Tuesday, January 24, 2012

NOTA 16 : MENCARI KEBAIKAN PASANGAN…

MENCARI KEBAIKAN PASANGAN…

"Sebahagian sunnahku adalah perkahwinan.Barangsiapa yang membenci sunnahku,
maka ia bukan daripada golongan kami"
~~Baginda saw ~~

Bismillah
dengan nama Alah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih…
Jam sudah menunjukkan 2.05 minit pagi Rabu 22 Jun 2012
Jika kiamat 1000 tahun lagi,syukur kepada Allah kerna pasti aku tidak akan bertemu kiamat…

Alhamdulillah,aku dah kahwin……dah lama kahwin,dah dapat empat cahaya mata…berkahwin adalah nikmat.

Nikmat kasih saynag,nikmat mendapat cahaya mata,nikmat mendapat teman mesra,nikmat pelbagai nikmat yang hanya dirasai manusia yang menghargai perkahwinan…

Di Kelantan ,seorang suami zalim mencurah asid ke muka isterinya dan cacatlah muka isterinya.Jangan cakap orang Kelantan jahat berdasarkan kes ini ,kerna manusia jahat berada di mana-mana…

Di Pahang suami menendang isterinya yang mengandung hingga gugr anak dan meninggalllah anak dalam kandungan.Jangan cakap orang Pahang jahat,manusia jahat di mana-mana…

Di Negeri Sembilan,seorang isteri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bujang ketika suaminya bekerja..Jangan cakap orang nogori jahat..org jahat di mana-mana…

Kisah-kisah benar tersebut adalah benar dan dilaporkan dalam akhbar.

Tujuan perkahwinan adalah mengikat kasih sayang teruna dan dara….melahirkan kasih sayang dan memberi zuriat agar manusia berkembang biak…


Namun tidak semua perkahwinan melahirkan kebahagiaan dan kasih sayang.Pelbagai masalah menimpa pasangan berkahwin.Ada yang baru bernikah 1 malam,esoknya bercerai.Ada pula sudah mempunyai cucu,bercerai.Itulah rencah kehidupan berumahtangga…

Apakah kebahagiaan dalam rumah tangga?Kepuasan..
Kepuasan mmepunyai teman cerita,kepuasan hubungan seks,kepuasan mendapat rezeki halal,kepuasan kerja sama dan pelbagai kepuasan.Kepuasan dalam rumah tangga melahirkan kebahagiaan.

Dalam dunia perkahwinan,ramai meneruskan hubungan walaupun tidak mendapat kepuasan dan kebahagiaan kerna anak-anak.Mereka tidak mahu anak-anak terpisah hubungan antara ayah atau ibu.

Jika ia berlaku,mereka amat malang……kerna manusia berkahiwn mencari kebahagiaan,bukan merana dan kecewa..

Dalam hubungan suami isteri,pertengkaran dan perbalahan adalah perkara biasa kerna ia adalah proses persefahaman.Namun pertengkaran sepanjang hari dan malam,365 setahun bukanlah mencari persefahaman,ia adalah mala petaka!

Bak kata arwah P Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri' ada benarnya…

Lelaki dan wanita amat berbeza.Isteri menghargai suami dengan kata-kata dan luahan,namun lelaki pula menghargai isteri dengan perbuatan.Amat berbeza suami.Ada suami membelikan rantai emas buat isteri,ada suami menahan diri dari melakukan perbuatan tidak disukai isteri seperti melepak waktu malam di luar rumah dan sebagainya….

Ada juga isteri menghargai suami dengan diam…diam sepanjang masa…Walaupun suami rajin membasuh pakaian,menjemur,mengemas rumah,menyapu sampah,memasak namun isteri diam sahaja.Ucapoan terima kasih sayang amat berat seakan mahu menelan ubat pahit…Mujurlah isteriku tidak sedemikian.Hatta mengambil bantal untuknya pun diucapkan terima kasih..

Penghargaan adalah penting dalam rumah tangga iaitu saling menghargai.Suami menghargai isteri dan isteri menghargai suami.Tindakan melempang isteri,tidak mmebantu utusan rumah tangga adalah contoh suami tidak menghargai isteri.

Begitu juga suami yang suka melakukan perbuatan dibenci isteri.Begitu juga isteri yang suka melakukan perbuatan yang dibenci suami..


Ada isteri meluahkan perasaan pada suami jika kecewa dgn sikap isteri.Begitu juga Suami.Ia mungkin membawa kebaikan jika pasangan berterima kasih dan mahu berubah,namun amat berbahaya kepada pasangan yang berasa pasangan suka mencari salah siang malam..masak lambat seminit pun dah membebel bak hon keretapi…

Aku mungkin berbeza dari suami lain.Bila aku kecewa dengan sikap isteri,aku lebih suka berdiam diri dan isteri aku faham.Bila dia faham,dia berubah sikap menjadi lebih baik.Namun kadangkala aku diam,isteri aku masih x faham atau buat-buat x faham…Aku terpaksa guna plan B…Plan B adalah rahsia!

