Tuesday, January 24, 2012

NOTA 47 : SUAMI TONGGAK KEIMANAN SEBUAH KELUARGA

SUAMI TONGGAK KEIMANAN SEBUAH KELUARGA...


“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu
(berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam
segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.”
surah at-Tahrim ayat 6
Suami adalah ketua keluarga dan perlu menunjukkan kepimpinan sebagai ketua.Pabila rosak ketua,maka rosaklah keluarga.Suami berkewajipan mendidik diri sendiri dan ahli keluarga agar berusaha menjadi manusia beriman dan bertakwa.
Pada zaman moden ramai manusia sorak kerna sikap ibu bapa yang mencarikan calon untuk anak gadis mereka di kalangan manusia rosak dan tidak berakhlak.”Ala..tak payah nak tengok solat ke tidak,yang penting gaji besar...senang anak kita nanti..”Itulah ayat kebanyakan ibu bapa moden.
Mereka tidak tahu bahawa memilih pasangan anak gadis mereka dari kalangan lelaki yang rosak bakal melahirkan sebuah keluarga yang rosak...
Jika dilihat dalam soal-jawab agama,kebanyakan masalah adalah ditimbulkan oleh suami.Ramai isteri menulis surat kepada ruangan soal jawab agama dalam internet,surat khabar dan sebagainya menceritakan sikap suami yang tidak solat,suka berjudi,mabuk,tidak membantu urusan rumah tangga dan sebagainya.Memang memalukan sikap suami zaman moden ini....
Kejayaan sebuah negara bergantung kepada masyarakat dan masyarakat terdiri daripada keluarga.Jika keluarga dihidupkan dalam keimanan,maka masyarakat maju dan berjaya seterusnya melahirkan sebuah negara “Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghofur.... “
Apabila suami jahil,ia tidak mampu mendidik dirinya sendiri.Bgmana mahu mendidik keluarga jika diri sendiri jahil?
Cuba kita lihat seorang suami yang berjubah dan berserban,adakah isterinya memakai skirt pendek dan tshirt tangan pendek ke mana-mana?Tentu tidak..kerna suami yg soleh akan mendidik isterinya menjadi solehah..



Boleh dikatakan bahawa suami adalah paksi kejahatan kepada sebuah keluarga.Jika suami tidak bersolat dan puasa,anak isteri mungkin akan mengikut telunjuk ketua keluarga ini.Memang diakui wujud juga isteri yang beriman walaupun suaminya tidak bersolat dan puasa,namun jumlahnya amat kecil.
Kerosakan sebuah keluarga lahir dari suami yang menjadi ketua.Ketua menunjukkan sikap teladan yang buruk,maka ahli keluarga akan terpengaruh dengan sikap buruk. Quran ada mengisahkan Nabi Noh adalah ayah yang baik dan seorang Nabi,namun anak dan isterinya kufur dan menjadi ahli Neraka.Ini menunjukkan bahawa Allah mahu mengingatkan kita agar sentiasa berusaha agar tidak berlaku sedemikian.Kisah tersebut diceritakan untuk menunjukkan hidayah adalah kuasa Allah .
Quran membawa kisah Asiah isteri Firaun ke syurga, isteri nabi Noh ke Neraka adalah sebagai peringatan kepada kita agar menjadikan kisah ini sebagai pengajaran,bukannya memperlekehkan Nabi.Ramai ibu bapa menjadikan kisah Quran sebagai ejekan “Anak nabi Noh pun ke Neraka,apalagi anak kita manusia biasa”.Ayat tersebut adalah salah dan silap.
Quran menceritakan sebagai peringatan bahawa hidayah adalah mahal harganya dan menjadi panduan kepada manusia.Walaupun Asiah menjadi isteri kepada manusia kufur bernama Firaun namun beliau berusaha beriman kepada Allah.Ini menunjukkan bahawa iman boleh dicari walaupun mendapat pasangan tidak beriman.
Seorang isteri yang taat kepada Allah dan beriman agak susah mendakwah suami jahil kerna suami adalah ketua keluarga.Ini kerna seorang suami mempunyai ego sebagai ketua keluarga dan merasakan diri mereka betul.Jadi,jalan terbaik adalah memilih suami beriman dan bertakwa supaya anak-anak yang dilahirkan bakal menjadi anak-anak beriman.Jika tidak mahu masalah,elakkan lelaki tidak beragama menjadi suami.Itu adalah jalan terbaik.
Jangan kelabukan mata dengan gaji yang tinggi dan kereta mewah hingga membelakangkan agama.
Agama dan iman adalah penting.Memilih suami tidak beriman bakal melahirkan anak-anak yang rosak dan maksiat.
Memang iman boleh dicari namun apa yang dikhuatiri suami tidak beriman tidak berubah dan terus jahil..maka jadilah sebuah rumah tangga hidup dalam kejahilan...
Ramai suami tidak solat,memberikan wang haram kepada keluarga,tidak membawa keluarga menghadiri kuliah agama,menggalakkan keluarga dalam hiburan melalaikan,membuang masa dengan hobi memancing hingga mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya.Apabila suami rosak,maka bibit kerosakan akan terpercik dalam ahli keluarga.




Seorang wanita solehah akan meninggalkan tudung dan berpakaian seksi pabila suami menghendakinya.Ia banyak berlaku dalam masyarakat apabila seorang anak gadis yang rajin solat dan menutup aurat akhirnya berubah akibat mendapat suami yang jahil.
Begitu juga ramai gadis yang rajin beribadat meninggalkan ibadat dan hanyut dalam dunia kemewahan pabila mendapat suami kaya dan tidak beriman.
Suami adalah ketua dan berkewajipan mendidik ahli keluarga.Jika suami kurang ilmu agama,belajarlah ilmu agama dan bawa keluarga ke masjid atau surau menimba ilmu.Itulah kemahuan mahu mencari keimanan.
Negara ini tidak kurang pusat mendapatkan ilmu.Kehidupan moden memudahkan manusia mendapatkan ilmu,malah dengan penggunaan wahana Yahoo Messenger,seseorang boleh belajar tajwid dari orang alim yang tinggal beribu batu jauhnya.Itulah kemudahan zaman moden,namun ramai tidak memanfaatkannya.
Suami perlu berubah dan berusaha mencari keimanan jika kurang ilmu agama.mantapkan diri dengan ilmu agama dan ajarkan anak isteri.Alangkah bahagianya jika anak-anak membesar dengan pandai membaca Quran dari seorang ayah.Alangkah indahnya anak-anak kenal tokoh Islam dari seorang ayah.
Alangkah bahagianya anak-anak mendapat sikap baik dari seorang ayah.Pabila ditanya guru
“Mengapa kamu sentiasa bercakap benar?’ jawab si anak “Ayah kami sentiasa benar dan kami mencontohinya...”Itulah teladan yang baik...
Suami adalah ketua yang mempimpin sebuah keluarga.jadilah ketua yang menanam iman dalam jiwa diri sendiri dan keluarga.Adalah malang menjadi ketua yang jahil dan melahirkan sebuah keluarga jahil.
Apa yang menyedihkan,anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsa kejahilan seorang ayah dan mereka merasai bahang Neraka di akhirat nanti................


NOTA DITULIS PADA DISEMBER 2010

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment