Tuesday, January 24, 2012

NOTA 30 : BELAJAR MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

BELAJAR MENYALAHKAN DIRI SENDIRI ....
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu sendiri yang berusaha mengubahnya”
Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Alhmdulillah syukur kepada Allah kerna member pinjaman usia.Semakin lama kita hidup,semakin pendek pula usia berbaki.Jadi manfaatkan sisa-sisa kehidupan kita.
Syukur menjadi anak Malaysia dan berbangsa Melayu.Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957,namun kejayaan bangsa Melayu amatlah kecil.Apa yang menyedihkan bangsa Melayu menjadi juara dalam pelbagai perkara seperti menagih dadah,gagal dalam pelajaran,buang bayi,khalwat,samseng,merempit dan pelbagai gegala dan salah laku sosial yang tidak pernah berhenti dan semakin bertambah banyak.
Ada pihak songsang menyalahkan kerajaan kerana hanya membangunkan ekonomi negara namun tidak membangunkan akhlak umat Melayu sedangkan hakikatnya kerajaan membangunkan ekonomi,agama,sosial,hiburan,budaya dan segala aspek demi keselesaan hidup rakyat.
Memang mudah menuding jari kepada pemimpin dan kerajaan namun tuduhan liar adalah tidak berasas.Kegawatan akhlak bangsa Melayu bukan kerana kerajaan tidak membangunkan aspek agama dan rohani namun sikap bangsa Melayu sendiri yang tidak memanfaatkan segala program islamisasi yang dicanai kerajaan.
Kita lihat di mana sahaja pembinaan masjid dan surau dalam kampung,taman,kawasan bandar dan luar bandar.Setiap masjid dan surau mempunyai program keagamaan ,aktiviti dan sebagainya namun bangsa Melayu sendiri tidak mahu memanfaatkan masjid dan surau kerana lalai dan leka dengan dunia yang penuh kepalsuan.
Setiap negara memerlukan pembangunan dan kemajuan kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah.Kerajaan menyediakan kompleks membeli belah untuk usahawan mencari rezeki dan sumber penduduk mencari keperluan.Kerajaan membangunkan negara demi keselesaan penduduk.
Kita boleh mencari rezeki dengan baik hasil keamanan negara.Keamanan ini tidak terhasil jika kerajaan tidak berusaha mengekalkan keamanan.Lihat sahaja negara-negara arab yang bergolak dan mengorbankan ribuan korban awam.
Kerajaan membina perpustakaan untuk rakyat menimba ilmu.Kerajaan membina pelbagai pusat rekreasi,taman,memajukan pusat rekreasi untuk kemudahan rakyat bersantai dan memanfaatkan masa bersama keluarga.Kerajaan menyediakan pelbagai prasarana demi keselesaan rakyat.
Pengorbanan pemimpin negara sejak Merdeka memang amat besar.Tun Abdul Razak contohnya telah membuka tanah-tanah Felda agar bangsa Melayu mempunyai tanah dan sumber mencari rezeki.Ramai anak-anak felda berjaya dalam kehidupan mereka.Walaupun ramai bergelar anak kepada penoreh getah dan penanam sawit,namun ramai berjaya menjadi doktor,peguam,usahawan dan sebagainya.
Bangsa Melayu amat beruntung kerana menjadi penduduk bertaraf Bumiputra di mana kerajaan memberi banyak bantuan dan sokongan berterusan berbanding bangsa bukan Bumiputra.
Namun sikap bangsa Melayu sendiri yang tidak memanfaatkan segala bantuan dan sokongan kerajaan.Walaupun universiti,kolej dan pusat kemahiran tumbuh bagai cendawan,namun masih ramai anak Melayu lebih suka merempit,menagih dadah dan membuang masa.Apabila melihat bangsa lain berjaya,mereka marah dan dengki.Itulah masalah yang masih membarah dalam jiwa anak Melayu.
Bayangkan berapa ramai anak Melayu menagih dadah.Mereka tahu dan sedar dadah amat berbahaya dan merosakkan masa depan,namun mereka tetap mahu menagih.Apa yang menyedihkan ibu bapa penagih dadah menuding jari kepada kerajaan sedangkan tiada seorang pun pemimpin negara sejak Merdeka menyuruh bangsa Melayu menagih dadah.Memang mudah melemparkan tuduhan kepada pemimpin sedangkan ibu bapa itu sendiri tidak sedar kesalahan dan kesilapan mereka dalam mendidik anak-anak.
Sepatutnya ibu bapa yang mempunyai anak yang rosak menyalahkan diri mereka sendiri kerana gagal menjadi ibu bapa yang baik .Ibu bapa adalah guru dan pendidik kepada anak-anak.Jika ibu bapa tidak cemerlang,bagaimana mahu melihat anak cemerlang?
Apabila melihat masalah kegawatan akhlak bangsa Melayu,mereka perlu belajar menyalahkan diri sendiri.Pemimpin negara tidak pernah menyuruh rakyat merempit,menagih dadah,berzina,membuang bayi,membuang masa.Apabila berlaku segala masalah kegawatan akhlak ,kita perlu mencari punca,bukan menuding kepada pemimpin negara.
Asas kepada keruntuhan moral dan kegagalan Melayu dalam pelbagai bidang terutama ekonomi adalah bermula dari sebuah rumah iaitu keluarga.Apabila ibu bapa tidak mengambil berat tentang tarbiah anak-anak dan menanam iman dalam jiwa mereka sendiri dan melahirkan contoh teladan baik,maka anak-anak akan membesar menjadi manusia yang rosak.
Mengikut kajian ,remaja dan manusia yang rosak akhlak adalah remaja yang lahir dalam sebuah keluarga yang tidak mementingkan agama dalam kehidupan.Ibu bapa hanya mementingkan memberi makan minum,pakaian,pendidikan namun lupa menanam iman dalam jiwa anak-anak.Yang paling rosak adalah ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan ajaran agama seperti solat lima waktu dan mencintai masjid.Malah ada ibu bapa yang tidak rapat dan memahami anak-anak kerana terlalu sibuk mengejar wang dan mementingkan hobi peribadi seperti melepak di kedai kopi dan kopitiam selepas waktu kerja.
Apabila asas rosak dan runtuh,maka lahirlah generasi yang rosak.Jumlah Melayu yang semakin bertambah rosaknya akhlak dan terlibat gegala sosial menunjukkan asas semakin rapuh dan rosak namun tiada usaha untuk memperbaiki asas ini.Asas ini tidak berjaya diperbaiki kerana Melayu sibuk menyalahkan orang lain dan lupa menuding diri sendiri.
Natijahnya jumlah Melayu rosak terus bertambah.Jumlah Melayu suka merempit,mengabaikan pelajaran,menagih dadah,seks bebas,suka minum arak terus menerus bertambah hinggalah kiamat.

Ramai anak Melayu yang berkelulusan SPM tidak mahu menambah kemahiran walaupun peluang banyak diberikan.MARA contohnya mmepunyai ribuan pusat kemahiran untuk memberi pelbagai kemahiran dalam melahirkan Melayu yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.Kemahiran dan pengetahuan akan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding hanya bekerja kilang sebagai operator.

Bangsa Melayu perlu berubah sikap.Sikap suka menyalahkan orang lain dan menuding jari hanya akan melahirkan Melayu yang lemah dan terus rosak.Kerosakan dan kelemahan bangsa Melayu adalah sikap bangsa itu sendiri,bukan bangsa lain.Jika terus suka menyalah dan lupa kesalahan diri sendiri,maka Melayu akan terus gagal dalam kehidupan hinggalah kiamat.

Dalam 28 juta penduduk Malaysia,Melayu adalah 51 peratus dan majoriti.Namun bergelar majoriti yang tidak berkualiti dan lemah tidak memberi apa makna.Melayu perlu belajar dengan kegigihan bangsa Yahudi yang hanyalah minoriti di dunia ini namun berjaya menguasai ekonomi dunia.

Bangsa Melayu perlu malu dengan bangsa Cina.Mereka bukanlah majoriti dan tidak mendapat keistimewaan sebagaimana hak Bumiputra namun mereka berjaya dalam pendidikan dan ekonomi.Usahawan Melayu mendapat bantuan MARA namun gagal berjaya sebagaimana bangsa Cina yang tidak memiliki MARA.

Jika Melayu masih lupa dan terus mudah lupa serta tidak belajar menerima kesalahan diri sendiri,tiada kuasa yang boleh mengubah bangsa melayu.Walau apa pun usaha kerajaan membangunkan bangsa melayu namun Melayu itu sendiri tidak berusaha,maka Melayu akan terus kekal menjadi bangsa majoriti namun akan terus lemah dalam semua bidang dan ketinggalan.
Janganlah kecewa dan marah apabila Wawasan 2020 dinikmati bangsa lain,sedangkan bangsa Melayu masih di takuk lama dan melihat bangsa lain menikmati kemajuan...
Aku menulis kerana mahu melihat bangsaku berjaya..............

NOTA DITULIS PADA 1 MAC 2011

Saat Sulaiman @ 2012

No comments:

Post a Comment