Pakar motivasi sering menasihati agar pilih waktu terbaik iaitu selepas memadu asmara.Menasihati dengan baik selepas memadu asmara adalah masa dan situasi terbaik.Namun kadangkala ia tidak efektif…sepatutnya selepas memadu asmara pasangan bercerita atau memuji kehebatan pasangan masing-masing atau terus tidur………….

Kebaikan mencari kelebihan pasangan adalah menanam sifat kasih sayang dan berasa pasangan amat penting dalam hidup.Seorang suami contohnya memikirkan kebaikan isteri memasak ,menjaga anak,melayan kemahuan seks dan sebagainya.Seorang isteri pula memikirkan kebaikan suami yang sering membantu isteri di rumah,rajin mencari rezeki,memberikan ahdiah dan sebagainya..

Apabila kita sering mencari kebaikan pasangan,ia akan melumpuhkan kelemahan dan kesalahan isteri.Ini akan mengurangkan tekanan dan pertengkaran.Pertengkaran berlanjutan hanya menambah stress dan ketidakstabilan emosi.

Dalam kehidupan rumah tangga,isteri zaman moden amat penat.Bekerja,pulang ke rumah memasak,menguruskan rumah,menguruskan anak-anak sendirian berhad jika tiada orang gaji.Memang amat bersimpati dengan isteri zaman moden berbanding isteri zaman dahulu hanya tinggal di rumah menguruskan rumah tangga.

Dalam kepenatan isteri bekerja dan menguruskan rumah tangga,ada juga suami suka melepak membaca akhbar.Selepas makan malam ghaib pula berpolitik di kedai kopi atau restoran…Amat kasihan isteri memiliki suami sedemikian…

Masa itu emas.Seorang suami sepatutnya menghabiskan banyak masa di rumah melayan anak isteri….jika YB atau Menteri memanglah terpaksa keluar siang malam menguruskan rakyat.Itu adalah tugas mereka.

Seorang suami yang sering memikirkan kebaikan isteri tidak akan memukul isteri,apa lagi menyebabkan isteri cedera dengan asid dan sebagainya.Begitu juga seorang isteri.Isteri tidak akan mengeluarkan perkataan laser maut kepada suami jika isteri menghargai suami.Isteri tidak akan main kayu tiga atau empat lima enam sepuluh kayu…

Seorang isteri atau suami mahu dihargai dan cara penghargaan adalah berbeza dari individu ke individu .Manusia ini berlainan sikap dan watak.

Ramai suami kecewa dengan lidah wanita.Kebanyakan isteri menggunakan lidah yang tajam dan laser untuk menyakiti suami.Jika wanita itu tahu betapa besar dosanya melakukan sedemikian,sudah tentu isteri di dunia ini amat berhati-hati menggunakan lidahnya..

Begitu juga ramai isteri kecewa sikap suami yang suka keluar malam mengeteh berpolitik malam-malam kecuali malam Jumaat.Malam Jumaat suami biasanya melepak di rumah mennati waktu emas.

Dalam hubungan rumah tangga,persefahaman adalah penting.Memikirkan kebaikan pasangan akan memupuk persefahaman.Namun setiap pasangan perlu memperbaiki diri dengan muhasabah diri.

Muhasabah dan perbaiki diri akan menjalinkan hubungan dengan lebih baik.Mulut laser akan bermulut madu.Suka main kayu tiga akan main kayu satu.Malas membantu isteri akan menjadi rajin.Kita perlu ubah segala kelemahan dan kesilapan demi mendapat kepuasan dan kebahagiaan…

Aku sayang isteri aku walaupun isteri tidak berpelajaran tinggi.Ketika berpisah 2 minggu dia pi enjoy sakan ke luar negara,hanya Tuhan yang tahu betapa tidur termimpi ,siang berasa malam,malam berasa siang…

Setiap hari bertenet dalam telefon hingga panas telinga aku ….

Aku selalu ucapkan kepada isteri aku sayangkan dia sebab dia memberikan aku anak-anak yang amat berharga.Ramai manusia berkahwin belasan tahun,malah puluhan tahun tidak mendapat zurait..Aku amat menghargai isteri..baru minggu lepas belikan rantai tangan emas buatnya….dia suka emas,aku beli emas…kereta Ferrari aku x mampu beli,kalau mampu pun aku takkan beli,naiklah kereta buatan Malaysia…

Aku selalu beritahu anak-anak agar mereka sentiasa sayangkan ibu mereka melebihku.Aku didik anak-anak sedemikian agar mereka sedar ibu mengandungkan mereka 9 bulan dalam kepayahn dan kesusahan..

Anak bongsu aku selalu cakap "Ayah best!".Bila aku tanya dia kata "Ayah bawa adik jalan-jalan,makan KFC….,main buai.."begitulah keletahnya anak bongsu yang akan menjangkau 3 tahun bulan depan…bila dia cakap ayah best,aku bgtahu dia ,mak pun best!

Dah ngantuk….mahu tidur dulu.6 pagi dah bangun meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia..
Terima kasih kerana membaca.Hidup ini indah,nikmatilah………..

nota DITULIS PADA :
3.10 pagi
22 Jun 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment