Tuesday, January 24, 2012

NOTA 25 : CATATAN AMALAN...

CATATAN AMALAN...

" Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami
tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan
dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu
kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata."
surah Yaasin ayat 12.

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..

Jam menunjukkan 8 .12 malam,23 Jun 2011,aku kini di rumah.Sambil berita berkumandang di TV Sony,aku mencoretkan sepatah dua tiga patah buat tetamu Kisah Teladan.Bagi tetamu setia,mereka amat rindukan bingkisah dari tuan rumah.Bagi mereka yang lain,mungkin Kisah Teladan ini tiada apa-apa..hanya sebuah Facebook.

Badan masih penat.Sampai rumah hampir Maghrib,berehat dan mandi.Selepas solat ,makan malam bersama anak-anak.Ibu mereka masih di premis bersama pekerja menguruskan bisnes.

Aku yang kepenatan,hanya berehat di rumah melayan anak-anak.Syahirah dan Safa sedang bermain pelbagai jenis permainan yang ada di rumah..Bila melihat mereka,alangkah bertuah mereka.Ketika kecil sebaya mereka,aku tiada mainan.Hanya memungut kereta mainan yang rosak di tong sampah.Itulah permainanku ketika kecil...Ada kereta mainan yang ku kutip,hanya beroda dua.Namun aku berasa amat seronok dapat bermain dengan bahan terbuang...

Apabila manusia baligh,maka bermulalah Malaikat Raqib dan Atid memulakan tugas,iaitu mencatat segala amalan manusia.Aku pun dah lupa tarikh bila aku baligh,yang aku ingat ketika usiaku 15 tahun,aku bangun tidur dan basah seluarku.Ia melekit.Itulah kali pertama dalam hidup dan aku yakin ia adalah air mani dan aku telah baligh.

Malaikat Raqib dan Atid tekun mencatat siang dan malam.Sehari 24 jam,setahun 365 hari.Itulah tugas mereka.

Mereka mencatat dari manusia baligh hinggalah nafas manusia terhenti.Segala amalan baik dan buruk dicatat dengan teliti sama ada perbuatan,tarikh dan sebagainya.

Manusia melakukan pelbagai perbuatan dan meluahkan pelbagai perkataan dengan lidah.Apa sahaja terlintas dalam hati juga dicatat.Manusia boleh lupa segalanya namun ia telah tercatat.Setiap hari manusia moden yang mempunyai Facebook menggunakan FB dan menulis,memasukkan gambar,menulis komen dan sebagainya.Ia semua dicatat kerna Malaikat Raqib dan Atid tidak pernah tidur dan bertanggungjawab menulis segalanya.

Manusia yang mahukan pahala,sentiasa menggunakan pancaindera dan anggota untuk kebaikan.Mereka sedar Malaikat akan menulis segalanya.Manusia juga takutkan dosa walaupun berada di kawasan tersembunyi kerna tahu Malaikat berada di kiri kanan sepanjang masa.

Kita diajar agar mempunyai kepercayaan bahawa 10 Malaikat wujud.Ia termasuk dalam rukun iman.Namun sekadar percaya dan tidak menghayati tugas Malaikat adalah merugikan.Manusia yang percaya Malaikat Raqib dan Atid bertanggungjawab menulis segala amalan manusia,sudah tentu berhati-hati untuk meluahkan sepatah perkataan dan memikirkan sedalamnya.

Itulah kualiti beriman dengan Malaikat.Bukan sekadar tahu mengira nama Malaikat dan tugas mereka.

Manusia yang ke mana-mana membawa "Raqib dan Atid " ,akan sentiasa berfikir "Jika aku mencuri,Malaikat akan menulis.Jika akau berzina,Malaikat akan menulis.Apa pun kejahatan yang aku buat akan ditulis".Fikiran sedemikian akan menjadikan manusia menjauhkan kejahatan dan maksiat.

Kita lihat manusia berzina,membuang bayi,merempit,menghisap dadah,memakan rasuah,memakan riba,membuang toksin dalam sungai ,membunuh dan sebagainya kerna mereka tiada dalam fikiran mereka penghayatan iman kepada Malaikat.Jika ada,sudah tentu manusia tidak berani melakukannya kerna setiap apa sahaja akan dicatat.

Dalam ayat-ayat Tuhan di atas,ia jelas Allah mengatakan bahawa segala amalan manusia akan dicatat.Manusia beriman yang menghayati ayat tersebut akan berfikir dengan teliti setiap patah perkataan dan membuat keputusan bijak sebelum apa sahaja perbuatan yang manhu dilakukan.


Sebagai manusia,kita diajar untuk muhasabah.Muhasabah mengenai perkataan yang diluahkan.Muhasabah mengenai perbuatan dan niat,muhasabah mengenai kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.


Muhasabah diri amat ajaib.Seseorang bangun malam,bertahajjud dan berzikir.Berdoa dan memohon ampun kepada Allah.Kemudian merenung segala perbuatan dan perkataan yang telah dilakukan sepanjang hari.Tanyalah diri sendiri,adakah aku mengumpat hari ini?Dari mana sumber erzekiku?Adakah aku bekerja curi tulang?Adakah aku pecah amanah?Adakah aku ambil tahu masalah jiran dan membantu mereka?Adakah aku mengganggu jiran?Adakah aku sentiasa menyombong diri?Adakah aku suka menghina ornag lain?Adakah aku suka melaser suami dengan laser yang dahsyat?Adakah aku mmebantu isteriku di rumah?Adakah aku ke masjid menghadiri kuliah ilmu?Adakah aku menggunakan Facebook hanya untuk menghabiskan masa lapang?Adakah aku bekerja sambil melayan Facebook?Adakah aku mengajar anak mengaji Quran ?Adakah aku rajin bersedekah?Adakah dan adakah............

Di atas sejadah di awal pagi yang sunyi,muhasabah dan catitkan segala kesalahan.Berazamlah mahu berubah.Jika semalam aku telah mengumpat,aku mahu berubah.Teman-temanku terkenal dengan suka mengumpat dan aku perlu cari teman lain yang lebih soleh.

Tanyalah diri sendiri dan catatkan.Kita akan bertemu kesalahan dan kesilapan.Kesalahan dan kesilapan perlu dijauhkan agar tidak berulang terutama dosa besar seperti mengumpat,berzina,menghina orang,sombong,bakhil dan sebagainya.

Muhasabah akan berkesan jika ikhlas mencari kesalahan diri sendiri.Ikhlas meneliti segala perbuatan dan sikap .Ikhlas mahu mencari segala kesalahan diri.Kemudian apabila menemui segala kesalahan dan kesilapan,berusaha berubah dan insaf.Berusaha menjauhkan segala perbuatan buruk.Berusaha meninggalkan tabiat buruk.Itulah muhasabah yang efektif.

Saidina Omar al-Khattab pernah berkata "Muhasabahlah diri kamu sebelum kamu dimuhasabah"Ayat ini perlu diambil perhatian orang Islam.Dunia ini tempat kita muhasabah kerna akhirat nanti Allah swt akan mengira segala amalan kita.

Manusia perlu berhijrah setiap hari,bukan menunggu 1 Muharram ,barulah mahu berhijrah kepada lebih baik.Hijrah adalah sepanjang waktu.

Berbilion patah perkataan kita ucapkan.Ia semuanya dicatat sama ada baik atau jahat.Seorang isteri yang mengatakan suami tak guna dan tidak tahu cari duit,akan dicatat.Seorang suami yang mengatakan isteri tidak berguna,juga dicatat.Ketika memandu kereta dan melihat kereta buruk,hati mendengus "apa kereta buruk...buang longkang lagi bagus",juga akan dicatat.


Melihat penyapu sampah dan berkata dalam hati "Belajar malas,sebab itu jadi penyapu sampah" juga dicatat.Apa sahaja akan dicatat Malaikat.


Melihat manusia berpakaian buruk dan berkata kepada anak-anak "Orang itu busuk,jangan dekat" juga dicatat.

Manusia sering melemparkan tuduhan kepada orang yang berpakaian selekeh dan buruk sebagai gila,sedangkan mereka bukan gila tetapi miskin dan tidak mampu membeli pakaian yang cantik.

Manusia sentiasa angkuh dan sombong bila memiliki kelebihan dan nikmat berbanding mereka yang kekurangan.Kita jarang melihat orang miskin menghina orang kaya kerna orang kaya yang selalu menghina orang miskin.

Arwah P Ramlee adalah seorang anak Melayu yang bijak.Mempunyai bakat menulis skrip filem,lagu,lirik.Juga berbakat sebagai penyanyi dan pelakon.Filemnya penuh tawa mneyebabkan manusia tak kering gusi.Manakala filem sedih dan puitis pula menyebabkan manusia merembes.

P Ramlee melahirkan filem yang bermutu dan mengesankan.Walaupun ribuan kali ditonton,ia tetap evergreen dan mengasyikkan.

Filem P Ramlee banyak mengajar erti kemanusiaan.Filem Ibu Mertuaku menceritakan ibu mertua yang zalim dan kejam,sebagai pengajaran kepada manusia agar jangan memisahkan cinta sejati hanya kerana taraf berbeza.Ia juga memberi pengajaran kepada manusia agar pilih pasangan yang sekufu kerna pasangan tidak sekufu akan lahir banyak masalah.

Filem Anakku Sazali memberi banyak pengetahuan tentang keibubapaan.Akibat memanjakan anak sejak kecil,anak membesar menjadi manusia rosak.Itulah hakikatnya yang berlaku hari ini.Ramai ibu bapa moden memanjakan anak dan tidak bertegas.Pabila anak berzina dan mengandung luar nikah,barulah menyesal.

P Ramlee menggunakan lagu dan filem sebagai dakwah kepada manusia,namun ramai manusia hanya menonton sebagai hiburan,bukan mengambil pengajaran.

Seorang teman baik P Ramlee,S Sudarmaji menceritakan peribadi P Ramlee.Katanya P Ramlee adalah manusia yang amat menepati waktu.Beliau juga sentiasa menepati janji dan suka membantu teman-teman.Malah P Ramlee sentiasa menunaikan solat 5 waktu di mana pun berada.Jika aktiviti lakonan dilakukan di sawah,beliau akan solat di sawah.

Kematian P Ramlee ketika usia muda mengejutkan banyak pihak.Namun walaupun demikian,beliau meninggalkan filem dan lagu untuk manusia.

Aku menonton filem beliau sejak kanak-kanak dan kini dah dewasa nak tua pun masih suka menonton.

Jika dikaji filem P Ramlee,ia menunjukkan P Ramlee seorang yang berilmu dan mempunyai asas agama yang baik.Filem Madu Tiga contohnya,menceritakan watak suami yang suka berbohong demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga.Dalam Islam berbohong antara suami isteri diharuskan.

Dalam kehidupan manusia,pelbagai perkara dilakukan sejak baligh.Umur yang amat mencabar adalah remaja kerna ramai remaja rosak kerna sifat mereka yang ingin tahu.Remaja berzina,mencuba dadah,merempit,membuli dan sebagainya.Ramai manusia rosak ketika remaja.Aku bersyukur kepada Allah kerna ketika remaja,aku menghabiskan masa dengan belajar,kemudian bekerja.Selepas bekerja,aku habiskan masa membaca buku dan menonton filem.

Namun ramai manusia yang rosak ketika remaja menjadi manusia baik selepas berumah tangga.Jika ketika remaja sering ponteng puasa dan abaikan solat,setelah berumahtangga,mereka berubah kepada lebih baik.

Apa yang menyedihkan ramai juga manusia tidak berubah,malah lebih rosak.Bila berumah tangga mereka dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab hingga bekerja sepanjang masa mencari wang.Solat diabaikan,rasuah diamalkan demi mengejar wang.

Setiap amalan kita akan dicatat dan disimpan dengan baik.Pabila tiba hari akhirat,maka segala amalan kita akan dibentangkan di hadapan semua manusia sejak Adam hinggalah kiamat.Manusia perogol,pencuri,penzina,perasuah,peragut dan segala kejahatan akan dibentangkan satu persatu.Menyesal tiada guna kerna ia adalah hari pembalasan.

Aku mempunyai diari dan tekun menulis sejak usia 11 tahun.Sudah banyak diariku dimakan anai-anai dan koyak rabak akibat dimamah masa dan usia.

Diari amat penting kerna ia mejadi tempat menulis luahan perasaan,perancangan perniagaan,perkara penting berkaitan jadual,anak-anak,hutang piutang dan sebagainya.Sebagai manusia yang mudah lupa kerna banyak kerja,diari banyak mengingatkan aku.Kadangkala terlalu sibuk,aku tulis seminggu sekali...

Sebab itu aku mempunyai blog "Kisahmanusiabernamasaat".Aku tulis berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam hidup aku.Semua kisah benar tersebut diambuil dalam diari.Menulis amat penting bagiku kerna terlalu banyak tangungjawab dalam kehidupan.Sebagai seorang usahawan,penulis,ayah,suami dan pelbagai lagi jawatan tidak tetap yang disandang.
Aku amat takut hari akhirat.Segala amalan akan diperiksa dan ditimbang dengan terperinci.Kadangkala kita tidak sedar kesalahan kita seperti menonton wanita tidak menutup aurat pabila menonton berita setiap malam,ia menjadi dosa yang banyak kerna ditonton setiap hari.

Segala amalan dicatat oleh Malaikat tanpa henti.Apa yang menyedihkan ramai manusia meninggal dunia namun Malaikat masih mencatat dosa kerna mereka masih meninggalkan 'aset' .Contohnya seorang ayah meninggalkan harta dari hasil riba,maka digunakan anak-anak,maka dosa terus dicatat.Begitu juga manusia yang mengajar orang lain amalan syirik seperti tangkal dan pelaris,selagi manusia yang diajar amalkan ,maka selagi itulah dosa terus dicatat.

Namun amat beruntung manusia meninggalkan jariah.Membina masjid,surau,sekolah,jambatan dan sebagainya.Selagi ia berfungsi dan dimanfaatkan manusia,walaupun telah meninggal dunia,Malaikat terus mencatat kebaikan dan pahala.Itulah manusia yang beruntung..

Apa yang kita lakukan adalah tanggungjawab diri sendiri,maka fikirkan apa yang kita lakukan dan katakan seharian.

Kelemahan dan kesilapan adalah hasil diriku sendiri bernama Saat,manakala kesempurnaan dan kebaikan hanyalah milik Allah swt Maha Penyayang lagi Amat Berkuasa.

Terima kasih kerna membaca

NOTA DITULIS PADA :
9.43 malam 23 Jun 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment