangan manusia...
Antara sifat Mahmudah yang diajar Baginda saw melalui hadis dan firman Allah tersebut adalah sabar dan syukur.Sabar dan syukur juga adalah sifat manusia beriman.Untuk menjadi manusia memiliki kesabaran dan kesyukuran yang tinggi bukanlah mudah.Ia memerlukan iman dan takwa dalam jiwa.
Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah At Taghabun: 11).
Dalam kehidupan kita,pelbagai ujian diberikan Allah sama ada kecil atau besar.Allah menurunkan ujian untuk menguji kita .Manusia yang diuji dengan pelbagai ujian akan bersabar dan syukur dengan apa jua ujian yang melanda,sama ada ujian kecil atau besar.Ujian adalah cara dan kuasa Allah untuk menguji keimanan seseorang manusia.
Antara ujian yang diturunkan adalah :
1.Kekurangan.
Allah swt menjadikan manusia dengan memiliki kekurangan dan kelemahan .Antara kekurangan manusia adalah wajah yang kurang cantik,cacat pancaindera seperti buta atau kudung.Begitu juga Allah telah mentakdirkan kurang pendidikan dan pengetahuan,miskin dan kurang harta.Itu semua adalah ujian kepada manusia.
Allah swt mengurniakan kekurangan dan kelemahan sebagai ujian,bukan menjadikan manusia hina.Kekurangan bukan menjadikan manusia lemah dan tiada motivasi,namun agar manusia mleihat kepada kelemahan dan kekurangan dan perbaiki segala kelemahan tersebut.
Wajah yang hodoh,anggota yang cacat,ilmu yang sedikit bukan perlu dijadikan sebagai kelemahan namun perlu berusaha mencari kebaikan dan kelebihan.Braile contohnya adalah seorang manusia yang buta sejak lahir,namun kesungguhannya mencipta tulisan braile yang membantu manusia membaca akhirnya berjaya membantu berjuta-juta manusia yang buta.
Kejayaan dalam kehidupan bukan bergantung kepada wajah yang cantik,ilmu yang tinggi dan berketurunan raja.Kejayaan adalah peluang semua manusia walaupun memiliki kekurangan .
Allah swt tidak pernah menjadikan manusia sempurna kerana mahu manusia belajar mengakui bahawa diri memiliki kekurangan.Apabila manusia tahu diri mempunyai kekurangan,mereka akan lebih bersabar dan bersyukur.Memiliki kekurangan perlu dijadikan motivasi untuk berjaya,bukan pelemah semangat menjalani kehidupan.
2.Kesihatan.
Kesihatan yang baik adalah uian.Begitu juga kesihatan yang buruk seperti mengalami pelbagai penyakit seperti sakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan sebagainya.Allah berikan kesihatan baik sebagai ujian iaitu jika manusia memanfaatkan kesihatan baik untuk beribadat dan berjasa kepada manusia,maka mereka telah memanfaatkan ujian.Jika mereka memanfaatkan kesihatan baik untuk maksiat dan dosa,maka mereka telah menyalahgunakan nikmat.Itulah ujian.
Manakala manusia yang diberikan pelbagai penyakit adalah untuk menduga keimanan mereka.Jika mereka bersabar dan syukur,maka Allah akan kurniakan pahala kerana sabar dan syukur.Bayangkanlah manusia yang mempunyai kencing manis,mereka bersyukur kerana mereka tidak menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung sekaligus.Itulah cara menjadi manusia sabar dan syukur.
Setiap manusia pasti mengalami demam,batuk atau selsema kerna ia adalah ujian dalam kehidupan.Penyakit itu yang dialami sekurangnya setahun sekali perlu menjadikan manusia insaf dengan kelemahan dan kekurangan.
Bayangkan manusia yang tidak pernah mengalami demam,batuk atau selsema,sudah tentu mereka tidak akan insaf dan berasa kekurangan diri.Ujian diturunkan mempunyai hikmahnya,bukan diturunkan tanpa hikmah.
3.Harta.
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
surah Qasas ayat 77
Semua manusia inginkan harta yang banyak.Namun ramai manusia mempunyai harta yang banyak namun tidak membayar zakat,tidak bersedekah dan tidak melakukan jariah seperti membina masjid,membuat jalan,membina jambatan,membina sekolah dan sebagainya sdgkan mereka mampu.Apabila mereka diberikan harta yang banyak,namun tidak memanfaatkan harta maka merekalah manusia yang kalah dalam ujian Allah.
Begitu juga harta yang sedikit.Jika manusia diberikan harta yang sedikit dan menjadi miskin,maka mereka tidak bersyukur dan sabar,maka mereka kalah dalam ujian.Sepatutnya manusia yang diberi ujian Allah dengan sedikit harta akan berusaha sepenuh usaha mencari harta yang halal,bukan menyalahkah Allah swt.
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”
surah Hujuraat 15
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak -banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
surah Jumaat ayat 10.
4.Ilmu pengetahuan.
Ilmu yang banyak adalah ujian.Allah akan tanya tentang ilmu ,ke manakah dimanfaatkan.Ilmu yang sedikit juga adalah ujian.Allah akan tanya mengapakah tidak ditambahkan ilmu sdgkn kita mampu berusaha mencari ilmu.
Saya memiliki ilmu yang sedikit namun memanfaatkan ilmu dengan berdakwah kepada manusia.Menulis buku adalah dakwah.Menulis nota dalam Facebook adalah dakwah.Saya membaca pelbagai buku ,internet,bertanya orang alim dan sebagainya untuk menambahkan ilmu.
Ramai manusia kekurangan ilmu agama seperti ilmu tajwid,ilmu pusaka,ilmu perkahwinan,ilmu keibubapaan,ilmu hadis,ilmu fekah,ilmu tasauf dan sebagainya namun mereka tidak berusaha menambahkan ilmu.Itulah manusia yang kalah dengan ujian.
5.Pasangan.
Nikmat menjadi suami isteri adalah ujian.Jika kita menafatkan nikmat untuk menjadi suami isteri yang baik dan mendakwah pasangan ke arah kebaikan adalah manusia yang berjaya dengan ujian.manakala manusia yang tidak menggunakan nikmat sebagai dakwah kepada pasangan adalah manusia yang kalah dengan ujian.
6.Anak-anak.
Anak-anak adalah ujian.Allah mewajibkan ibu bapa memberi didikan yang baik kepada anak-anak.Ramai ibu bapa menjadi role-model yang buruk seperti suka berbohong,mengumpat,tidak solat,minum arak dan sebagainya.Tindakan buruk akan dicontohi anak-anak dan merekalah ibu bapa yang kalah dalam ujian.
Ibu bapa tidak mampu memberi hidayah kepada anak-anak kerana hidayah itu milik Allah sebagaimana anak Nabi Noh a.s yang kufur dan ke Neraka.Namun sebagai manusia kita perlu berusaha memberi nilai dan pendidikan yang baik.
Jangan menjadi ibu bapa yang pasrah kepada ketentuan Allah tanpa berusaha sdgkan Islam mengajar kita berusaha.Ramai ibu bapa tidak berusaha menanam iman dalam jiwa mereka serta juga tidak menanam iman dalam jiwa anak-anak,maka lahirlah anak yang suka merempit,menghisap dadah,berzina,buang bayi dan sebagainya.Itulah manusia yang tewas dalam ujian.
Demikianlah Allah menurunkan ujian kepada manusia.Ujian bukan untuk menyeksa manusia,namun ujian adalah cara dan kuasa Allah menguji keimanan seseorang.Manusia yang bersabar,bersyukur dan berusaha akan berjaya,manakala manusia yang tewas dengan ujian bukan sahaja merana di dunia,malah dicampakkan ke Neraka.
Di sini saya turunkan ujian yang pernah dihadapi sejak bergelar manusia :
1.Fitnah gila.
Saya pernah difitnah gila oleh saudara mara sendiri ,orang kampung hanya kerana saya mengalami kejatuhan dalam bisnes.Malah mereka malu bertegur sapa .Memang amat menyedihkan fitnah ini....mata ini merembes bila membaca catatan diari usang yang kini telah hitam legam tulisannya kerana dimamah usia...
2.Berbuka puasa dengan air paip.
Ketika miskin,saya pernah berbuka puasa dengan hanya air paip tanpa sepotong kuih.....itulah sahaja yang ada...
3.Ditipu saudara sendiri.
Saya pernah menjual kereta kepada saudara sendiri tanpa menukar nama kerana yakin saudara adalah amanah dan jujur.Namun akhirnya dia tidak membayar bayaran bulanan sdgkan ia mampu dan kereta ditarik.akhirnya saya yang terpaksa membayar hutang bank dan dia terlepas kerana nama kereta nama saya.
4.Hampir gagal dalam peperiksaan.
Ketika di Universiti,saya tinggal dengan dua pelajar dr Malaysia.pada hari ujian selepas solat Subuh saya tidur dan memesan teman agar membangunkan saya pada jam 9 pagi dan mereka pun ada kertas yang sama.Namun mereka pergi tanpa mengejutkan saya.Bila tersedar ada 15 minit lagi waktu habis.terus bergegas berlari ke dewan peperiksaan dan berbaki 10 minit lagi.Alhmdulillah saya lulus kertas tersebut walaupun markah 60 sahaja.markah lulus adalah amat penting kerana gagal satu kertas akan menyebabkan ulangan satu tahun!Alhmdulillah pada tahun tersebut juga mendapat tempat pertama dalam senarai pelajar Malaysia daripada 50 pelajar kerana mata pelajaran lain dapat markah cemerlang.
5.Manuskrip gagal dan gagal.
Sebelum berjaya menjadi penulis,manuskrip dihantar kepada pelbagai penerbit namun asyik gagal dan hampir2 putus asa.Bertahun-tahun menulis namun tiada satu pun berjaya.Doa ,usaha dan memperbaiki kelemahan akhirnya mmebuahkan kejayaan.Pada 2005 buku pertama terbit iaitu Panduan menjadi ibu bapa cemerlang.Selepas itu tekun menulis dan berjaya menghasilkan enam buah buku setakat ini...
Terlalu banyak ujian dihadapi dalam kehidupan ini.Jika mahu ditulis dalam nota ini,sudah tentu 1000 malam dan siang pun belum habis menulisnya.Ujian tidak pernah melemahkan semangat,namun ujian itulah melahirkan jiwa yang teguh dan iman yag kental menghadapi kehidupan.
Quran menceritakan beberapa ujian ,antaranya :
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)
Quran juga menceritakan ujian kepada para Nabi :
1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)
Sebagai manusia,air mata dalam menghadapi ujian adalah lumrah.Namun ujian tidak pernah membunuh semangat untuk melayari kehidupan.Malah nota ini ditulis,mata ini mahu merembes kerna mengingatkan pelbagai ujian yang melanda diri...
Neraka itu amat mudah.Jika menghadapi ujian namun tidak syukur dan sabar,malah menyalahkan Allah swt ,maka Nerakalah bagi mereka.
Kesabaran itu bukan mudah.Kesyukuran itu bukan mudah.saya membaca zikir Lailahaillallh ,Ya Shobur,Ya Syakur sepanjang hari dan malam agar diberikan kekuatan kesabaran dan kesyukuran dalam kehidupan.
Melawat kehidupan manusia miskin dan orang sakit di hospital adalah cara bersyukur dan bersabar.Begitu juga membaca Fatihah ketika melalui perkuburan walaupun sdg memandu agar memberi pahala kepada mereka walaupun tidak kenal mereka.Itulah antara cara mendapatkan kesyukuran dan kesabaran.
Walau apa pun ujian,hadapilah dengan kesabaran dan kesyukuran.Kehidupan dunia hanyalah sementara dan fikirkan ujian yang telah dihadapi para Nabi dan Rasul serta sahabat mereka yang lebih dahsyat dan mengerikan.
Ingatlah,manusia yang hidup dengan penuh kesenangan dan tidak merasai kenikmatan ujian adalah manusia yang rugi.Ujian adalah tanda Allah menyayangi kita sebagi hamba-Nya...
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat Imam Tirmizi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmizi.]
Baginda saw juga berkata dalam sahihnya “Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.”
Bersabarlah dengan apa sahaja ujian,kecil atau besar kerana ujian yang diikuti dengan kesabaran dan kesyukuran adalah manusia yang menang.
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]
Saya menulis pelbagai nota untuk mendidik diri sendiri dan keluarga,juga fans Kisah teladan.Saya amat berharap fans mempromosi Kisah Teladan agar lebih ramai mendapat manfaat dengan nota dan pelbagai manfaat dalam status,gambar dan sebagainya.Jika seorang fans menarik 100 pengguna FB,maka jadilah fans ratusan ribu...
Semakin ramai fans,semakin ramai mendapat manfaat.War2kan kepada pengguna FB.Kita berkongsi pahala dengan apa yang kita lakukan.Hidup ini sementara,manfaatkan kehidupan.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah swt Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui....yang lemah,naif dan serba kekurangan adalah diri sendiri....
NOTA DITULIS PADA 1 Februari 2011 / 27 Safar 1432
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment