Berfikiran positif melahirkan positif.
Keajaiban akal dan hati adalah mampu mempengaruhi manusia sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan.Akal dan hati juga boleh memberikan dosa atau pahala.
Ramai manusia tersilap cetusan dalam hati tidak memberi makna sedangkan ia didengari Malaikat Raqib dan ‘Atid dan mencatatnya.Pabila seseorang melihat wajah wanita yang hodoh dan berkata dalam hati “Alangkah buruk wajah wanita itu” pastinya dicatat sebagai dosa.Ia dikira dosa mengumpat dan adalah dosa besar.Jika tidak dimaafkan wanita tersebut mungkin kita terhumban dalam Jahannam.
Kehidupan kita perlu dihidupkan dengan mentaliti positif sama ada akal atau pun hati.Manusia berminda positif akan melahirkan kehidupan yang lebih baik .
Contoh yang mudah adalah seorang suami mendapati isterinya lambat memasak.Suami yang negatif akan memaki hamun isterinya sedangkan suami yang positif akan sabar menanti dan berfikir isteri juga kepenatan bekerja dan perlukan rehat sebentar sebelum memasak.Malah suami positif akan mencari punca isteri lambat memasak iaitu isteri perlu menyelesaikan urusan rumah tangga seperti membasuh pakaian,mengemas rumah dan sebaginya,maka suami akan membantu isteri melakukan pelbagai urusan rumah tangga.Amat besar perbezaan manusia positif dan negatif.
Manusia negatif akan menghina orang lain apabila melihat kereta buruk di jalanan.”Buruknya kereta itu.....”Manusia positif akan bersyukur kerna diberikan kereta yang lebih baik dan berdoa kpd empunya kereta buruk itu agar bertambah rezekinya hingga mampu membeli kereta yang lebih baik.Nampak tak perbezaan?
Apabila melihat wanita yang berpakaian seksi tentu ramai berkata “Perempuan ini mahu ke Neraka?”
“Tidak beriman betul....”,”Perempuan maksiat...” dan sebagainya.Adalah lebih baik kita mendoakannya dalam hati agar dia mendapat hidayah dan menutup aurat dengan baik jika tidak mampu berdakwah dengan kata-kata...Itulah berfikiran positif.
Ramai ibu bapa menasihati anak-anak pabila bertemu penyapu sampah “Anak..nanti belajar pandai-pandai..kalau belajar bodoh nanti jadi penyapu sampah”...Sepatutnya menasihati anak “Tengok pakcik penyapu sampah itu..besar jasanya kepada kita.Kalau jumpa pakcik penyapu sampah,ucapkanlah terima kasih kerna mereka amat berjasa kepada kita”.nampak tak perbezaan manusia positif dan negatif?
Ramai manusia memiliki otak yang sihat dan sempurna tetapi sering melakukan
perkara kurang bijak.Ini disebabkan seseorang itu tidak memahami fungsi otak.
Antara fungsi otak ialah:
1.Otak adalah pusat maklumat kepada semua anggota badan.Semua pancaindera tidak
akan berfungsi dengan baik jika otak mengalami kerosakan.
2.Otak adalah punca segala kebijaksanaan dan kurang bijak.Otak membantu
manusia membaca.Otak juga memimpin seseorang mencipta pelbagai virus dan pepijat
untuk merosakkan komputer orang lain.Ini adalah bukti otak sumber setiap kelakuan
manusia.
3.Otak mampu memberi petunjuk antara kebenaran dan kepalsuan.
4.Otak mampu memberi perbezaan perkara positif dan negatif.
5.Otak membekalkan maklumat yang positif dan negatif.
6.Otak memberi idea.
7.Otak mampu memberi arahan.
8.Otak memberi ketenangan.
9.Otak memberi tekanan.
10.Otak mampu menimbulkan kemarahan.
11.Otak memberi tidur yang lena atau mengganggu keselesaan tidur.
12.Otak juga mampu merangsang kemahuan seseorang.
13.Otak mematikan keinginan dan kemahuan.
14.Otak mampu melemahkan fizikal.
15.Otak mampu memberi semangat.
16.Otak mampu berfikir dengan baik.
17.Otak menambah atau mengurangkan tekanan.
18.Otak menjadikan manusia waras dan gila.
19.Otak membuat manusia lupa dan ingat akan sesuatu.
20.Otak adalah pakar kejahatan dan kebaikan.
Manusia waras memiliki otak ,namun ramai tidak menggunakan otak untuk memiliki hati dan minda positif.Akibatnya ramai manusia berfikiran dan berminda negatif dan minda negatif akan melahirkan jiwa yang jahat dan keji.
Manusia yang tidak menggunakan akal dengan baik pasti ke Neraka kerna akal yang negatif akan melahirkan dosa sepanjang hidup..Dosa yang ditimbunkan pasti membawa seseorang ke Neraka.
Quran menceritakan penyesalan manusia ke Neraka melalui firman-Nya :
“Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal amal
baik untuk hidupku (di sini)!”
surah al-Fajr ayat 24.
NOTA DITULIS PADA 13 DISEMBER 2010
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment