DUNIA INI TUMPANGAN SEMENTARA..............
“Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.”
Israa' ayat 18-19
“Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya”
Hajj-14
Bismillah...
dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang........
Aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana namaku Saat,bukan George Bush.Jika namaku George Bush dan mati dalam kekafiran,confirm aku ke Neraka.Aku bersyukur menjadi manusia,bukan kayu atau batu.Jika aku adalah batu atau kayu, confirm aku tidak merasai nikmat melahap KFC atau meminum Cappucino...
Suatu waktu dahulu kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan beberapa hari.Ada juga berada dalam perut ibu enam bulan dan lahir tidak cukup bulan.Ada juga mati dalam perut ibu.Ada juga lahir dan mati.jadi bersyukurlah kerna hidup dan sihat...
Menjadi manusia amatlah indah.Walaupun wajah hodoh dan memiliki kekurangan namun nasib kita lebih baik berbanding batu atau kayu.Batu dan kayu tidak merasai nikmat sbgmana yang manusia merasai.
Ramai manusia lupa bahawa dunia ini tempat tumpangan sementara.Ramai manusia menjalani kehidupan seakan mereka kekal hidup dan tidak masuk ke kubur.Manusia lupa dunia ini tumpangan kerana berkawan dengan syaitan sama syaitan dari api atau syaitan dari tanah bernama manusia.
Antara sikap manusia menjadikan dunia ini bukan tumpangan adalah :
1.Membaca Quran tanpa memahaminya.
2.Bakhil dan kikir.
Suka mengumpat dan fitnah.
3.Melambat-lambatkan ibadat haji walaupun telah mampu .
4.Menunaikan solat tidak sempurna dan tidak khusyuk.
5.Memandang rendah dosa kecil
6.Mengamalkan bidah
7.Mengutamakan hiburan
8.Mencontohi pakaian dan perbuatan orang kafir
9.Tidak peka dengan masalah orang islam
10.Berpecah belah dan bermusuh
11.Mengabaikan sains dan teknologi
12.Mengabaikan nasihat para ulama’
13.Mengutamakan harta dan kemewahan
14.Berpegang dengan teori dan peraturan kafir
15.Mengabaikan nasib di akhirat
16.Jihad bukan kerana agama
17.Berebut kuasa dan politik
18.Jahil tentang muslihat kafir
19.Tidak membangunkan ekonomi
20.Sibuk mencari kesalahan orang lain
21.suka membuang masa.
22.Suka mengumpat dan memfitnah.
23.Sombong dan angkuh.
24.Menghina manusia memiliki kekurangan.
25.Angkuh dengan kelayakan dan pendidikan tinggi.
26.Angkuh dengan wang,kuasa dan pangkat.
27.Mengabaikan masjid.
28.Membiarkan keluarga dalam maksiat.
29.Tidak menambahkan ilmu.
30.Membenci ulama’.
31.Tidak berusaha memahami bacaan solat.
32.Menuduh manusia waras sebagai gila.
33.Menuduh orang Islam kafir.
34.Tidak mendoakan Palestin dan umat Islam yang kesusahan.
35.Menjauhi zikir.
36.Tidak menghadiri majlis ilmu di masjid atau surau.
37.Menjadikan agama sebagai bahan politik.
38.Menggunakan masjid untuk memaki hamun pemimpin Islam.
39.MBersifat dengan sifat Munafik.
40.Tidak membantu orang miskin walaupun mampu menghulurkan bantuan.
Syurga bukan dijanjikan buat manusia lulusan Universiti Islam Madinah atau Universiti al-Azhar.Syurga diberikan kepada manusia yang beriman walaupun hanya bergelar penyapu sampah dan lulusan SPM.Sijil dari universiti bukan jaminan ke syurga.Sijil hanyalah alat dan bukan kebanggaan.
Manusia yang menjadikan dunia sebagai tempat kekal adalah rugi.Mereka lupa bahawa dunia adalah tumpangan sementara.Kita dilahirkan di dunia mencari bekalan kebaikan dan pahala,bukan dosa.Jika dihumbankan ke Neraka,salahkan diri sendiri.Jangan salahkan ibu bapa atau ketua kampung!
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah Maha Sempurna dan yang lemah dan naif adalah diri sendiri.
NOTA DITULIS PADA JANUARI 2011
Saat Sulaiman @ 2012
No comments:
Post a Comment