Tuesday, January 24, 2012

NOTA 39 : KEJAYAAN YANG MERUGIKAN

KEJAYAAN YANG MERUGIKAN.

Bismillah...
dengan nama Allah Maha Rahman lagi Maha Rahim....
Ramai manusia hairan dan bertanya “Bgmana seorang Islam yang kaya dan berharta ,malah sihat walafiat namun mereka tidak pernah menunaikan solat,tidak membayar zakat,apa lagi bersedekah?”
182. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik
mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang
mereka tidak mengetahuinya.
surah al-A’raaf
Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf
ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru
maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat :
44. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan
mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala
kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan
bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami
timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang
membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang
pertolongan).
45. Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya
dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan
menyebut): Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian Alam.
Allah memberikan kejayaan kepada orang islam yang ingkar dan maksiat kerana Allah mahu mereka merasai nikmat dunia seenaknya namun dlam kubur mereka diazab hingga kiamat.Akhirat pula mereka dicampakkan ke Neraka Jahannam bersama Firaun dan Qarun...
Janganlah hairan dengan manusia yang berjaya dan mendapat pelbagai nikmat walaupun mereka tidak patuh dengan ajaran Quran dan hadis.Allah menjadikan segala nikmat dan kejayaan bersifat sementara sahaja iaitu nikmat dunia.
Dalam Islam,nama dan beragama tidak bernilai jika tiada Iman dalam jiwa.Jika hanya bernama Mohamad dan Fatimah namun tiada keimanan dan ketakwaan maka akhirat bersama golongan kafir di Neraka.
Kita jangan tertipu dengan kejayaan manusia yang dilalaikan dengan nikmat.Kita jangan jadikan mereka contoh kerana contoh terbaik adalah Baginda saw dan para sahabatnya.
18. Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan
segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa
yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di
akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi
tersingkir dari rahmat Allah.
19. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amalamal
yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang
dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan
amal usahanya.
surah al-Israa'

NOTA DITULIS PADA FEBUARI 2011

Saat Sulaiman @2012

No comments:

Post a Comment