Mengapa Melayu bergantung dengan produk bukan Islam?
"Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta
mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap
membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan
penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan dan
(ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka
Jahannam."
surah al-Anfaal – 36
Alhamdulillah ketika jam menunjukkan 2.35 minit pagi aku masih sihat berdepan laptop usang berjenama ASUS ini……Beginilah kehidupan seorang usahawan tegar,siang malam bekerja tanpa mengira penat dan letih….
Aku bersyukur kerana Allah memberi kesihatan baik.Jika sakit jantung mungkin amat takut berdepan internet.Membaca status mengerikan dari teman FB mungkin boleh menyebabkan pingsan.Penyakit jantung amat berbahaya..begitu juga darah tinggi,sakit buah pinggang,kanser dan sebagainya…
Aku selalu berdoa "Ya Allah Maha Berkuasa,jauhkanku dan keluarga dari segala penyakit berbahaya.Kurniakan kesihatan baik…"aku berdoa siang malam…
Islam itu agama yang bersih dan menghalalkan segala produk baik.Islam amat mementingkan kebersihan dan halal .Islam juga mementingkan usaha mengeluarkan produk halal dan bersih.
Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun namun bangsa Melayu masih bergantung dengan produk makanan dan minuman yang dihasilkan bukan Islam.Ini amat menyedihkan.
Kita mengakui bahawa produk dihasilkan bukan Islam tidak menjamin halal dan bersih.Akhbar Metro pernah melaporkan sebuah kilang bihun di Pulau Pinang beroperasi sebelah kandang babi.Memang menyedihkan perkara ini berlaku namun bangsa Melayu masih juga tiada kesedaran……….Mereka masih membeli bihun syarikat bukan Islam walaupun ada bihun syarikat Islam.
Ini membuktikan pengeluar bukan Islam tidak pernah memikirkan perkara halal dan bersih.Mereka hanya mencari keuntungan dan wang…
Walaupun Melayu mempunyai banyak bantuan melalui MARA,TEKUN dan agensi lain seperti Mardi,FAMA namun masih kurang usahawan Melayu terlibat dalam industri makanan dan minuman.Walaupun Melayu tahu mereka makan setiap hari dan malam namun mereka tidak peka untuk berusaha membangunkan industri makanan dan minuman demi memastikan pengguna Islam mendapat produk yang bersih dan suci…
Terlalu banyak produk yang dihasilkan bukan Islam atau diimport memang meragukan.Antara produk yang banyak digunakan orang Melayu adalah berus untuk mekap,apam balik,mengecat rumah dan menggosok kasut ,songkok dan ianya diperbuat dari bulu babi hutan.
Berus ini diimport dari China dan harganya lebih murah.Namun Melayu masih ramai yang tidak mengambil perhatian perkara ini…..Mereka hanya fikirkan murah.
Seorang pemburu yang selalu memburu dalam hutan memberi petua "Jika ingin tahu ia bulu babi atau tidak,lihatlah hujung bulunya.Jika terbelah dua,ianya bulu babi".Pemburu ini selalu ke hutan dan biasa menembak babi hutan kerana babi hutan amat berbahaya dan boleh membunuh manusia.
KIta lihat penjual Yong tau Fu.Pelbagai jenis tahu,sosej,bebola ikan dihasilkan dalam ramuan Yong Tau Fu.Namun dari manakah sumber produk?Mereka membeli produk bukan Islam.Bila ditanya mereka kata mana ada Melayu buka kilang sosej,bebola ikan dan tauhu?
Kita sebagai anak Melayu yang dilahirkan Islam perlu peka dengan isu halal dan haram produk,makanan dan minuman kerana ia digunakan dan dimakan setiap hari.
Aku pun tidak faham mengapa kerajaan kita adalah kerajaan Islam dan pemimpin Islam tidak mengambil berat perkara ini?Negara Singapura yang dikuasai Cina dan bukan Islam namun mereka mengharamkan penternakan babi kerana tahu najis babi itu kotor dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Kita dahulu pernah ditimpa wabak JE akibat penternakan babi di Telok Pelandok,Port Dickson…Namun penternakan masih diteruskan…Inilah manusia yang tidak pernah belajar dengan pengalaman..
Babi perlu diharamkan penternakan kerana ia memang kotor dan jijik.Malah banyak negara bukan Islam mengharamkan penternakan babi dan hanya mengimport daging babi dari negara China.
Bangsa Melayu perlu memiliki kesedaran dalam perkara ini.Melayu perlu menceburi industri pemakanan terutama sekali makanan kegemaran seperti bihun,kuewtiau,Maggi,bahan kek,pau,perasa minuman,makanan ringan dan sebagainya.Kita perlu menggunakan sos cili dan kicap buatan syarikat Islam.Kita perlu memakan Yong Tau Fu yang dibuat dari ramuan usahawan Islam..kita perlu menggunakan semua produk buatan orang Islam kerana orang Islam akan menghasilkan produk halal dan bersih kerana mereka juga orang Islam dan tahu Islam itu mementingkan halal dan bersih…
Dalam istilah Fekah,apa yang membawa kepada wajib maka ia adalah wajib.Contohnya solat perlu mengambil wuduk,tanpa wuduk solat tidak sah.Maka mengambil wuduk untuk menunaikan solat adalah wajib..
Kesimpulannya adalah wajib bangsa Melayu menceburi industri pemakanan dan melahirkan produk yang bersih dan halal.Ini adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan.
Memang diakui ramai bangsa Melayu menceburi industri pemakanan namun mereka hanya menumpukan dalam membuat kerepek,cencaluk,budu,baulu dan sebagainya.Masih kurang dalam menghasilkan pelbagai makanan dan minuman.
Majoriti makanan yang ada dalam negara kita dihasilkan syarikat bukan Islam.Malah Pau Ahmad yang menggunakan nama mulia dihasilkan bukan Islam..
Bangsa Melayu bukan bangsa yang bodoh.Ketika Melaka gemilang dan maju,siapakah memajukan Melaka?Bangsa Melayu…..Mereka yang memajukan Melaka hingga berjaya menjadi sebuah negeri kaya,makmur dan merdeka.Kemajuan Melaka menyebabkan Portugis sanggup berlayar ribuan batu untuk menyerang Melaka…
Ketika Pak Lah menerajui negara,beliau berusaha memajukan pertanian dan industri pemakanan namun pengkritik memperlekehkan usaha beliau.Usaha beliau banyak melahirkan usahawan Melayu yang berjaya menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman.Kini segala dasar beliau telah ditukar oleh pemimpin baru…Memang menyedihkan.
Kita berbangga dengan ramai jutawan dan bilionair Melayu namun tidak ambil kisah dengan sumber makanan dan minuman yang kita lahap setiap hari.Walaupun kita memakan bihun pasar malam atau restoran Melayu,namun bihun itu dibuat syarikat bukan Islam….
Pemakanan adalah penting.Jika kita makan dan minum dari sumber haram,maka ia akan mempengaruhi jiwa kita.Justeru pada masa kini ramai manusia bukan buta matanya,tetapi buta hatinya.
Manusia yang buta hatinya akan melahirkan Mat rempit,penzina,pembuang bayi,kaki rasuah,mengabaikan pelajaran,kaki buli,samseng,vandalisme,berkhalwat,seks bebas,peragut,penagih dadah dan pelbagai kejahatan dan kerosakan.Ini membuktikan pemakanan mampu mempengaruhi jiwa dan minda manusia.
Adakah kita mahu terus memakan makanan dan minuman yang tidak halal dan bersih,kemudian akhirat pula merasai makanan yang amat mengerikan?
Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Umamah
r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di minumnya air nanah itu.”
(surah Ibrahim: 16-17)
Sabda Baginda:
“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila sudah dekat
kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila diletakkan di hadapannya
maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia telah meminumnya maka
putuslah tali perutnya sehinggalah keluar daripada duburnya.
Firman Allah:
“Dan diberi air yang mendidih sehingga memotong-motong usus mereka
(taliperut).” (Muhammad: 15)
dan firman-Nya
“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka akan diberi minum dengan
air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang
paling buruk.” (al-Kahfi 29)
Allah swt tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu,bangsa Melayu sendiri perlu mengubah diri mereka.Jika terus bergantung dengan makanan dan minuman hasil bukan Islam,maka Melayu perlu menyalahkan diri sendiri jika dicampakkan ke neraka Jahannam nanti.
Pada 10 Januari 2001 rusuhan besar berlaku di Indonesia setelah kebocoran maklumat mengenai produk Ajinomoto menggunakan babi dalam kandungannya.Kilang ditutup dan tiga eksekutinya ditahan serta Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa Ajinomoto adalah haram.
Penggunaan ajinomoto amat meluas di Malaysia terutama sekali restoran dan kedai makan.Menurut kajian kesihatan Sedunia (WHO ) penggunaan Ajinomoto atau MSG boleh merosakkan otak bayi dan membahayakan kesihatan kanak-kanak.
Ajinomoto atau MSG yang berada di negara kita adalah dari Thailand…Thailand adalah negara bukan Islam dan tiada standart piawaian halal.
Pasaraya besar banyak menjual makanan dan minuman dari luar negara.Walaupun tiada tanda halal namun ramai orang Melayu membelinya terutama sekali produk dari China yang murah seperti tin laici ,makanan ringan,jeruk kering dan sebagainya.
Sebagai negara Islam yang gah di arena antarabangsa sepatutnya peka dengan industri makanan dan minuman dan pemimpin negara perlu berusaha melahirkan usahawan Melayu berjaya.Apabila semua produk dihasilkan syarikat Melayu dan Islam,maka semua bangsa Melayu tidak perlu ragu dengan halal dan bersih.
Kita jangan berbangga menjadi penganjur tilawah Quran antarabangsa,masjid Kristal yang menawan namun tidak mampu melahirkan makanan halal dan bersih walaupun mempunyai sumber tanah dan fasiliti yang canggih.
Bayangkan kita siang malam berusaha solat lima waktu,membaca Quran,menunaikan haji,berpuasa Ramadhan,rajin bersedekah namun sejak kecil hinggalah meninggal dunia dihadamkan dengan pelbagai jenis makanan haram.Dunia bahagia,akhirat dicampakkan ke Neraka.
Melayu perlu peka dengan pemakanan dan perlu mencari inisiatif untuk menghasilkan produk makanan dan minuman bersih dan halal.Ini adalah tanggungjawab bangsa kita.
Sekiranya Melayu tidak mahu menceburi industri makanan,maka semua kesalahan perlu dipikul bangsa Melayu.Bangsa Melayu akan rosak dan jahannam kerana bergantung dengan produk syarikat bukan Islam yang jelas tidak pernah peduli isu halal dan haram.
Segala kebaikan dan kemuliaan hanyalah milik Allah swt Maha Sempurna lagi Maha Gagah,manakala kesilapan dan kelemahan adalah diri sendiri.
NOTA DITULIS PADA
3.45 pagi Khamis 19 Mei 2011
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment